1 Komentar

MAJAPAHIT, TITIK JAWA DAN KELANTAN DARUL NAIM.

Majapahit, Titik Jawa dan Kelantan Darul Naim.

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya kira masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat semua pembaca SusorGalor yang beragama islam. Saya juga kira masih belum terlambat untuk saya menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf sekira terdapat kata-kata yang kurang menyenangkan yang mungkin secara sengaja atau tidak sengaja terbit daripada hasil penulisan saya. Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog pada Ramadhan yang lalu. Saya benar-benar memohon kemaafan.

2. Sewaktu berjalan-jalan di blog kegemaran saya, Mistisfiles sambil mencari-cari katakunci-katakunci yang menarik untuk saya gali dan teroka, satu perkataan telah berjaya menarik minat saya. Perkataan tersebut adalah Yawakotti. Apakah yang dinamakan sebagai Yawakotti ini? Apa yang menyebabkan ianya begitu menarik perhatian saya? Apakah misteri yang tersembunyi disebalik perkataan ini? Saya terus membuat pembacaan terperinci dan ini merupakan laporan saya hasil dari pembacaan-pembacaan saya mengenai Yawakotti.
3. Namun sebelum tuan-tuan dan puan-puan meneruskan pembacaan, ingin saya jelaskan disini bahawa majoriti hasil bacaan saya kali ini bukanlah diambil daripada buku-buku sebagaimana kebiasaannya di SusorGalor. Kebanyakan hasil-hasil pembacaan saya mengenai topik ini adalah hasil ekstrak daripada laman-laman internet serta blog-blog peribadi individu-individu tempatan dan luar negara yang telah mengambil inisiatif untuk menulis dan membincangkan topik ini dengan lanjut. Saya kurang gemar merujuk kepada laman web, namun setakat yang ada pada saya hari ini, saya terpaksa berpuas hati.
4. Yawakotti atau Yawakota atau Jawa Koti adalah satu perkataan yang membawa maksud Titik Jawa. Ianya merupakan nama bagi satu lokasi yang dikatakan pernah menjadi pusat pemerintahan kepada Kerajaan Majapahit pada sekitar tahun 1432 sehingga tahun 1502 masehi.
5. Sepertimana yang diketahui, Kerajaan Majapahit merupakan sebuah kerajaan yang berpengkalan di Kepulauan Jawa, Indonesia, yang berkembang pesat selepas tersungkurnya Kerajaan Melayu Srivijaya. Bermula dengan pemerintahan Raden Wijaya pada tahun 1293, Kerajaan Majapahir mengecap zaman kegemilangannya dibawah pemerintahan Hayam Wuruk pada tahun 1350 sehingga tahun 1389 masehi sehinggalah kerajaan tersebut tersungkur pada sekitar tahun 1527 akibat daripada rempuhan Kerajaan Islam Demak yang sedang meluaskan jajahan pada waktu itu.
6. Fakta yang perlu disimpan didalam ingatan tuan-tuan dan puan-puan adalah selepas sahaja daripada kemangkatan Hayam Wuruk, baginda telah digantikan oleh menantu beliau yang bernama Wikramawardhana. Empayar Majapahit seterusnya diwarisi oleh anak perempuan Wikramawardhana yang bernama Suhita yang memerintah empayar tersebut daripada tahun 1426 sehingga 1447.
7. Ratu Suhita telah mengahwini seorang individu yang diberi gelaran Bhre Parameshwara Sang Aji Jaya Ningrat atau nama sebenarnya, Raja Kemas Jiwa yang pada waktu itu telah dilantik sebagai Bentara Majapahit. Menurut beberapa pendapat, Raja Kemas Jiwa merupakan putera kepada Maharaja Chermin yang memerintah Empayar Chermin yang wujud pada sekitar kurun 13 masehi.
8. Empayar Chermin atau Kerajaan Chermin Jeddah bermula apabila pewaris empayar Malayur, Raja Sangtawal Sakrantaka, memindahkan pusat pemerintahannya daripada Ligor ke Kelantan selepas serangan Siam yang menyebabkan tertawannya Singgora pada tahun 1295.
9. Putera baginda yang bernama Raja Bharubhasa telah mengambil alih tampuk pemerintahan dan seterusnya telah ditabalkan sebagai penguasa Langkasuka pada tahun 1339. Dibawah pemerintahannya, Raja Bharubhasa telah berjaya menyatukan seluruh Segenting Kra dibawah taklukan Langkasuka yang turut disertai dengan penyatuan  Champa di Vietnam, Gangga Negara di Perak, dan kerajaan Samudera-Pasai di Sumatera. Empayar baru ini diberi nama Chermin. Baginda turut berjaya menakluk Kedah daripada Maha Prita Daria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiong.
10. Kemaraan tentera Siam telah menyebabkan Raja Bharubhasa terpaksa memindahkan pusat pemerintahannya ke kawasan baru yang bernama Bukit Panau, Kelantan. Kawasan baru ini dinamakan sebagai Jeddah. Kerajaan Chermin akhirnya berjaya menumpaskan kemaraan tentera Siam dengan bantuan Majapahit.
11. Sehubungan dengan itu, Majapahit seterusnya telah mengisytiharkan Jeddah sebagai ibukota Majapahit Barat (di Tanah Melayu) dengan kepulauan Jawa dikenali sebagai Majapahit Timur. Para sarjana berpendapat bahawa peristiwa ini merupakan satu sejarah yang telah berulang dimana pada awal kurun 7 masehi, Empayar Melayu Srivijaya dikatakan turut berpecah kepada dua, dimana satu bahagian berada di Sumatera dan satu lagi di Tanah Melayu.
12. Berbalik semula kepada Raja Kemas Jiwa. Setelah runtuhnya Empayar Chermin, Raja Kemas Jiwa telah dipanggil pulang daripada tanah jawa untuk meneruskan kelansungan pemerintahan Maharaja Chermin dan seterusnya memakai gelaran Sultan Iskandar Shah dan menamakan pemerintahannya sebagai Majapahit 2 yang berpusat di Kota Mahligai, Kelantan.
13. Ada sesetengah pendapat mengatakan selepas Raja Kemas Jiwa dipanggil balik ke Kelantan, beliau terpaksa melepaskan isterinya iaitu Ratu Suhita namun menamakan kerajaan barunya sempena dengan kerajaan tadbiran isterinya, Majapahit.
14. Terdapat percanggahan pendapat yang amat menarik apabila terdapat pendapat-pendapat yang mengatakan bahawa sewaktu pemerintahannya Raja Kemas Jiwa telah melantik seorang yang bernama Ali Nurul Alam bin Syed Hussein Jamadil Kubra sebagai Perdana Menteri baginda.
15. Apa yang menariknya adalah apabila terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Ali Nurul Alam ini lah yang dikenali sebagai Patih Aria Gajah Mada yang dikenali ramai sebagai Perdana Menteri kerajaan Majapahit yang paling terkenal. Ali Nurul Alam ini dikatakan berasal daripada Patani dan dikenali sebagai Sultan Qunbul. Dikatakan bahawa cucu cicit Ali Nurul Alam ini lah yang menjadi moyang kepada Dinasti Kesultanan Kelantan Moden hari ini melalui Long Bahar. Sejauh mana kebenaranya, itu tidak dapat saya pastikan.
16. Menyebut tentang Ali Nurul Alam bin Syed Hussein Jamadil Kubra, tidak boleh tidak untuk saya sentuh tentang ayahandanya, iaitu Syed Hussein Jamadil Kubra. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Syed Hussein dan adiknya Syeik Thana’uddin tiba di Kelantan sewaktu Empayar Chermin sedang berkembang pesat. Syeikh Thana’uddin turut dikenali sebagai Adi Putera (guru kepada Hang Tuah dan saudara-saudaranya).
17. Mereka berdua menetap di Bukit Panau dimana Syed Hussein dikatakan telah mengahwin puteri Maharaja Chermin yang bernama Puteri Linang Cahaya, iaitu adik kepada Che Siti Wan Kembang dan dikurnakan 2 orang anak bernama Malik Ibrahim dan Siti Aishah. Maulana Malik Ibrahim ini seterusnya dikenali sebagai Sunan Gresik, pelopor kepada Wali Sembilan (Wali Songo). Ali Nurul Alam lahir daripada isteri ketiga Maulana Syed Hussein yang bernama Puteri Selindong Bulan.
18. Panjang rasanya kalau saya ingin menulis tentang apa yang saya baca mengenai Syed Hussein Jamadil Kubra. Namun mengikut apa yang saya baca, begitulah susur galur kisahnya. Untuk dapatkan data lanjut mengenai kisah-kisah beliau, tuan-puan boleh saja menaip namanya di Google. Banyak sejarah yang boleh dibaca.
19. Berbalik kepada Yawakotti, saya berpendapat, mungkin terdapatnya migrasi dari Kelantan ke Jawa atau dari Jawa ke Kelantan sewaktu kewujudan empayar Majapahit 2 maka tidak hairanlah kenapa Kelantan boleh dikenali sebagai titik jawa sekiranya kita melihat kepada persamaan budaya diantara Kelantan dan Jawa. Kebanyakan permainan rakyat di Jawa turut dimainkan di Kelantan. Ambil sahaja contoh wayang kulit dan pemakaian batik.

20. Berkenaan dengan Empayar Chermin pula, ada sumber-sumber yang mengatakan bahawa peninggalan kota Empayar tersebut masih lagi wujud pada hari ini namun ianya berada didasar sebuah tasik di Danau Tok Uban, Kelantan yang kebetulannya memang berhampiran dengan Bukit Panau.

21. Sewaktu masih bersekolah, saya pernah sekali melawat tasik yang terletak di Danau Tok Uban ini. Apa yang saya tahu pada waktu itu adalah tempatnya cantik dan sangat menarik. Namun menjadi suatu yang pelik apabila saya mendapati terbinanya sebuah masjid putih yang sangat cantik dipesisir tasik tersebut. Pelik kerana, masjid yang tersergam cantik dan besar itu dibina benar-benar di corot kampung, jauh daripada bandar atau penempatan awam.

22. Saya dengar, yang membina Masjid tersebut adalah Sultan Brunei bagi menghormati susur galor jurai Baginda daripada Syed Hussein Jamadil Kubra yang menetap di Bukit Panau. Saya tidak dapat memastikannya.

23.Menarik bukan?
DIOLAH OLEH BENIGN NOR HAFEEZ PADA PUKUL 4:50 PM

11 COMMENTS:

  1. Menarik sgt2..ada hubungan yg cukup erat antara jawa dn klantan dulu2..agaknya bahasa prtuturan yg bagaimana mereka gunakn..?

    Reply

  2. terima kasih kerana melawat.. Saya tak tahu sejauh mana hubungan kenegaraan kedua dua lokasi ini pada zaman dahulu kerana ketiadaan sumber-sumber buku yang dapat saya rujuk. Tapi hubungan hubungan sebegini bukanlah sesuatu yang aneh pada zaman klasik dimana, kerana majoriti negara di asia tenggara pada hari ini berada didalam satu gagasan besar Kepulauan Melayu (nusantara). negara negara yang ada pada hari ini hanya mula di pisahkan melalui sempadan politik bermula dari awal kurun 20.

  3. Bro..saya pernah bertanya secara direct kepada orang2 jawa indonesia mengenai sang aji saka..mereka menolak tokoh ini dan mengatakan sang aji saka hanyalah sebuah mitos..tetapi mereka memang mengakui tentang mitos tentang penguasa “luar” yang mengahwini Ratu mereka.

    tetapi memang tidak dipungkiri lagi tentang budaya jawa dan budaya kelantan..sangat sama dan paling ketara budaya pemakanan mereka yang suka memakan benda manis.

    Reply

  4. Pendapat yang menarik. Benar, kebanyakan sumber sumber internet daripada negara jiran, Indonesia, kurang menyebut tentang Sang Aji Saka tetapi mengakui tentang penguasa luar yang mengahwini Ratu mereka. Namun, saya mengambil pendekatan bahawa perkara ini masih boleh kita gali sedalamnya kerana kalau tiada angin, masakan pohon itu boleh bergoyang gerudi? Hehe.

    Saya orang kelantan dan saya boleh sahkan fakta yang orang kelantan agak gemarkan masakan manis.

  5. salam tuan benign, saya pernah mendapat maklumat yang di taman melewar, gombak, terdapat satu pertubuhan yang dinamakan khazanah fathaniyah yang diasaskan olah waris yang mempunyai susur galur hingga ke syed jamaluddin al kubra. katanya disana terdapat banyak kitab2 lama…wallahualam. mungkin tuan bening telah mengetahuinya…. wassalam

    Reply

  6. Saya tidak tahu mengenai kewujudan kumpulan ini. Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Nanti saya akan cuba tengok apa yang saya boleh gali.

  7. ish ish..macam2 ada di gombak, dari Syiah, Syifa, klinik rasuk etc. hehehe

    Reply

  8. saya percaya ini rekaan imaginasi penulis sahaja (bukan tuan tanah, tapi sumber asal tuan tanah..)

    kerana masakan tiada langsung rekod2 dari China, India, Arab, Barat berkenaan MAJAPAHIT 2 ni… yang setakat saya tau Chih Tu adalah.. tu pun, belum tentu merujuk kpd Kelantan sebab menurut C.J. Khao lokasi nye lebih sosok dengan Chaiya & Nakhorn Si Tammarat sekarang.

    begitu juga dengan Empayar Chermin.. dimana tingalan arkeologi empayarnya..sekurang2 dalam bentuk pengiktirafan luar @ penulisan dari luar.

    Jawakotti nama ni pun ada di Sri Lanka. adakah mereka juga org Melayu.

    sy merasakan Jawakotti ni tidak membawa maksud tempat asal Jawa itu sendiri. tapi sebagaimana dikenali oleh orang2 barat terutamanya Arab, Melayu zaman dulu dikenali dengan nama Jawa. sebab tu bila Chandrabanu sampai & berkerajaan di sri Lanka, mereka memanggilnya Raja Javaka.. in fact pulau jawa waktu tu bukan ker cina panggil Chapor & org lokal panggil Pakalongan???

    sy percaya Raja Aji tu bukan dari Kelantan tapi dari Champa. hubungan Champa dgn pulau sumatera & jawa sejak zaman Srivijaya awal lagi kan. contoh kaitan keris sajen & pedang pendek champa, Javarman II Khmer & sailendra etc.. kelantan mungkin tempat singahan je kot..

    Reply

  9. pendapat yang menarik Tuan… memang benar, setakat yang saya cuba cari, tiada rekod atau kajian yang dibukukan berkenaan dengan Majapahit 2. Sumber yang saya rujuk kebanyakan adalah sumber-sumber internet dan blog. Saya lebih senang merujuk kepada buku atau journal-journal persatuan sejarah atas alasan kredibiliti. Namun bagi saya, ianya satu “kemungkinan” yang menarik untuk dikaji dengan lebih lanjut.

    Namun, saya rasa, untuk menyandarkan 100% kepada tinggalan arkeologi untuk membuktikan kewujudan sesuatu empayar juga tidak boleh. Kebiasaan untuk empayar-empayar klasik yang lebih besar untuk menyerang dan menakluk serta menjajah empayar empayar lain terkadang menyebabkan mereka lebih terdorong untuk memusnahkan mercu tanda-mercu tanda empayar yang dijajah menyebabkan kesukaran bagi para sarjana untuk membuatkan pengesahan.

    Namun saya lebih bersetuju dengan saudara mengenai rujukan kepada catatan catatan yang terdapat dari merata negara dan saya lebih gemar merujuk kepada sumber sumber ini. Namun setakat yang ada, hanya perbincangan dan perdebatan dari rakan rakan di internet.

    Yang pentingnya, ianya kemungkinan yang tidak boleh dinafikan secara terus apatah lagi, saya percaya masih terlalu banyak empayar-empayar melayu klasik yang kisahnya dirahsiakan atau terahsia yang masih boleh dikaji.

    Terima kasih kerana melawat

  10. Jemput lawat fb saya Mohd Yazman Mohd Yusof 🙂

    Reply

Iklan

One comment on “MAJAPAHIT, TITIK JAWA DAN KELANTAN DARUL NAIM.

  1. semuanya adalah karangan yang sengaja untuk di kait-kaitkan dengan kemansyuran majapahit di tanah jawa, sepertinya ilmuan malaysia numpang tenar , yang benar semenanjung melayu adalah jajahan MAJAPAHIT, tidak ada istilah MAJAPAHIT, apalagi ada namanya MAJAPAHIT II, KERIS MAJAPAHIT,,,heheh Lawak,,,nampak tipu tipu dahulu kerajaan majapahit itu bukan majapahit, nama MAJAPAHIT itu adalah pemberian ilmuan modern pada awal abad 20 , nama asli kerajaan MAJAPAHIT itu adalah Kerajaan WILWATIKTA… KALIAN PEMBOHONG HEHHE

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google

You are commenting using your Google account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s

Atlantis in the Java Sea

A scientific effort to match Plato’s narrative location for Atlantis

Sembrani

Membahas ISU-ISU Penting bagi Anak Bangsa, Berbagi Ide, dan Saling Cinta

Nurul Wirda

0812-8267-9182

aawanto

The greatest WordPress.com site in all the land!

Covert Geopolitics

Beyond the Smoke & Mirrors

Catatan Harta Amanah Soekarno

as good as possible for as many as possible

Modesty - Women Terrace

My Mind in Words and Pictures

Kanzunqalam's Blog

AKAL tanpa WAHYU, akan berbuah, IMAN tanpa ILMU

Cahayapelangi

Cakrawala, menapaki kehidupan nusantara & dunia

religiku

hacking the religion

SANGKAN PARANING DUMADI

Just another WordPress.com site

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

%d blogger menyukai ini: