Tinggalkan komentar

Syair: BAHTERA KESELAMATAN

BAHTERA KESELAMATAN

oleh KH Abdullah bin Nuh

KH Abdullah bin Nuh

KH Abdullah bin Nuh

Ahlulbait Nubuwwah pengemban wasiat sepanjang zaman
Bahtera kehidupan dan bahtera keselamatan
Selagi bintang-bintang belum berguguran
Mereka tempat manusia menumpu harapan

Kesucian mereka terpatri kukuh dalam al-Qur’an
Diuraikan sabda Nabi di dalam Shahihan1
Tentera sebagai amanat dalam Hadith Tsaqalain2
Tiada kalimat meragukan orang beriman

Mereka bahtera penyelamat kemanusiaan
Dari taufan dan badai keduniaan
Mereka bintang-bintang pemandu jalan
Bagi setiap musafir ke alam kelanggengan

Betapa pun dahsyat gelombang kemunafikan
Hendak membenamkan mereka ke dasar lautan…
Betapa pun ganasnya muntahan lahar kedzaliman
Hendak menghanguskan mereka menjadi debu berserakan…

Dengan lindungan Ilahi mereka tegak tak terpunahkan
Dengan kebenaran Rasul-Nya mereka tangguh tak tergoyahkan
Dengan kecintaan ummatnya mereka tak tersingkirkan
Dengan kesucian darahnya mereka tak tercemarkan

Seandainya dahulu ada seribu Karbala dan Dzil Jausyan3
Bahtera ahlulbait tak akan karam dan bintang pun tak suram
Selagi Allah menghendaki kelestarian insan
Pengemban amanat kebenaran dan penentang kebatilan

Kemulian mereka titisan suci darah Rasulur-Rahman
Terpadu dengan kalam Ilahi di setiap dada beriman
Dalam Surah Al-Ahzab dan Aali Imran4
Hingga semua kembali ke Haud di Yaumil-Mizan5

Beruntunglah orang yang melaju dalam bahtera keselamatan
Mengikuti cahaya bintang di tengah samudra kehidupan
Celakalah orang yang enggan berlayar menyeberang laut
Memejamkan mata terhadap beribu bintang bertaburan

——————

KATA SAMBUTAN

Oleh:
H.M.H Alhamid Alhusaini

Bismillahhir-Rahmanir-Rahim,

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. yang telah mengutus Rasul-Nya membawa hidayat dan agama yang benar; dan telah memberi petunjuk kepada hamba-Nya untuk mengikuti wasiat Rasul yang tidak diucapkan menurut hawa nafsunya, melainkan menurut wahyu yang diturunkan kepadanya oleh Dzat Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Semoga Allah senantiasa melimpahkan shalawat dan salam sejahtera kepada junjungan kita, penghulu semua Nabi dan Rasul, Nabi Besar Muhammad s.a.w. beserta semua ahlulbait dan para sahabatnya.

Sesepuluh Majlis Ta’lim “Al Ghazali” dan pendiri “Al-Ihya” Bogor, Kyai Haji Abdullah bin Nuh menyerahkan kepada saya sebuah naskah tentang keutamaan ahlulbait Rasulullah s.a.w. disertai permintaan agar saya turut menyumbangkan fikiran, menambah atau mengurangi beberapa persoalan yang dianggap perlu. Jika permintaan itu tidak dapat saya penuhi, beliau minta sekurang-kurangnya supaya saya bersedia menulis sepatah dua kata sambutan.

Saya fikir permintaan beliau itu tidak dapat ditujukan kepada saya, kerana betapa pun adanya kekurangan dan kelemahan yang ada pada peribadi saya, saya sendiri termasuk dalam keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Sukar sekali bagi saya untuk memenuhi permintaan beliau itu, tetapi lebih sukar lagi menolak permintaannya, mengingatkan demikian akrabnya hubungan persaudaraan antara kami berdua. Dengan perasaan seresah itu saya membuka-buka naskah yang ada di tangan saya dan saya baca halaman demi halaman. Tiba-tiba pada bahagian terakhir bab “Pembahasan Tentang Ayat Mawaddah” saya menemukan ungkapan Imam ‘Ali bin Abi Talib r.a mengenai sifat-sifat para pengikut ahlulbait Rasulullah s.a.w. Beliau mengakhiri ungkapannya dengan mengatakan “…tidak berbuat kebajikan kerana riya dan tidak meninggalkan kebajikan kerana malu”. Kalimat sesingkat itu sungguh menggugah fikiran dan perasaan saya untuk segera berlindung kepada Allah s.w.t. dari segala macam riya dalan berbuat kebajikan sebagaimana yang diminta oleh Buya K.H Abdullah bin Nuh. Dengan tetap berlindung kepada inayah Ilahi saya berusaha memenuhi permintaan beliau. Saya menyedari betapa besar jerih payah yang telah beliau curahkan untuk menulis sebuah naskah tentang keutamaan ahulbait disertai dengan dalil-dalil dan hujah yang berupa nas-nas Kitabullah al-Quran, Sunnah Rasul dan pandangan serta pendapat para Imam Mujtahidin dan para ulama.

Dengan penuh perhatian naskah tersebut saya telaah dan saya pelajari serta saya cocokkan dengan berbagai kitab tentang ahlulbait yang ada pada saya. Saya berpendapat, semua yang dikemukakan oleh Buya K.H Abdullah bin Nuh merupakan sumbangan yang berharga bagi kaum Muslimin Indonesia dalam Islam dan kewajipan-kewajipannya. Dari penelahaan seluruh naskah saya berkesimpulan, tidak ada sesuatu yang perlu ditambahkan atau dikurangi, kerana segala sesuatunya telah disusun demikian baik.

Memang benar apa yang dikatakan oleh K.H Abdullah bin Nuh, bahawa masih banyak di antara kaum Muslimin yang belum memahani sepenuhnya kedudukan aal Muhammad s.a.w. di dalam kehidupan agama Islam. Jelas, hal itu merupakan kekurangan yang perlu dipenuhi, agar mereka memiliki pengertian yang tepat sebagaimana dikehendaki oleh Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.

Buku ini mengemukakan banyak Hadith Rasulullah s.a.w. yang berkenaan dengan ahlulbait beliau. Di antara Hadith-Hadith yang banyak itu ada yang secara langsung mudah difahami maknanya, ada yang memerlukan pemikiran dan penggaliannya lebih dulu dan ada pula yang sukar dicerna akal, tetapi mudah diresapi dengan hati yang beriman. Memang demikian itulah cirri khusus ajaran agama. Kerana itu pemahaman beberapa Hadith yang tercantum di dalam buku ini tidak hanya menuntut kemampuan berfikir, tetapi juga menuntut kearifan dan kesedaran batin yang berlandaskan iman sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dengan landasan iman semua ajaran sgama tidak sukar difahami, dan dengan iman pula akal tidak hanya berhenti pada alam kenyataan yang dapat dilihat dan diraba saja, tetapi akan terus-menerus mencari pengetahuan tentang soal-soal yang belum deketahui rahsia dan hikmahnya.

Mungkin ada orang yang berkata: Bukankah menganjur-ngajurkan kecintaan kepada ahlubait Rasulullah s.a.w. sejalan dengan ajaran mazhab Syi’ah? Pertanyaan seperti itu sebenarnya timbul dari kekurangan pengertian mengenai ajaran Islam selengkapnya. Yang menganjurkan, yang menyerukan, bahkan yang mewajibkan kecintaan kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. adalah beliau s.a.w. sendiri. Yang menetapkan kesucian ahlubait Rasulullah s.a.w. bukan mazhab dan bukan aliran, melainkan Allah s.w.t. melalui firmannya dalam al-Qur’anul-Karim. Yang meriwayatkan Hadith-Hadith Nabi tentang wasiat mengenai ahlulbaitnya bukan lain adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. Dan yang menyampaikan kepada ummat Islam sedunia adalah para Imam ahli Hadith dan para ulama puncak dari semua mazhab. Bahkan Imam Syafi’i r.a sendiri menetapkan keharusan mengucapkan shalawat bagi sayyidina Muhammad dan aal sayyidina Muhammad dalam doa tasyahhud akhir pada tiap sholat fardhu lima kali sehari semalam. Jadi, kalau mazhab Syi’ah mengajarkan kepada para pengikutnya supaya mencintai ahlulbait Rasulullah s.a.w. itu adalah kewajipan mereka, sebagaimana yang telah menjadi kewajipan seluruh kaum Muslimin tanpa memandang perbezaan mazhab yang dianutnya.

Menurut hemat saya, buku tentang ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang ditulis oleh K.H Abdullah bin Nuh ini cukup memberikan pokok-pokok pengertian tentang kewajipan kaum Muslimin mencintai Rasulullah s.a.w. dan ahlulbait beliau. Di sana-sini tampak adanya beberapa Hadith semakna yang terulang, tetapi mengingat kelainan sumber riwayat dan perawinya serta mengingat pula perbezaan konteks persoalan yang disajikannya, hal itu bukan merupakan kejanggalan, malah meringankan pembacanya. Sabda Rasulullah s.a.w. tersebut diulang di banyak tempat.

AkhirulKalam saya bersama seluruh warga ‘Alawiyyin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga besarnya kepada Buya K.H Abdullah bin Nuh atas kebajikan yang dengan tulus ikhlas diberikan kepada semua keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. dan Rasul-Nya berkenan meredhai usaha mulia yang disumbangkan olrh beliau kepada umat Islam Indonesia. Amin.

Sebagai penutup dari kata sambutan ini, saya menyatakan amat prihatin mendengar berita-berita tentang peristiwa yang pernah terjadi di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Iaitu adanya sementara kaum muda dari golongan Alawiyyan yang tidak terpelajar dan tidak memperoleh pendidikan agama secara baik, menyalahgunakan salasilahnya sebagai keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. untuk memperoleh keuntungan tertentu. Mereka mendatangi para pencipta ahlulbait dan sambil “mempromosikan” asal-usul keturunannya lalu mereka minta ini dan itu, bahkan adakalanya tidak segan-segan menggunakan cara-cara yang bersifat menekan. Perbuatan seperti itu tentu saja tidak sesuai dengan kedudukan mereka sebagai keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Namun syukurlah, di antara para pencinta ahlulbait banyak yang tidak menghiraukan mereka dan menolak dengan cara yang tidak menusuk perasaan. Kejadian tersebut di atas sungguh merupakan “musibah” yang mencemarkan martabat kaum Alawiyyan, merosak kehormatan dan kemuliaan Rasulullah s.a.w. serta mendiskreditkan nama baik agama Islam. Sebagai manusia biasa, bukan manusia maksum, mereka memang tidak terhindar dari kemungkinan berbuat kesalahan atau kekeliruan. Kerana itu mereka wajib diingatkan agar tidak berbuat hal-hal yang tidak sesuai dengan kehormatan ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang harus mereka pelihara sebaik-baiknya. Kendati perbuatan mereka itu tidak separah yang dilakukan oleh sementara oknum yang mengaku beragama Islam, tetapi bagaimanapun juga perbuatan mereka yang tidak patut itu dapat dihebohkan atau dibesar-besarkan oleh pihak-pihak yang tidak menyukai ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan tidak menyukai agama Islam. Bahkan perbuatan itu dapat ditiru oleh orang lain yang dengan mengaku-ngaku keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. bermaksud hendak mencari keuntungan. Adalah menjadi kewajipan segenap kaum Muslimin untuk menginsyafkan mereka yang telah berbuat salah dan mengembalikan mereka ke jalan yang diredhai Allah dan Rasul-Nya.

Sehubungan dengan Fadhail Ahlulbait saya merasa perlu mengemukakan fatwa dari seorang ulama besar dan Mufti rasmi kerajaan Saudi Arabia dari kalangan mazhab al-Wahhabiyah, iaitu Allamah Almufti Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, yang dimuat dalam majalah “ALMADINAH”, halaman 9, nombor 5692, tanggal 7 Muharram 1402 H/24 Oktober 1982 Masihi sebagai berikut:

Seorang saudara dari Iraq mengajukan pertanyaan, bahawa sementara orang di negeri itu terkenal sebagai golongan “Sayyid” atau sebagai anak cucu keturunan Rasulullah s.a.w. Akan tetapi menurut keyakinan saya, demikian kata Saudara tersebut, mereka memperlakukan orang lain dengan perlakuan yang tidak semestinya mereka lakukan. Saya sendiri tidak tahu, apakah keyakinan saya itu benar ataukah salah. Yang saya anggap penting iaitu bahawa mereka itu memungut wang dari orang lain sebagai imbasan atas tulisan dan doa-doa yang mereka berikan untuk orang sakit…dan lain sebagainya. Mereka juga menerima shadaqah baik berupa ternakan sembelihan mahupun wang dan lain-lain. Dengan perbuatan seperti itu mereka membangkitkan keraguan orang banyak…dan seterusnya.

Jawapan atas pertanyaan tersebut ialah:

“Orang-orang seperti mereka itu terdapat di berbagai tempat dan negeri. Mereka terkenal juga dengan gelaran “syarif”. Sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang mengetahui, mereka itu berasal dari keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Di antara mereka itu ada yang salasilahnya berasal dari al-Hassan r.a dan ada pula yang berasal dari al-Husein r.a; ada yang dikenali dengan gelaran “sayyid” dan ada juga yang dikenali dengan gelaran “syarif”. Itu merupakan kenyataan yang diketahui umum di Yaman dan di negeri-negeri lain.

“Mereka itu sesungguhnya wajib bertaqwa kepada Allah dan harus menjaga diri dari hal-hal yang diharamkan Allah bagi mereka. Semestinya mereka itu harus menjadi orang-orang yang paling menjauhi segala macam keburukan. Kemuliaan silsilah mereka wajib dihormati dan tidak boleh disalahgunakan oleh orang-orang yang bersangkutan. Jika mereka diberi sesuatu dari Baitul-Mal itu memang telah menjadi hak yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada mereka. Pemberian halal lainnya yang bukan zakat, tidak ada salahnya kalau mereka itu mahu menerimanya. Akan tetapi kalau silsilah yang mulia itu disalahgunakan, lalu ia beranggapan bahawa orang yang mempunyai silsilah itu dapat mewajibkan orang lain supaya memberi ini dan itu, sungguh itu merupakan perbuatan yang tidak patut. Keturunan Rasulullah s.a.w. adalah keturunan yang termulia dan Bani Hasyim adalah yang paling afdhal di kalangan orang-orang Arab. Kerananya tidak patut kalau mereka melakukan sesuatu yang mencemarkan kemuliaan martabat mereka sendiri, baik berupa perbuatan, ucapan ataupun perilaku yang rendah.

“Adapun soal menghormati mereka, mengakui keutamaan mereka dan memberikan kepada mereka apa yang telah menjadi hak mereka, atau memberi maaf atas kesalahan mereka terhadap orang lain dan tidak mempersoalkan kekeliruan mereka yang tidak menyentuh soal agama, semuanya itu adalah kebajikan. Dalam sebuah Hadith Rasulullah s.a.w. berulang-ulang mewanti-wanti: “Kalian ku ingatkan kepada Allah akan ahlulbaitku…kalian ku ingatkan kepada Allah akan ahlulbaitku”. Jadi, berbuat baik terhadap mereka, memaafkan kekeliruan mereka yang bersifat peribadi, menghargai mereka sesuai dengan darjatnya, dan membantu mereka pada saat-saat membutuhkan; semuanya itu merupakan perbuatan baik dan kebajikan kepada mereka…

Demikianlah fatwa al-mukarram Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz mengenai kedudukan para keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. di tengah masyarakat. Saya fikir kedudukan seperti itu perlu difahami oleh kaum Muslimin, terutama oleh para keturunan ahlulbait sendiri sebagai pihak yang paling berkewajipan menjaga kemuliaan martabat Rasulullah s.a.w. dan para ahlulbaitnya. Suatu kekeliruan atau kelengahan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan setajam disorot oleh masyarakat seperti kekeliruan atau kelengahan yang dilakukan oleh seorang dari keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ini wajar kerana mereka itu dipandang oleh masyarakat sekitarnya sebagai teladan dalam kehidupan sehari-hari.

Akhirul-kalam, saya bersama seluruh warga Alawiyyin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga besarnya kepada Buya K.H Abdullah bin Nuh atas amal kebajikan dengan tulus ikhlas diberikan kepada semua keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. dengan mencurahkan jerih payahnya untuk menulis buku ini. Semoga Allah dan Rasul-Nya berkenan meridhai usaha mulia yang beliau sumbangkan kepada umat Islam Indonesia,wa billahi attawfig wal hidayah, Amin.

Jakarta, 1986.

PENDAHULUAN

BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM

Alhamdulillah, puji syukur saya panjatkan ke hadrat Allah yang mewajibkan segenap kaum Muslimin menumpahkan kecintaan dan kasih sayang kepada junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w. beserta semua ahlulbait dan keluarganya; sebagaimana telah difirmankan-Nya dalam al-Qur’anul-Karim.

(“Katakanlah hai Muhammad, aku tidak meminta upah apa pun dari kalian atas seruanku selain kasih sayang di dalam kekeluargaan“) [Asy-Syura: 23]

Asyhadu an laa ilaaha illallaah, saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dengan kesaksian itu semoga Allah s.w.t. berkenan memperdalam kecintaan saya dan lebih mendekatkan saya kepada-Nya…Wa asyhadu anna sayyidanna wa maulaanaa Muhammadan ‘abduhu wa Rasulu; dan saya pun bersaksi bahawa junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, manusia termulia di seluruh jagat raya…

Ya Allah, limpahkanlah shalawat sebanyak-banyaknya dan salam sejahtera kepada Nabi dan Rasul yang mulia itu bersama seluruh ahlulbait dan para sahabatnya yang telah melaksanakan amanat Risalah dengan sempurna.

Ada dua sebab yang mendorong saya menulis buku kecil ini yang saya beri judul“KEUTAMAAN AHLULBAIT RASULULLAH S.A.W.”

Pertama: Lebih kurang lima tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1400 H/1980 M, saya pernah menulis sebuah risalah kecil berjudul “Asyura” (10 Muharram), berisi uraian tentang ahlulbait Rasulullah s.a.w., khususnya riwayat singkat Imam al-Husein bin ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Di saat menulis risalah itu tidak terlintas dalam fikiran saya, bahawa ia akan memperoleh sambutan hangat dari kaum Muslimin. Bahkan banyak di antara mereka yang meminta kepada saya supaya menulis sebuah buku yang lebih lengkap dan jelas tentang kedudukan ahlulbait Rasulullah s.a.w. di dalam agama Islam.

Sesungguhnya saya merasa berat sekali memenuhi permintaan yang baik itu kerana saya bukan seorang penulis. Dalam waktu yang lama hal itu menjadi beban fikiran saya. Kemudian saya berniat hendak mencubanya sambil bertawakkal kepada Allah s.w.t., mohon hidayat dan taufik-Nya, agar niat saya itu dapat terlaksana. Dengan menekuni pembacaan kitab-kitab tentang ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan dengan bantuan beberapa orang sahabat, akhirnya saya memberanikan diri menulis buku ini. Betapa besar saya rasa syukur saya kepada Allah s.w.t. yang telah berkenan mengabulkan permohonan saya.

Dalam keadaan usia saya yang telah lanjut, saya hanya mengharapkan semoga usaha saya ini diridhai Allah dan Rasul-Nya serta dinilai sebagai amal kebajikan yang akan membuka pintu maghfirah, agar pada saat saya akan meninggalkan dunia yang fana ini dikurniai husunal-khatimah. Tidak lain hanya itulah yang saya idam-idamkan.

Kecuali itu masih ada satu soal yang ingin saya kemukakan untuk mencegah kemungkinan terjadinya salah faham yang sama sekali tidak saya inginkan. Dalam buku ini terdapat pembahasan tentang “Hadith Tsaqalain”. Sehubungan dengan itu saya hendak menekankan dua hal: Pertama, saya sama sekali tidak mengingkari adanya Hadith yang diriwayatkan berasal dari ucapan Rasulullah s.a.w., bahawa beliau meninggalkan dua pegangan yang menjamin keselamatan ummatnya iaitu;

(Kitabullah dan Sunnahku)

Hadith tersebut adalah Hadith yang lain lagi, yakni bukan Hadith Tsaqalain, dan pada umumnya telah banyak diketahui oleh kaum muslimin. Lain halnya dengan Hadith Tsaqalain, sekalipun kebenarannya telah diterima bulat oleh berbagai mazhab Islam, namun belum banyak dikenal oleh kaum Muslimin. Kedua, dengan membahas Hadith Tsaqalain, buku ini sama sekali tidak bermaksud hendak membuka pendebatan atau polemik, saya hanya bermaksud menyampaikan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kaum Muslimin awam yang belum pernah mendengar atau mengenalnya. Dengan mengenal dan mengetahui siapa-siapa dan bagaimana sesungguhnya kedudukan ahlulbait Rasulullah s.a.w. itu, orang akan merasa mantap dalam mengucapkan shalawat bagi “sayyidina Muhammad dan bagi aal sayyidina Muhammad” dalam setiap shalat fardhu yang lima kali sehari semalam.

Tidak diragukan lagi bahawa aal Muhammad Rasulullah s.a.w. yang dalam zaman kita sekarang ini terkenal dengan sebutan kaum ‘Alawiyyin, merupakan orang-orang yang memiliki fadhilah dzatiyyah (keutamaan dzat) yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada mereka melalui hubungan darah dengan insan pilihan-Nya, Rasulullah s.a.w. Naif sekali anggapan yang menyamakan mereka dengan orang-orang dari keturunan lain, kerana anggapan demikian itu sama ertinya dengan menyamakan peribadi Rasulullah s.a.w. dengan peribadi lain. Anggapan seperti itu tidak sejalan dengan syari’at Islam, kerana Allah s.w.t. menegaskan dalam firmannya:

Dan dia (Muhammad s.a.w.) tidak mengucapkan sesuatu menurut kemahuan hawa nafsunya, ucapannya bukan lain adalah wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya” [An-Najm: 3-4]

Fadhilah dzatiyyah yang mereka miliki bukan fadhilah yang dibuat-buat dan bukan berdasarkan fadhilah pengamalan baik mereka dan bukan pula atas keinginan mereka, melainkan telah menjadi qudrat dan kehendak Ilahi sejak azal. Kerana itu tidak ada alasan apa pun untuk merasa irihati terhadap keutamaan mereka. Soal inilah justeru yang dipertanyakan Allah s.w.t. dalam firman-Nya:

Ataukah mereka (orang-orang yang dengki) merasa irihati terhadap orang-orang yang telah diberi kurnia oleh Allah?” [An-Nisa: 54]

Fadhilah dzatiyyah yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada para keturunan Rasulullah s.a.w. sama sekali tidak lepas dari rasa tanggungjawap mereka yang lebih berat dan lebih besar daripada yang mesti dipikul orang lain. Mereka mesti selalu menyedari kedudukannya di tengah-tengah ummat Islam. Mereka wajib menjaga diri dari ucapan, perbuatan dan sikap yang dapat mencemarkan kemuliaan aal Muhammad Rasul Allah s.a.w., dan wajib pula menyedari tanggungjawapnya yang lebih besar atas citra Islam dan ummatnya. Dengan demikian maka kewajipan menghormati mereka yang dibebankan oleh syari’at kepada kaum Muslimin dapat diwujudkan dengan sebaik-baiknya. Tidak akan ada kesan bahawa para keturunan Rasulullah s.a.w. menonjol-nonjol diri menuntut penghormatan dari orang lain, dan kaum Muslimin pasti menempatkan mereka pada kedudukan sebagaimana yang telah menjadi ketentuan syari’at.

Dalam buku ini kami paparkan dengan jelas dan gambling kewajipan kaum Muslimin menghormati keturunan Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang difatwakan oleh para ulama puncak dan para Iman mujtahidin berdasarkan Kitabullah al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya. Semoga Allah s.w.t. berkenan melimpahkan hidayat-Nya kepada kita semua agar tetap mencintai ahlulbait dan aal Muhammad s.a.w. demi kecintaan kita kepada Allah s.w.t. dan kepada junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w. Maha Besar Allah yang telah berfirman:

Sungguhlah bahawa engkau tidak akan dapat memberi hidayat kepada orang yang kau kasihi, tetapi Allah sajalah yang melimpahkan hidayat kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang hidup menurut hidayat-Nya” [Al-Qashash: 56]

Mudah-mudahan dengan inayah Rabil-‘alamin penjelasan saya mengenai ahlulbait Rasulullah s.a.w. akan bermanfaat bagi kaum Muslimin. Semoga Allah s.w.t. dan Rasul-Nya berkenan menerima serta meridhai sekelumit kebajikan yang saya hibahkan kepada seluruh ahlulbait Rasul Allah s.a.w.

Wa maa taufiqi illa billah, ‘alaihi tawakkaltu wa ilaihi unib.

Jakarta, 1986

K.H. ‘Abdullah bin Nuh.

BAHTERA KESELAMATAN

Ahlulbait Nubuwwah pengemban wasiat sepanjang zaman
Bahtera kehidupan dan bahtera keselamatan
Selagi bintang-bintang belum berguguran
Mereka tempat manusia menumpu harapan

Kesucian mereka terpatri kukuh dalam al-Qur’an
Diuraikan sabda Nabi di dalam Shahihan1
Tentera sebagai amanat dalam Hadith Tsaqalain2
Tiada kalimat meragukan orang beriman

Mereka bahtera penyelamat kemanusiaan
Dari taufan dan badai keduniaan
Mereka bintang-bintang pemandu jalan
Bagi setiap musafir ke alam kelanggengan

Betapa pun dahsyat gelombang kemunafikan
Hendak membenamkan mereka ke dasar lautan…
Betapa pun ganasnya muntahan lahar kedzaliman
Hendak menghanguskan mereka menjadi debu berserakan…

Dengan lindungan Ilahi mereka tegak tak terpunahkan
Dengan kebenaran Rasul-Nya mereka tangguh tak tergoyahkan
Dengan kecintaan ummatnya mereka tak tersingkirkan
Dengan kesucian darahnya mereka tak tercemarkan

Seandainya dahulu ada seribu Karbala dan Dzil Jausyan3
Bahtera ahlulbait tak akan karam dan bintang pun tak suram
Selagi Allah menghendaki kelestarian insan
Pengemban amanat kebenaran dan penentang kebatilan

Kemulian mereka titisan suci darah Rasulur-Rahman
Terpadu dengan kalam Ilahi di setiap dada beriman
Dalam Surah Al-Ahzab dan Aali Imran4
Hingga semua kembali ke Haud di Yaumil-Mizan5

Beruntunglah orang yang melaju dalam bahtera keselamatan
Mengikuti cahaya bintang di tengah samudra kehidupan
Celakalah orang yang enggan berlayar menyeberang laut
Memejamkan mata terhadap beribu bintang taburan

KEAGUNGAN AHLULBAIT RASULULLAH S.A.W.

Syair Farazdaq tentang ‘Ali Zainul Abidin

Dialah yang dikenal jejak langkahnya
oleh butiran pasir yang dilaluinya
Rumah Allah Ka’bah pun mengenalinya
dan dataran tanah suci sekelilingnya.

Dialah putera insan termulia
dari hamba Allah seluruhnya
Dialah manusia hidup berhias takwa
kesuciannya ditentukan oleh fitrahnya

Apabila orang Quraishi melihatnya
berkatalah penyambung lidah mereka:
Pada keagungan peribadinya
berpuncak semua sifat yang mulia.

Bernasab setinggi bintang kejora
seanggun langit di cakerawala
tak tersaingi insan mana pun juga
baik Arab mahupun ‘Ajam6 di jagat raya

Di saat ia menuju ke Ka’bah
bertawaf mencium Hajar jejak datuknya
Ruknul-Hatim7 enggan melepaskan tangannya
kerana mengenali betapa ia tinggi nilainya

Senantiasa menundukkan kepala
Kerana pemalu menjadi dasar fitrahnya
Orang terpaku kerana kewibawaannya
mengajaknya bicara hanya saat senyumnya

Itulah ‘Ali buyut Rasul Allah
buyut pemimpin segenap ummat manusia
dengan agamanya manusia berbahagia keridhaan-Nya

Sinar hidayat memancar di antariksa
dari kecermelangan bulan purnama
penaka mentari terbit diufuk sana
membelah cuaca gelap gelita

Darah, daging dan tulang sumsumnya
berasal dari utusan Allah Yang Maha Esa
sungguh indah semua unsurnya
serba sempurna semua intinya

Jika anda belum mengenal dia
dia itulah putera Fatimah
puteri Nabi utusan Allah
penutup para Rasul dan Anbiya

Sejak azal Allah memuliakan martabatnya
tiada makhluk setara keagungannya
tersurat dalam ilmu Allah Pencipta
di Lauh Mahfudz dengan qalam-Nya

Pertanyaan anda “siapa dia”
Tidak merugikan keharuman namanya
Arab dan ‘Ajam mengenal dia
walau anda hendak mengingkarinya

Uluran tangannya bak8 hujan merata
menyebar manfaat ke mana-mana
tangannya tak pernah kosong dan hampa
walaupun dermawan tiada tara

Lembut perangai dan perilakunya
bila marah tak dikhuwatirkan akibatnya
budi luhur dan kedermawanannya
dua hiasan hidupnya yang terutama

Tiap si miskin datang kepadanya
beban derita dipikul olehnya
Dengan wajah cerah ceria
baginya “ya” jawapan yang termesra

Bila berjanji tak kenal cedera
keberkahan menyertai kebajikannya
riang peramah dan lapang dada
sedetik pun hatinya tak pernah lengah

Tak pernah ia berucap “tidak”
Kecuali dalam ucapan syahadatnya9
kalau bukan kerana syahadatnya
“tidak”-nya berubah menjadi “ya”

Kebajikan meluas dan merata
seluas bumi dengan segala isinya
hapuslah semua duka derita
sirnalah semua ratap sengsara

Berasal dari keluarga mulia
mencintainya fardhu wajib dalam agama
membencinya kufur dalam agama
dekat padanya selamat dari merbahaya

Kalau dihitung semua orang bertakwa
merekalah barisan pemimpinnya
bila ditanya siapakah penghuni buni utama
tiada lain kecuali “mereka”-lah jawapnya

Kuda sembrani pun tak terdaya
Menjangkau ketinggian martabat mereka
tiada makhluk lain tolok bandingnya
betapa pun tinggi dan mulianya

Laksana hujan menyiram kemarau
mengikis paceklik menangkal bencana
ibarat singa…singa Syara10
terkenal tangkas dan amat perkasa

Kesukaran hidup bukanlah alasan mereka
untuk menahan uluran tangannya
keadaan mereka senantiasa sama
di saat “kaya” dan di waktu “sengsara”

Betapa berat cubaan dan derita
tersingkirkan oleh cinta kasihnya
dengan cinta kasih dan kebajikannya
nikmat Ilahi melimpah berlipat ganda

Sebutan mereka diucapkan setiap insan
setelah sebutan Allah Yang Maha Rahman
pada tiap awal wicara
dan pada tiap akhir untaian kata11

Kenistaan pantang menyentuh mereka
tiada kehinaan menjamah kehormatannya
keharumannya semerbak merata
dengan tangan mereka melawan durjana

tak ada manusia hina di mata mereka
tak seorang pun menjadi budaknya
tidak! Merekalah justeru pemimpinnya
dan yang pertama: Rasul pembawa nikmat-Nya

yang mengenal Allah pasti mengenal dia
yang mengenal dia mengenal keutamaannya
yang bersumber pada lingkungan keluarganya
tempat manusia bermandikan cahaya12

Sya’ir Farazdaq
Melukiskan kemuliaan anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w.:
‘Ali Zainal Abidin bin Al-Husein bin ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhum.


1) Dua Hadith Shahih Bukhari dan Muslim.
2) Hadith Rasulullah s.a.w. yang mewasiatkan ummatnya supaya tetap berpegang teguh pada dua bekal, iaitu Kitabullah dan ahlulbait beliau.
3) Karbala = Tempat pasukan Bani Umayyah menyerang Al-Husein r.a
Dzil Jausyan = nama orang yang mencincang jenazahnya.
4) Surah Al-Ahzab: 33 dan Surah Aali Imran: 61
5) Haud = Syurga. Yaumil-Mizan = Hari Kiamat.
6) ‘Ajam = Sebutan khusus bagi semua bangsa diluar bangsa Arab,atau semua yang tidak berbahasa Arab.
7) Ruknul-Hatim = Sudut Ka’bah, tempat Hajar Aswad diletakkan.
8) Bak = Laksana
9) Kata “tidak” dalam syahadat: “Tidak ada tuhan selain Allah”
10) Singa Syara = Jenis singa terkenal keberaniannya di daerah sekitar Al-Furat.
11) Yang dimaksud ialah doa, khutbah dan lain-lain selalu diawali dan diakhiri dengan ucapan shalawat kepada kepada Rasulullah s.a.w. dan kepada “aal” (keluarga)-nya
12) Agama Islam.

KEAGUNGAN AHLULBAIT RASULULLAH S.A.W.

Syair Farazdaq tentang ‘Ali Zainul Abidin

Dialah yang dikenal jejak langkahnya
oleh butiran pasir yang dilaluinya
Rumah Allah Ka’bah pun mengenalinya
dan dataran tanah suci sekelilingnya.

Dialah putera insan termulia
dari hamba Allah seluruhnya
Dialah manusia hidup berhias takwa
kesuciannya ditentukan oleh fitrahnya

Apabila orang Quraishi melihatnya
berkatalah penyambung lidah mereka:
Pada keagungan peribadinya
berpuncak semua sifat yang mulia.

Bernasab setinggi bintang kejora
seanggun langit di cakerawala
tak tersaingi insan mana pun juga
baik Arab mahupun ‘Ajam6 di jagat raya

Di saat ia menuju ke Ka’bah
bertawaf mencium Hajar jejak datuknya
Ruknul-Hatim7 enggan melepaskan tangannya
kerana mengenali betapa ia tinggi nilainya

Senantiasa menundukkan kepala
Kerana pemalu menjadi dasar fitrahnya
Orang terpaku kerana kewibawaannya
mengajaknya bicara hanya saat senyumnya

Itulah ‘Ali buyut Rasul Allah
buyut pemimpin segenap ummat manusia
dengan agamanya manusia berbahagia keridhaan-Nya

Sinar hidayat memancar di antariksa
dari kecermelangan bulan purnama
penaka mentari terbit diufuk sana
membelah cuaca gelap gelita

Darah, daging dan tulang sumsumnya
berasal dari utusan Allah Yang Maha Esa
sungguh indah semua unsurnya
serba sempurna semua intinya

Jika anda belum mengenal dia
dia itulah putera Fatimah
puteri Nabi utusan Allah
penutup para Rasul dan Anbiya

Sejak azal Allah memuliakan martabatnya
tiada makhluk setara keagungannya
tersurat dalam ilmu Allah Pencipta
di Lauh Mahfudz dengan qalam-Nya

Pertanyaan anda “siapa dia”
Tidak merugikan keharuman namanya
Arab dan ‘Ajam mengenal dia
walau anda hendak mengingkarinya

Uluran tangannya bak8 hujan merata
menyebar manfaat ke mana-mana
tangannya tak pernah kosong dan hampa
walaupun dermawan tiada tara

Lembut perangai dan perilakunya
bila marah tak dikhuwatirkan akibatnya
budi luhur dan kedermawanannya
dua hiasan hidupnya yang terutama

Tiap si miskin datang kepadanya
beban derita dipikul olehnya
Dengan wajah cerah ceria
baginya “ya” jawapan yang termesra

Bila berjanji tak kenal cedera
keberkahan menyertai kebajikannya
riang peramah dan lapang dada
sedetik pun hatinya tak pernah lengah

Tak pernah ia berucap “tidak”
Kecuali dalam ucapan syahadatnya9
kalau bukan kerana syahadatnya
“tidak”-nya berubah menjadi “ya”

Kebajikan meluas dan merata
seluas bumi dengan segala isinya
hapuslah semua duka derita
sirnalah semua ratap sengsara

Berasal dari keluarga mulia
mencintainya fardhu wajib dalam agama
membencinya kufur dalam agama
dekat padanya selamat dari merbahaya

Kalau dihitung semua orang bertakwa
merekalah barisan pemimpinnya
bila ditanya siapakah penghuni buni utama
tiada lain kecuali “mereka”-lah jawapnya

Kuda sembrani pun tak terdaya
Menjangkau ketinggian martabat mereka
tiada makhluk lain tolok bandingnya
betapa pun tinggi dan mulianya

Laksana hujan menyiram kemarau
mengikis paceklik menangkal bencana
ibarat singa…singa Syara10
terkenal tangkas dan amat perkasa

Kesukaran hidup bukanlah alasan mereka
untuk menahan uluran tangannya
keadaan mereka senantiasa sama
di saat “kaya” dan di waktu “sengsara”

Betapa berat cubaan dan derita
tersingkirkan oleh cinta kasihnya
dengan cinta kasih dan kebajikannya
nikmat Ilahi melimpah berlipat ganda

Sebutan mereka diucapkan setiap insan
setelah sebutan Allah Yang Maha Rahman
pada tiap awal wicara
dan pada tiap akhir untaian kata11

Kenistaan pantang menyentuh mereka
tiada kehinaan menjamah kehormatannya
keharumannya semerbak merata
dengan tangan mereka melawan durjana

tak ada manusia hina di mata mereka
tak seorang pun menjadi budaknya
tidak! Merekalah justeru pemimpinnya
dan yang pertama: Rasul pembawa nikmat-Nya

yang mengenal Allah pasti mengenal dia
yang mengenal dia mengenal keutamaannya
yang bersumber pada lingkungan keluarganya
tempat manusia bermandikan cahaya12

Sya’ir Farazdaq
Melukiskan kemuliaan anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w.:
‘Ali Zainal Abidin bin Al-Husein bin ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhum.


1) Dua Hadith Shahih Bukhari dan Muslim.
2) Hadith Rasulullah s.a.w. yang mewasiatkan ummatnya supaya tetap berpegang teguh pada dua bekal, iaitu Kitabullah dan ahlulbait beliau.
3) Karbala = Tempat pasukan Bani Umayyah menyerang Al-Husein r.a
Dzil Jausyan = nama orang yang mencincang jenazahnya.
4) Surah Al-Ahzab: 33 dan Surah Aali Imran: 61
5) Haud = Syurga. Yaumil-Mizan = Hari Kiamat.
6) ‘Ajam = Sebutan khusus bagi semua bangsa diluar bangsa Arab,atau semua yang tidak berbahasa Arab.
7) Ruknul-Hatim = Sudut Ka’bah, tempat Hajar Aswad diletakkan.
8) Bak = Laksana
9) Kata “tidak” dalam syahadat: “Tidak ada tuhan selain Allah”
10) Singa Syara = Jenis singa terkenal keberaniannya di daerah sekitar Al-Furat.
11) Yang dimaksud ialah doa, khutbah dan lain-lain selalu diawali dan diakhiri dengan ucapan shalawat kepada kepada Rasulullah s.a.w. dan kepada “aal” (keluarga)-nya
12) Agama Islam.

SIAPAKAH YANG DISEBUT “AHLUL-BAIT”?

Istilah “Ahlul-Bait” berasal dari firman Allah s.w.t. sebagaimana termaktub di dalam Al-Qur’anul-Karim Surah Al-Ahzab: 33 yang berbunyi:

(“Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kalian, ahlul-bait, dan mensucikan kalian sesuci-sucinya“)

Dalam ertikata biasa “ahlul-bait” bermakna “keluarga” atau “anggota rumahtangga”. Akan tetapi dalam kaitannya dengan makna ayat tersebut, para tafsir berbeza pendapat. Muhammad Jawad Maghniyyah dalam kitabnya yang berjudul ‘Al-Husain Wal-Qur’an’ halaman 18-19 menerangkan, bahawa menurut riwayat ‘Ikrimah dan Az-Zayyad ayat tersebut ditujukan khusus kepada para isteri Rasulullah s.a.w., kerana penafsiran ayat tersebut dikaitkan dengan ayat sebelumnya, iaitu yang berkenaan dengan para isteri beliau s.a.w. Akan tetapi sebahagian besar para ahli tafsir berpegang pada riwayat Abu Sa’id Al-Khudhariy yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan: “Ayat itu turun untuk lima orang, iaitu aku sendiri, ”Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husein”. Berdasarkan penegasan beliau itu maka yang dimaksudkan dengan istilah “ahlul-bait” bukan lain adalah lima anggota keluarga Rasulullah s.a.w.

At-Tirmudziy mengetengahkan sebuah Hadits yang dibenarkan oleh Jarir, Ibnul-Mundzir, Al-Hakim, Ibnu Mardawih dan Al-Baihaqiy, iaitu sebuah Hadits yang berasal dari isteri Rasulullah s.a.w., Ummu Salamah. Ummu Salamah r.a mengatakan: “Di rumahku turun ayat ‘innamaa yuridullahu…’ (yakni ayat 33 Surah al-Ahzab tersebut di atas) dan ketika itu di rumahku terdapat Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein. Rasulullah s.a.w. kemudian menutupi mereka dengan kain yang dipakainya sambil berkata: Mereka inilah ahli-baitku. Allah telah menghapuskan noda dan kotoran dari mereka dan telah mensucikan mereka”. Hadits ini terkenal dengan ‘Haditsul-Kisa’.

Kedudukan khusus para anggota Ahlu-bait itu diperkukuh oleh kesaksian Ibnu ‘Abbas r.a yang mengatakan: “Aku menyaksikan sendiri selama sembilan bulan Rasulullah s.a.w. secara terus-menerus menghampiri tempat kediaman ‘Ali bin Abi Thalib setiap beliau hendak bersembahyang di masjid. Beliau selalu mengatakan: Assalaamu alaikum warahmatullahi wabaarakaatuh. Sungguhlah Allah hendak menghapuskan noda dari para ahlul-bait dan benar-benar hendak mensucikan kalian. Marilah bersembahyang, semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian”. Tidak diragukan lagi ucapan Rasulullah s.a.w. itu ditujukan kepada ‘Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah Az-Zahra dan kepada dua orang cucu beliau s.a.w., iaitu al-Hasan dan al-Husein – radhiyallahu ‘anhuma.

Kesaksian Ibnu ‘Abbas r.a itu diperkuat oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Mardawih berdasarkan kasaksian Abdul-Hamra yang mengatakan sebagai berikut: “Selama delapan bulan di Madinah aku menyaksikan, tiap kali Rasulullah s.a.w. keluar hendak menunaikan shalat di masjid, beliau berpegang pada pintunya beliau s.a.w. berucap: Marilah bersembahyang, sungguhlah bahawa Allah hendak menghapuskan kotoran dari kalian, hai ahlul-bait, dan Dia benar-benar hendak mensucikan kalian”.

Sebuah Hadits yang berasal dari Abu Hurairah r.a diriwayatkan oleh Al-Hakim, Abu Ya’la, Abu Nu’aim dan Ad-Dailamiy; bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Yang terbaik di antara kalian ialah yang terbaik perlakuannya terhadap ahlulbaitku setelah aku kembali ke haribaan Allah

Demikian juga At-Thabraniy dalam kitabnya yang berjudul ‘Al-kabir’ dan Ibnu Hajar dalam kitabnya ‘Ash-Shawa’iqul-Muhriqah’; kedua-duanya meriwayatkan sebuah Hadits berasal dari Abu Sa’id Al-Khudhariy r.a yang mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

Sesungguhnya bahawa bagi Allah ada tiga hurumat, yakni tiga perkara yang tidak boleh dilanggar. Barangsiapa menjaga baik-baik tiga perkara tersebut, nescaya Allah akan menjaga urusan agamanya (akhiratnya) dan urusan dunianya. Barangsiapa yang tidak menjaga baik-baik tiga perkara tersebut maka tidak ada suatu pun baginya yang mendapat perlindungan Allah. Tiga hurumat itu ialah: Hurumatul Islam (yakni kewajipan terhadap Islam), hurumatku (yakni kewajipan terhadap Rasulullah s.a.w.) dan hurumat rahimku (yakni kewajipan terhadap ahlulbait atau keluarga Beliau s.a.w.)“.

Imam Muslim di dalam ‘Shahih’-nya Bab ‘Fadha’il Ahlul-Bait, mengatakan, bahawa ayat 33 Surah Al-Ahzab ditujukan kepada Muhammad Rasulullah s.a.w., ‘Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah dan dua orang puteranya, iaitu al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu ‘anhum. Demikian pula yang dikatakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Penegasan seperti itu dapat kita temukan juga dalam berbagai kitab, antara lain: ‘Mustadrakus-Shahihain’, ‘Sunah At-Tirmudziy’, ‘Tafsir At-Thabraniy’, ‘Khasha’ish an-Nasa’iy’, ‘Tarikh Baghdad’, ‘Al-Isti’ab’, Ar-Riyadh an-Nadhrah’, ‘Musnad Abi Dawud’, ‘Asad Al-Ghabah’ dan lain-lain.

Penulis Tafsir ‘Al-Manar’, Syeikh Muhammad Abduh, dalam menafsirkan ayat 84 Surah Al-An’am, antara lain mengatakan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Semua anak Adam bernasab kepada orang tua lelaki (ayah mereka), kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka“.

Dari Hadits tersebut jelaslah, bahawa putera-puteri Siti Fatimah r.a semuanya adalah anggota-anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w. Hal itu lebih ditegaskan lagi oleh sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhariy dalam kitab ‘Al-Ahkam’, dan oleh Imam Muslim dalam kitab ‘Al-Imarah’. Iaitu hadits-hadits yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. sambil menunjuk kepada dua orang cucunya, al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu ‘anhuma, menyatakan:

Dua orang puteraku ini adalah Imam-Imam, baik di saat mereka sedang duduk atau pun sedang berdiri“.

Dengan keterangan-keterangan tersebut di atas semuanya, kiranya jelaslah sudah, bahawa yang dimaksud dengan istilah ‘ahlulbait’ dalam ayat 33 surah al-Ahzab ialah anggota-anggota keluarga Rasulullah s.a.w. Mereka itu adalah: Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a, isteri beliau Siti Fatimah r.a puteri bongsu Rasulullah s.a.w., al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu ‘anhuma. Penafsiran dan definisi (ta’rif) tersebut sepenuhnya didasarkan pada ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. sendiri, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hadits-Hadits shahih. Dengan perkataan lain yang lebih tegas ialah: Rasulullah s.a.w. sendirilah yang menafsirkan ayat 33 Surah Al-Ahzab. Sedangkan beliau s.a.w. adalah seorang Nabi dan Rasul yang oleh Allah s.w.t. nyatakan dalam Al-Qur’anul-Karim:

Sahabat kalian (yakni Muhammad Rasulullah s.a.w.) tidak sesat dan tidak keliru. Ia tidak mengucapkan sesuatu menurut hawa nafsunya. Apa yang diucapkan adalah wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya” [An-Najm: 2-4]

Berbagai penafsiran para ulama mengenai ayat 33 Surah al-Ahzab

Imam Abu Ja’far bin Jarir At-Thabariy dalam kitab ‘Tafsir’-nya mengatakan, bahawa firman Allah tersebut bermakna: Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan keburukan (as-suu) dan kemaksiatan (al-fahsya) dari kalian, hai ahlulbait Muhammad, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya dari noda dan kotoran yang dapat ditimbulkan oleh perbuatan maksiat terhadap Allah s.w.t. At-Thabariy juga mengetengahkan sebuah keterangan yang diperoleh dari Abu Zaid, bahawa kata ‘ar-rijsa’ (noda atau kotoron) dalam ayat tersebut bermakna ‘syaitan’.

Dengan isnad Sa’id bin Qatadah, At-Thabariy mengatakan juga bahawa kata ‘ahlulbait’ dalam ayat tersebut bererti ‘ahlulbait yang oleh Allah s.w.t. telah disucikan dari setiap keburukan dan kepada mereka telah dilimpahkan rahmat khusus’.

Ibnu Athiyyah mengatakan bahawa ‘ari-rijsa’ adalah sebutan yang mengandungi pengertian ‘dosa’ atau ‘seksa’, dan semua barang najis serta semua bentuk kekurangan. Semuanya itulah yang telah dihapuskan Allah dari para Ahlul-bait.

Imam Nawawiy mengatakan, ada sementara ulama yang mengertikan kata ‘ari-rijsa’ dengan ‘asy-syak’ (keraguan); ada yang mengertikan dengan ‘adzab’ (seksa) dan ada pula yang mengertikannya dengan ‘itsm’ (dosa).

Sebaigamana telah kami katakan, para ahli tafsir berbeza pendapat, mengenai makna kata ‘ahlulbait’. Sekelompok dari mereka, termasuk Abu Sa’id Al-Khudhariy dan sebahagian kaum Tabi’in (generasi ulama sesudah kaum Salaf) seperti Mujahid, Qatadah dan lain-lain, memberi penafsiran seperti yang dikutip oleh Imam Al-Baghawiy, Ibnul-Khazim dan para ulama tafsir yang lain. Menurut mereka, yang dimaksud ‘ahlulbait’ ialah ‘ahlul-Aba’ atau ‘ahlul-kisa’, iaitu terditi dari Imam ‘Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah binti Muhammad Rasulullah s.a.w., al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu anhum.

Kelompok ulama yang lain, seperti ‘Ikrimah dan lain-lain, menafsirkan kata ‘ahlulbait’ dalam ayat tersebut dengan ‘para isteri Rasulullah s.a.w.’. Para ulama tafsir dari kelompok ini berpegang pada makna semua ayat dalam Surah Al-Ahzab yang berkenaan dengan para isteri Rasulullah s.a.w. iaitu mulai dari ayat 28 hingga akhir atay 34. Mereka mengatakan, bahawa semua ayat tersebut berkaitan dengan para isteri Nabi s.a.w., jadi bagaimana mungkin di tengah-tengahnya terselip persoalan ini? Akan tetapi penafsiran mereka itu disanggah oleh para ulama tafsir yang lain, iaitu yang mengertikan ‘ahlulbait’ dengan ‘ahlul-aba’, berdasarkan dalil-dalil naqliy.

Mengenai Hadits Al-Kisa, di samping riwayat yang berasal dari Ummu Salamah r.a sebagaimana telah kami kemukakan, terdapat versi lain yang juga dapat dipercayai kebenarannya, iaitu: Bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang bersama-sama ‘Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu anhum. Beliau s.a.w. menggandeng dua orang cucunya (yakni Al-Hasan dan Al-Husein) hingga masuk ke dalam rumah. Imam ‘Ali dan Siti Fatimah kemudian diminta duduk di hadapan beliau s.a.w., sedangkan Al-Hasan dan Al-Husein kedua-duanya dipangku oleh beliau. Setelah itu beliau merentang sehelai kisa (kain sejenis pakaian) di atas mereka sambil membaca ayat 33 surah al-Ahzab.

Sumber riwayat lain mengatakan, ketika itu Rasulullah s.a.w. tidak membaca ayat tersebut, melainkan berdoa:

Ya Allah, mereka ini adalah ahlulbaitku. Kerana itu hilangkanlah noda kotoron (ar-rijsa) dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya“.

Dalam hubungannya dengan Hadits ini diriwayatkan pula bahawa saat itu Ummu Salamah r.a berusaha masuk ke bawah kain yang direntangkan Rasulullah s.a.w. itu, tetapi baru saja ia mengangkat sedikit kain itu segera ditarik oleh beliau s.a.w. dari tangannya. Ummu Salamah berkata: “Ya Rasulullah, aku bersama kalian”. Beliau menyahut: “Engkau seorang isteri Nabi, berada dalam kebajikan”.

Masih banyak lagi riwayat mengenai hal itu, semuanya dapat dipercaya kebenarannya dan dipandang sebagai Hadtih-Hadits hasan (baik) oleh para ulama Hadits.

Mengenai nas Hadits yang berasal dari Rasulullah s.a.w. sendiri, iaitu pernyataan beliau yang menegaskan bahawa ahlulbait terdiri dari lima orang – sebagaimana yang telah kami kemukakan – para ahli tafsir yang berpegang pada Hadits tersebut mengatakan: Kalau yang dimaksud ‘ahlulbait’ itu ‘para isteri Nabi s.a.w.’, tentu dalam ayat tersebut Allah s.w.t. tidak menggunakan dhamir (kata ganti-nama) ‘kum’ (kalian lelaki), melainkan menggunakan dhamir ‘kunna’ (kalian perempuan).

Para ahli tafsir yang mengertikan ‘ahlul-bait’ dengan ‘para’ isteri Nabi s.a.w.’ menjawab: Digunakannya kata ganti nama (dhamir) ‘kum’ kerana menunjuk kepada kata ‘ahlu’. Sebab, menurut tatabahasa Arab, kata ‘ahlu’ adalah mudzakkar (menunjukkan lelaki), bukan muannats (menunjukkan perempuan). Kerana Allah s.w.t. menyebut para ahlul-bait dengan kata ganti nama ‘kum’, bukan ‘kunna’.

Akan tetapi jumhurul ulama (para alim ulama pada umumnya) berpendapat, bahawa yang dimaksud dengan kata ‘ahlul-bait’ dalam ayat 33 Surah Al-Ahzab ialah dua pihak sekaligus, yakni: Lima orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dan para isteri beliau s.a.w. Mereka mengatakan, bahawa pengertian ‘ahlul-bait’ yang mencakup kedua belah pihak itu lebih sesuai dengan semua dalil yang ada.

Mengenai hal itu Al-Muqriziy mengatakan, bahawa di antara dalil-dalil yang digunakan oleh jumhurul-ulama ialah dhamir ‘kum’. Kalau yang dimaksudkan ayat itu hanya khusus perempuan pasti digunakan dhamir ‘kunna’.

Sehubungan dengan itu Ibnu ‘Athiyyah mengatakan, ‘menurut pendapat saya, para isteri Nabi s.a.w. tidak berada di luar pengertian ‘ahlul-bait’ mesti beerti semua anggota keluarga, iaitu para isteri Rasulullah s.a.w., puteri beliau, anak-anak lelaki puteri beliau dan suami puteri beliau’.

An-Nasfiy mengatakan, bahawa firman Allah yang menggunakan kata ganti nama (dhamir) ‘kum’ mengandungi petunjuk bahawa dalam pengertian ‘ahlul-bait’ termasuk para isteri Rasulullah s.a.w. . Sebab, dhamir ‘kum’ berlaku bagi lelaki dan perempuan bersama-sama.

Demikian juga pendapat Zamakhsyariy, Al-Baidhawiy dan Abu As-Sa’ud. Imam Al-Baghawiy dalam kitabnya yang berjudul ‘Ma’aalimut-Tanzil’ sependapat dengan Zamakhsyariy, bahkan ia mengetengahkan sebuah riwayat Hadits yang olehnya disebut berasal dari Ummu Salamah r.a yang pada waktu terjadinya ‘Haditssul-Kisa’ ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasullullah, bukanlah aku dari mereka juga”? Beliau menjawap: “Ya, benar”!

Fakrur-Raziy mengenai persoalan itu mengatakan: bahawa Allah s.w.t. menggunakan dhamir ‘kum’ agar tercakup semua anggota keluarga Rasulullah s.a.w., baik yang lelaki mahupun yang perempuan’. Ia menambah: “Dikalangan para ahli tafsir memang terjadi perbezaan pendapat mengenai makna ‘ahlulbait’. Kerana itu lebih baik dikatakan, bahawa mereka itu terdiri dari para isteri beliau s.a.w., puteri beliau bersama suaminya, dan dua orang cucu beliau, Al-Hasan dan Al-Husein. ‘Ali bin Abi Thalib termasuk dalam pengertian ‘ahlulbait’ kerana ia menjadi suami puteri Rasulullah s.a.w. dan selalu bersama beliau”. Demikian Fakrur-Raziy.

Ibnu Jarir dalam kitab Tafsirnya mengetengahkan 15 buah riwayat Hadits dengan isnad yang berbeza-beza. Iaitu riwayat-riwayat Hadits yang menerangkan bahawa yang dimaksud ‘ahlul-bait’ dalam ayat 3 Surah Al-Ahzab ialah Rasulullah s.a.w. ‘Ali bin Abi Thalib r.a, Siti Fatimah r.a, Al-Hassan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma. Setelah mengemukakan 15 buah riwayat Hadits tersebut, barulah Ibnu Jarir mengetengahkan sebuah Hadits lain yang menerangkan, bahawa yang dimaksud ‘ahlulu-bait’ adalah para isteri Rasulullah s. a.w.

Dalam kitab tafsir ‘Ad-Durr Al-Mantsur’ dapat kita temukan huraian Imam Jalaluddin As-Sayuthiy mengenai soal pergertian ‘ahlul-bait’. Ia mengetengahkan tiga buah riwayat Hadits yang semuanya menerangkan bahawa para isteri Rasulullah s.a.w. termasuk dalam pengertian ‘ahlul-bait’. Di samping itu Imam As-Sayuthiy juga mengetengahkan dua puluh buah riwayat Hadits yang berasal dari berbagai sumber, dan semuanya menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w., puteri beliau (Siti Fatimah r.a), menantu beliau (Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a) dan dua orang puteranya (Al-Hasan dan Al-Husein r.a), semuanya termasuk dalam pengertian ‘ahlul-bait’. Di antara dua puluh riwayat Hadits itu terdapat yang dikemukakan oleh Ibnu Jarir, Ibnul-Mundzir, Ibnu Abi Hatim, Thabraniy dan Ibnu Mardawih, yang kesemuanya berasal dari Ummu Salamah r.a, termasuk Hadits Al-Kisa.

Al-Wahidiy dalam kitabnya, ‘Asbabun-Nuzul’ mengetengahkan dua buah riwayat Hadits yang berlainan. Akan tetapi dalam uraiannya ia menyebut sebuah Hadits yang dikatakannya berasal dari Athiyyah dan Abu Sa’id, iaitu yang menerangkan bahawa makna ‘ahlulbait’ dalam ayat 33 surah Al-Ahzab adalah lima orang: Rasulullah s.a.w., Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a, Siti Fatimah Az-Zahra r.a, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma. Lebih jauh Al-Wahidiy mengemukakan pernyataan Atha bin Abi Rabbah yang mengatakan: “Hadits tersebut disampaikan kepadaku oleh orang yang mendengar langsung dari Ummu Salamah”. Al-wahidiy mengatakan juga bahawa Hadits yang dikemukakannya itu terdapat di dalam kitab ‘Ad-Durr Al-Mantsur’. Setelah itu ia menyebut dua buah Hadits lainnya lagi yang menerangkan, bahawa ayat 33 surah Al-Ahzab tertuju kepada para ibu suci isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Berdasarkan riwayat-riwayat Hadits yang dihimpunnya itu Imam Al-Wahidiy akhirnya menyimpulkan dalam ‘Tafsir’-nya, bahawa ayat 33 surah Al-Ahzab mencakup dua pihak. Iaitu 5 orang seperti tersebut di atas tadi, dan para ibu suci isteri-isteri Rasulullah s.a.w.

An-Nisaburiy dalam ‘Tafsir’-nya menyatakan pendapat yang sama dengan pendapat Al-Wahidiy. Semua riwayat Hadits yang berkenaan dengan persoalan itu dikemukakan olehnya, termasuk Hadits Al-Kisa. Selanjutnya ia mengetengahkan pendapat Muqatil yang menegaskan sebagai berikut: “Para isteri Rasulullah s.a.w. termasuk dalam pengertian ayat 33 surah Al-Ahzab, sebab jika dhamir lelaki itulah disatukan dengan dhamir perempuan maka dhamir lelaki itulah yang mengalahkan dhamir perempuan. Kerana itu Allah s.w.t. dalam firman-Nya menggunakan dhamir ‘kum’, bukan ‘kunna’.

Al-Muqriziy mengatakan sebagai berikut: “Menurut lahirnya, ayat tersebut berlaku umum bagi semua anggota ahlulbait yang terdiri dari para isteri Rasulullah s.a.w. dan orang-orang selain mereka”. Setelah menjelaskan kedudukan dhamir ‘kum’ sebagaimana yang dikatakan oleh An-Nisaburiy, lebih lanjut ia berkata: “Dengan demikian jelaslah, bahawa ayat tersebut menetapkan para isteri Rasulullah s.a.w. termasuk dalam pengertian ‘ahlulbait’. Hal itu sesuai dengan urutan dan rangkaian kalimat selengkapnya ayat 33 surah Al-Ahzab”.

Ibnu Hajar dalam kitabnya, ‘Ash-Shawa’iqul-Muhriqah’, mengatakan: “Yang dimaksud dengan kata ‘bait’ (rumah atau keluarga) dalam ayat itu ialah rumah kediaman Rasulullah s.a.w. dan para penghuninya. Kerana itu ayat tersebut mencakup para isteri Rasulullah s.a.w.

Ats-Tsa’labiy mengatakan: “Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksud ‘ahlulbait’ ialah orang-orang Bani Hasyim. Pengertian itu disasarkan pada ta’wil, bahawa yang dimaksud ‘bait’ (keluarga) ialah para orang tua silsilah Rasulullah s.a.w. Dengan demikian maka ‘Abbas bin Abdul Mutthalib dan para paman Rasulullah s.a.w. lainnya beserta semua anak-anak mereka adalah anggota-anggota ahlulbait. Seperti itu jugalah yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam, sebagaimana tercantum di dalam Tafsir Al-Khzin…”

Ada suatu penafsiran kata ‘ahlulbait’ yang lebih bersifat umum. Iaitu sebagaimana yang dikemukakan oleh Imam Al-Khathib. Dalam tafsirnya ia mengatakan: “Banyak perbezaan pendapat mengenai erti ‘ahlulbait’, dan yang terbaik ialah yang dikatakan oleh Al-Buqai’iy, iaitu: Setiap orang yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. atau selau menyertai beliau, maka orang itu berhak dan patut disebut ‘ahlulbait’. Demikian kata Al-Khathib.

Seorang arif dan tokoh sufi kenamaan, Syeikh Al-Akbar Sidi Muhyiddin bin Al-Arabiy, dalam bab ke-29 dari kitabnya yang berjudul ‘Al-Futuhaatul-Makkiyyah’ mengatakan antara lain sebagai berikut: “Kerana Rasulullah s.a.w. itu seorang hamba Allah s.w.t. telah disucikan sesuci-sucinya bersama para ahlulbaitnya, maka telah dihilangkan pula segala kotoran (rijsa) dari peribadi mereka. Yang dimaksud ‘rijsa’ (kotoron) ialah apa saja yang dapat membuat mereka buruk, sebagaimana yang lazim terdapat di dalam masyarakat Arab. Kerana itu, kepada ‘ahlulbait’ tidak dapat dimasukkan orang lain sebagai tambahan, kecuali yang benar-benar telah disucikan Allah. Sebab, hanya orang yang seperti mereka (ahlulbait) sajalah yang dapat dimasukkan ke dalam pengertian ‘ahlulbait’. Mereka sendiri tidak memasukkan orang lain ke dalam lingkungannya selain orang yang oleh Rasulullah s.a.w. sendiri telah dipandang suci. Dalam hal itu Salman Al-Farisiy telah disebut oleh beliau s.a.w. ketika bersabda: “Salman adalah dari kami, ahlulbait”!

Tirmudziy berpendapat, bahawa yang dimaksud ‘ahlulbait’ dalam ayat 33 surah Al-Ahzab ialah para isteri Rasulullah s.a.w., tidak termasuk ahlul-‘aba (ahlul-kisa). Tirmudziy mengatakan, bahawa dimasukkannya ahlul ‘aba ke dalam pengertian ‘ahlulbait’ semata-mata atas dasar kehendak Rasulullah s.a.w. sendiri, setelah turun ayat 33 surah Al-Ahzab yang tertuju kepada para isteri Rasulullah s.a.w. Pendapat Tirmudziy yang demikian itu menimbulkan kesulitan lebih jauh lagi, kerana orang akan bertanya: “Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w. berkeinginan memasukkan sekelompok orang ke dalam pengertian ayat tersebut, sedangkan Allah s.w.t. tidak memasukkan mereka ke dalam firman-Nya”? Lepas dari pendapat Tirmudziy mengenai “keinginan Rasulullah s.a.w.” itu, namun yang jelas ialah bahawa Imam Tirmudziy tidak menolak pengertian, bahawa yang dimaksud ‘ahlulbait’ ialah Rasulullah s.a.w., para isteri beliau, Siti Fatimah, Imam ‘Ali bin Abi Thalib, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu anhum.

Dari berbagai panafsiran para ulama yang kami utarakan di atas tadi, dapatlah kita simpulkan, bahawa mengenai makna kata ‘ahlulbait’ dalam ayat 33 surah Al-Ahzab terdapat lima penafsiran:

Pertama: Pada umumnya para ulama ahli tafsir berpendapat, bahawa makna ‘ahlulbait’ mencakup dua pihak, iaitu para ahlul ‘aba (Rasulullah s.a.w., Siti Fatimah, ‘Ali bin Abi Thalib, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu anhum) dan para isteri Rasulullah s.a.w. – radhiyallahu anhum. Itulah penafsiran yang mu’tamad dan dapat dijadikan pegangan.

Kedua: Abu Sa’id Al-Khudhariy (seorang sahabat Nabi) dan sejumlah para ulama tafsir dari kaum Tabi’in, termasuk Mujahid dan Qatadah, berpendapat bahawa makna ‘ahlulbait’ terbatas pada para ahlul-‘aba.

Ketiga: Ibnu ‘Abbas (seorang sahabat Nabi) dan Ikrimah (dari kaum Tabi’in) berpendapat, bahawa yang dimaksud ‘ahlulbait’ ialah para ummahaatul-Mu’minin, yakni para ibu suci isteri-isteri Rasulullah s.a.w.

Keempat: Ibnu Hajar dan Tsa’labiy berpendapat, bahawa yang dimaksud ‘ahlulbait’ ialah orang-orang Bani Hasyim, kerana mereka mengertikan kata ‘bait’ dengan ‘keluarga’, yakni keluarga seketurunan. Dengan demikian maka ‘Abbas bin Abdul Mutthalib (paman Nabi), saudara-saudaranya dan anak-anaknya; semuanya termasuk dalam pengertian ‘ahlulbait’. Pengertian tersebut didasarkan pada riwayat yang berasal dari Zaid bin Arqam, dan tercantum di dalam ‘Tafsir Al-Khazin’.

Kelima: Al-Khathib Asy-Syaibaniy sependapat dengan Al-Buqai’iy, bahawa menurut mereka, penafsiran yang terbaik mengenai kata ‘ahlulbait’ ialah: Setiap orang yang hidup bersama Rasulullah s.a.w., baik lelaki, perempuan, isteri, kerabat mahupun hambasahaya. Mereka itulah yang sangat dekat dengan Nabi s.a.w., memperoleh perhatian khusus dari beliau dan selalu menyertai beliau; kerana itu mereka lebih berhak dan lebih patut disebut ‘ahlulbait’.

HADITS TSAQALAIN DAN KEDUDUKAN AHLUL-BAIT

Hadits Tsaqalain ialah hadits Rasulullah s.a.w. yang menekankan dua persoalan sebagai wasiat yang amat penting, besar bobotnya dan berat timbangannya. Besar bobotnya kerana hadits tersebut menyangkut masalah kepimpinan atas ummat Islam sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Berat timbangannya kerana Rasulullah s.a.w. kelak akan menuntut pertanggungjawapannya kepada kaum Muslimin atas pelaksanaan wasiat beliau itu.

‘Tsaqalain’ dalam bahasa Indonesia bererti ‘dua bekal’ bagi seorang musafir. Tanpa membawa bekal yang diperlukan, seorang musafir tidak akan sampai ke tempat tujuan. Dalam kaitannya dengan hadits Tsaqalain, dua bekal (tsaqalain) yang diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada ummatnya itu merupakan dua persoalan yang perlu diindahkan dan dijaga baik-baik, agar dalam perjalanan hidup di dunia ini ummat Islam tidak akan sesat dan akan mencapai tujuan yang didambakan, iaitu meraih keridhaan Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Hadits Tsaqalain diulang di banyak tempat.

Untuk mempermudahkan penjelasan lebih jauh, baiklah kiranya kalau kami ketengahkan lebih dulu beberapa nas tentang hadits Tsaqalain:

Kepada kalian kutinggalkan sesuatu yang jika kalian berpegang teguh padanya, sepeninggalanku kalian tidak akan sesat: Kitabullah sebagai tali yang terentang dari langit sampai ke bumi, dan keturunanku, ahlulbaitku. Kedua-dua tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haudh (syurga). Perhatikanlah dua hal itu dalam kalian meneruskan kepemimpinanku mengenai dua hal itu“. (Dikeluarkan oleh Tirmudziy dari Zaid bin Arqam. ‘Kanzul-Ummal’ Jilid I. halaman 44, hadits no. 874)

Kutinggalkan kepada kalian dua peninggalan: Kitabullah sebagai tali yang terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku ahlulbaitku. Sesungguhnya kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haudh (syurga).” (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dari hadits Zaid bin Tsabit dan dari dua Shaih Bukhari-Muslim. Yang pertama pada halaman 182 dan yang kedua pada akhir halaman 189, jilid V. Dikeluarkan juga oleh Abu Syaibah, Abu Ya’laa dan Ibnu Sa’ad. “Kanzul-Ummal” jilid I, halaman 47, hadits no. 945).

Bahawasanya aku hampir dipanggil dan aku akan memenuhi panggilan itu. Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kalian dua bekal: Kitabullah Azza wa Jalla dan keturunanku. Kitabullah adalah tali yang terentang dari langit sampai ke bumi, dan keturunanku ialah ahlulbaitku. Bahawasanya Allah Yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui telah memberitahuku kepadaku, bahawa kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haudh (syurga). Perhatikan dua hal itu dalam kalian meneruskan kepimpinanku mengenai dua hal itu“. (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dari hadits Abu Sa’id Al-Khudhariy. Tercantum dalam ‘Musnad’-nya Jilid III, halaman 17 dan 18).

Kutinggalkan kepada kalian dua bekal: Kitabullah dan ahlulbaitku. Sesungguhnya kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haudh (syurga)“. (Dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam ‘Al-Mustadrak’ Jilid III halaman 148. Dikatakan olehnya bahawa hadits tersebut mempunyai kebenaran isnad yang diakui oleh Bukhari dan Muslim, tetapi tidak dikeluarkan oleh dua orang Imam hadits tersebut. Dikeluarkan juga oleh Adz-Dzahabiy dalam ‘Talkhishul-Mustadrak’ dan dinyatakan kebenarannya berdasarkan pembenaran Bukhari dan Muslim).

Seakan-akan aku telah dipanggil dan aku akan memenuhi panggilan itu. Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kalian dua bekal, yang satu lebih besar daripada yang lain: Kitabullah dan keturunanku. Maka perhatikanlah dua hal itu dalam kalian meneruskan kepimpinanku mengenai dua hal itu. Kedua-duanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaku di Haudh (syurga). Allah Azza wa Jalla adalah Maulaku (pemimpinku) dan aku adalah Maula (pemimpin) setiap orang beriman“…sambil menarik tangan ‘Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda lebih lanjut:

Barangsiapa yang aku ini menjadi maulanya, maka dia ini (yakni Imam ‘Ali r.a) adalah walinya (pemimpinnya). Ya Allah, pimpinlah orang yang menjadikan dia sebagai pemimpinnya dan musuhilah orang yang memusuhinya“. (Hadits tersebut diucapkan Rasulullah s.a.w. di Ghadir Khum dalam perjalanan kembali ke Madinah bersama rombongan sesudah menunaikan Hijjatil-Wada (ibadah haji perpisahan). Dikeluarkan oleh Al-Hakim dari hadits Zaid bin Arqam dalam ‘Al-Mustadrak’ Jilid III, halaman 109 dan 533. Diakui kebenarannya oleh Adz-Dzahabiy dalam ‘Talkhishul-mustadrak’).

Bagi kalian bukankah aku ini lebih utama daripada diri kalian? Para sahabat menjawap: Benar, ya Rasulullah! Beliau lalu bersabda: Kelak aku akan bertanya kepada kalian tentang dua hal: Al-Qur’an dan keturunanku“. (Hadits berasal dari Abdullah bin Hanthab, yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengucapkannya di sebuah tempat bernama Jahfah, dalam suatu khutbah. Dikeluarkan oleh Thabraniy dalam ‘Arba’unal-Arba’in yang ditulis oleh An-Nabhaniy. Dikeluarkan juga oleh As-Sayuthiy dalam ‘Ihya’ul-Mayyit’).

Barangsiapa senang hidup seperti hidupku dan mati seperti matiku, lalu ingin menjadi penghuni syurga ‘Adn yang ditanam oleh Tuhanku, hendaklah ia mengangkat ‘Ali sebagai pemimpin sepeninggalanku, dan orang itu pun hendaklah mengikuti pimpinan yang diangkat olehnya (‘Ali) sebagai pemimpin, dan supaya berteladan kepada ahlulbaitku sepeninggalanku. Sebab mereka itu adalah keturunanku dan diciptakan dari darah dagingku serta dikurniai pengertian dan ilmuku. Celakalah orang dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka, dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Allah tidak akan menurunkan syafaatku kepada orang-orang seperti itu“. (Dikeluarkan oleh Thabraniy dalam kitabnya ‘Al-Kabir’, dan dikeluarkan juga oleh Ar-Rafi’iy dalam ‘Musnad’-nya berdasarkan isnad Ibnu ‘Abbas. ‘Kanzul-Ummal’ Jilid VI, halaman 217, hadits no. 3819).

Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang kami kemukakan di atas, semuanya kami kutip dari kitab-kitab yang di tulis oleh para ulama Ahlus-Sunnah terkemuka. Isnadnya pun kami ambil dari kitab-kitab mereka, yang menyebut nama para perawinya secara berturutan dan bertautan satu sama lain. Hadits-hadits tersebut dikeluarkan juga oleh para ulama Islam dari berbagai mazhab, seperti: mazhab Imamiyyah, mazhab Hanafi, mazhab Syafi’i, mazhab Maliki, mazhab Hanbali dan mazhab Zaidiyyah.

Tanggapan para ulama tentang Hadits Tsaqalain:

Imam Muslim dalam ‘Shahih’nya mengetengahkan sebuah riwayat hadits berasal dari Yazid bin Hayyan yang menyatakan sebagai berikut: “Bersama Hashih bin Shibrah dan Umar bin Muslim saya pergi menemui Zaid bin Arqam r.a. Setelah kami duduk, Hashin berkata kepada Zaid: Hai Zaid, saya sungguh telah memperoleh banyak kebajikan. Saya sempat menyaksikan hidupnya Rasulullah s.a.w., mendengar sendiri tuturkata beliau, berperang bersama-sama beliau dan bersembahyang ma’mum di belakang beliau. Benarlah, bahawa saya merasa telah memperoleh banyak kebajikan. Hai Zaid, katakanlah kepada kami apa yang pernah kau dengar dari Rasulullah s.a.w.!

Zaid bin Arqam kemudian berkata: Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan khutbah di depan kita. Setelah memanjat puji syukur ke hadhirat Allah, memberi nasihat-nasihat dan peringatan, beliau lalu bersabda:

Amma ba’du, sesungguhnya aku adalah manusia…Hampir datang utusan Allah kepadaku dan aku menerimanya. Kutinggalkan kepada kalian dua bekal, yang pertama ialah Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Ambillah Kitabullah itu dan berpeganglah teguh padanya…

Beliau melanjutkan:

“…Dan ahlulbaitku. Kutinggalkan kalian kepada Allah mengenai ahlulbaitku“. (Beliau mengucapkannya tiga kali).

Hashin kemudian bertanya: Hai Zaid, siapakah ahlulbait beliau itu? Apakah para isteri Rasulullah s.a.w. termasuk ahlulbaitnya? Zaid menjawap: Isteri-isteri beliau termasuk ahlulbaitnya, tetapi orang-orang selain beliau s.a.w. yang diharamkan menerima shadaqah juga termasuk ahlulbait beliau. Hashin bertanya lagi: Siapakah mereka itu? Zaid menerangkan: Semua keluarga ‘Ali, semua keluarga Aqil, semua keluarga Ja’far dan semua keluarga ‘Abbas! Hashin masih bertanya: Benarkah mereka itu semuanya diharamkan menerima shadaqah? Zaid menjawap: Ya, benar!

Mengenai riwayat hadits tersebut di atas Imam Muslim mengetengahkan nas riwayat hadits serupa yang berasal dari sumber lain dan mengandungi makna berlainan, iaitu sebagai berikut: “…Kami bertanya: Apakah isteri-isteri beliau termasuk ahlulbait Rasulullah s.a.w.? Zaid menjawap: Tidak, demi Allah. Sebab isteri mungkin hanya untuk sementara waktu saja hidup bersama suami. Bila terjadi penceraian, isteri akan kembali kepada orang tua atau sanak saudara keluarganya. Ahlulbait beliau ialah orang-orang dari mana beliau berasal, dan kaum kerabat beliau yang diharamkan menerima shadaqah, seperti beliau sendiri”.

Imam Nawawiy dalam uraiannya mengatakan, bahawa dua buah riwayat hadits tersebut nampak berlawanan. Yang jelas diketahui ialah bahawa dalam kebanyakan riwayat yang diketengahkan oleh Muslim mengenai soal itu, Zaid bin Arqam mengatakan: para isteri Rasulullah s.a.w. bukan ahlulbait beliau. Kerana itu riwayat hadits tersebut pertama di atas harus dita’wilkan, bahawa dimasukkannya para isteri Rasulullah s.a.w. ke dalam lingkungan ahlulbait, kerana mereka itu tinggal bersama Rasulullah s.a.w. dan diperlakukan oleh beliau sebagai keluarga. Beliau memerintahkan supaya mereka itu dihormati dan dimuliakan serta disebut sebagai ‘tsaqal’. Beliau mengingatkan juga supaya hak-hak mereka dipelihara dan dipenuhi. Atas dasar penta’wilan itu maka para isteri Rasulullah s.a.w. memang termasuk dalam lingkungan ahlulbait, tetapi mereka tidak termasuk orang-orang yang diharamkan menerima shadaqah. Dengan penta’wilan seperti itu maka hilanglah sifat pertentangan antara dua riwayat hadits yang diketengahkan oleh Imam Muslim.

Mengenai hadits Tsaqalain, para ulama mengatakan: Hadits tersebut dinamakan ‘Hadits Tsaqalain’ (Hadits Dua Bekal) mengingatkan besarnya persoalan yang terkandung di dalamnya.

Ibnul-Atsir dalam kitabnya, ‘An-Nihayah’, mengatakan: Setiap hal yang amat penting dan sangat berharga dapat dinamakan ‘tsaqal’. Dinamakan ‘Hadits Tsaqalain’ mengingat besarnya nilai dan untuk lebih menekankan betapa penting persoalan yang menjadi kandungan hadits tersebut. Di dalam Kamus, ‘tsaqal’ bererti sesuatu yang amat sangat berharga dan diperlukan sebagai bekal dalam perjalanan jauh. Menurut sumber riwayat lain, nas hadits Tsaqalain adalah:

Kutinggalkan kepada kalian dua bekal: Kitabullah dan keturunanku“.

Dalam kitab ‘Is’afur-Raghibin’ Ash-Shabban mengatakan: Kalimat yang berbunyi “Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlulbaitku” bermakna “Kalian kuperingatkan akan Allah mengenai urusan ahlubaitku”.

Dalam kitab ‘Syarah Riyadhus-Shalihin’ Ibnu Allan mengatakan: Diulanginya kalimat tersebut bermaksud menekankan wasiat Nabi s.a.w. mengenai mereka (ahlulbait) dan beliau minta supaya mereka sungguh-sungguh diperhatikan. Kerana itu masalahnya menjadi wajib, sebab permintaan beliau itu ditekankan dan diserukan (dibebankan).

Ahs-Shabban dalam kitab ‘Is’aafur-Raghibin’ mengatakan bahawa yang dimaksud dengan ‘tali terentang…’ dalam hadits Tsaqalain yang diketengahkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal (Lihat: hadits Tsaqalain no. 3) ialah janji Allah s.w.t. atau wasilah yang dapat menyampaikan manusia kepada rahmat dan ridha-Nya.

Demikian pula yang dikatakan oleh Imam Nawawiy.

Di dalam kitab ‘Nawadirul-Ushul’ Imam Tirmudziy membatasi makna ‘itrah’ (keluarga keturunan) yang terdapat dalam teks hadits Tsaqalain, hanya pada para pemuka atau Imam-Imam yang terdiri dari keturunan Rasulullah s.a.w. saja. Mengenai hal itu ia berbicara panjang lebar, antara lain sebagai berikut: ‘Mengenai berpegang teguh pada Kitabullah dan keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. penjelasannya terdapat di dalam keterangan yang dikemukakan oleh Jabir r.a. Ia mengatakan: Dalam ibadah haji pada hari ‘Arafat aku melihat Rasulullah s.a.w. berada di atas untanya, ‘Al-Qushwa’, mengucapkan khutbah. Aku mendengar beliau bersabda: “Hai kaum Muslimin, kutinggalkan kepada kalian sesuatu, jika kalian berpegang teguh padanya, kalian tidak akan sesat: Kitabullah dan keturunanku, ahlulbaitku…”

Riwayat hadits yang berasal dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifariy mengatakan: Sehabis menunaikan ibadah haji wada Rasulullah s.a.w. mengucapkan khutbah: “Hai kaum Muslimin, bahawasanya Allah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui memberitahu kepadaku, bahawa seorang Nabi tidak diberi umur lebih dari separuh umur para Nabi terdahulu. Aku merasa sudah hampir dipanggil dan aku akan memenuhinya. Aku akan mendahului kalian berada di dalam Haudh (syurga), dan pada saat kalian datang kepadaku kalian akan ku tanya mengenai dua bekal. Kerana itu perhatikanlah bagaimana kalian akan memperlakukan dua hal (bekal) itu sepeninggalanku. Bekal yang terbesar ialah Kitabullah s.w.t., suatu sarana yang hujung satunya berada di tangan Allah dan hujung yang lainnya berada di tangan kalian. Kerananya peganglah teguh, jangan sampai kalian sesat dan jangan pula menggantinya. Bekal yang terkecil ialah keluarga keturunanku, ahlulbaitku. Aku telah diberitahu Allah Yang Maha Lembut, bahawa kedua-duanya itu tidak akan berpisah hingga kembali kepadaku di Haudh (syurga)…

Diriwayatkan juga bahawa pada saat itu Rasulullah s.a.w. memanggil orang ramai, kemudian beliau membaca ayat 33 surah Al-Ahzab…

Jadi jelaslah bahawa keturunan ahlulbait termasuk dalam lingkungan ahlulbait. Mereka adalah orang-orang shafwah (suci), tetapi bukan orang-orang ma’shum (terpelihara dari kemungkinan berbuat dosa), sebab yang ma’shum hanyalah para Nabi dan Rasul alaihimus salam, sedang orang-orang bukan Nabi hanya memperoleh anugerah Ilahi. Mereka memperoleh anugerah mengenai soal-soal yang bagi mereka masih tertutup, yakni tidak mereka ketahui. Adapun orang-orang yang telah memiliki kesanggupan mengetahui soal-soal yang tertutup, mereka itu telah berada pada martabat yang lebih tinggi daripada orang-orang yang memperoleh anugerah…

Mengenai ucapan Rasulullah s.a.w. “kedua-duanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaku di Haudh”, dan ucapan beliau “jika kalian berpegang teguh padanya kalian tidak akan sesat” itu hanya berlaku bagi para Imam yang berasal dari keturunan ahlulbait, tidak berlaku bagi orang-orang selain mereka. Orang-orang yang berbuat buruk, atau orang yang amalan baiknya bercampuraduk dengan amalan buruknya, bukanlah teladan yang patut diikuti. Orang-orang seperti itu tentu ada di kalangan para keluarga keturunan Rasulullah s.a.w., sebab mereka itu tidak terhindar dari syahwat manusiawi dan tidak maksum seperti para Nabi…

Sama halnya dengan Kitabullah pada masa-masa diwahyukannya, ada ayat-ayat yang nasikh (mengesamping) dan ada pula ayat-ayat yang mansukh (dikesampingkan). Ayat-ayat yang nasikh oleh hukum dinyatakan lebih kuat daripada ayat-ayat yang mansukh. Demikian juga orang-orang dari keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. Yang mempunyai keistimewaan sebagai teladan berada pada martabat lebih tinggi daripada yang tidak mempunyai keistimewaan sebagai teladan. Kita wajib berteladan kepada para ulama dari mereka yang telah dijamin oleh Allah s.w.t. ada pada mereka. Jadi, kita wajib berteladan bukan kerana memandang asal-keturunan mereka. Orang-orang yang bukan seunsur atau bukan seasal-keturunan dengan mereka, jika benar-benar menguasai ilmu agama sedalam-dalamnya pun wajib kita jadikan teladan, kerana Allah s.w.t. telah berfirman:

Taatilah Allah dan Taatilah Rasul serta para pemegang urusan (syariat) dari kalian“.[An-Nisa: 59]

“Orang-orang yang memegang urusan syari’at dari kita ialah mereka yang memperolah pengetahuan dari Allah dan Rasul-Nya mengenai ilmu-ilmu yang sangat diperlukan untuk mengurus soal-soal syar’at Allah. Menurut hemat kami, Rasulullah s.a.w. dengan ucapan beliau itu menunjuk anggota-anggota keluarga keturunan beliau, kerana jika mereka itu baik nescaya mempunyai keistimewaan dapat memahami apa yang diperlukan. Sebab kebaikan unsur dapat melahirkan kebaikan akhlak, dan kebaikan akhlak akan menciptakan kebersihan dan kesucian hati. Manakala hati telah bersih dan suci ia akan memberikan cahaya terang dan dengan cahaya itu dada akan menjadi lebih cerah. Semuanya itu merupakan kekuatan bagi orang yang bersangkutan dalam usahanya memahami apa yang harus dilakukan menurut perintah syari’at”.

Demikian Imam Tirmudziy mengemukakan pendapat dan alasan-alasan mengenai ‘itrah’ (keluarga keturunan Rasulullah s.a.w.) yang tercantum dalam hadits Tsaqalain.

Mengenai pendapat dan alasan-alasan tersebut Syeikhul-Islam Taqiyyuddin Ahmad bin Taimiyyah dalam kitabnya yang berjudul ‘Al-IAqidatul-Wasithiyyah’ memberikan tanggapannya sebagai berikut:

“Dua kalimat hadits Tsaqalain yang menyatakan ‘kedua-duanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaku di Haudh, dan sesuatu yang jika kalian berpegang teguh padanya kalian tidak akan sesat’; tidak hanya berlaku bagi para Imam atau orang-orang terkemuka dari keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. saja, melainkan berlaku juga bagi semua orang yang berasal dari keluarga keturunan beliau s.a.w., baik yang awam mahupun yang khawash, yang menjadi Imam mahupun yang tidak. Pertanyaan Rasulullah s.a.w. yang menegaskan ‘kedua-duanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaku di Haudh’ tidak mengandungi makna, bahawa mereka itu harus sanggup melaksanakan semua ketentuan yang ditetapkan dalam Kitabullah; sehingga Tirmudziy mengatakan, bahawa di antara mereka itu ada ‘orang-orang berbuat buruk, atau orang yang amalan baiknya bercampuraduk dengan amalan buruknya…’ dan seterusnya. Pertanyaan Rasulullah s.a.w. itu adalah dorongnya supaya orang menghormati mereka, dan merupakan berita menggembirakan bahawa mereka itu tidak akan meninggalkan agama Islam hingga saat mereka memasuki syurga (haudh) dengan selamat. Itulah makna pernyataan Rasulullah s.a.w. bahawa mereka itu tidak akan berpisah dari Kitabullah hingga saat mereka kembali kepada beliau si syurga kelak…’

“Sebagaimana telah saya katakan, makna ‘noda’ atau ‘kotoran’ (rijsa) dalam ayat tersebut di atas, mencakup segala macam dosa dan kesalahan lainnya, dan paling buruk ialah kufur. Orang-orang dari keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. adalah orang-orang yang telah disucikan langsung oleh Allah s.w.t. Dalam hal keteguhan berpegang pada agama Islam mereka itu tidak akan goyah atau tergelincir…”

“Mungkin orang ingin berkata kepada kami: Dalil itu tidak dapat diterima oleh Tirmudziy, kerana ia berpendapat bahawa ayat 33 surah Al-Ahzab ditujukan khusus kepada para isteri Rasulullah s.a.w.…”

“Kami menjawap: Benar, sekalipun ia berpendapat seperti itu, namun telah nyata terdapat pembuktian kuat, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah memanggil ‘Ali bin Abi Thalib, Fatimah, al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu anhum, kemudian beliau membacakan ayat 33 surah Al-Ahzab…”

“Tirmudziy sendiri dalam penjelasannya mengatakan, bahawa ‘keturunan mereka (ahlulbait) memang termasuk dalam lingkungan ahlulbait, kerana itu mereka adalah orang-orang shafwah (suci)’. Dikatakan juga olehnya: ‘Hal itu dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. setelah ayat 33 surah Al-Ahzab turun, kerana beliau ingin memasukkan mereka ke dalam makna ayat tersebut’. Dengan keterangan seperti itu bererti Tirmudziy yakin bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memanggil ‘Ali bin Abi Thalib, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu anhum – dan mereka telah memenuhi panggilan beliau itu dan mendengarkan Rasulullah s.a.w. membacakan ayat 33 surah Al-Ahzab di depan mereka. Dengan demikian meka jelaslah, bahawa mereka termasuk dalam makna ayat tersebut. Jadi, pada hakikatnya keterangan Tirmudziy itu sama dengan pendapat para ulama yang lain…’

Mengenai tidak akan terpisahnya mereka (keluarga keturunan Rasulullah s.a.w.) dari Kitabullah, bermakna bahawa mereka itu tidak akan menyeleweng dari agama Islam hingga saat mereka kembali kepada Rasulullah s.a.w. di syurga. Makna tersebut diperkuat dalilnya oleh firman dalam ayat 5 surah Adh-Dhuha:

Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu sehingga emgkau menjadi puas…”

‘Al-Qurthubiy dalam tafsirnya yang dikutip dari Ibnu ‘Abbas r.a, mengatakan: Kepuasan Muhammad Rasulullah s.a.w. ialah kerana tidak ada seorang pun dari ahlulbaitnya yang akan masuk neraka’.

‘Dalil-dalil hadits mengenai hal itu banyak sekali, antara lain bersabda Rasulullah s.a.w.:

Fatimah telah sungguh-sungguh menjaga kesucian dirinya. Kerana itu ia dan keturunannya dihindarkan Allah dari seksa neraka“. Al-Hakim menegaskan bahawa hadits tersebut shahih…’

‘Ada hadits lain lagi yang berasal dari Imran bin Hashin r.a. Ia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Aku telah mohon kepada Tuhanku supaya tidak memasukkan seorang pun dari keluargaku (ahlulbaitku) ke dalam neraka, dan Dia mengabulkan permohonanku“. Demikian Imam Ibnu Taimiyyah’.

Dalam Bab yang akan datang hal itu akan kami uraikan lebih terperinci. Di sini kami sebutkan saja sebuah dalil tambahan, berupa hadits Rasulullah s.a.w. yang amat jelas maknanya, iaitu:

Semua sebab dan nasab akan terputus pada hari kiamat kecuali sebabku dan nasabku“.

Dalam hadits tersebut terang sekali bahawa ahlulbait Rasulullah s.a.w. maksum (terpelihara) dari kekufuran. Sebab kalau ada kemungkinan mereka akan menjadi kafir tentu Rasulullah s.a.w. tidak akan menegaskan pengecualian mereka dalam hadits tersebut. Kekufuran adalah pemutusan hubungan sebab dan nasab (asal keturunan) yang paling besar. Jadi, tetap tidak akan terputusnya hubungan nasab dengan Rasulullah s.a.w. hingga hari kiamat kelak merupakan hujjah yang sangat kuat tentang tidak akan terpisahnya keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. dari agama Islam.

Mengenai wasiat Nabi s.a.w. kepada ummatnya supaya berpegang teguh pada Kitabullah dan itrah atau ahlulbait beliau, tentu saja harus sesuai dengan keadaannya masing-masing. Berpegang teguh pada Kitabullah bererti teguh melaksanakan atau mengamalkan ketentuan dan hukum-hukum syari’at-Nya, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram. Berpegang teguh pada ahlulbait Rasulullah s.a.w. bererti memelihara dengan baik hak-hak mereka, seperti: mencintai mereka, menghargai dan menghormati mereka.

Mengenai orang-orang dari keturunan Rasulullah s.a.w. yang oleh Tirmudziy dikeluarkan dari lingkungan ahlulbait yang wajib dijaga hak-haknya dengan baik – kerana menurut Tirmudziy hadits tersebut di atas hanya berlaku bagi para Imam dan orang-orang terkemuka ahlulbait, Ibnu Taimiyyah mengetengahkan riwayat-riwayat hadits yang lain sebagai hujjah. Antara lain riwayat hadits yang berasal dari Zaid bin Arqam, iaitu:

Kutinggalkan kepada kalian dua bekal. Yang pertama ialah Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang; maka ambillah Kitabullah itu dan berpeganglah teguh padanya…, dan ahlulbaitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlulbaitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlulbaitku“!

Dari hadits Zaid bin Arqam itu kita dapat mengetahui, bahawa Rasulullah s.a.w. pertama-tama mengkhususkan pesan beliau supaya kaum Muslimin berpegang teguh pada petunjuk dan hidayat Kitabullah Al-Qur’anul-Karim. Hikmah mengenai hal itu beliau menyebutnya dengan kata-kata “di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang”. Setelah itu barulah beliau menyebut ahlulbait dengan ucapan “Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlulbaitku”. Pesan beliau itu diucapkan dua kali untuk lebih menekankan perlunya memelihara hak-hak mereka sebagai keluarga keturunan beliau s.a.w. Dalam pesanan beliau itu sama sekali tidak terdapat pengistimewaan yang seorang daripada yang lain di antara semua keluarga ahlulbait.

Jelaslah kiranya, bahawa yang dimaksud dengan keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. atau ahlulbait ialah mereka semua yang diharamkan menerima shadaqah atau zakat, sebagaimana yang dikatakan oleh Zaid bin Arqam dalam hadits Tsaqalain yang diriwayatkannya. Oleh Rasulullah s.a.w. mereka itu disebut secara beriringan dengan penyebutan Kitabullah. Sudah pasti itu bermaksud menghormati kedudukan mereka, dan untuk menekankan wasiat beliau agar hak-hak mereka dipelihara sebaik-baiknya oleh kaum muslimin.

Dalam uraian Imam Tirmudziy mengenai soal itu terdapat perumusan kalimat yamg oleh Ibnu Taimiyyah dianggap aneh dan menghairankan. Iaitu kalimat yang berbunyi: “Apabila orang-orang yang tidak seunsur atau tidak seasal keturunan dengan mereka (keluarga keturunan ahlulbait) benar-benar menguasai ilmu-ilmu agama secara mendalam, maka kita pun wajib berteladan kepada mereka, sama seperti kita berteladan kepada orang-orang (Imam-imam) terkemuka yang berasal keturunan Rasulullah s.a.w.”

Perumusan kalimat seperti itu oleh Ibnu Taimiyyah dianggap menarik garis persamaan antara keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang dari unsur lain yang bukan keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. Jadi, tidak ada keistimewaan apa pun pada orang-orang keturunan Rasulullah s.a.w. Yang dipandang oleh Tirmudziy sebagai ciri istimewa ialah “kedalaman ilmu” yang ada pada orang-orang keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. Dengan demikian maka yang diertikan ‘itrah’ dan ‘ahlulbait’ menurut Imam Tirmudziy bukan lain hanyalah para ulama, para Imam dan Para ahli Fiqh di kalangan ummat Islam! Benarkah itu yang dimaksud oleh Rasulullah s.a.w.? Tentu tidak!

Yang dimaksud oleh Rasulullah s.a.w. ialah keluarga keturunan dan kaum kerabat, tidak pandang apakah mereka itu Imam, ulama atau bukan. Mengenai para ahli Fiqh, para ulama dan para Imam, mereka itu memang teladan bagi ummat Islam dan merupakan pelita yang menerangi kegelapan. Akan tetapi itu tidak bererti bahawa mereka itu keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. Para ulama, para ahli fiqh dan para Imam itu justeru orang-orang yang paling pertama berkewajipan mengindahkan wasiat Nabi s.a.w., yakni secara umum itu wajib menghormati kedudukan dan memelihara hak-hak keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. dengan sebaik-baiknya.

Rasulullah s.a.w. mengucapkan khutbah yang di dalamnya terdapat ‘hadits Tsaqalain’ itu di depan lautan manusia dan disaksikan oleh para sahabat beliau. Ketika itu beliau baru selesai menunaikan ibadah haji wada. Beliau berangkat dari Madinah ke Makkah disertai beribu-ribu kaum Mislimin, tidak termasuk mereka yang datang dari daerah Yaman. Pada masa itu mereka merupakan bahagian terbesar ummat Islam. Kecuali para sahabat, di antara mereka terdapat juga para ahli Fiqh seperti Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a dan lain-lain. Tidak diragukan lagi, di antara mereka itu pasti terdapat orang-orang yang sudah lebih mendalam ilmu pengetahuannya tentang Fiqh dibanding dengan kebanyakan anggota ahlulbait dan anak-anak mereka. Apakah di antara kaum Muslimin yang sebanyak itu ada yang menyimpulkan, bahawa Rasulullah s.a.w. dengan hadits Tsaqalain itu mewasiatkan para anggota keluarganya supaya memuliakan kedudukan para ulama dan para ahli Fiqh? Apakah beliau berwasiat bahawa anggota-anggota keluarga beliau adalah Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar Ibnul-Khatthab, Zaid bin Tsabit, Ubaiy bin Ka’ab, Mu’adz bin Jabal, Abdullah bin Salam, atau para ulama lainnya, baik yang berasal dari kaum Muhajirin ataupun kaum Ansar? Apakah kaum Muslimin yang sebanyak itu tidak ada yang memahami, bahawa Rasulullah s.a.w. berpesan kepada segenap kaum Muslimin supaya memelihara dengan baik kedudukan para keluarga keturunan dan kaum kerabat beliau? Apakah di antara kaum Muslimin yang beribu-ribu jumlahnya itu tidak ada yang mengerti, bahawa yang dimaksud ‘itrah’ atau ‘ahlulbait’ itu ‘keluarga keturunan Rasulullah s.a.w.’? Bukan orang-orang selain mereka? Sebab, erti ‘itrah’ atau ‘ahlulbait Rasulullah s.a.w.’ tidak bisa lain kecuali mereka, keluarga Rasulullah s.a.w. dan keturunan beliau! Apakah ketika itu ada orang yang mengatakan, bahawa yang dimaksud ‘itrah’ atau ‘ahlulbait’ itu bukan keturunan keluarga Rasulullah s.a.w., melainkan orang-orang lain yang tidak mempunyai hubungan darah dengan beliau?

Masih ada satu persoalan lagi yang menjadi pendapat Imam Tirmudziy mengenai masalah ‘itrah’ dan ‘ahlulbait’. Ia mengatakan: “Mereka (ahlulbait) diikuti kerana ilmunya. Kalau ada orang dari unsur lain yang mempunyai ilmu seperti mereka, kita pun wajib mengikutinya dengan cara yang sama seperti kita mengikuti ‘ahlulbait’. Jadi menurut Tirmudziy persoalan pokok yang wajib diikuti ialah ilmu, bukan unsur keturunan Rasulullah s.a.w. kerana – menurut Tirmudziy – telah berabad-abad lamanya ijtihad terputus dari mereka, maka mereka telah kehilangan syarat-syarat yang diperlukan”!

Para Ahlus-Sunnah di seluruh dunia dalam masalah hukum Fiqh semuanya mengikuti empat orang Imam, iaitu Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal dam Imam Syafi’i radhiyallahu anhum. Dalam masalah ‘aqa’id kaum Ahlus-Sunnah mengikuti Al-Asy’ariy atau Al-Matridiy. Adapun mengenai para ahlulbait, walaupun pada masa pertumbuhan Islam mereka itu banyak yang menjadi Imam, mujtahid dan pendiri mazhab; namun mazhab-mazhab mereka tidak tercatat dengan baik dan tidak terkenal luas. Mazhab-mazhab mereka menjadi tambah menciut akibat semakin menciutnya para pengikut dan para pendukung mazhab-mazhab mereka.

Apa yang dikatakan oleh sementara golongan pada zaman belakangan, bahawa mazhab mereka itu berasal dari ahlulbait, tidak dapat dibenarkan. Menurut kenyataan mazhab mereka sangat berlawanan dengan mazhab Ahuls-Sunnah. Tirmudziy sendiri dalam uraiannya tidak pernah menyebut peranan para ahlul-bait, padahal mereka itu sumber aslinya. Uraian seperti itu sukar diterima.

Mungkin ada orang yang berkata: Yang dimaksud oleh Tirmudziy bukan kaum mujtahidin, melainkan para ulama dari kalangan keturunan Rasulullah s.a.w. dan mereka itu banyak terdapat di setiap zaman!

Persoalan itu dapat diberikan jawapannya sebagai berikut: Imam Tirmudziy dalam pernyataannya mengemukakan, bahawa para Imam diikuti oleh kaum Muslimin kerana kedalaman ilmunya, khususnya ilmu Fiqh. Pernyataan seperti itu kurang tepat, kerana para Imam tidak bisa lepas sama sekali dari peranan kaum Mujtahidin sebelum mereka. Itu bererti yang diikuti oleh kaum Muslimin adalah kaum mujtahidin, sebab para Imam itu menimba ilmu para mujtahidin!

Lebih jauh Tirmudziy mengatakan: Para ulama yang ada di kalangan mereka (keturunan Rasulullah s.a.w.) pada zaman-zaman belakangan mengikuti salah satu dari empat mazhab, kerananya jelas mereka mengikuti orang lain, bukan orang lain yang mengikuti mereka. Selanjutnya Tirmudziy juga mengatakan: Menurut hemat saya, Rasulullah s.a.w. menunjuk mereka (keluarga keturunan beliau) kerana jika orang dari unsur mereka itu baik maka ia akan sanggup memahami apa yang diperlukan…dan seterusnya.

Apa yang dikatakan Imam Tirmudziy itu perlu dihargai, tetapi ia tidak mengemukakan hujjah atau dalil bahawa yang dimaksud oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadits Tsaqalain itu “para ulama” dari ahlul-bait beliau! Seandainya beliau bermaksud seperti itu tentu beliau akan menyebut: “Kutinggalkan kepada kalian dua bekal: Kitabullah dan para ulama dari ahlulbaitku”, agar beribu-ribu pendengarnya dapat memahami maksud beliau dengan jelas. Kaum Muslimin yang sedemikian banyaknya itu tentu mempunyai tingkat kecerdasan yang berbeza-beza, ada yang bisa cepat memahami khutbah beliau dan ada pula yang tidak.

Pandangan Syeikhul-Islam Ibnu Taimiyyah tentang ahlul-bait Rasulullah s.a.w.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam bukunya yang berjudul ‘Risalatul-Furqan’, halaman 163 mengatakan sebagai berikut:

“Yang dimaksud hadits ‘Tsaqalain’ ialah sabda Nabi s.a.w.: ‘Kutinggalkan kepada kalian dua bekal, Kitabullah…’ Kemudian beliau mewasiatkan supaya semua kaum Muslimin berpegang teguh padanya. Beliau lalu melanjutkan:…’Dan keturunanku, ahlulbaitku’…diulang tiga kali dan seterusnya…”

Ibnu Taimiyyah dalam bukunya yang berjudul ‘Al-Washiyyatul-Kubra’ halaman 297 menerangkan sebagai berikut:

“…Para anggota keluarga Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa hak yang wajib dipelihara sebaik-baiknya. Allah telah memberi hak kepada mereka untuk menerima bahagian dari seperlima ghanimah (jarahan perang), dan Allah telah memerintahkan ummat Islam menyampaikan shalawat kepada mereka bersama shalawat yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Kepada kaum Muslimin Rasulullah s.a.w. mengajarkan ummatnya supaya berdoa:

Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad dan kepada Aal (keluarga) Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnyalah Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Berkatilah Muhammad dan Aal Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan Aal Ibrahim…”

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ka’ah bin Syajarah mengatakan, ketika turun ayat:

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian bershalawat untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan baginya“.[Al-Ahzab: 56]

Kami (para sahabat) bertanya: “Kami telah mengetahui bagaimana cara mengucapkan salam kepada anda, tetapi bagaimanakah cara kami bershalawat untuk anda? Rasulullah s.a.w. menjawap:

Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad dan kepada aal Muhammad“. (Mahmud Syarqawiy: ‘Sayyidatu Zainab r.a’ 21)

Hadits yang lain lagi meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengingatkan para sahabatnya:

Janganlah kalian bershalawat untukku dengan shalawat buntung“.

Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan shalawat buntung?” Beliau s.a.w. menjawap:

Kalian mengucapkan ‘Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad’, lalu kalian berhenti di situ; tetapi ucapkanlah: ‘Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad dan aal Muhammad“. (Mahmud Syarqawiy: ‘Sayyidatu Zainab r.a: 21)

Imam Syafi’i r.a berkata dalam dua bait sya’irnya:

(Hai ahlulbait Rasulullah, kecintaan kepada kalian
kewajipan dari Allah yang turun dalam Al-Qur’an
Cukuplah bukti betapa tinggi nilai kalian
tiada sempurna shalat tanpa shalawat untuk kalian).

“Para anggota keluarga (aal) Muhammad ialah mereka yang diharamkan menerima shadaqah atau zakat. Demikian kata Imam Syafi’iy dan Imam Ahmad bin Hanbal serta para alim ulama yang lain – rahimmahumullah – kerana Nabi s.a.w. sendiri telah bersabda, bahawa peribadi beliau sendiri dan para anggota keluarganya diharamkan menerima shadaqah. Dalam Al-Qur’an Allah s.w.t. telah berfirman bahawa Allah semata-mata hendak menghapus rijsa (kotoran) dari para ahlulbait dan hendak mensucikan mereka sesuci-sucinya (Al-Ahzab: 33). Allah mengharamkan mereka menerima shadaqah kerana shadaqah dapat dipandang sebagai kotoran orang lain (yakni: shadaqah merupakan cara untuk membersihkan diri dari dosa – pen)”.

Setelah menunjuk beberapa kitab Musnad dan Hadits-hadits, Ibnu Taimiyyah mengetengahkan jawapan Rasulullah s.a.w. kepada paman beliau, ‘Abbas, ketika ia mengadu kepada beliau tentang adanya perlakuan kasar sementara orang terhadap dirinya. Ketika itu Rasulullah s.a.w. menjawap:

Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, mereka itu tidak akan memasuki syurga selama mereka belum mencintai kalian demi kerana aku“.

Ibnu Taimiyyah kemudian mengetengahkan hadits Rasulullah s.a.w. yang menerangkan kemulian asal keturunan beliau s.a.w., iaitu:

Allah telah memilih anak cucu keturunan (bani) Ismail, dan memilih anak cucu keturunan Kinanah dari Bani Ismail, kemudian memilih Quraisy dari Kinanah, dan memilih Bani Hasyim dari Quraisy, lalu memilih aku dari anak cucu keturunan Bani Hasyim“.

Dalam buku ‘Al-Aqidatul-Wasithiyyah’ Ibnu Taimiyyah dengan tegas membenarkan sikap dan pendirian kaum Ahlus-Sunnah terhadap ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ia mengatakan: “Mereka mencintai ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang oleh mereka dipandang sebagai para pemimpin dan mereka jaga baik-baik hak-haknya, berdasarkan wasiat Rasulullah s.a.w. yang diucapkan di Ghadir Khum: “Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlulbaitku”! Ibnu Taimiyyah menegaskan hal itu setelah menyatakan sikapnya yang sama sekali tidak dapat membenarkan pandangan kaum Rawafidh1) yang membenci dan mencerca para sahabat Nabi, dan pandangan kaum Nawashib2) yang selalu mengganggu ahlulbait Rasulullah s.a.w. baik dengan perkataan mahupun dengan perbuatan.

Dalam bukunya yang berjudul ‘Risalah Darajatul-Yaqin’ halaman 149 Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan:

“Bagi manusia tak ada kecintaan yang lebih besar, lebih sempurna dan lebih lengkap daripada kecintaan orang-orang beriman yang ditumpahkan kepada Tuhan mereka, Allah. Di alam wujud ini tak ada suatu apa pun yang berhak dicintai tanpa kerana Allah. Kecintaan kepada segala sesuatu harus didasarkan pada kecintaan kepada Allah. Rasulullah s.a.w. dicintai semata-mata demi kerana Allah. Iaitu sebagaimana dinyatakan Allah s.w.t. dalam firman-Nya:

Katakanlah hai Muhammad: Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku, Allah nescaya mencintai kalian“.[Aali-Imran: 31]

Dalam ‘Risalah Tafsirul-Mu’awwadzatain’ Ibnu Taimiyyah menjelaskan soal kekhususan Ahlul-Kisa sebagai ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ia mengatakan: “Sama halnya dengan sabda Nabi s.a.w. yang mengatakan bahawa masjid yang didirikan atas dasar takwa ialah ‘masjidku’. Padahal secara pasti nas Al-Qur’an yang mengenai itu menerangkan, bahawa yang dimaksud adalah masjid Quba. Demikian pula sabda Rasulullah s.a.w. yang diucapkan kepada Ahlul-Kisa bahawa mereka itu adalah ‘ahlulbaitku’. Pada hal ayat Al-Qur’an yang mengenai ‘ahlulbait’ (Al-Ahzab: 33) pengertiannya mencakup para isteri Nabi s.a.w. Mengenai soal-soal seperti itu pengkhususan sesuatu yang perlu dikhususkan memang lebih baik daripada hanya diutarakan keumuman sifat-sifatnya saja”.

Mengenai kemuliaan nasab (asal-usul keturunan) Rasulullah s.a.w. sebagai pangkal kemuliaan nasab ahlulbait dan keturunan beliau, Ibnu Taimiyyah dalam ‘Al-Iqtidha’ halaman 72 menerangkan sebagai berikut:

“Tirmudziy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari ‘Abbas bin Abdul Mutthalib yang mengatakan: kepada Rasulullah s.a.w. saya berkata: ‘Ya Rasulullah, ada sekelompok orang Quraisy duduk-duduk memperbincangkan kemuliaan silsilah mereka, kemudian ‘mengibaratkan diri anda sebagai sebatang pohon kurma yang tumbuh pada tanah yang kotor’ (yang dimaksud ialah: Nabi seorang yang mulia, tetapi berasal dari keturunan rendah). Rasulullah s.a.w. menjawap: “Allah mencipta manusia dan telah menciptakan diriku berasal dari jenis kelompok manusia terbaik. Kemudian Allah menciptakan kabilah-kabilah terbaik, dan menjadikan diriku dari kabilah yang terbaik. Lalu Allah menciptakan keluarga-keluarga terbaik dan menjadikan diriku dari keluarga yang paling baik. Akulah orang yang terbaik di kalangan mereka, baik dari segi peribadi mahupun dari segi silsilah”. Tirmudziy menilai hadits tersebut sebagai hadits Hasan (hadits baik).

Nas hadits tersebut adalah sebagai berikut:

Lebih lanjut Ibnu Taimiyyah mengatakan (dalam ‘Al-Iqtidha’ halaman 73 dan 74), bahawa Imam Tirmudziy meriwayatkan dua buah hadits tentang sikap Rasulullah s.a.w. terhadap orang-orang yang tidak menghormati keluarga dan kerabat beliau. Hadits pertama berasal dari Mutthalib bin Rabi’ah, bahawa ‘Abbas bin Abdul Mutthalib mengatakan, pada suatu hari ia dalam keadaan marah datang menghadap Rasulullah s.a.w. Beliau s.a.w. bertanya: “Apa yang membuatmu marah?” ‘Abbas menjawap: ‘Ya Rasulullah, jika kita berjumpa dengan orang-orang Quraisy semestinya masing-masing harus memperlihatkan wajah cerah ceria, tetapi apa jadinya kalau masing-masing tidak memperlihatkan wajah sedemikian itu?” Ketika itu wajah Rasulullah s.a.w. tampak kemerah-merahan menandakan kegusaran, kemudian beliau menjawap:

Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, iman tidak akan masuk ke dalam hati seseorang selama ia belum mencintai kalian demi Allah dan Rasul-Nya…”

Hadits kedua yang diketengahkan oleh Tirmudziy diambil dari Musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan berasal dari Mutthalib bin Rabi’ah, yang mengatakan: bahawa pada suatu hari ‘Abbas datang menghadap Rasulullah s.a.w. kemudian berkata: ‘Ya Rasulullah, kami keluar rumah dan kami menyaksikan beberapa orang Quraisy sedang bercakap-cakap. Ketika mereka melihat kami, semuanya mendadak diam’. Mendengar itu Rasulullah s.a.w. tampak marah hingga keningnya berkeringat, kemudian menjawap:

Demi Allah, iman tidak akan masuk ke dalam hati seseorang selama ia belum mencintai kalian kerana Allah dan kerana kalian itu kerabatku“.

Menanggapi dua buah hadits yang diketengahkan oleh Imam Tirmudziy itu Ibnu Taimiyyah mengatakan sebagai berikut: “…Allah telah memberi kekhususan kepada orang-orang Arab dan dalam bahasa mereka Allah s.w.t. menurunkan hukum-hukum-Nya. Dengan demikian mereka itu menjadi berbeza dari orang-orang lain. Kemudian Allah mengkhususkan orang-orang Quraisy dan menjadikan mereka sebagai para penerus kepemimpinan Rasulullah s.a.w. Allah mengkhususkan orang-orang keturunan Bani Hasyim haram menerima shadaqah atau zakat, tetapi memberi hak kepada mereka menerima bahagian dari seperlima ghanimah. Selain itu Allah s.w.t. memberikan darjat keutamaan kepada mereka sesuai dengan silsilah keturunannya. Sungguhlah bahawa Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Selanjutnya dalam ‘Al-Iqtidha’ halaman 79 Ibnu Taimiyyah mengatakan: “Lihatlah ketika Umar Ibnul-Khatthab r.a menetap daftar urutan pembahagian jatah tunjangan bagi kaum Muslimin. Banyak orang mengatakan nama Umar supaya ditempatkan pada urutan pertama. Namun ketika Umar berkata tegas: “Tidak! Tempatkanlah Umar sebagaimana Allah menempatkannya”! Umar kemudian memulai dengan anggota-anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w., baru menyusul orang-orang dari Bani Adiy – kabilah Umar sendiri. Mereka itu orang-orang keturunan Quraisy yang sudah jauh terpisah hubungan silsilahnya. Urutan seperti itu tetap dipertahankan oleh Umar dalam pemberian hak-hak tertentu. Pada umumnya lebih mendahulukan orang-orang Bani Hasyim daripada orang-orang Quraisy lainnya”.

Dalam sebuah risalah yang disusun khusus berkenaan dengan peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah s.a.w., al-Husein r.a di Karbala oleh penguasa Bani Umayyah, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan:

“Allah telah memuliakan al-Husein r.a dan anggota-anggota keluarganya dengan jalan memperoleh syahadah (mati syahid). Allah telah melimpahkan keridhaan-Nya kepada mereka semua dan membuat mereka ridha serta ikhlas. Allah telah merendahkan darjat orang-orang yang menghina al-Husein r.a beserta kaum keluarganya, dengan menimpakan murka-Nya kepada mereka berupa perbuatan-perbuatan derhaka, kezaliman dan permusuhan; kerana mereka telah mencabuli kehormatan al-Husein r.a dan kaum keluarganya dengan menumpahkan darahnya…”

“Peristiwa yang menimpa al-Husein r.a pada hakikatnya adalah nikmat Allah yang terlimpah kepadanya, agar ia memperoleh martabat sebagai salah seorang syuhada (para pahlawan syahid). Suatu cubaan yang Allah tidak memperkenankan terjadi atas dirinya pada masa pertumbuhan Islam, sebagaimana cubaan yang dialami oleh kaum keluarganya, seperti: Datuknya, ayahnya, pamannya dan paman ayahnya (yakni: Rasulullah s.a.w., Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a, Ja’far bin Abi Thalib r.a dan Hamzah bin Abdul Mutthalib – radhiyallahu anhum)”.

Pada halaman 144 buku ‘Al-Iqtidha’ Ibnu Taimiyyah dalam uraiannya tentang Hari Asyura, mengatakan sebagai berikut: “Allah telah melimpahkan kemuliaan besar kepada cucu Rasulullah s.a.w., al-Husein r.a, pemuda terkemuka ahli syurga bersama kaum keluarganya; melalui tangan-tangan orang derhaka yang telah menghina mereka. Musibah apa pun yang menimpa kaum Muslimin wajib mereka hadapi dengan sikap seperti ketika al-Husein r.a menghadapi musuh…”

Empat macam penafsiran tentang makna ‘aal’ Muhammad Rasulullah:

Syeikhul Islam Ibnul-Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang berjudul ‘Jala’ul-Afham’ halaman 138 menerangkan adanya empat macam faham mengenai makna ‘aal Muhammad s.a.w.’Fahaman yang pertama terbahagi menjadi tiga penafsiran, iaitu:

  1. Penafsiran yang mengatakan, bahawa ‘aal Muhammad s.a.w.’ ialah anak cucu keturunan Bani Hasyim dan anak cucu keturunan Bani Mutthalib. Ini adalah mazhab Syafi’i dan Ahmad bin Hanbal, berdasarkan riwayat-riwayat hadits yang dikemukakan oleh dua orang Imam tersebut.
  2. Penafsiran yang mengatakan, bahawa ‘aal Muhammad s.a.w.’ ialah khusus anak cucu keturunan Bani Hasyim. Ini adalah mazhab Imam Abu Hanifah, berdasarkan pendapat Abul-Qasim, sahabat Imam Malik.
  3. Penafsiran yang mengatakan, bahawa ‘aal Muhammad s.a.w.’ ialah semua orang dari silsilah Bani Hasyim ke atas dan ke bawah hingga anak cucu Ghalib. Penafsiran ini berdasarkan pendapat Asyhab, sahabat Imam Malik juga, sebagaimana yang dikatakan oleh penulis buku ‘Al-Jawahir’, dan oleh Al-Lakhmiy dalam buku ‘At-Tabashshur’, tetapi ia tidak mengatakan bahawa pendapat itu berasal dari Asyhab.

Tiga macam panafsiran tersebut di atas semuanya menetapkan, bahawa ‘aal Muhammad s.a.w.’ ialah mereka yang diharamkan menerima shadaqah.

Faham yang kedua ialah yang mengatakan, bahawa ‘aal Muhammad s.a.w.’ ialah anak cucu keturunan Rasulullah s.a.w., khususnya para isteri beliau. Hal itu diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Birr di dalam buku ‘At-Tamhid’, dan berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Malik berasal dari Nu’aim Al-Mujmar, dan hadits-hadits lainnya lagi; yang semuanya menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. sering berdoa:

Ya Allah, limpahkan shalawat kepada Muhammad, kepada aal Muhammad, kepada para isteri dan keturunan Muhammad“.

Para pendukung faham yang kedua itu mengatakan, bahawa ucapan Rasulullah s.a.w. tersebut merupakan penafsiran makna ‘aal Muhammad s.a.w.’ yang bererti para isteri dan anak cucu keturunan beliau. Lebih jauh mereka mengatakan, jika seseorang bertemu dengan seorang isteri Rasulullah s.a.w. atau salah seorang anak cucu keturunan beliau, ia boleh mengucapkan:

“Allah melimpahkan shalawat kepada anda”

Dan jika tidak langsung bertemu, bolehlah ia mengucapkan:

“Allah melimpahkan shalawat kepadanya”

Akan tetapi ucapan tersebut tidak boleh dialamatkan kepada orang-orang selain para isteri Rasulullah s.a.w. dan anak cucu keturunan beliau.

Mereka mengatakan juga, bahawa kata ‘aal’ atau kata ‘ahlu’ (keturunan dan keluarga) mempunyai erti yang sama, yakni anak cucu keturunan seseorang dan keluarga seseorang adalah sama ertinya, iaitu para isteri dan anak cucu keturunannya. Pengertian itu didasarkan pada hadits tersebut di atas.

Faham yang ketiga mengatakan, bahawa makna ‘aal Muhammad s.a.w.’ ialah semua pengikut Nabi Muhammad s.a.w. hingga datangnya hari kiamat. Hal itu dikemukakan oleh Ibnu Abdul Birr dan sementara ulama berdasarkan pernyataan Jabir bin Abdullah, sebagaimana disebut riwayatnya oleh Al-Baihaqiy, Sufyan Ats-Tsauriy dan lain-lain. Beberapa sahabat Imam Syafi’i pun berpendapat seperti itu, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Toyyib At-Thabariy dalam syarahnya, kemudian dibenarkan oleh Syeikh Muhyiddin An-Nawawiy dalam kitab ‘Syarah Muslim’, dan diperkuat oleh Al-Azhariy.

Adapun faham yang keempat ialah yang mengatakan, bahawa yang dimaksud dengan ‘aal Muhammad s.a.w.’ adalah semua orang yang bertakwa di kalangan ummat Muhammad s.a.w. Hal ini dikemukakan oleh Al-Qadhi. Hisain dan Ar-Raghib bersama jama’ahnya.

Syeikhul Islam Ibnul-Qayyim kemudian mengemukakan dalil-dalil dan hujjah yang berkaitan dengan empat faham dan pendapat-pendapat tersebut serta menjelaskan dalil mana yang kuat dan lemah.

Mengenai faham pertama – termasuk tiga macam penafsirannya – Ibnul-Qayyim mengatakan, bahawa faham tersebut didasarkan pada pernyataan Rasulullah s.a.w. yang melarang aal beliau (keluarga beliau) menerima atau makan shadaqah dan zakat. Salah satu hadits mengenai hal itu diriwayatkan oleh Al-Bukhariy di dalam ‘Shahih’nya, iaitu hadits berasal dari Abu Hurairah yang mengatakan sebagai berikut:

“Pada musim panen kurma banyak orang berdatangan kepada Rasulullah s.a.w. membawa buah kurma untuk beliau sehingga banyak kurma menumpuk di kediaman beliau. Kemudian datanglah dua orang cucu beliau yang masih kanak-kanak, al-Hasan dan al-Husein, lalu bermain-main dengan buah kurma yang banyak itu. Salah seorang dari kedua cucu Rasulullah s.a.w. itu memasukkan sebuah kurma ke dalam mulut hendak dimakan. Melihat hal itu Rasulullah s.a.w. segera mengeluarkan kurma yang sudah berada di dalam mulut cucunya, seraya berkata: “Apakah engkau tidak mengerti bahawa aal (keluarga) Muhammad tidak makan shadaqah?”…Menurut riwayat Muslim, ketika itu Rasulullah bersabda: “Shadaqah tidak dihalalkan bagi kami“.

Hadits kedua yang disebut oleh Ibnul-Qayyim sebagai dalil yang mendasari faham dan penafsiran tersebut ialah hadits shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim berasal dari Zaid bin Arqam (Lihat: hadits Tsaqalain no. 5), iaitu bahagian dari khutbah Rasulullah s.a.w. di Ghadir Khum.

Hadits ketiga yang dikemukakan oleh Ibnul-Qayyim sebagai dasar faham tersebut ialah hadits Az-Zuhriy yang berasal dari Urwah dan Urwah berasal dari Ummul Mu’minin Siti Aisyah r.a, sebagaimana tercantum di dalam dua ‘Shahih Bukhariy dan Muslim’. Iaitu, bahawa sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Siti Fatimah r.a (puteri bongsu Rasulullah s.a.w.) mengutus seorang menghadap Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a untuk menanyakan kepadanya tentang warisan yang dapat diterima dari ayahandanya, Muhammad Rasulullah s.a.w. Abu Bakar r.a menjawap, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Kami tidak mewariskan. Apa yang kami tinggalkan adalah shadaqah. Keluarga Muhammad hanya makan dari harta itu saja, yakni harta Allah. Mereka tidak berhak mendapat tambahan yang lain…”

Ibnul Qayyim mengemukakan hadits yang keempat, iaitu hadits yang diriwayatkan oleh Muslim berasal dari Abdullah bin Al-Harits bin Naufal Al-Hasyimiy yang mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Abdul Mutthalib bin Rabi’ah dan Al-Fadhl bin ‘Abbas, bahawa shadaqah itu bukan lain adalah kotoran orang (yakni: untuk membersihkan diri dari dosa), kerananya hal itu tidak dihalalkan bagi Muhammad dan aal Muhammad s.a.w.

Hadits yang dikemukakan oleh Ibnul Qayyim ialah hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dalam ‘Shahih’nya, berasal dari Urwah bin Zubair yang mendengar sendiri Siti Aisyah r.a berkata, bahawasanya pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menyuruhnya membawakan seekor kambing tidak bertanduk dan berwarna kehitam-hitaman guna disembelih. Setelah kambing itu dibaringkan, sebelum disembelih Rasulullah s.a.w. berdoa: “Bismillah, ya Allah, terimalah dari Muhammad, dari aal Muhammad dan dari ummat Muhammad“. Kemudian kambing itu disembelih.

Imam Muslim meriwayatkan hadits tersebut selengkapnya dan menerangkan urutan maknanya yang berlainan, iaitu bahawa ‘ummat Muhammad’ mempunyai erti umum, sedangkan ‘keluarga’ adalah menunjukkan kekhususan. Orang-orang yang menafsirkan kata ‘aal’ bermakna ‘keluarga Muhammad s.a.w. yang diharamkan menerima shadaqah’ mengatakan, bahawa penafsiran yang berdasarkan ucapan Rasulullah s.a.w. lebih utama daripada penafsiran yang berdasarkan pendapat orang lain.

Demikianlah dalil-dalil yang dikemukakan oleh Ibnul-Qayyim mengenai penafsiran-penafsiran orang yang mendukung faham pertama.

Sehubungan dengan masalah tersebut dapat kami tambahkan, bahawa pada dasarnya semua keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. diharamkan menerima shadaqah atau zakat. Yang dimaksud keturunan ahlulbait, khususnya ialah mereka yang berasal dari keturunan al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu ‘anhuma, bukan keturunan dari dua orang saudara perempuan mereka, kendatipun semuanya adalah putera-puteri Fatimah binti Muhammad Rasulullah s.a.w. Ketentuan tersebut didasarkan pada sebuah hadits shahih berasal dari Jabir r.a, diketengahkan oleh Al-Hakim di dalam ‘Al-Mustadrak’ dan oleh Abu Ya’laa di dalam ‘Musnad’nya, bahawasanya Siti Fatimah r.a meriwayatkan ayahandanya s.a.w. berkata:

Semua anak Adam yang dilahirkan oleh seorang ibu termasuk di dalam suatu ‘ushbah – yakni kelompok dari satu keturunan – kecuali dua orang putera Fatimah. Akulah wali dan ‘ushbah mereka berdua“.

Yang dimaksud ‘dua orang putera Fatimah’ dalam hadits tersebut ialah al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu ‘anhuma. Dengan memperhatikan lafaz hadits tersebut kita dapat mengetahui dengan jelas bagaimana Rasulullah s.a.w. mengkhususkan pengelompokan al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu ‘anhuma sebagai keturunan beliau s.a.w., sedangkan dua orang saudara perempuan mereka (Zainab r.a dan Ummu Kaltsum r.a, dua orang puteri Siti Fatimah r.a juga) dikecualikan dari pengelompokan nasab tersebut di atas; kerana anak-anak dari dua orang puteri Siti Fatimah r.a itu bernasab kepada ayahnya masing-masing yang bukan dari ahlulbait Rasulullah s.a.w.

Itulah sebabnya kaum Salaf dan kaum Khalaf memandang anak lelaki seorang syarifah (wanita keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w.) tidak dapat disebut syarif (atau sayyid) jika ayahnya bukan seorang syarif (sayyid). Kalau pengkhususan tersebut di atas berlaku umum bagi semua anak yang dilahirkan oleh anak cucu perempuan Rasulullah s.a.w., tentu anak lelaki seorang syarifah adalah syarif yang diharamkan menerima shadaqah, walaupun ayahnya bukan seorang syarif.

Kerana itu Rasulullah s.a.w. menetapkan kekhususan tersebut hanya berlaku bagi dua orang putera Siti Fatimah r.a, tidak berlaku bagi puteri-puteri Rasulullah s.a.w. selain Siti Fatimah r.a. Kerana kakak perempuan Siti Fatimah r.a, iaitu Zainab binti Muhammad s.a.w. tidak melahirkan putera lelaki, tetapi hanya melahirkan anak perempuan iaitu Amamah binti Abul-Ash bin Ar-Rabi, seorang pria bukan dari kalangan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ketentuan itu diambil oleh Rasulullah s.a.w. semasa hidupnya. Hal itu menunjukkan bahawa anak-anak Amamah tidak bernasab kepada beliau s.a.w., kerana Amamah adalah anak perempuan dari puteri beliau, Zainab r.a, yang menjadi isteri seorang pria bukan dari ahlulbait Rasulullah s.a.w. Adapun Zainab r.a sendiri jelas bernasab kepada Rasulullah s.a.w. Seumpama Zainab r.a melahirkan anak lelaki dari suami seorang ahlulbait, tentu bagi anak lelakinya itu berlaku ketentuan sebagaimana yang berlaku bagi al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu ‘anhuma, iaitu bernasab kepada Rasulullah s.a.w.

Semua keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. secara keseluruhan berhak memperoleh bahagian dari wakaf ‘Barakatul-Habsy’ yang terdapat di Makkah, Madinah, Mesir, Iraq dan lain-lain, kerana ‘Barakatul-Habsy’ tidak khusus diwakafkan untuk keturunan al-Husan dan al-Husein radhiyallahu ‘anhuma saja, tetapi dibahagi dua: Separuh diperuntukkan bagi para syarif, iaitu keturunan al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu ‘anhuma; dan yang separuhnya lagi diperuntukkan bagi kaum Thalibiyyin, iaitu keturunan ‘Ali bin Abi Thalib dari puteranya yang bernama Muhammad bin Al-Hanafiyyah dan saudara-saudaranya, bagi keturunan Ja’far bin Abi Thalib r.a dan keturunan Aqil bin Abi Thalib.

Apakah para syarif termasuk orang-orang yang boleh menerima bahagian dari harta wasiat atau harta waqaf? Jawapnya adalah: Boleh dan tidaknya mereka menerima bahagian dari harta wasiat atau harta waqaf, itu tergantung pada penegasan nas yang diberikan oleh si pemberi wasiat atau oleh orang yang mewakafkan hartanya. Jika di dalam nas (bunyi teks dokumen wasiat atau wakaf) tidak terdapat ketegasan mengenai hak mereka untuk mendapat bahagian, maka berlaku kaedah hukum Fiqh yang menetapkan, bahawa wasiat atau wakaf ditentukan pengaturannya menurut kebiasaan yang berlaku di negeri setempat. Kebiasaan yang berlaku di Mesir sejak zaman kekhalifahan kaum Fathimiyyin hingga zaman kita dewasa ini ialah, bahawa syarif adalah gelar bagi seorang keturunan al-Hasan atau keturunan al-Husein radhiyallahu ‘anhuma. Mereka itu tidak termasuk orang-orang yang boleh menerima wakaf seperti itu, tetapi mereka hanya diperbolehkan menerima wakaf ‘Barakatul-Habsy’, kerana pihak yang mewakafkannya menegaskan ketentuan seperti itu, yakni separuh untuk para syarif dan yang separuhnya lagi untuk kaum Tahlibiyyin.

Pada dasarnya semua keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. termasuk orang-orang Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib (yang lazim disebut dengan kaum syarif atau kaum sayyid) diharamkan menerima shadaqah atau zakat dalam bentuk apa pun juga. Mereka diberi hak untuk memperoleh bahagian dari harga ghanimah atau dari harta kekayaan umum (Baitul-Mal). Akan tetapi dalam zaman kita dewasa ini tidak ada lagi ghanimah dan tidak ada pula dana Baitul-Mal sebagaimana yang dahulu pernah terjadi pada zaman pertumbuhan Islam. Dengan terjadinya perkembangan yang demikian jauh dibanding dengan zaman lampau maka sebagai akibatnya para keturunan ahlulbait yang hidup kekurangan tidak dapat menerima tunjangan yang oleh syari’at telah ditetapkan sebagai hak mereka. Lagi pula banyak sekali di antara mereka yang hidup bertebaran di negeri atau daerah-daerah terpencil. Dalam keadaan seperti itu apakah oleh syari’at mereka diperkenankan menerima shadaqah atau zakat dari orang-orang kaya setempat untuk meringankan beban penghidupan sehari-hari?

Jawapnya ialah: Menurut mazhab Syafi’iy, dalam keadaan bagaimanapun juga mereka mutlak diharamkan menerima shadaqah atau zakat. Akan tetapi menurut Imam Al-Qadhiy Abu Sa’id Al-Hurawiy, para keturunan ahlulbait yang dalam keadaan seperti di atas tadi diperbolehkan menerima shadaqah atau zakat asal benar-benar mereka itu tidak mungkin lagi dapat memperoleh haknya dari bahagian harta ghanimah atau jarahan perang. Demikian pula fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Muhammad bin Muhammad Yahya dan Imam Fakruddin Ar-Raziy. Pendapat demikian itu dibenarkan oleh Abu Syakil. Dalam kitabnya yang berjudul ‘Al-Khadim’ Abu Syakil setelah mengutarakan pendapat Ar-Rafi’iy mengenai masalah tersebut, ia pun mengemukakan pendapat Imam Al-Ashthakhriy, Al-Hurawiy dan Ibn Yahya, yang semuanya memperbolehkan keturunan ahlulbait menerima shadaqah atau zakat, jika mereka benar-benar tidak mungkin lagi memperoleh hak-haknya dari harta ghanimah atau jarahan perang.

Abu Hafsh An-Narsamiy mengatakan, shadaqah atau zakat boleh diterimakan kepada orang-orang yang menurut syari’at berhak memperoleh bahagian dari harta ghanimah atau jarahan perang. Dalam kitab ‘Ta’liq Ibnul Abi Hurairah’ ia mengatakan, dewasa ini mereka (para keturunan ahlulbait) tidak mungkin lagi dapat menerima bahagian dari harta ghanimah atau jarahan perang, kerana itu tidaklah pada tempatnya kalau kita melarang mereka menerima shadaqah atau zakat yang telah ditetapkan oleh syari’at, sebab larangan seperti itu akan mengakibatkan kepunahan mereka. Bagaimanapun juga mereka adalah manusia juga, apa yang ada manusia lain ada pula pada mereka.

Syarif Abdul-‘Abbas Al-Fara dalam kitabnya yang berjudul ‘Mu’tamadut-Tanbih’ mengatakan sebagai berikut: Aku diberitahu oleh salah seorang yang turut menghadiri pertemuan dengan Imam Fakhruddin di suatu tempat di Khurasan atau Khawarzim, bahawa dalam pertemuan tersebut ada beberapa orang Alawiyyin mengeluh kerana mereka tidak diperbolehkan menerima haknya dari Baitul-Mal sehingga penghidupan mereka amat susah. Menanggapi keluhan mereka itu Imam Fakhruddin memberikan kepada mereka wang sebesar 100 dinar atau lebih, kemudian berkata kepada kaum Mislimin setempat: “Hai kaum Muslimin, aku memfatwakan supaya kalian menyerahkan zakat kepada mereka (orang-orang Alawiyyin). Zakat adalah halal bagi mereka…!”

Di dalam kitab ‘Al-Ajaalah’ Ibnul-Nahwiy mengemukakan sebuah hadits dari Al-Hakim, berasal dari ‘Abbas bin Abdul Mutthalib r.a bahawa di antara mereka (Bani Abdul Mutthalib) sendiri orang yang hidup kekurangan boleh menerima zakat dari orang yang hidup berkecukupan. Akan tetapi Al-Hakim tidak menyatakan pendapatnya sendiri mengenai persoalan itu.

Mengenai faham kedua, iaitu yang mengatakan bahawa aal Nabi Muhammad s.a.w. itu terdiri dari anak cucu keturunan beliau dan para isteri beliau, Syeihkul Islam Ibnul Qayyim menyebut riwayat hadits yang dikemukakan Ibnul Abdul Birr berasal dari hadits yang diriwayatkan oleh Ibnul Hamid As-Sa’idiy, iaitu yang di dalamnya terdapat kalimat: “Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad, kepada para isteri Muhammad dan kepada keturunan Muhammad”. Dalam riwayat yang lain, kalimat itu berbunyi: “Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad dan kepada aal Muhammad…” Orang-orang yang mendukung faham kedua itu mengatakan, bahawa teks kalimat pertama menerangkan teks kalimat kedua, dan teks kalimat yang kedua meringkaskan teks kalimat-kalimat yang pertama.

Mereka juga menggunakan hadits Abu Hurairah sebagai dalil, iaitu hadits yang diriwayatkan oleh Bukhariy dan Muslim, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berdoa:

Ya Allah, limpahkanlah kepada aal Muhammad rezeki berupa makanan (sehari-hari)“.

Mereka mengatakan, menurut kenyataannya doa beliau s.a.w. itu terkabul, tetapi tidak meliputi semua orang keturunan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib. Sebab di antara orang-orang keturunan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib, hingga zaman sekarang ini, banyak yang terjadi hartawan dan mendapat rezeki lebih dari yang diperlukan untuk makan sehari-hari. Harta yang didapat oleh para isteri Nabi dari kaum Muslimin sepeninggal Rasulullah s.a.w., seluruhnya telah dishadaqahkan hingga mereka tidak mempunyai apa pun juga selain yang diperlukan untuk makan sehari-hari. Terdapat sebuah riwayat yang mengatakan, bahawa Ummul Mu’minin Siti Aisyah r.a pernah menerima sejumlah harta yang cukup besar dari kaum Muslimin, tetapi seketika itu juga harta tersebut dibahagikan semuanya kepada kaum fakir miskin hingga habis samasekali. Melihat hal itu pembantu wanitanya berkata: “Cubalah seumpama ibu sisakan barang satu dirham, tentu kita dapat membeli daging”! Siti Aisyah menjawap: “Cubalah seumpama engkau tadi mengingatkan aku, tentu akan kusisakan”!

Para pendukung faham kedua itu juga menggunakan hadits Siti Aisyah r.a yang diriwayatkan oleh Bukhariy dan Muslim, bahawasanya Ummul Mu’minin itu pernah berkata: “Keluarga Muhammad s.a.w. tidak pernah kenyang makan roti gandum selama tiga hari berturut-turut hingga saat Rasulullah s.a.w. pulang kembali ke haribaan Allah Azza wa Jalla”.

Atas dasar hadits tersebut mereka mengatakan, bahawa semua orang Bani ‘Abbas dan Bani Abdul Mutthalib tentu tidak termasuk dalam ucapan Siti Aisyah r.a itu, dan sama sekali tidak dimaksud olehnya. Mereka berpendapat bahawa para isteri Rasulullah s.a.w. pasti termasuk dalam pengertian ‘aal Muhammad s.a.w.”. Para isteri Nabi disamakan kedudukannya dengan keturunan Rasulullah s.a.w. Mereka diharamkan mengadakan hubungan (pernikahan) dengan orang lain, baik selagi Rasulullah s.a.w. masih hidup mahupun setelah wafat. Mereka adalah para isteri Nabi di dunia dan akhirat. Hubungan khusus mereka dengan Rasulullah s.a.w. itulah yang membuat mereka berkedudukan sama dengan keturunan beliau s.a.w.

Dalam mempertahankan pendapat bahawa para isteri Nabi juga termasuk ahlulbait Rasulullah s.a.w. mereka berpegang teguh pada firman Allah dalam Al-Qur’anul-Karim, ayat 30-34 surah Al-Ahzab seluruhnya, tidak hanya berpegang pada bahagian terakhir ayat 33 saja. Seluruh ayat tersebut bermakna sebagai berikut:

Hai para isteri Nabi, barangsiapa di antara kalian nyata-nyata melakukan perbuatan tidak senonoh, ia akan dilipatkan dosanya menjadi dua kali lipat. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Dan barangsiapa di antara kalian tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta berbuat kebajikan, kepadanya Kami berikan pahala dua kali lipat dan Kami sediakan baginya rezeki yang mulia. Hai para isteri Nabi, kalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kalian benar-benar bertakwa, maka janganlah kalian menunduk dalam berbicara sehingga (membangkitkan) selera orang (lelaki) yang terdapat penyakit di dalam hatinya (keinginan berbuat tidak senonoh), dan ucapkanlah perkataan yang baik. Hendaklah kalian tetap tinggal di rumah kalian (kecuali bila ada keperluan), dan janganlah kalian berhias serta bertingkahlaku seperti orang-orang jahiliyah dahulu. Dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat serta taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan kotoran (dosa) dari kalian, hai ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumah kalian dari ayat-ayat Allah dan hikmah. Sungguhlah bahawa Allah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui“.

Selain itu mereka juga mengetengahkan hadits Watsilah bin Asqa yang berasal dari Ummu Salamah r.a, iaitu hadits Al-Kisa, sebagaimana telah kami uraikan terdahulu.

Adapun para penganut faham yang keempat, iaitu yang menafsirkan ‘aal Muhammad s.a.w.’ dengan ‘semua orang yang bertakwa di kalangan ummat Muhammad’, mereka itu berpegang pada sebuah riwayat yang dikemukakan oleh Thabraniy, iaitu riwayat yang berasal dari Ja’far bin Ilyas bin Shadaqah, dari Nu’aim bin Hammad, dari Nuh bin Maryam, dari Sa’id bin Yahya Al-Anshariy yang mendengar Imam Malik berkata: “Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang siapakah yang dimaksud dengan ‘aal Muhammad”? Beliau menjawap: “Semua orang yang bertakwa”.

Akan tetapi Thabraniy sendiri mengatakan, tidak ada orang yang meriwayatkan hadits tersebut selain Nuh bin Maryam. Hadits yang serupa itu berasal dari Nu’aim. Al-Baihaqiy meriwayatkan hadits itu dari Abdullah bin Ahmad bin Yunus, yang berasal dari Nafi bin Hurmuz dan bersumber dari Anas. Lebih jauh Thabraniy mengatakan, bahawa hadits-hadits yang berasal dari Nuh bin Maryam dan dari Nafi bin Murmuz tidak dapat diterima sebagai hujjah, kerana dua orang itu terkenal pendusta.

Alasan lain yang dikemukakan oleh para penganut faham keempat itu ialah firman Allah s.w.t. yang ditujukan kepada Nabi Nuh a.s (dalam Al-Qur’an) mengenai anak lelaki beliau pada saat terjadinya banjir besar melanda ummatnya. Kepada Nabi Nuh Allah berfirman: “Hai Nuh, sesungguhnya dia bukan dari keluargamu, ia adalah perbuatan yang tidak baik“. (Hud: 46). Kerana syirik anak Nabi Nuh itu dikeluarkan dari lingkungan keluarga beliau. Dengan demikian maka jelaslah, bahawa aal Rasulullah s.a.w. ialah para pengikut beliau yang setia. Demikian kata mereka.

Mengenai soal itu Imam Syafi’iy r.a telah menyatakan sanggahannya. Ia mengatakan: Bahawa yang dimaksud dengan kalimat “sesungguhnya ia bukan dari keluargamu”, ialah bahawa anak lelaki Nabi Nuh itu tidak termasuk anggota keluarga yang diperintahkan Allah kepada Nabi Nuh supaya diangkut dalam bahtera dan akan diselamatkan dari air bah. Sebab, sebelum itu Allah telah berfirman lebih dulu kepada Nabi Nuh: “Angkutlah di dalam bahtera dua pasangan (jodoh) dari setiap jenis (ternak) bersama keluargamu kecuali yang sudah dikenakan keputusan Allah (untuk tidak diikutsertakan)“. Dengan demikian maka anak lelaki Nabi Nuh tidak termasuk anggota keluarga yang dijamin keselamatannya.

Syeikhul Islam Ibnul Qayyim sendiri berpendapat, bahawa sanggahan Imam Syafi’iy tepat sekali, kerana ‘orang-orang beriman’ dalam kontek hikayat Nabi Nuh a.s tidak termasuk dalam pengertian ‘keluarga Nabi Nuh’. Sebab, ayat tersebut selengkapnya menegaskan: “Angkutlah di dalam bahtera dua pasangan dari setiap jenis (ternak) bersama keluargamu kecuali yang sudah dikenakan keputusan Allah (untuk tidak diikutsertakan) dan orang-orang yang beriman. Kalimat ‘orang-orang yang beriman’ dalam ayat tersebut adalah kalimat yang berdiri sendiri di samping kata ‘keluarga’ dan ‘dua pasangan’ dari setiap jenis (ternak). Dengan demikian maka kata ‘keluargamu (ahlika)’ tidak mencakup pengertian ‘pengikut Nabi Nuh yang beriman atau bertakwa’.

Yang kami utarakan tersebut di atas semuanya adalah beberapa hujjah atau dalil yang dikemukakan oleh masing-masing golongan guna memperkuat penafsirannya sendiri-sendiri. Yang benar ialah faham atau pendapat yang pertama, iaitu yang mengatakan bahawa aal Muhammad s.a.w. ialah anak cucu keturunan Bani Hasyim; kemudian menyusul pendapat atau faham yang kedua, iaitu yang memasukkan para isteri Nabi dalam aal Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, bahawa ‘aal (keluarga) Muhammad makan hanya dari harta ini (yakni: Harta Allah, bukan shadaqah). Demikian pula doa beliau yang menyatakan: “Ya Allah, berilah rezeki kepada aal (keluarga) Muhammad berupa makanan sehari-hari”. Dengan demikian tidak ada alasan sama sekali memasukkan ‘ummat Muhammad’ dalam pengertian ‘aal Muhammad’.

Soal terpisahnya sebutan ‘azwaj’ (para isteri) dari sebutan ‘zuriyat’ (keturunan) dalam ucapan shalawat, sama sekali tidak menunjukkan perpisahan kedudukan kedua-duanya sebagai keluarga (aal) Muhammad s.a.w. Hal itu dipersoalkan sehubungan dengan adanya hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, berasal dari Nu’aim Al-Mujmar dan bersumber dari Abu Hurairah r.a mengenai shalawat Nabi yang berbunyi: “Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad, kepada isteri-isteri beliau, kepada segenap keturunan beliau dan kepada ahlulbait beliau; sebagaimana Engkau telah melimpahkan shalawat kepada Ibrahim…dan seterusnya”. Dijejerkannya sebutan-sebutan ‘para isteri’. ‘keturunan’ dan ‘ahlulbait’ dalam kalimat tersebut semata-mata untuk lebih menegaskan bahawa mereka itu semuanya termasuk dalam pengertian ‘aal Muhammad s.a.w.’.

Orang yang mengucapkan shalawat di dalam sholat (tasyahhud) bagi aal Muhammad s.a.w. dengan pengertian ‘ummat Muhammad’, terlampau jauh menyimpang dari makna yang semestinya. Bacaan tahiyyat (tasyahhud) yang diucapkan orang di saat bersembahyang di dalamnya terdapat kata-kata ‘salam’ dan ‘shalawat’. Ucapan salam itu pertama-tama tertuju kepada Rasulullah s.a.w., kemudian kepada orang yang bersangkutan sendiri, lalu kepada semua hamba Allah yang saleh. Terdapat riwayat hadits yang menerangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Apabila kalian telah mengucapkan hal itu (yakni salam) bererti kalian telah menyampaikan salam kepada semua hamba Allah yang saleh di langit dan bumi”. Adapun tentang ‘shalawat’, Rasulullah s.a.w. tidak mengisyaratkan shalawat boleh diucapkan tertuju kepada orang selain beliau sendiri bersama aal (keluarga)-nya.

Pendapat yang mengatakan, bahawa ‘aal Muhammad’ bererti ‘semua pengikut Muhammad’, sama sekali tidak dapat diterima. Memang benar, bahawa dalam hal-hal tertentu ‘para pengikut’ dapat disebut dengan istilah ‘aal’, tetapi sebaliknya, kata ‘aal’ tidak harus diertikan ‘pengikut’. Tentang hal itu telah kami utarakan dalil-dalilnya. Demikian Ibnul Qayyim.

Syeikhul Islam Ibnul Qayyim kemudian berbicara tentang erti ‘zuriat’. Ia menegaskan, bahawa ‘zuriat’ bererti ‘anak cucu keturunan, tetapi apakah keturunan dari anak perempuann termasuk juga dalam pengertian ‘zuriat’? Mengenai hal itu terdapat dua pendapat di kalangan para ulama…demikian kata Ibnul Qayyim dalam penjelasannya. Pendapat pertama ialah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, yang mengatakan bahawa keturunan dari anak perempuan termasuk zuriat; dan ini menjadi mazhab Syafi’iy. Pendapat yang kedua mengatakan, bahawa keturunan dari anak perempuan tidak termasuk dalam pengertian zuriat; dan ini adalah mazhab Imam Abu Hanifah.

Golongan yang menganut pendapat pertama bersepakat bulat, bahawa anak cucu Siti Fatimah Az-Zahra r.a adalah zuriat (keturunan) Rasulullah s.a.w., yakni zuriat yang mustahak menerima shalawat dan salam dari kaum Muslimin. Sebab tidak ada putera atau puteri Rasulullah s.a.w. yang melahirkan keturunan selain Siti Fatimah r.a. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. menyebut al-Hasan – putera Fatimah r.a – dengan ‘anakku’. Beliau menegaskan: ”Sesungguhnya ini (al-Hasan r.a) adalah anakku, seorang sayyid”.

Ketika ayat mubahalah (ayat 61 surah Aali Imran, iaitu ayat yang menentang kaum musyrikin untuk bersedia menerima kutukan Allah) turun, Rasulullah s.a.w. segera memanggil Siti Fatimah, al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu anhum, kemudian keluar bersama-sama untuk bermubahalah dengan kaum Nasrani Najran. Demikian Ibnul-Qayyim.

Setelah mengatakan, bahawa Nabi Isa a.s tidak mempunyai silsilah dari Nabi Ibrahim a.s selain dari pihak bundaknya, Maryam; berkata lebih lanjut:

“Pihak yang berpendapat bahawa keturunan anak perempuan tidak termasuk dalam pengertian ‘zuriat’ berhujjah, bahawa keturunan dari anak perempuan pada hakikatnya adalah keturunan dari ayah mereka. Kerana itu jika ada seorang wanita melahirkan anak bukan dari seorang pria Bani Hasyim, anak tersebut tidak termasuk keturunan Bani Hasyim. Bagi orang merdeka (bukan budak) keturunannya mengikuti silsilah ayah, sedangkan bagi budak, keturunannya mengikuti silsilah ibu. Akan tetapi dilihat dari sudut agama, yang terbaik di antara keduanya itu ialah yang paling besar takwanya…

“Mereka mengatakan, dimasukkannya Siti Fatimah r.a ke dalam zuriat Rasulullah s.a.w. semata-mata kerana kemuliaan dan keagungan martabat ayahandanya, yakni Muhammad Rasulullah s.a.w., yang tak ada persamaannya dengan manusia mana pun di dunia. Dengan demikian maka zuriat Nabi dari puterinya itu merupakan kelanjutan dari keluhuran dan kemuliaan martabat beliau s.a.w. Kita mengetahui bahawa kemuliaan dan keagungan seperti itu tidak dapat kita temukan pada orang-orang besar, raja-raja dan lain sebagainya. Kerana mereka tidak memandang keturunan dari anak perempuan mereka sebagai zuriat yang meneruskan kebesaran dan kemuliaan mereka. Yang dipandang sebagai penerus kebesaran mereka hanyalah keturunan anak lelaki mereka. Jadi, jika keturunan, itu semata-mata disebabkan oleh factor keagungan dan keluhuran ayah anak perempuan itu…”

Menanggapi pendapat seperti tersebut di atas itu, Ibnul Qayyim dengan tegas mengatakan: “Dikenakannya pandangan seperti itu pada zuriat Rasulullah s.a.w. adalah tidak benar dan tidak pada tempatnya”.

Dari tutur-kata dan pendapat-pendapat dua orang Syeikhul Islam, Ibnul Taimiyyah dan Ibnul Qayyim, yang kami utarakan semuanya itu, tampak jelas bahawa kedua ulama puncak itu menekankan, bahawa yang disebut ‘Ahlul-Bait’ atau ‘aal’ Nabi Muhammad s.a.w. ialah Imam ‘Ali bin Abi Thalib, Siti Fatimah Az-Zahra dan anak cucu keturunan mereka berdua. Kecuali itu ditekankan pula bahawa mereka itulah yang disebut ‘Ahlul-Kisa’ dan merupakan anggota-anggota keluarga Rasulullah s.a.w. yang terdekat dan paling terkemuka. Dua orang Syeikhul Islam itu menekankan juga bahawa hadits-hadits Istishfa (yang menerangkan kesucian Ahlul-Bait) benar-benar meyakinkan dan kuat.


1) Golongan yang sangat ekstrim ‘mencintai’ Imam Ali bin Abi Thalib, sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’. Golongan ini telah musnah dalam sejarah.
2) Golongan yang tidak mempercayai keutamaan Imam Ali dan anggota-anggota ahlulbait lainnya.

AHLULBAIT RASULULLAH KESELAMATAN BAGI UMMATNYA

Judul tersebut di atas adalah bahagian dari hadits Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim dan dibenarkan oleh dua orang Imam hadits terkemuka, Bukhariy dan Muslim. Lengkapnya adalah sebagai berikut:

Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni bumi dari (bahaya) tenggelam (di dasar laut) dan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku dari perselisihan. Apabila ada kabilah Arab yang membelakangi ahlulbaitku mereka akan berselisih kemudian mereka akan menjadi kelompok iblis“.

Hadits yang hampir serupa diketengahkan juga oleh jama’ah ahli hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, dan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku (menurut sumber riwayat lain:”…keselamatan bagi penghuni bumi”…) Manakala ahlulbaitku lenyap maka apa yang dijanjikan dalam ayat-ayat Al-Qur’an akan tiba (iaitu bencana).

Persoalan yang hendak kami telaah dalam Bab ini ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang menegaskan, bahawa ‘ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku’. Persoalan itu mengundang perhatian beberapa ulama terkemuka untuk mendiskusikan maknanya. Masing-masing mempunyai hujjah dan dalil-dalilnya sendiri untuk memperkuat pendapatnya; dan dalam tiap diskusi perbezaan pendapat adalah wajar.

Imam Tirmudziy dalam kitabnya yang berjudul ‘Nawadirul-Ushul’ menerangkan, bahawa ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang dimaksud dalam hadits tersebut ialah ‘orang-orang yang meneruskan jalan hidup Rasulullah s.a.w. setelah beliau wafat. Mereka adalah orang-orang shiddiq, orang-orang abdal (keramat) sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Ali bin Abi Thalib r.a dengan ucapannya:

Akan muncul orang-orang keramat di Syam. Mereka berjumlah empat puluh orang. Tiap ada seorang dari mereka wafat, Allah mengganti kedudukannya dengan orang lain. Kerana kekeramatan mereka Allah menurunkan hujan, kerana kekeramatan mereka Allah memenangkan mereka atas musuh-musuhnya, dan kerana kekeramatan mereka Allah menyelamatkan penghuni bumi dari malapetaka…”

Kata Tirmudziy lebih lanjut; Mereka itulah ahlulbait Rasulullah yang menjadi sebab keselamatan ummat ini. Bila mereka itu lenyap, rosaklah bumi dan hancurlah dunia…

Seterusnya ia mengatakan: Pertama, pengertian mengenai ahlulbait tidak bisa didasarkan pada makna hadits yang berbunyi:

Manakala ahlulbaitku lenyap maka datanglah kepada ummatku apa (bencana) yang dijanjikan“.

Bagaimana dapat dibayangkan kalau ahlulbait sudah tidak ada lagi tak akan ada seorang pun ummat Muhammad s.a.w. yang masih tinggal? Jumlah ummat Muhammad s.a.w. jauh lebih banyak daripada yang dapat dihitung, dan Allah s.w.t. senantiasa melindungi mereka dengan berkah dan rahmat-Nya. Pengertian mengenai ahlulbait juga tidak dapat didasarkan pada hadits yang berbunyi:

Semua sebab dan nasab akan terputus kecuali sebabku dan nasabku“.

Kedua, menurut hadits tersebut, ahlulbait Rasulullah s.a.w. ialah nasab beliau, yakni Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib. Akan tetapi mereka bukan merupakan sebab bagi keselamatan ummat Islam, sehingga orang boleh berkata: Kalau mereka lenyap akan lenyap pula dunia ini!

Ketiga, di kalangan mereka pula terdapat keburukan (fasad) seperti yang terdapat di dalam golongan lain. Di antara mereka ada yang baik (muhsin) dan ada pula yang buruk (musi’). Lantas bagaimana dapat dikatakan bahawa mereka itu merupakan sebab bagi keselamatan penghuni di bumi? Jadi jelaslah, bahawa yang dimaksud oleh Rasulullah s.a.w. ialah ‘orang-orang yang kerana mereka itu dunia ini tetap lestari”. Mereka itulah lambing kehidupan dan para pembimbing manusia ke jalan hidayat pada setiap zaman. Tanpa mereka tak ada kehormatan apa pun di muka bumi dan bencana akan merajalela…

Tirmudziy melanjutkan: Kalau ada yang mengatakan bahawa kemuliaan ahlulbait dan dekatnya hubungan mereka dengan Rasulullah s.a.w., itu yang membuat mereka menjadi sebab keselamatan bagi penghuni bumi, orang lain tentu dapat menjawap: Kehormatan dan kemuliaan Rasulullah s.a.w. jauh lebih agung! Di bumi ini ada sesuatu yang lebih mulia dan lebih agung dibanding dengan keturunan Rasulullah s.a.w., iaitu Kitabullah Al-Qur’an, walau tidak disebut dalam hadits di atas tadi. Selain itu kehormatan dan kemuliaan ada juga pada para ahli takwa…

Dalam penjelasannya mengenai sebab-sebab yang membuat Muhammad s.a.w. menjadi manusia besar, mulia dan agung, Tirmudziy mengatakan: Kehormatan, kebesaran dan keagungan Rasulullah s.a.w. adalah berkat kanabian dan kemuliaan yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada beliau. Sebagai dalil mengenai hal itu dapat dikemukakan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah sebagai berikut:

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. mendatangi Siti Fatimah. Di tempat kediaman Siti Fatimah terdapat Shafiyyah, bibi Rasulullah s.a.w. Beliau kemudian berkata: Hai Bani Abdu’ Manaf, Hai Bani Abdul Mutthalib, Hai Fatimah binti Muhammad, Hai Shafiyyah bibi Rasul Allah. Di hadirat Allah aku tidak bermanfaat bagi kalian. Mintalah berapa saja dari hartaku yang kalian inginkan. Ketahuilah, bahawa orang yang terbaik bagiku pada hari kiamat ialah mereka yang bertakwa. Jika kalian hanya mengandalkan kekerabatan kalian denganku, di saat orang lain datang kepadaku membawa amal kebajikan lalu kalian datang kepadaku hanya membawa keduniaan di leher kalian. Kemudian memanggil-manggil Hai Muhammad, aku menjawap dengan memalingkan wajahku dari kalian. Kalian lalu memanggil lagi Hai Muhammad. Aku pun menjawap begitu lagi. Kemudian kalian berkata: Hai Muhammad! Aku ini si Fulan bin Fulan. Aku akan menjawap: Tentang nasab kalian aku memang kenal, tetapi tentang amal kebajikan kalian aku tidak tahu. Kalian telah meninggalkan kitabullah, kerana itu kalian kembali kepada kekerabatan (yang kalian andalkan) antara aku dan kalian“.

Diriwayatkan pula bahawa saat itu Rasul Allah s.a.w. menegaskan:

Di antara kalian, orang-orang yang memperoleh perlindunganku bukanlah mereka yang berkata: ‘ayahku si fulan’, tetapi di antara kalian yang memperoleh perlindunganku ialah mereka yang bertakwa, sesiapapun mereka itu dan bagaimana pun keadaan mereka“.

Yang kami utarakan di atas semuanya adalah pernyataan Imam Tirmudziy dan dalil-dalilnya mengenai pendapatnya tentang ahlulbait Rasul Allah s.w.t. sebagai sebab keselamatan ummat beliau.

Pendapat dan penafsiran Imam Tirmudziy terhadap hadits Nabi yang kami sebut pada permulaan Bab ini, khususnya mengenai pengertian ‘ahlulbait Rasulullah s.a.w.’ tertanya memperoleh tanggapan dari ulama yang lain. Yusuf bin Ismail An-Nabhani dalam kitabnya yang berjudul ‘Asjsjaraful Muabbad li Aal Muhammad’ menanggapi uraian Imam Tirmudziy sebagai berikut:

Sementara jama’ah ahli hadits meriwayatkan sebuah hadits yang diberitakan oleh banyak sahabat Nabi s.a.w., bahawasanya Rasulullah bersabda:

Ahlulbaitku di tengah-tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Barangsiapa menaikinya ia selamat, dan yang ketinggalan ia celaka… (Sumber riwayat lain mengatakan:’…ia tenggelam’, dan sumber yang lainnya lagi mengatakan:’…ia di giring ke neraka)”.

Abu Dzar Al-Ghifariy mengatakan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Jadikanlah ahlulbaitku bagi kalian seperti kedudukan kepala bagi tubuh dan seperti kedudukan dua mata bagi kepala“.

Imam Al-Hakim mengetengahkan sebuah hadits yang dibenarkan oleh Bukhariy dan Muslim sebagai berikut:

Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni bumi dari (bahaya) tenggelam (di dasar laut) dan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku dari perselisihan. Apabila ada kabilah Arab yang membelakangi ahlulbaitku mereka akan berselisih kemudian mereka akan menjadi kelompok iblis“.

Hadits yang lain lagi dikemukakan juga oleh jama’ah ahli hadits, iaitu bahawanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit dan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku. (Menurut sumber riwayat lain: ‘Keselamatan bagi penghuni bumi’). Manakala ahlulbaitku lenyap (binasa) maka yang dijanjikan dalam ayat-ayat Al-Qur’an akan tiba (iaitu bencana)“.

Hadits seperti itu yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal berbunyi sebagai berikut:

Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahlulbaitku lenyap, lenyaplah penghuni bumi“.

Setelah mengemukakan hadits-hadits tersebut di atas An-Nabhaniy kemudian mengatakan: “Bagaimanapun juga ahlulbait Rasulullah dan keturunan beliau s.a.w. di permukaan bumi ini merupakan sebab atau syarat bagi keselamatan ummat manusia, dan pada khususnya merupakan syarat keselamatan ummat Muhammad s.a.w. dari azab neraka. Yang dimaksud oleh hadits tersebut bukan khusus hanya anggota keluarga yang saleh saja. Sebab ciri kemuliaan yang ada pada unsur keturunan beliau s.a.w. sama sekali tidak tergantung pada sifat-sifat mereka”.

Sebagai dalil mengenai itu An-Nabhaniy menunjuk kepada penyataan Ash-Shabban di dalam kitab ‘Is’afur-Raghibin’ yang mengatakan, bahawa pengertian tersebut di atas diperoleh dari isyarat yang terkandung dalam ayat 33 surah Al-Anfal:

Dan Allah sekali-kali tidak akan menyeksa mereka (orang-orang derhaka) sedang engkau berada di tengah-tengah mereka“.

Sekalipun ayat tersebut ditujukan kepada Rasulullah s.a.w., namun ahlulbait dan keturunan beliau dapat didudukkan pada tempat beliau, kerana mereka itu berasal dari beliau dan beliau pun berasal atau senasab dengan mereka (keluarga beliau, yakni Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib), sebagaimana yang diriwayatkan oleh beberapa hadits. Demikian Ash-Shabban.

An-Nabhaniy kemudian mengetengah sebuah hadits Rasulullah s.a.w. yang menegaskan sebagai berikut:

Orang-orang pertama yang mengalami bencana adalah Qureisy, dan orang-orang Qureisy yang pertama mengalami bencana adalah ahlulbaitku… (riwayat lain mengatakan bukan “bencana” [halak], melainkan ‘kepunahan’ [fana]. Dan bukan pula ‘ahlulbaitku’, melainkan ‘Bani Hasyim’)“.

Para ahli syarah ilmu hadits, termasuk Al-Manawiy dan lain-lain menjelaskan makna hadits tersebut seperti di bawah ini:

“Bencana yang menimpa mereka merupakan petanda akan datangnya hari kiamat, sebab hari kiamat akan terjadi akibat perbuatan manusia-manusia jahat, sedangkan para keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. adalah orang-orang baik”.

Menanggapi penjelasan Al-Manawiy tersebut, An-Nabhaniy mengatakan: “Rasanya penjelasan Al-Manawiy itu dapat dijadikan tafsir bagi hadits tersebut di atas, bahkan lebih baik daripada penafsiran kami. Dengan demikian maka teranglah bahawa penafsiran Tirmudziy tidak dapat diterima, iaitu penafsiran yang mengertikan “Zurriyyatu Rasulullah s.a.w.” dengan “abdal” (orang-orang keramat) sebagaimana yang terdapat di dalam hadits ‘Ali bin Abi Thalib r.a.

Sebagai reaksi terhadap pernyataan Imam Tirmudziy yang mengatakan: “Bagaimana bisa dibayangkan bahawa dengan lenyapnya ahlulbait dari muka bumi ini maka tak akan ada lagi seorang pun dari ummat Muhammad s.a.w. yang tinggal? Padahal jumlah ummat Muhammad s.a.w. jauh lebih banyak daripada yang dapat dihitung, dan Allah selalu melindungi mereka dengan berkah dan rahmat-Nya?”… An-Nabhaniy berkata: “Tidak ada halangan dan tidak ada salahnya jika orang membayangkan hal sedemikian itu. Lebih-lebih kerana Rasulullah s.a.w. sendiri telah menegaskan: Orang-orang pertama yang mengalami bencana adalah Qureisy, dan orang-orang Qureisy yang pertama mengalami bencana adalah ahlulbaitku.

Hadits itu merupakan salah satu petunjuk tentang rahmat yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada keluarga dan keturunan Rasulullah s.a.w. Demikian An-Nabhaniy.

Menanggapi penafsiran Imam Tirmudziy yang mengutip sabda Rasulullah s.a.w. “Semua sebab dan nasab akan terputus kecuali sebab dan nasabku”, An-Nabhaniy mengatakan sebagai berikut: “kata ‘putus’ tidak bermakna ‘kepunahan’ atau ‘kebiasaan’ keturunan Rasulullah s.a.w. Itu hanya dikhususkan pada saat terjadinya hari kiamat, sebagaimana yang dijelaskan oleh hadits-hadits shahih. Kata ‘putus’ juga bermakna ‘nasab (silsilah) tidak bermanfaat’, sebagaimana ditegaskan Allah s.w.t. dalam firman-Nya:

Maka tiada lagi hubungan nasab di antara mereka pada hari itu“. [Al-Mu’minun: 101]

Hanya Rasulullah s.a.w. sajalah yang memperoleh pengecualian dalam hal nasab – melalui pernikahan dan dalam hal nasab – melalui keturunan – Bagi beliau s.a.w. kemanfaatan sebab dan nasab tetap berkesinambungan, baik di dunia mahupun di akhirat. Hal itu diperkuat oleh sabda Rasulullah s.a.w. yang diucapkan dari atas mimbar:

Mengapa sampai ada orang-orang yang mengatakan, bahawa kekerabatan Rasulullah s.a.w. tidak bermanfaat pada hari kiamat? Ya…, kekerabatanku berkesinambungan di dunia dan akhirat“.

Terhadap uraian Imam Tirmudziy yang mengatakan, bahawa ‘Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib bukan merupakan syarat bagi keselamatan ummat Muhammad s.a.w. dan bukan pula merupakan syarat bagi keselamatan ummat Muhammad s.a.w. dan bukan pula merupakan orang-orang yang akan mengakibatkan lenyapnya dunia bila mereka lenyap”, An-Nabhaniy menjawap sebagai berikut: “Yang diertikan mereka itu syarat bagi keselamatan ummat ini, bahkan penghuni bumi ini, ialah bahawa dengan masih adanya mereka di dunia bererti saat kepunahan dunia ini belum tiba. Bila mereka telah punah, maka penghuni bumi ini akan menyaksikan apa yang telah dijanjikan Allah dalam Al-Qur’an tentang tibanya hari kiamat dan kepunahan dunia ini”,

Mengenai uraian Imam Tirmudziy yang mengatakan:..” di antara mereka (zuriyyatu Rasulullah s.a.w.) juga terdapat kerosakan (fasad) seperti yang terdapat di dalam golongan-golongan lain yang bukan dari unsur mereka, yakni ada yang berlaku baik dan ada pula yang berlaku buruk. Jadi, bagaimana dapat dikatakan bahawa mereka itu syarat bagi keselamatan ummat ini dan penghuni bumi”?… An-Nabhaniy menjawap:

“Mereka menjadi syarat bagi keselamatan ummat ini dan penghuni bumi ini bukan kerana amal kebajikan mereka, melainkan kerana mereka itu adalah unsur suci kenabian; suatu anugerah yang dikhususkan Allah bagi mereka sejak azal. Mereka dianugerahi keistimewaan itu ialah rahmat Allah yang dilimpahkan kepada mereka sebagai anggota-anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w. Di tengah-tengah mereka Allah s.w.t. menurunkan wahyu-Nya. Dalam hal-hal seperti itu mereka tidak mungkin dapat disamai orang lain”.

Mengenai uraian Imam Tirmudziy yang mengatakan “Di bumi ini ada yang lebih mulia daripada keturunan Rasulullah s.a.w., iaitu Al-Qur’an, sekalipun hal itu tidak disebut dalam hadits yang bersangkutan”, An-Nabhaniy menjawap sebagai berikut:

“Tidak ada keharusan bagi Rasulullah s.a.w. untuk menyebut kemuliaan anak cucu keturunan beliau bersama-sama dengan kemuliaan Al-Qur’an di dalam sebuah hadits, walaupun jelas bahawa kemuliaan Kitabullah Al-Qur’an jauh lebih besar daripada kemuliaan keturunan Rasulullah s.a.w. Kendatipun bukan merupakan keharusan, namun beliau menyebut kedua-duanya itu di dalam hadits Tsaqalain. Lagi pula di antara ahlulbait Rasulullah tak ada seorang pun yang mengaku dirinya lebih mulia atau sejajar dengan Kitabullah, dan mereka pun tidak beranggapan bahawa kemuliaan Kitabullah itu disebabkan adanya keistimewaan yang ada pada diri mereka…

“Kitabullah menjelang hari kiamat pun akan diangkat. Ibnul Mas’ud r.a mengatakan: “Bacalah Al-Qur’an sebelum diangkat! Hari kiamat akan terjadi dekat sebelum Al-Qur’an diangkat”! Seorang sahabat bertanya: “Hai Abu Abdurrahman (nama panggilan Ibnu Mas’ud), bagaimanakah erti Kitabullah akan diangkat, padahal itu telah menetap di dalam dada dan di lembaran-lembaran mushaf kita”? Ibnu Mas’ud menjawap: “Kitabullah memang tetap di dalam dada, tetapi tidak diingat dan dibaca orang”!

Tidak diragukan lagi bahawa Ibnu Mas’ud tidak berkata menurut pendapatnya sendiri, kerana persoalan itu berada di luar pemikiran orang. Dari keterangannya itu jelaslah bahawa Kitabullah menjadi syarat bagi keselamatan ummat manusia. Selama Kitabullah masih berada di tengah-tengah ummat manusia, dunia ini tidak akan dimusnahkan Allah. Mengenai keturunan suci Rasulullah s.a.w. tidak boleh diberi penilaian lebih dari apa yang telah kami terangkan”.

Mengenai penegasan Imam Tirmudziy, bahawa ‘kemuliaan hanya ada pada para ahli takwa’ berdasarkan dalil sebuah hadits yang meriwayatkan kedatangan Rasulullah s.a.w. di kediaman Siti Fatimah r.a di saat Shafiyyah (bibi beliau) berada di tempat itu, kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Hai Bani Abdul Manaf, hai Bani Abdul Mutthalib, hai Fatimah binti Muhammad, hai Syafiyyah…” dan seterusnya (Silakan baca hadits terdahulu); mengenai uraian Tirmudziy yang demikian itu, An-Nabhaniy memberi tanggapannya sebagai berikut:

“Mengenai soal itu Al-Muhib At-Thabraniy telah memberikan jawapan meyakinkan, yang kemudian dikutip oleh Al-Manawiy dalam kitab ‘Al-Kabir’ dan oleh Ash-Shabban dalam kitab ‘Is’afur-Raghibin’. Jawapan tersebut mengatakan: benarlah bahawa Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai apa-apa yang mendatangkan manfaat bagi orang lain, hanya Allah sajalah yang memiliki hai itu. Namun, dengan kekuasaan-Nya Allah membuat Rasul-Nya bermanfaat bagi kaum kerabatnya, bahkan bagi semua ummatnya, berupa syafaat khusus dan umum. Beliau s.a.w. tidak mempunyai suatu apa pun selain yang dikurniakan Allah kepadanya, iaitu seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadits Al-Bukhariy mengenai sabda beliau:

Kalian – yang pria mahupun yang wanita – mempunyai hubungan silaturrahmi (denganku). Yang akan kusambung hubungannya…”

“Demikian pula makna ucapan Rasulullah s.a.w.:

Di hadhirat Allah aku tidak berguna apa pun bagi kalian“.

Maknanya ialah: “Kalau hanya diriku sendiri tanpa anugerah syafaat dan ampunan yang dilimpahkan Allah kepadaku, aku tidak dapat memberikan manfaat apa pun kepada kalian”. Rasulullah s.a.w. menyatakan demikian itu untuk memperingatkan mereka agar banyak-banyak berbuat kebajikan, dan agar mereka memperoleh rahmat Allah kerana kebesaran takwanya masing-masing.

‘Ash-Shabban mengatakan: Konon hadits tersebut di atas diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum beliau diberitahu Allah mengenai manfaatnya bernasab kepada beliau. Akan tetapi tampaknya bahasa Arab kurang membantu At-Tirmudziy dalam menafsirkan hadits-hadits tentang ‘ahlulbait’. Adakah orang yang mengertikan kata ‘ahlulbait’ dengan ‘orang-orang keramat’ (abdal)? Demi Allah, tidak ada! Tidak ada seorang pun yang mendengar kata ‘ahlulbait’ dari Rasulullah s.a.w. lalu ia memahaminya dengan makna selain ahlulbait yang bernasab kepada beliau. Memang hanya itu sajalah makna ‘ahlulbaitku’ dalam bahasa Arab, bahasa beliau s.a.w. sendiri!…

‘Mengenai orang-orang keramat, kemanfaatan mereka bagi kita, atau mengenai ketinggian derajat mereka dan dekatnya mereka itu dengan Allah dan Rasul-Nya; tak ada seorang Muslim pun yang meragukannya. Namun orang-orang keramat itu sendiri tentu merasa tidak senang jika diberi ‘perhiasan’ yang dicabutkan dari keluarga atau dari keturunan orang yang paling mereka cintai, iaitu Rasulullah s.a.w.…’

“Saya yakin – demikian kata Ash-Shabban lebih jauh – bahawa Imam Al-Hakim At-Tirmudziy sendiri termasuk salah seorang keramat terkemuka. Kerana itu saya berani memastikan bahawa uraian yang ditulis dalam kitabnya itu mengandungi salah satu dari dua kemungkinan:

Pertama – dan ini yang paling besar kemungkinannya: Tulisan tersebut dipalsukan oleh orang yang dengki kepadanya dan kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. Hal seperti itu sering dialami oleh para ulama dan orang-orang keramat lainnya, seperti Syeikh Al-Akbar Sidi Muhyiddin bin Al-Arabiy, Syeikh Abdulwahhab Asy-Sya’raniy dan lain-lain…

Kedua: Imam Tirmudziy pernah bergaul dekat dengan orang-orang ekstrim Syi’ah yang terlampau berlebih-lebihan dalam mengagung-agungkan ahlulbait Rasulullah s.a.w. sehingga mereka sesat kerana tidak mahu mempercayai kejujuran para sahabat Nabi, terutama Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a dan Umar Ibnul-Khatthab r.a. Dengan uraiannya itu mungkin Tirmudziy hendak mengecam mereka, dan itu tampak jelas pada rumus-rumus kalimat yang dipergunakan olehnya. Kecaman itu dituangkan olehnya dalam uraian mengenai ‘ahlulbait’, tetapi bersamaan dengan itu ia tetap mencintai Ahlulbait dan memberikan penilaian yang baik serta tetap mengakui kemuliaan dan keistimewaan mereka…’ Demikian Ash-Shabban.

FADHA’IL (KEUTAMAAN) AHLULBAIT

Syeikhul Islam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang berjudul ‘Jala’ul-Afham’, mulai halaman 210, membicarakan keutamaan-keutamaan (fadha’il) ahlulbait Rasulullah s.a.w. sekaitan dengan kemuliaan ahlulbaitun-nubuwwah secara menyeluruh. Yang dimaksud dengan ‘ahlubaitun-nubuwwah’ dalam hal itu ialah mulai dari ahlubait Nabi Ibrahim a.s hingga ahlubait Muhammad Rasulullah s.a.w. Kami rasa hal itu sangat baik dan perlu diketahui, kerana dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang betapa mulianya ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan keturunannya.

Ibnul Qayyim mengatakan, bahawa keluarga silsilah keturunan Nabi Ibrahim a.s adalah keluarga-keluarga yang diberkati dan disucikan Allah s.w.t., kerana itu mereka adalah silsilah keluarga yang paling mulia di antara semua ummat manusia. Allah s.w.t. berkenan menganugerahkan berbagai keistimewaan dan keutamaan kepada mereka. Di antara keutamaan yang banyak itu ialah:

  1. Banyak Nabi dan Rasul – dengan syari’at dan Kitab Sucinya masing-masing – lahir dari kalangan mereka, dan dari kalangan mereka pula lahir para Imam yang memberikan penerangan serta petunjuk kepada ummat manusia hingga saat tibanya hari kiamat kelak. Semua hali takwa dan para waliyyullah yang dijanjikan akan masuk syurga adalah kerana mereka itu menempuh jalan hidup yang diserukan dan dianjurkan oleh keluarga nubuwwah.
  2. Allah s.w.t. mengangkat martabat Nabi Ibrahim a.s sedemikian tinggi dengan memberi gelar kepada beliau sebagai ‘Khalil’ (sahabat dekat), sebagaimana ditegaskan Allah s.w.t. di dalam firman-Nya (surah An-Nisa: 125). Rasulullah s.a.w. sendiri dalam sebuah hadits menegaskan: “Sesungguhnya Allah telah mengangkat diriku sebagai ‘Khalil’, sama dengan Ibrahim yang telah diangkat pula sebagai ‘Khalil’.”
  3. Allah s.w.t. telah menjadikan Nabi Ibrahim a.s dan keturunannya sebagai Imam (pemimpin) bagi seluruh ummat manusia. Hal ini difirmankan Allah s.w.t. di dalam Al-Qur’anul-Karim surah Al-Baqarah ayat 124.
  4. Nabi Ibrahim bersama puteranya Nabi Ismail – alaihissalam – membangun baitullah (rumah Allah) – Al-Ka’batul-Mukarramah – yang kemudian oleh Allah s.w.t. ditetapkan sebagai kiblat, dan ke sana pula semua kaum Muslimin menunaikan ibadah haji. Rumah suci tersebut adalah buah karya baitun-nubuwwah yang mulia.
  5. Allah s.w.t. telah memerintahkan semua orang yang beriman supaya senantiasa mengucapkan shalawat bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga (aal) beliau seperti shalawat yang diucapkan bagi Nabi Ibrahim dan keluarga (aal) beliau.
  6. Allah s.w.t. telah menciptakan dua ummat manusia terbesar di dunia, iaitu ummat Nabi Musa a.s dan ummat Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ummat-ummat terbaik dalam pandangan Allah, guna melengkapi jumlah 70 ummat yang diciptakan-Nya.
  7. Allah s.w.t. melestarikan kemuliaan baitun-nubuwwah sepanjang zaman dengan selalu disebut-sebutnya keagungan mereka dan keluarga serta keturunan mereka; sebagaimana firman Allah dalam Al-Qur’anul-Karim (surah Ash-Shaffat: 108-110)
  8. Allah s.w.t. telah menjadikan baitun-nubuwwah (keluarga Nabi Ibrahim a.s dan keturunannya hingga Nabi Muhammad s.a.w. dan keturunannya) sebagai ‘furqan’ (batas pemisah kebenaran dan kebatilan). Bahagilah manusia yang mengikuti seruan dan jejak mereka, dan celakalah mereka yang memusuhi dan menentangnya.
  9. Allah s.w.t. berkenan menyebut nama-nama mereka disamping nama-Nya sendiri dengan menyebut Nabi Ibrahim: “Ibrahim Khalilullah”, “Musa Kalimullah” (manusia yang langsung menerima firman Allah), dan “Muhammad Habibullah” (kesayangan Allah). Kecuali itu Allah s.w.t. telah menegaskan juga kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang nikmat besar yang telah dilimpahkan-Nya kepada beliau s.a.w., sebagaimana termaktub dalam surah Al-Insyirah: 4. Sehubungan dengan itu Ibnu ‘Abbas meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Apabila engkau menyebut Allah, sebutlah pula namaku”. Yakni: Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Sebutlah kalimat itu, baik pada saat orang mulai memeluk Islam, di dalam azan, dalam khutbah, dalam tasyahud dan lain sebagainya. Demikian kata Ibnu ‘Abbas r.a.
  10. Allah s.w.t. menghindarkan ummat manusia dari kesengsaraan dunia dan akhirat melalui tuntutan dan bimbingan baitun-nubuwwah itu. Betapa besar kebajikan yang telah dicurahkan oleh baitun-nubuwwah demi keselamatan ummat manusia. Mereka telah banyak berbuat kebajikan dan ihsan bagi manusia masa silam, masa kini dan masa mendatang. Setiap amal kebajikan yang dilakukan oleh manusia di muka bumi, di samping Allah memberikan pahala kepadanya, Allah juga berkenan memberikan pahala kepada baitun-nubuwwah atas jasa-jasa yang telah mereka berikan kepada seluruh ummat manusia. Maha Suci Allah Yang telah memberikan kemuliaan kepada siapa saja menurut kehendak-Nya.
  11. Kepada baitun-nubuwwah itu Allah s.w.t. telah menganugerahkan keistimewaan khusus, iaitu menutup semua jalan dan pintu bagi manusia di dunia ini untuk mendekatkan diri kepada-Nya, selain jalan dan pintu yang telah dirintis dan dibukakan oleh baitun-nubuwwah. Dalam sebuah hadits Qudsiy Allah s.w.t. berfirman kepada Rasul-Nya, Muhammad s.a.w.: “Demi Kemuliaan-Ku dan Demi Keagungan-Ku, seandainya manusia hendak datang kepada-Ku melalui jalan dan pintu mana saja, tak akan Ku-bukakan sebelum mereka mengikuti jejakmu
  12. Allah s.w.t. telah menjadikan baitun-nubuwwah sebagai pemusatan ilmu pengetahuan tentang: Keagungan Asma Allah, sifat-sifat Allah, hukum-hukum Allah, af’al Allah (segala sesuatu yang dilakukan Allah), anugerah dan ganjaran Allah, hal-hal yang diridhai dan dimurkai Allah, para malaikat dan semua makhluk ciptaan Allah; lebih banyak daripada ilmu pengetahuan yang ada pada baitun-nubuwwah.
  13. Allah s.w.t. menempatkan baitun-nubuwwah di muka bumi sebagai khalifah yang dipatuhi oleh ummat manusia. Kemuliaan seperti itu tidak diberikan Allah s.w.t. kepada keluarga lain, dan itu merupakan keistimewaan yang luar biasa besarnya.
  14. Melalui baitun-nubuwwah itu Allah s.w.t. hendak menghapuskan kesesatan dan syirik dari muka bumi, iaitu suatu sikap mental dan kejiwaan yang paling dimurkai Allah. Untuk itu Allah s.w.t. menanamkan perasaan cinta kepada mereka di dalam hati ummat manusia. Tidak ada keluarga lain manapun juga yang pernah memperoleh kecintaan ummat manusia setinggi yang mereka peroleh.
  15. Allah s.w.t. telah menjadikan peninggalan mereka (agama-agama yang mereka bawakan) di muka bumi ini sebagai jaminan keselamatan bagi alam semesta, yang akan senantiasa tetap lestari selama agama mereka tetap lestari. Manakala agama yang mereka ajarkan itu lenyap dari muka bumi, itu merupakan petanda mulai hancurnya alam semesta. Allah s.w.t. telah menjelaskan di dalam Al-Qur’anul-Karim, bahawa Allah tetap menjadikan Ka’bah sebagai tempat suci yang di dalamnya dilarang adanya perbuatan permusuhan dan lain sebagainya. Ibnu ‘Abbas r.a pernah mengatakan andaikata tidak ada lagi manusia yang menunaikan ibadah haji, maka akan ambruklah langit ini. Kecuali itu, konon Rasulullah s.a.w. sendiri pernah memberitahu para sahabatnya, bahawa pada akhir zaman Allah akan mengangkat Ka’bah dari muka bumi dan meniadakan Kalam-Nya (firman-firman-Nya) dari kitab Suci dan dari dada setiap insane, sehingga di bumi ini tidak ada lagi Ka’bah tempat orang menunaikan ibadah haji, dan tidak ada lagi ayat-ayat suci dibaca orang. Saat itu menandakan hampir tibanya hari kiamat dan kehancuran alam semesta.

Demikian pula keadaan manusia dewasa ini, kesentosaan mereka tergantung pada kesentosaan agama dan syari’at yang ditinggalkan oleh seorang Nabi akhir zaman yang datang dari baitun-nubuwwah, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. keselamatan manusia dari cubaan dan malapetaka tergantung pada sikap manusia sendiri dalam melestarikan kesentosaan ajaran agama yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Malapetaka dan berbagai macam bencana pasti akan menimpa kehidupan ummat manusia manakala mereka menjauhi kebenaran dan keadilan yang diajarkan Muhammad Rasulullah s.a.w. dan bernaung kepada hal-hal selain Allah dan tuntutan agama-Nya. Barangsiapa yang merenungkan murka Allah yang ditimpakan kepada seorang manusia atau sebuah negeri yang memusuhi-Nya, ia dapat memahami bahawa turunnya azab itu akibat sikap manusia sendiri yang tidak menghiraukan agama Allah.

Kesemuanya itu merupakan berkah dan rahmat Allah s.w.t. yang telah dilimpahkan kepada baitun-nubuwwah. Di antara mereka itu ada yang memperoleh martabat tinggi dan keutamaan-keutamaan lain, seperti: Nabi Ibrahim diangkat sebagai ‘Khalilullah’, Nabi Ismail diberi gelaran sebagai ‘Zabihullah’, Nabi Musa didekatkan kepada-Nya dan dianugerahkan gelaran ‘Kalimullah’, Nabi Yusuf dianugerahi kehormatan dan paras indah yang luarbiasa, Nabi Sulaiman dianugerahi kerajaan dan kekuasaan yang tiada tolok bandingannya di kalangan ummat manusia dan jin, Nabi Isa diangkat kedudukannya ke martabat yang setinggi-tingginya, dan Nabi Muhammad diangkat sebagai penghulu semua Nabi dan Rasul serta sebagai Nabi terakhir pembawa agama Allah yang terakhir, Islam. Maha Benar Allah yang telah menyatakan bahawa mereka itu telah dianugerahi keutamaan mengungguli semua keutamaan yang ada di dunia dan di alam semesta.

Keistimewaan-keistimewaan khusus lainnya dilimpahkan Allah s.w.t. kepada mereka ialah, bahawa Allah meniadakan azab umum dari ummat manusia. Tidak seperti ummat-ummat sebelum mereka yang selalu dikenakan azab umum apabila sudah banyak orang yang mendustakan para Nabi dan Rasul yang diutus Allah kepada mereka; seperti azab umum yang ditimpakan Allah kepada ummat Nabi Nuh a.s, ummat Nabi Salleh a.s, ummat Nabi Luth a.s dan lain-lain. Akan tetapi setelah Allah s.w.t. menurunkan kitab-kitab suci Taurat, Injil dan Al-Qur’an, Allah berkenan meniadakan azab umum dari ummat manusia. Allah hanya memerintahkan dilakukannya perjuangan terhadap manusia-manusia yang mendustakan para Nabi dan Rasul.

Demikianlah, beberapa keutamaan baitun-nubuwwah yang diketengahkan oleh Syeikhul Islam Ibnul Qayyim dalam kitabnya, ‘Jala’ul-Afham’.

Mengingat kemuliaan martabat baitun-nubuwwah yang dimulai sejak Nabi Ibrahim a.s secara turun-temurun hingga Nabi kita Muhammad s.a.w. tidaklah menghairankan jika beliau mewanti-wanti ummatnya supaya menghormati dan bersikap tepat terhadap ahlulbait dan keturunannya. Ini bukan semata-mata kerana keagungan martabat beliau sendiri sebagai Nabi dan Rasul, melainkan kerana kemuliaan baitun-nubuwwah yang telah ditetapkan Allah s.w.t. sejak Nabi Ibrahim a.s. Itulah rahsia besar yang terselip di dalam hadits Tsaqalain dan hadits-hadits lainnya yang berkaitan dengan kedudukan ahlulbait Rasulullah s.a.w.

Hadits-hadits Nabi s.a.w. yang mengenai fadha’il (keutamaan) ahlulbait Rasulullah s.a.w.

Mufti Makkah Syeikh Muhammad Sa’id bin Muhammad Babushail Al-Hadhramiy – rahimahullah – mengetengahkan nas-nas hadits Rasulullah s.a.w. mengenai fadha’il ahlulbait dan keturunan beliau s.a.w., di dalam sebuah risalah yang ditulisnya berjudul ‘Ad-Durarun-Naqiyyah Fi Fadha’ili Dzurriyyati Kharil-Barriyyah’, dicetak di kairo pada tahun 1969 M/1389 H.

Pada bahagian pertama risalah tersebut Syeikh Muhammad Sa’id menerangkan makna ‘ahlulbait’ berdasarkan hadits-hadits shahih. Dalam hal itu ia mengatakan sebagai berikut: “…ayat Al-Qur’an yang mengenai ahlulbait” (yakni ayat 33 surah Al-Ahzab) tidak menolak pengertian tentang masuknya para isteri Rasulullah s.a.w. dalam lingkungan ahlulbait Rasulullah s.a.w., kerana kata ‘ahlul-bait’ mencakup dua pengertian, iaitu: keluarga yang tinggal serumah (baitus-sukna) dan keluarga menurut silsilah (batin-nasab). Para isteri Rasulullah s.a.w. adalah keluarga yang tinggal serumah dengan beliau s.a.w., sedangkan kaum kerabat beliau (termasuk anak cucu keturunan beliau) adalah keluarga senasab. Ayat tersebut pada dasarnya turun berkenaan dengan hak dan kewajipan para isteri Nabi. Akan tetapi dengan adanya hadits-hadits yang menunjukkan, bahawa ayat tersebut mencakup ahlulbait sukna dan ahlulbait senasab, maka pengertian mencakup semua pihak…”

Mengenai fadha’il ahlulbait Rasulullah s.a.w. Syeikh Muhammad Sa’id mengetengahkan nas-nas Al-Qur’an dan hadits seperti di bawah ini:

Katakanlah (hai Muhammad): ‘Kepada kalian aku tidak minta upah apa pun juga atas seruanku kecuali kasih-sayang dalam kekeluargaan’. Barangsiapa berbuat kebajikan baginya Kami tambahkan kebaikan pada kebajikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Membalas syukur“. [Asy-Syura: 23]

Imam Ahmad bin Hanbal, Thabraniy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Ibnu ‘Abbas r.a yang mengatakan, bahawa setelah turun ayat tersebut di atas, para sahabat bertanya:

Ya Rasulullah, siapakah kerabat anda yang wajib kita berkasih sayang kepada mereka?” Rasulullah s.a.w. menjawap: “‘Ali, Fatimah dab dua orang anak mereka berdua“.

Abu Syeikh meriwayatkan sebuah hadits dari Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a yang mengatakan bahawa:

Ayat Haa Miim turun berkenaan dengan diri kami“.

Yang dimaksud dengan ayat ‘Haa Miim’ adalah ayat tersebut di atas. Selanjutnya Imam ‘Ali r.a mengatakan:

Tidak ada yang memelihara kasih sayang kepada kami selain orang yang beriman“.

Ayat lainnya lagi yang menunjukkan fadha’il ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan membenarkan hubungan nasab mereka dengan beliau s.a.w. ialah:

Barangsiapa yang membantahmu tentang kisah Isa setelah datang ilmu kepadamu (yakni pemberitahuan yang meyakinkan dari Allah) maka katakanlah (kepada mereka): “Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kalian, diri kami dan diri kalian; kemudian marilah kita bermubahalah (berdoa kepada Allah supaya menjatuhkan laknat bagi orang-orang yang berdusta)“.

Imam Ar-Raziy mengatakan: “Tidak ada dalil yang lebih kuat daripada ayat mubahalah tersebut, mengenai fadha’il ahlul-kisa, iaitu ‘Ali, Fatimah, Al-Hasan, Al-Husein – radhiyallahu anhum. Ketika berangkat untuk bermubahalah (dengan kaum Nasrani Najran) Rasulullah s.a.w. menggendong Al-Husein r.a, menggandeng Al-Hasan r.a, sedang Fatimah r.a berjalan di belakang beliau, dan ‘Ali r.a berjalan di belakang mereka. Dengan demikian maka dapat diketahui dengan jelas, bahawa mereka itulah yang dimaksud ayat tersebut. Dalam hal itu putera-putera Fatimah r.a dan keturunannya disebut “putera-putera Rasulullah s.a.w.” dan dinyatakan benar-benar bernasab kepada beliau s.a.w.

Adapun hadits-hadits yang menerangkan fadha’il ahlulbait Rasulullah s.a.w. banyak sekali. Beberapa di antaranya adalah:

1. Hadits yang diriwayatkan oleh Thabraniy, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Allah menciptakan keturunan setiap Nabi dari tulang sulbinya sendiri, namun Allah menciptakan keturunanku dari tulang sulbi ‘Ali bin Abi Thalib“.

Abulkhair dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Al-‘Abbas, paman Nabi, bahawa pada suatu hari ‘Ali bin Abi Thalib r.a datang menghadap Rasulullah s.a.w., dan di tempat itu hadir Al-‘Abbas. Setelah Rasulullah s.a.w. menjawap ucapan salam ‘Ali bin Abi Thalib r.a beliau berdiri, kemudian merangkulnya dan mencium keningnya, lalu dipersilakan duduk di sebelah kanan beliau. Ketika itu Al-‘Abbas bertanya: ‘Ya Rasulullah, apakah anda mencintai dia’? Beliau menjawap:

Paman, demi Allah, Allah lebih mencintai dia daripada aku. Allah Azza wa Jalla menjadikan keturunan setiap Nabi dari tulang sulbinya sendiri, namun Allah menjadikan keturunanku dari tulang sulbi orang ini“.

Al-Bukhariy di dalam ‘Shahih’nya meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abu Bikrah Ats-Tsaqafiy r.a yang mengatakan sebagai berikut:

Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkata dari atas mimbar – al-Hasan di samping beliau, beliau sebentar melihat kepadanya dan sebentar melihat kepada hadirin – ‘Puteraku ini adalah sayyid. Mudah-mudahan dengan dia Allah kelak akan mendamaikan dua golongan kaum Muslimin“.

Tirmudziy mengetengahkan sebuah hadits berasal dari Usamah bin Zaid r.a yang mengatakan sebagai berikut:

Saya melihat Rasulullah s.a.w. duduk memangku al-Hasan dan al-Husein, kemudian beliau berkata: Dua orang anak ini anak-anakku dan anak-anak Fatimah. Ya Allah, aku mencintai dua anak ini, maka cintailah mereka berdua dan cintailah pula orang yang mencintai kedua-duanya“.

Dalam kitab ‘Al-Hilyah’ Abu Nu’aim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a yang menceritakan kesaksiannya, bahawa pada suatu hari di saat Rasulullah s.a.w. sedang mengimami sholat jama’ah, tiba-tiba datanglah al-Hasan r.a. Di saat Rasulullah s.a.w. sedang sujud al-Hasan yang masih kecil itu naik ke atas punggung beliau, kemudian turun dan naik lagi ke atas tengkuk beliau. Rasulullah s.a.w. mengangkat anak itu perlahan-lahan. Selesai sholat para sahabat berkata: Ya Rasulullah, anda memperlakukan anak itu tidak seperti perlakuan yang anda berikan kepada siapa pun juga. Rasulullah s.a.w. menjawap:

Anak ini raihanahku3. Anakku ini adalah sayyid, semoga dengan dia Allah akan mendamaikan dua golongan kaum Muslimin“.

Al-Hafidz As-Salafiy meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah r.a yang mengatakan, bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersama saya pergi ke tempat perniagaan Bani Qainuqa. Sekembalinya dari tempat itu beliau masuk ke masjid, kemudian menyuruh saya: “Panggilkan anakku…” Al-Hasan bin Ali segera datang lalu masuk ke dalam hijr beliau, Rasulullah s.a.w. kemudian membuka mulut al-Hasan dan berdoa di depan mulutnya:

Ya Allah, aku mencintai dia maka cintailah dia dan cintailah orang yang mencintainya – beliau mengucapkannya tiga kali“.

Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Musawwar bin Makhramah radhiyallahu ‘anhuma; bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:

Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang membuatnya marah membuatku marah dan apa yang melegakannya melegakan aku. Sesungguhnya bahawa semua nasab akan terputus pada hari kiamat, selain nasabku, sebabku dan menantuku“.

Thabraniy meriwayatkan sebuah hadits dari Siti Fatimah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:

Semua anak yang dilahirkan oleh ibunya bernasab kepada ayah mereka kecuali anak Fatimah; akulah wali mereka, akulah nasab mereka dan akulah ayah mereka“.

Al-Baihaqiy, Thabraniy dan lain-lainnya meriwayatkan, bahawa ketika Umar Ibnul-Khatthab r.a meminang puteri Imam ‘Ali r.a yang bernama Ummu Kaltsum (puteri Siti Fatimah Az-Zahra r.a), ia berkata:

Lebih lanjut Umar r.a berkata. “Aku tidak menginginkan kedudukan, tetapi saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: ‘Semua sebab dan nasab akan terputus pada hari kiamat kecuali sebabku dan nasabku. Semua anak yang dilahirkan ibunya bernasab kepada ayah mereka kecuali anak Fatimah, akulah ayah mereka dan kepadaku mereka bernasab’. Umar r.a berkata lebih lanjut: ‘Aku adalah sahabat beliau, dan dengan hidup bersama Ummu Kaltsum aku ingin memperoleh hubungan sebab dan nasab (dengan Rasulullah s.a.w.)’.

Abulkhair Al-Qazwainiy meriwayatkan sebuah hadits dari Anas bin Malik r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. ketika menikahkan ‘Ali bin Abi Thalib r.a dengan Siti Fatimah r.a berkata sebagai berikut:

Allah mempererat kerukunan kalian berdua, memenangkan pengikut kalian, memberkahi kalian dan semoga mengeluarkan keturunan yang banyak dan baik dari kalian“.

Anas mengatakan: Demi Allah, benarlah bahawa Allah mengeluarkan keturunan yang banyak dan baik dari dua orang (suami-isteri) itu.

Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Ummu Aiman r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pada malam pertama pernikahan ‘Ali dengan Fatimah radhiyallahu ‘anhuma berdoa bagi keselamatan kedua-duanya. Untuk Fatimah r.a beliau berdoa:

Ya Allah, ia (Fatimah r.a) dan keturunannya kuperlindungkan kepadaMu dari syaitan terkutuk“.

Untuk ‘Ali r.a beliau berdoa:

Ya Allah, ia (‘Ali r.a) dan keturunannya keperlindungkan kepadamu dari syaitan terkutuk“.

Kemudian kepada ‘Ali r.a beliau berkata:

Gaulilah keluargamu bismillah wal barakah“.

Al-Bazar, Abu Ya’la, Thabraniy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits dari Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:

Fatimah telah menjaga kehormatannya, kerana itu Allah mengharamkan dia dan keturunannya dari neraka“.

Al-Bukhariy dan Muslim dalam ‘Shahih’nya masing-masing meriwayatkan sebuah hadits dari Siti Fatimah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepadanya:

Apakah engkau tidak puas menjadi sayyidatu nisa’ul Mu’minin (wanita kaum Muslimin yang terkemuka)“?

Tirmudziy dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadits dari Usaman bin Zaid r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:

Keluargaku yang paling kucintai ialah Fatimah“.

Imam Ahmad bin Hanbal dan Tirmudziy meriwayatkan sebuah hadits dari Ibnuz-Zubair r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:

Fatimah adalah bahagian dari diriku, apa yang mengganggunya mengganggu diriku dan apa yang menyakitinya menyakiti diriku“.

Dalam kitab ‘Al-Ghilaniyyat’ Abubakar meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Ayuub Al-Anshariy, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

Pada hari kiamat akan terdengar suara berseru dari tengah Arsy: ‘Hai semua manusia, tundukkanlah kepala dan pejamkan mata kalian hingga Fatimah binti Muhammad lewat di atas shirath! Fatimah kemudian berjalan bersama tujuhpuluh ribu bidadari secepat kilat hingga sampai ke syurga“.

Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada ‘Ali bin Abi Thalib r.a:

Fatimah lebih kucintai daripada engkau, dan bagiku engkau lebih mulia daripada Fatimah“.

Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:

Barangsiapa mencintaiku dan mencintai kedua anak itu – yakni al-Hasan dan al-Husein radhiyallahu ‘anhum – serta mencintai ayah bonda mereka (yakni Imam ‘Ali dan Siti Fatimah radhiyallahu ‘anhuma) kemudian ia mati dalam keadaan mengikuti sunnahku ia akan masuk syurga yang sederajat dengan syurgaku“.

Imam Ahmad bin Hanbal dan Tirmudziy mengetengahkan sebuah hadits dari Abu Sa’id Al-Khudhariy r.a, yang diriwayatkan juga oleh Thabraniy dari hadits Umar, Jabir, Abu Hurairah, Amamah bin Zaid, Al-Barra bin Azib dan Ibn Adiy, berasal dari Abdullah bin Mas’ud r.a; bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Al-Hasan dan Al-Husein adalah dua orang pemuda terkemuka penghuni Syurga. – Dalam hadits Ibnu Mas’ud: Dua orang puteraku ini, Al-Hasan dan Al-Husein, adalah dua orang pemuda terkemuka penghuni Syurga, namun ayah kedua anak itu lebih mulia“.

Di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tirmudziy, An-Nasa’iy dan Ibnu Hiban, yang berasal dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a; bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Yang diperlihatkan kepada sebelum itu ialah seorang malaikat yang sebelum malam ini tidak pernah turun ke bumi. Ia mohon izin kepada Allah Azza wa Jalla untuk menyampaikan salam kepadaku dan memberi kabar gembira kepadaku, bahawa Al-Hasan dan Al-Husein adalah dua orang pemuda terkemuka penghuni syurga, dan bahawa Fatimah adalah wanita terkemuka penghuni syurga“.

Tirmudziy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abdullah bin Umar r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Al-Hasan dan Al-Husein adalah dua raihanahku di dunia“.

Abu Ya’la meriwayatkan sebuah hadits dari Salmah bin Al-Akwa r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit sedangkan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku dari perselisihan“.

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Rasulullah berkata:

Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah langit; dan apabila ahlulbait lenyap, lenyaplah penghuni bumi“.

Dalam hadits lain Rasulullah berkata:

Apabila ahlulbaitku punah, maka tibalah apa yang dijanjikan dalam ayat-ayat Al-Qur’an kepada penghuni bumi (yakni kepunahan)“.

Ibnu Adiy dan Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari ‘Ali bin Abi Thalib r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Di antara kalian yang paling mantap (tidak goyah) di atas shirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlulbaitku“.

Tirmudziy, Ibnu Majah dan Al-Hakim meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:

Aku memerangi orang yang memerangi mereka (ahlulbaitku) dan berdamai dengan orang yang berdamai dengan mereka“.

Ibnu Ma’jah meriwayatkan sebuah hadits yang berasal dari Al-‘Abbas bin Abdul Mutthalib, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Kepada ada orang-orang yang sedang bercakap-cakap kemudian jika didatangi seorang dari ahlulbait lalu memutuskan pembicaraan? Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, iman tidak akan masuk ke dalam hati seorang sebelum ia mencintai mereka (ahlulbaitku) demi kerana Allah dan kerana kerabatku“.

Menurut riwayat lain beliau berkata:

Seseorang (hamba Allah) tidak beriman kepadaku sebelum ia mencintaiku, dan ia tidak mencintaiku sebelum mencintai ahlulbaitku“.

Dalam riwayat hadits yang lain lagi beliau berkata:

Mereka tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan mereka tidak beriman sebelum mencintai kalian (ahlulbait Rasulullah s.a.w.) demi kerana Allah dan Rasul-Nya“.

Thabraniy dan Al-Baihaqiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawa dalam salah satu khutbah di atas mimbar Rasulullah s.a.w. berkata:

Kepana ada orang-orang yang menggangguku mengenai nasab dan kaum kerabatku? Bukankah orang yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia telah menggangguku dan siapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah s.w.t.?”

Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Barangsiapa mencintai Allah ia mencintai Al-Qur’an. Barangsiapa yang mencintai Al-Qur’an ia mencintai aku dan barangsiapa yang mencintai aku ia tentu mencintai para sahabatku dan kaum kerabatku“.

Al-Mala dalam kitab ‘Sirah’nya mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Tidak ada yang mencintai kami ahlulbait kecuali orang yang beriman dan bertakwa, dan tidak ada yang membenci kami kecuali orang munafik dan derhaka“.

Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits dari Ibnu Sa’id Al-Khudhariy bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Allah sangat murka terhadap orang yang menggangguku melalui ahlulbaitku (itrahku)“.

Ad-Dailamiy mengatakan, benarlah bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkata:

Barangsiapa yang ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) dan ingin mendapat kebahagiaan dengan kebajikan yang dikurniakan Allah kepadanya, hendaklah berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalanku. Barangsiapa tidak berlaku baik terhadap keluargaku sepeninggalku, ia akan dipendekkan umurnya, dan pada hari kiamat ia akan dihadapkan kepadaku dalam keadaan mukanya berwarna hitam“.

Ibnu Sa’ad mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:

Hendaklah kalian berwasiat yang baik mengenai ahlulbaitku. Kelak aku akan menggugat kalian. Barangsiapa yang kugugat bererti aku menjadi lawannya, dan orang yang menjadi lawanku ia masuk neraka. Barangsiapa yang menjaga baik-baik wasiatku mengenai ahlulbaitku, bererti ia telah membuat perjanjian dengan Allah“.

Ibnu Sa’ad juga mengetengahkan hadits lain, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Aku dan ahlulbaitku ibarat sebuah pohon di syurga yang cabang dahannya berada di dunia. Barangsiapa menghendaki dapat menjadikannya sebagai jalan kepada Tuhannya“.

Ad-Dailamiy mengetengahkan sebuah riwayat hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Doa seseorang masih tertutup hijab sebelum ia mengucapkan shalawat bagi Muhammad dan ahlulbaitnya: Ya Allah limpahkanlah shalawat kepada Muhammad, aal Muhammad dan para sahabatnya dan limpahkanlah salam sejahtera kepada mereka“.

Tirmudziy dan Al-Hakim meriwayatkan hadits dari Ibnu ‘Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Cintailah Allah yang dengan nikmat kurnia-Nya memberi makan kepada kalian, dan cintailah aku demi kerana Allah s.w.t. serta cintailah ahlulbaitku demi kecintaan kalian kepadaku“.

Al-Baihaqiy dan Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegaskan:

Seorang hamba Allah tidak beriman sebelum ia mencintai diriku lebih daripada dirinya sendiri, lebih mencintai keturunanku daripada keturunannya, lebih mencintai keluargaku daripada keluarganya dan lebih mencintai dzatku daripada dzatnya sendiri“.

Ad-Dailamiy mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kaum Muslimin:

Didiklah anak-anak kalian supaya mempunyai tiga macam sifat: Mencintai Nabi kalian, mencintai ahlulbaitnya dan gemar membaca Al-Qur’an“.

Al-Hafidz As-Salafiy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Muhammad bin Al-Hanafiyyah, bahawa ia (Muhammad bin Al-Hanafiyyah) dalam tafsirnya mengenai firman Allah dalam surah Maryam: 96, iaitu:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, Allah Yang Maha Pengasih akan – menanamkan dalam hati mereka – rasa kasih sayang“.

Mengatakan:

Seorang mu’min tidak akan mantap imannya sebelum di dalam hatinya terdapat rasa kasih-sayang kepada ‘Ali r.a dan ahlulbaitnya“.

Abu Sa’id di dalam kitab ‘Syarafun-Nubuwwah’ mengetengahkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata kepada Fatimah r.a:

Hai Fatimah, engkau marah Allah marah, dan engkau ridho (puas) Allah ridho“.

Al-allamah Ibnu Hajar dalam kitabnya, ‘Ash-Shawaiqul-Muriqah’, menerangkan sebagai berikut: Barangsiapa mengganggu salah seorang putera Fatimah, ia akan menghadapi bahaya kerana perbuatannya itu membuat marah Siti Fatimah r.a. Sebaliknya, barangsiapa mencintai putera-putera Fatimah r.a ia akan memperoleh keridhaannya. Para ulama khawash (yakni para ulama yang mempunyai keistimewaan khusus) merasa di dalam hatinya terdapat keistimewaan yang sempurna kerana kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w. dan ahlulbait serta keturunannya atas dasar pengertian, bahawa ahlulbait dan keturunan beliau s.a.w. adalah orang-orang suci. Selain itu mereka (para ulama khawash itu) juga mencintai anak-anak 10 orang yang telah dijanjikan masuk syurga, di samping itu mereka juga mencintai anak-anak para sahabat Nabi yang lain. Mereka memandang anak-anak semua sahabat Nabi sebagaimana mereka memandang para orang tua mereka.

Ibnu Hajar lebih jauh mengatakan: Orang harus menahan diri sampai mengecam mereka (ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w.). Jika ada seorang di antara mereka yang berbuat fasik berupa bid’ah atau lainnya, yang harus dikecam hanyalah perbuatannya, bukan dzatnya, kerana dzatnya itu merupakan bahagian dari Rasulullah s.a.w., sekalipun antara dzat beliau dan dzat orang itu terdapat perantara (wasa’ith).

Ad-Dailamiy meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Barangsiapa ingin bertawassul (berwasilah) padaku dan ingin memperoleh syafaatku pada hari kiamat, hendaklah ia menyambung hubungan (yakni memelihara kasih-sayang) dengan ahlulbaitku dan berbuat yang menyenangkan mereka“.

Ibnu Asakir meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Imam ‘Ali r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Barangsiapa yang menanam budi baik bagi ahlulbaitku, pada hari kiamat kelak ia akan kubalas“.

Dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. berkata:

Pada hari kiamat aku akan menjadi penolong (syafi’) bagi empat golongan orang, iaitu: Orang yang menghormati keturunanku, orang yang memenuhi kebutuhan mereka, orang yang berusaha membantu urusan mereka pada saat mereka membutuhkan bantuannya, dan orang yang mencintai mereka dengan hatinya“.

Al-Bazar dan Thabraniy meriwayatkan sebuah hadits panjang dari Al-Hasan bin ‘Ali radhiyallahu ‘anhuma, yang antara lain mengatakan:

Aku termasuk ahlul-bait yang Allah mewajibkan setiap Muslim supaya berkasih-sayang dengan mereka. Mengenai merekalah Allah telah menurunkan ayat Al-Qur’an: “Katakanlah (hai Muhammad): ‘Aku tidak minta upah apa pun atas seruanku kecuali kasih-sayang kepada keluargaku’. Dan siapa yang berbuat kebaikan akan Kami tambahkan kebaikan baginya“. [Asy-Syura: 51]

Berbuat kebaikan dalam ayat tersebut bermakna kasih-sayang kepada ahlul-bait.

Hadits lainnya yang semakna dan diketengahkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dari Ibnu ‘Abbas r.a yang menafsirkan kata ‘kebaikan’ dalam ayat tersebut di atas dengan ‘kasihsayang kepada aal Muhammad s.a.w.”

Demikian sejumlah hadits tentang fadha’il ahlulbait Rasulullah s.a.w., yang diketengahkan oleh Mufti Makkah, Syeikh Muhammad Sa’id bin Muhammad Babushail Al-Hadhramiy, dalam risalahnya yang berjudul ‘Ad-Durarun-Naqiyyah Fi Fadha’ili Dzurriyyati Khairil-Barriyyah’.

Kiranya akan lebih lengkaplah jika kami tambahkan beberapa riwayat mengenai sikap hormat para sahabat Nabi kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. sebagai pencerminan nyata tentang betapa kesetiaan mereka dalam menjaga dan melaksanakan wasiat Rasulullah s.a.w. mengenai ahlulbaitnya.

Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a pernah berkata kepada Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a sebagai berikut: “Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, sungguhlah bahawa kerabat Rasulullah s.a.w. lebih kucintai daripada kerabatku sendiri”.

Umar Ibnul-Khatthab r.a pernah berkata kepada ‘Abbas bin Abdul Mutthalib, paman Nabi s.a.w., dengan bersumpah, bahawa andaikata ayah Umar sendiri memeluk Islam maka bagi Umar Islamnya ‘Abbas r.a lebih disukai olehnya, kerana Rasulullah s.a.w., lebih menyukai Islamnya ‘Abbas r.a.

Pada suatu hari Zainul Abidin bin Al-Husein bin ‘Ali bin Thalib radhiyallahu anhum datang ke rumah Ibnu ‘Abbas r.a, ia disambut dengan ucapan: ‘Marhaban bil-habib ibnil-habib’ (‘Selamat datang saudara tercinta putera saudara tercinta’).

Pada suatu hari Zaid bin Tsabit r.a melawat seorang sahabat yang wafat. Sesuai menunaikan sholat jenazah datang seorang membawa seekor keldai untuk ditungganginya. Oleh Zaid r.a keldai itu diserahkan kepada Ibnu ‘Abbas r.a yang berada di dekatnya seraya berkata: “Hai putera paman Rasulullah, biarlah anda saja yang mengendarai keldai ini!” Ibnu ‘Abbas r.a menyahut: ‘Memang demikianlah Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita supaya menghormati para ulama”. Sambil mencium tangan Ibnu ‘Abbas r.a, Zaid bin Tsabit r.a berkata: “Memang demikianlah Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita supaya menghormati ahlulbait beliau s.a.w.”

Umar bin Abdul Aziz r.a (Khalifah Bani Umayyah satu-satunya yang terkenal saleh dan zuhud) berkata kepada buyut Rasulullah s.a.w. yang bernama Abdullah bin Al-Hasan Al-Mutsanna bin Al-Hasan bin ‘Ali radhiyallahu anhum: “Bila anda membutuhkan sesuatu tulis sajalah surat kepadaku, kerana aku malu kepada Allah yang melihat anda berdiri di depan pintu kediamanku”.

Ketika Umar bin Abdul Aziz masih menjabat sebagai penguasa kota Madinah, buyut perempuan Rasulullah s.a.w. yang bernama Fatimah binti ‘Ali Zainul Abidin bin Al-Husein bin ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhum datang kepadanya. Semua orang yang berada di dalam rumah disuruh keluar oleh Umar bin Abdul Aziz, kemudian ia berkata kepada Fatimah r.a: “Di muka bumi ini tidak ada keluarga yang lebih kucintai daripada kalian, dan kalian lebih kucintai daripada keluargaku sendiri”.

Abu Bakar bin Ayyasy berkata: “Seumpama Abu Bakar, Umar dan ‘Ali radhiyallahu anhum; tiga-tiganya itu datang bersama kepadaku untuk suatu kebutuhan, tentu aku mendahulukan ‘Ali daripada dua orang sahabatnya itu, kerana hubungan kekerabatan ‘Ali dengan Rasulullah s.a.w. Daripada aku mendahulukan Abu Bakar dan Umar, rasanya aku lebih baik dijatuhkan dari langit ke bumi!”

Apabila Ibnu ‘Abbas r.a menanyakan suatu hadits kepada seorang sahabat Nabi, ia selalu datang ke rumahnya. Pada suatu hari seorang sahabat Nabi yang didatanginya berkata: “Semestinya anda menyuruh orang saja memanggil saya, dan saya pasti datang kepada anda”! Ibnu ‘Abbas menjawap: “Akulah yang harus datang kepada anda”!

Imam Ahmad bin Hanbal pernah disesali beberapa orang kerana mengadakan hubungan dekat dengan seorang penganut mazhab Syi’ah. Terhadap reaksi mereka itu ia berkata: “Subhanallah, ia seorang yang sangat mencintai ahlulbait Rasulullah s.a.w., dan ia seorang perawi yang dapat dipercayai”! Apabila Imam Ahmad melihat ada seorang terkemuka datang ke rumahnya, lebih-lebih jika yang datang itu orang Quraisy, ia segera keluar menjemputnya, mempersilakan masuk, dan ia sendiri berjalan di belakangnya.

Imam Abu Hanifah sangat besar kecintaannya kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w., menghormati mereka dan sering membantu kesukaran mereka, baik yang sedang dikejar-kejar oleh kekuasaan Bani Umayyah mahupun yang tidak. Pada suatu saat ia memberi bantuan kewangan kepada keluarga ahlulbait yang sedang dikejar-kejar dengan wang sebesar 12 000 dirham. Bahkan ia mendorong sahabat-sahabatnya supaya membantu kesulitan para anggota keluarga ahlulbait Rasulullah s.a.w.

Demikian juga Imam Malik r.a, ia seorang yang sangat mencintai dan menghormati keluarga ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ketika itu ia dipukuli hingga pengsan oleh penguasa Madinah yang bernama Ja’far bin Sulaiman Al-‘Abbasiy (dari keluarga ‘Abbas). Setelah sedarkan diri kembali ia berucap: “Saya bersaksi bahawa orang yang memukulku tidak salah”! Ketika ada orang bertanya apa sebabnya, Imam Malik menjawap: “Saya takut dan malu kalau saya mati dan bertemu dengan Rasulullah s.a.w. ada seorang dari kerabat beliau (Yakni Ja’far bin Sulaiman) masuk neraka kerana diriku”! Beberapa waktu kemudian ketika Khalifah Al-Manshur (dari dinasti Bani ‘Abbas) datang ke Madinah dan berniat hendak mengambil tindakan terhadap Ja’far bin Sulaiman, ia menyerahkan sebuah cambuk kepada Imam Malik dan menyuruhnya supaya membalas perbuatan Ja’far. Saat itu Imam Malik menjawap: “Ma’adzallah, demi Allah, saya tidak akan memukulnya dengan cambuk ini, saya telah menyatakan dia tidak bersalah kerana ia kerabat Rasulullah s.a.w.”!

Imam Syafi’iy r.a lebih besar lagi kecintaannya kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ketika ia dituduh oleh kaum Khawarij sebagai pengikut kaum Rawafidh dan kaum Nawashib (kerana kecintaan dan penghormatannya kepada ahlulbait dan Abu Bakar Ash-Shiddiq dan Umar Ibnul-Khatthab radhiyallahu anhum); dalam beberapa bait sya’irnya ia menjawap tegas:

“Kalau aku dituduh oleh orang-orang bodoh sebagai penganut kaum rawafidh kerana aku memuliakan ‘Ali r.a…kalau aku dituduh sebagai penganut kaum nawashib kerana aku memuliakan Abu Bakar r.a, biarlah aku selamanya menjadi orang rawafidh dan nawashib kedua-duanya, kerana aku memang memuliakan ‘Ali dan Abu Bakar radhiyallahu ‘anhuma, kendatipun aku akan dibenamkan dalam gundukan pasir”… “Kalau kerana mencintai aal Muhammad aku dituduh penganut kaum Rawafidh, biarlah Tsaqalain (Kitabullah dan ahlulbait Rasulullah s.a.w.) menjadi saksi bahawa aku ini seorang rawafidh”!

Demikianlah beberapa contoh mengenai kesetiaan para sahabat Nabi dan para Imam empat mazhab kepada wasiat Rasulullah s.a.w. yang mewanti-wanti ummatnya supaya menghormati dan memuliakan ahlulbait beliau s.a.w.

Dalil-dalil atau hujjah-hujjah, baik yang berupa Hadits-Hadits, ayat-ayat Al-Qur’an mahupun contoh-contoh yang telah diberikan oleh para sahabat Nabi dan para Imam – sebagaimana yang kami kemukakan terdahulu – kiranya cukup meyakinkan bagi setiap Muslim yang mendambakan keridhaan Allah dan Rasul-Nya. Setiap Mu’min, apa mazhab dan aliran yang dianutnya, tentu menyedari bahawa hakikat ajaran agama Islam ialah iman kepada Allah dan Rasul-Nya, taat kepada kedua-duanya dan patuh melaksanakan semua perintahnya.

Berbicara tentang ‘keridhaan Allah dan Rasul-Nya’, tidak bererti lain kecuali, bahawa keridhaan yang terpokok adalah keridhaan Allah, sedang keridhaan Rasulullah s.a.w. adalah kesinambungan dari keridhaan Allah s.w.t. Tiap perbuatan yang diridhai Allah pasti diridhai oleh Rasul-Nya, dan tiap perbuatan yang dimurkai Allah pasti dimurkai pula oleh Rasul-Nya. Demikian juga sebaliknya Allah s.w.t. ridha terhadap apa yang diridhai oleh Rasul-Nya, dan murka terhadap apa yang dimurkai oleh Rasul-Nya, dalam hal ridha dan murka, antara Allah dan Rasul-Nya tidak terdapat pemisahan. Tidak mungkin seorang beriman taat melaksanakan perintah Allah tanpa melaksanakan perintah Rasul-Nya, dan tidak pula mungkin pula orang taat melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w. tanpa mentaati perintah Allah s.w.t. Hal itu banyak ditegaskan dalam Al-Qur’anul-Karim, antara lain firman Allah s.w.t.:

Barangsiapa taat kepada Rasul bererti taat kepada Allah…” [An-Nisa: 80]

“…Dan Allah beserta Rasul-Nya itulah yang lebih berhak didambakan keridhaan-Nya…” [At-Taubah: 62]

Hendaklah kalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya…” [An-Nisa: 136]

Masih banyak lagi ayat Al-Qur’an yang semakna dengan ayat-ayat tersebut di atas. Jadi, sekalipun yang terpokok adalah iman kepada Allah s.w.t., namun iman kepada Rasul-Nya sama sekali tidak terpisahkan dari iman kepada Allah. Atas dasar pengertian yang benar itu, maka soal menjaga kehormatan dan memelihara hak-hak ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. – sebagaimana yang beliau wasiatkan dalam hadits Tsaqalain dan lain-lainnya – merupakan kewajipan ummat Islam dalam rangka melaksanakan ketaatan kepada Rasulullah s.a.w.

Memandang ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. sebagai orang-orang mulia sama sekali tidak mengurangi makna firman Allah s.w.t. dalam Al-Qur’an:

Kalian Kami jadikan berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kalian saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian ialah yang paling besar takwanya“. [Al-Hujurat: 13]

dan tidak pula mengurangi makna sabda Rasulullah s.a.w. yang menegaskan:

Tiada kelebihan bagi orang Arab atas orang bukan Arab (‘Ajam) dan tiada kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab kecuali kerana takwa

Ayat 13 surah Al-Hurujat dan hadits Nabi yang kami kemukakan di atas itu tidak bertentangan dengan ayat 33 surah Al-Ahzab yang menegaskan:

Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan rijsa (kotoran) dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya“.

Kemuliaan yang diperoleh seorang beriman dari kebesaran takwanya kepada Allah dan Rasul-Nya adalah kemuliaan yang bersifat umum, yakni dapat diperoleh setiap orang beriman dengan jalan takwa. Lain halnya dengan kemuliaan ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. Mereka memperoleh kemuliaan berdasarkan kesucian yang dilimpahkan Allah kepada mereka sebagai keluarga dan keturunan Rasulullah s.a.w. Jadi, kemuliaan yang ada pada mereka bersifat khusus, tidak mungkin dapat diperoleh orang lain yang bukan ahlulbait dan bukan keturunan Rasulullah s.a.w. Akan tetapi itu tidak bererti bahawa mereka tidak diharuskan bertakwa kepada Allah dan Rasul-Nya. Dengan memperbesarkan ketakwaan kepada Allah dan Rasul-Nya mereka memperoleh kemuliaan khusus dan kemuliaan umum, sedangkan orang-orang selain mereka dengan ketakwaan kepada Allah dan Rasul-Nya hanya memperoleh kemuliaan umum. Itulah yang membezakan martabat kemuliaan ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. dari martabat kemuliaan orang-orang selain mereka. Ketinggian martabat yang diberikan Allah kepada mereka merupakan penghargaan Allah s.w.t. kepada Rasul-Nya, junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w.

Mengenai kemuliaan para sahabat Nabi, Allah s.w.t. telah menyatakan pujian dan penghargaanNya atas kesetiaan dan ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan atas keikhlasan mereka dalam perjuangan menegakkan kebenaran Allah di muka bumi. Dalam Al-Qur’anul-Karim Allah telah berfirman:

Kalian adalah ummat terbaik yang dilahirkan bagi ummat manusia. Kalian menyuruh manusia berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran.” [Aali Imran: 110]

Dan demikian pula kalian telah Kami jadikan ummat yang adil – wasathan – agar kalian menjadi saksi atas perbuatan manusia“. [Al-Baqarah: 143]

“…Pada hari Allah tidak merendahkan Nabi dan kaum mu’minin yang menyertainya, cahaya mereka memancar di hadapan dan sebelah kanan mereka…” [At-Tahrim: 8]

Sesungguhnyalah, bahawa Allah telah ridha kepada orang-orang beriman ketika mereka menyatakan janji setia kepadamu di bawah sebatang pohon – Bai’atur-Ridhwan“. [Al-Fath: 18]

“…Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama memeluk Islam di kalangan kaum Muhajirin dan Ansar serta semua orang yang mengikuti mereka dengan baik. Kepada mereka itu Allah telah ridha dan mereka pun ridha kepada Allah…” [At-Taubah: 100]

Hai Nabi, cukuplah bagimu Allah dan orang-orang beriman yang mengikutimu – yang akan membelamu“. [Al-Anfal: 64]

“…Juga bagi orang-orang fakir yang berhijrah, yang diusir dari kampung halaman dan dari harta bendanya – hanya kerana mereka itu – mencari kurnia dari Allah dan mendambakan keridhaan-Nya, dan (kerana) mereka itu membela Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang shadiq (benar-benar beriman). Dan orang-orang yang bertempat tinggal tetap (yakni penghuni kota Madinah) dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (kaum Muhajirin), mereka itu mencintai orang-orang yang datang (dari Makkah) berhijrah kepada mereka. Dalam hati mereka tidak menginginkan apa pun juga dari mereka (yang datang berhijrah), dan mereka mengutamakan orang-orang yang berhijrah lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada di dalam kesusahan. Barangsiapa dirinya terpelihara dari kekikiran, maka orang-orang yang demikian itulah yang beruntung. Dan orang-orang yang datang sesudah mereka berdoa kepada Allah: “Ya Allah, Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu daripada kami. Janganlah Engkau biarkan ada kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang telah beriman. Ya Allah Tuhan kami, sungguhlah Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang“. [Al-Hasyr: 8-10]

Muhammad Rasulullah, dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap kaum kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Engkau saksikan mereka itu berruku’ dan bersujud mencari kurnia Allah dan mendambakan keridhaan-Nya. Tanda bekas sujud tampak pada wajah mereka. Demikianlah sifat-sifat mereka – yang termaktub – di dalam Taurat, dan sifat-sifat mereka – yang termaktub – di dalam Injil. Ibarat tanaman bertunas yang membuat tanaman itu kuat, besar dan tegak lurus di atas pokoknya. Tanaman itu memuaskan hati orang-orang yang menanamnya, dan Allah hendak membuat hati orang-orang kafir merasa dengki. Allah menjanjikan kepada orang-orang di antara mereka yang beriman dan berbuat kebajikan dengan ampunan dan pahala yang amat besar“. [Al-Fath: 29]

“…Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya, iaitu mereka yang bersikap lemah-lembut terhadap sesama orang beriman dan bersikap keras terhadap kaum kafir, orang-orang yang berjuang di jalan Allah dan tidak takut disesali orang. Itulah kurnia Allah yang dilimpahkan kepada siapa saja menurut kehendak-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui“. [Al-Maidah: 54]

Demikian itulah kemuliaan para sahabat Nabi, mereka memperoleh penilaian tinggi langsung dari Allah s.w.t. Tak ada alasan apa pun untuk meragukan kesetiaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Ayat-ayat Al-Qur’anul-Karim yang kami kemukakan di atas menunjukkan betapa mulianya para sahabat Rasulullah s.a.w.

Sebagai sesama manusia, para ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w. adalah sama dengan para sahabat Nabi dan keturunannya. Mereka bisa saja berbuat suatu kekeliruan atau terkena dosa, kerana bukan orang-orang ma’sum (terpelihara dari kemungkinan berbuat kekeliruan). Orang-orang yang ma’sum hanyalah para Nabi dan Rasul, sebagai pembawa syari’at Ilahi dan hukum-hukum-Nya untuk disampaikan kepada ummat manusia. Betapa pun tingginya martabat, keutamaan (fadha’il) dan ketakwaan mereka, sebagai manusia mereka tetap menghadapi kemungkinan berbuat kekeliruan. Namun secara khusus bagi ahlulbait dan keturunan Rasulullah s.a.w., atas berkah dan kepemurahan Allah s.w.t. mereka itu memperoleh ampunan atas segala kekeliruan dan kesalahan yang mungkin diperbuat, dan Allah memelihara mereka dari cacat cela yang dapat merendahkan kadudukan mereka.

Jelaslah, kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. Allah berfirman: “Allah hendak menghapuskan kotoran (rijsa) dari kalian dan mensucikan kalian sesuci-sucinya”; sedangkan mengenai para sahabat Nabi, Allah berfirman: “…Allah telah ridha kepada orang-orang beriman ketika mereka menyatakan janji setia kepadamu di bawah sebatang pohon” (Bai’atur-Ridhwan).

Dilihat dari sudut akal, bisa saja terjadi suatu perbuatan tidak menyenangkan ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang dilakukan oleh seorang atau beberapa sahabat Nabi, dan sebaliknya. Hal itu bukan merupakan kejadian aneh, kerana setiap manusia dapat saja berbuat kekeliruan dan kesalahan, apalagi mereka itu bukan orang-orang ma’sum.

Kita, seluruh kaum Muslimin, wajib mencintai dua golongan tersebut agar kita – insya Allah – dapat memperoleh kebajikan di dunia dan akhirat. Kita wajib memandang mereka semua dengan sikap yang adil, mengingat jasa-jasa yang telah mereka berikan kepada agama Islam dan kepada ummat Islam. Pandangan kita terhadap mereka semua harus bertitik-tolak pada keinginan memperoleh keridhaan Allah dan Rasul-Nya. Kita harus menjauhkan dari hati dan fikiran kita kecenderungan nafsu berpihak kepada yang satu dan mengecam yang lain. Orang yang berfikir sihat tentu tidak akan membiarkan dirinya dicekam oleh fikiran dan perasaan yang tidak selaras dengan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah.

Beberapa Hadits Nabi tentang keutamaan Imam ‘Ali r.a.

Dalam kitab ‘Dala ‘ilush-Shidq’, Jilid II halaman 320 terdapat sebuah hadits yang diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi, bahawasanya Rasulullah s.a.w. memberitahu mereka sebagai berikut:

Kepada saudaraku, ‘Ali, Allah telah melimpahkan fadhilah tak terhitung banyaknya. Barangsiapa yang mengakui dan membicarakan salah satu dari fadhilahnya, Allah mengampuni dosanya yang telah lalu dan yang akan datang; barangsiapa menulis tentang salah satu dari fadhilahnya, para malaikat akan selalu memohonkan ampunan baginya selama tulisan itu masih ada; barangsiapa mendengarkan salah satu fadhilahnya, Allah mengampuni dosa yang disebabkan oleh telinganya; dan barangsiapa melihat buku tentang fadhilahnya, Allah mengampuni dosa yang disebabkan oleh matanya“.

Dalam kitab-kitab ‘Tarikh Baghdad’ Jilid IX halaman 397, ‘Kanzul-Ummal’ Jilid VI halaman 408, ‘Ar-Riyadhun-Nadhrah’ Jilid II halaman 210; dan ‘Mustadrakus-Shahihain’ Jilid III halaman 139 terdapat sebuah riwayat hadits yang berasal dari Imam ‘Ali r.a, bahawa pada suatu hari Imam ‘Ali r.a menyertai Rasulullah s.a.w. berjalan melewati sebuah kebun. Imam ‘Ali berkata: “Ya Rasulullah, alangkah indahnya kebun itu”! Rasulullah s.a.w. menjawap: “Di syurga engkau akan mendapat kebun lebih baik dari itu“! Rasulullah bersama Imam ‘Ali r.a berjalan terus melewati kebun demi kebun, dan tiap melewati sebuah kebun Imam ‘Ali selalu mengulangi perkataannya, kemudian dijawap pula oleh Rasulullah s.a.w. dengan ucapan yang sama. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. menarik tangan Imam ‘Ali r.a sambil menitiskan air mata. Imam ‘Ali r.a bertanya: “Ya Rasulullah, apakah yang membuat anda menangis”? Rasulullah s.a.w. menjawap: “Ada sementara orang yang menyimpan dendam kesumat dalam dadanya, dan mereka tidak akan memperlihatkannya kepadamu sebelum aku wafat“! Imam ‘Ali bertanya: “Apakah kerana aku menyelamatkan agamaku”? Beliau s.a.w. menjawap: “Ya, kerana engkau menyelamatkan agamamu“!

Dalam kitab ‘Ar-Riyadhun-Nadhrah’ At-Thabariy meriwayatkan sebuah hadits berasal dari Abu Sa’id, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam ‘Ali r.a sebagai berikut.

Engkau telah memperoleh tiga perkara yang tidak diperoleh orang lain, termasuk aku sendiri. Engkau memperoleh seorang mertua lelaki seperti aku ini, sedangkan aku tidak memperoleh mertua lelaki seperti aku. Engkau memperoleh seorang isteri shiddiqah puteriku itu, sedangkan aku tidak memperoleh isteri seperti dia. Engkau memperoleh Al-Hasan dan Al-Husein dari tulang sulbimu sendiri, sedangkan dari tulang sulbiku aku tidak memperoleh putera-putera seperti mereka berdua. Akan tetapi kalian semua adalah dari aku dan aku adalah seperti kalian.”

Hadits semakna dengan itu diriwayatkan oleh sumber lain dalam kitab “Manaqib Aal Thalib” dengan nas yang lebih lengkap, sebagai berikut:

Hai ‘Ali, engkau mempunyai beberapa perkara yang aku sendiri satu pun tidak mempunyainya: Engkau mempunyai isteri seperti Fatimah, sedangkan aku tidak mempunyai isteri seperti dia. Engkau mempunyai dua orang putera dari tulang sulbimu sendiri, sedangkan aku tidak mempunyai putera seperti mereka berdua dari tulang sulbiku. Engkau mempunyai mertua perempuan seperti Khadijah, sedangkan aku tidak mempunyai mertua perempuan seperti dia. Engkau mempunyai ayah mertua seperti aku ini, sedangkan aku tidak mempunyai ayah mertua seperti aku. Engkau mempunyai saudara seperti Ja’far, sedangkan aku tidak mempunyai saudara kandung seperti dia. Engkau mempunyai ibu seperti Fatimah binti Asad Al-Hasyimiyyah, seorang wanita yang turut hijrah, sedangkan aku tidak mempunyai ibu seperti dia“.

Dalam kitab ‘Ahlul-Bait’ halaman 124, Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan sebuah hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyatakan:

Manusia diciptakan dari berbagai jenis pohon (yakni unsur), sedang aku dan ‘Ali bin Abi Thalib diciptakan dari satu jenis pohon (unsur). Apakah yang hendak kalian katakan tentang sebatang pohon yang aku sendiri merupakan pangkalnya, Fatimah dahannya, ‘Ali getahnya, al-Hasan dan al-Husein buahnya, dan para pencinta kami adalah dedaunnya! Barangsiapa yang bergelantung pada salah satu dahannya ia akan dihantar ke dalam syurga, dan barangsiapa yang meninggalkannya ia akan terjerumus ke dalam neraka“.

Dalam kitab ‘Al-Imamul-Muhajir’ terdapat sebuah riwayat sebagai berikut:

Pada suatu hari datanglah seorang wanita menghadiahkan dua ekor panggang burung dan dua potong roti kepada Rasulullah s.a.w. Melihat hidangan selazat itu Rasulullah s.a.w. berdoa. “Ya Allah, datangkanlah kepadaku seorang yang kucintai dan yang paling mencintaiMu”. Ternyata yang datang adalah ‘Ali bin Abi Thalib r.a.

Ketika Rasulullah s.a.w. mempersaudarakan beberapa orang sahabat dengan beberapa orang sahabat lainnya, beliau s.a.w. tidak mempersaudarakan Imam ‘Ali bin Abi Thalib dengan siapa pun juga. Dengan hati iba Imam ‘Ali r.a. berkata: “Ya Rasulullah, anda telah mempersaudarakan sahabat yang satu dengan sahabat yang lain, tetapi anda tidak mempersaudarakan diriku dengan siapa pun juga”! Dengan ringkas dan tegas Rasulullah s.a.w. menjawap:

Engkau saudaraku di dunia dan akhirat“!

Hadits tersebut diriwayatkan oleh para perawi yang jumlahnya lebih dari 200 orang. Banyak ahli hadits yang mengetengahkan, seperti: Tirmudziy, Ibnul Majah, Al-Hakim, At-Thabariy, An-Nasa’iy, Ahmad bin Hanbal, Ibnu Sa’ad, Ibnu Katsir dan lain-lain.

Sebuah hadits masyhur dan mutawatir diriwayatkan oleh banyak sahabat Nabi, diantara lain Umar Ibnul-Khatthab r.a, bahawa pada waktu menghadapi perang Tabuk Rasulullah s.a.w. berangkat untuk memimpin sendiri pasukan Muslimin menghadapi bala tentera Rumawi. Imam ‘Ali r.a ditinggal di Madinah untuk mewakili beliau s.a.w. dalam mengurus kepentingan kaum Muslimin. Ketika Rasulullah s.a.w. siap hendak berangkat Imam ‘Ali r.a. bertanya: “Ya Rasulullah, apakah aku tinggal bersama kaum wanita dan anak-anak?” Rasulullah s.a.w. menjawap: “Apakah engkau tidak puas mempunyai kedudukan di sisiku sama dengan kedudukan Harun di sisi Musa? Tetapi tidak ada Nabi lagi sesudahku“.

At-Thabariy, Al-Baladzuriy, At-Tirmudziy, Al-Waqidiy dan para ulama Hadits lainnya banyak yang meriwayatkan Hadits sebagai berikut: Rasulullah s.a.w. mengutus Abu Bakar r.a. berangkat ke Makkah untuk memimpin jama’ah haji, disertai tugas menyampaikan sepersepuluh pertama dari Surah Al-Bara’ah (At-Taubah) yang berkaitan dengan perintah Allah tentang larangan bagi kaum musyrikin mendekati Al-Masjidul-Haram mulai tahun itu. Setelah Abu Bakar berangkat Rasulullah s.a.w. mengutus Imam ‘Ali r.a. berangkat menyusul Abu Bakar r.a. untuk mengambilalih tugas menyampikan bagian pertama Surah Al-Bara’ah tersebut kepada kaum Muslimin. Sepulangnya dari Makkah Abu Bakar r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa sebabnya. Rasulullah s.a.w. menjawap: “Sesungguhnya tidak ada orang yang mustahaq menyampaikan perintah Allah s.w.t. selain aku, atau orang dari ahlulbaitku”.

At-Thabariy dalam kitabnya yang berjudul ‘Dzakha’irul-‘Uqba’ halaman 30 cetakan tahun 1356 H. mengetengahkan sebuah riwayat, bahawa Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. pernah meminang Sitti Fatimah Az-Zahra r.a. Oleh Rasulullah s.a.w. dijawap: “Allah belum menurunkan takdir-Nya“. Demikian pula jawapan Rasulullah s.a.w. kepada Umar Ibnul-Khatthab r.a. ketika ia meminang Fatimah r.a. semata-mata kerana ingin mempunyai hubungan kekerabatan dengan Rasulullah s.a.w. Menurut Al-Waqidiy dalam kitabnya yang berjudul ‘Thabaqat’ Jilid II, ketika Imam ‘Ali r.a. meminang puteri bungsu Rasulullah s.a.w. itu beliau menjawap:

Ahlan wa sahlan, Jibril memberitahukan hal itu, bahawa Allah telah menikahkan engkau dengan Fatimah“.

‘Abdulbirr dalam kitabnya yang berjudul “Al-Isti’ab” mengetengahkan sebuah Hadits yang berasal dari Imam ‘Ali r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Siti Fatimah r.a.:

Suamimu adalah orang yang terkemuka di dunia dan akhirat, ia sahabatku yang pertama memeluk Islam, yang paling banyak ilmunya dan paling besar kesabarannya“.

Beliau s.a.w. juga pernah berkata:

Banyak tokoh-tokoh Qureisy yang menyesali diriku mengenai soal Fatimah. Mereka mengatakan: Kami telah meminangnya kepada anda, tetapi anda tidak memperkenankan, akhirnya ia anda nikahkan dengan ‘Ali! Aku menjawap: Bukannya aku tidak memperkenankan kalian dan menikahkannya dengan ‘Ali, melainkan Allah-lah yang tidak memperkenankan dan menikahkannya dengan ‘Ali“.

Imam Ahmad bin Hanbal di dalam “Musnad”-nya mengetengahkan sebuah riwayat Hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam ‘Ali r.a.:

Engkau ya’sub (ratu lebah)-nya agama, sedangkan harta adalah ya’subnya orang-orang dzalim“.

Yang dimaksud dengan “ya’sub” dalam hal itu ialah “pemuka” atau “pemimpin”. Hadits yang semakna dengan itu diriwayatkan juga oleh Abu Nu’aim Al-Hafidz di dalam kitabnya, ‘Hulyatul-Auliya’: “Engkau ya’subnya kaum Mu’minin dan pemimpinnya orang-orang terkemuka”.

Dalam kitab ‘Al-Fadha’ilul-Khamsah’ III halaman 16-17, dan dalam kitab ‘Kanzul-‘Ummal’ VI halaman 393, terdapat sebuah riwayat Hadits berasal dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang mendengar sendiri Umar Ibnul-Khatthab r.a. pernah berkata kepada beberapa orang yang datang kepadanya: “Cukuplah sudah kalian menyebut-nyebut ‘Ali bin Abi Thalib, sebab aku mendengar sendiri Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa ‘Ali bin Abi Thalib mempunyai banyak sifat mulia. Seumpama ada satu saja dari sifat-sifat mulia itu yang dimiliki oleh keluarga Al-Khatthab, itu akan lebih kusukai daripada semua makhluk yang hidup di bawah sinar matahari. Aku, Abu Bakar, Abu ‘Ubaidah dan beberapa orang sahabat Nabi lainnya pernah datang ke rumah Ummu Salamah. Setibanya di sana kulihat ‘Ali sedang berdiri di depan pintu. Kukatakan kepadanya, bahwa kami ingin bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Ia menyahut: Sebentar lagi beliau akan keluar. Tak lama kemudian Rasulullah s.a.w. keluar, dan kami berdiri. Beliau kemudian bertopang pada ‘Ali bin Abi Thalib, menepuk-nepuk bahunya seraya berkata:

“…Engkaulah orang pertama yang beriman, orang Mu’min yang paling banyak mengetahui hari-hari Allah – yakni hari-hari turunnya nikmat atau cubaan – paling setia menepati janji, paling adil dalam membahagikan barang jarahan, paling sayang kepada rakyat dan paling besar penderitaannya“.

Masih banyak lagi Hadits-Hadits Rasulullah s.a.w. mengenai keutamaan (fadha’il) Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a., yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi dan diketengahkan oleh para ulama ahli Hadits.

Mungkin ada orang bertanya: Mengapa di antara empat orang Khalifah Rasyidun hanya ‘Ali bin Abi Thalib r.a. saja yang bergelar “Imam”.

Selama kurun waktu tertentu zaman kelahiran Islam dan pertumbuhannya memang ditandai oleh cirri khusus tertentu. Yaitu, sepeninggal Rasulullah s.a.w. ummat Islam dipimpin oleh empat orang Khalifah yang tersohor kelurusan, kebijaksanaan dan kesetiaan mereka kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Di antara empat orang Khalifah itu, terdapat seorang yang mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah Islam, ia adalah Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a.

Banyak hal yang memberikan keistimewaan kepadanya. Antara lain ialah bahawa sebahagian ummat Islam di dunia ini mengidentifikasikan diri sebagai pengikut Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Mereka itu dikenal dengan nama “Kaum Syi’ah”. Kecuali itu, ‘Ali bin Abi Thalib karamallahu wajhahu lebih masyur di sebut dengan gelaran “Imam” daripada disebut dengan gelaran “Khalifah”, sejak zaman dahulu hingga zaman sekarang. Sedangkan tiga orang Khalifah Rasyidun yang lain, yaitu Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a., Umar Ibnul-Khatthab r.a. dan Utsman bin Affan r.a., tidak seorang pun dari mereka itu yang disebut orang sebagai Imam. Sudah pasti hal itu disebabkan oleh adanya berbagai keistimewaan yang melatarbelakangi kehidupan Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a., sehingga ia mempunyai identitas tersendiri dalam sejarah kehidupan ummat Islam.

Gelar “Imam” adalah khusus bagi Imam ‘Ali r.a. di samping gelaran-gelaran lainnya, seperti “Khalifah” dan “Amirul-Mu’minin” yang lazim dipergunakan orang pada masa itu untuk menyebut seorang pemangku jabatan sebagai pemimpin tertinggi dan kepala Negara Islam.

Dalam kitab “Ahlul-Bait” pada halaman 205 hingga 207 dapat kita jumpai keterangan sebagai berikut:

“Para ahli ilmu kalam memberikan definasi (ta’rif) atau batasan makna tentang kata “imamah” (keimanan). “Imamah” adalah kepimpinan umum mengenai segala urusan keagamaan dan keduniaan yang berada di tangan seseorang. Berdasarkan definasi tersebut maka yang dimaksud “Imam” ialah seorang pemimpin umum atau seorang ketua yang ditaati dan memiliki kekuasaan menyeluruh atas semua kaum Muslimin mengenai segala urusan mereka, baik di bidang keagamaan mahupun di bidang keduniaan. Imamah merupakan keharusan bagi kaum Muslimin pada masa itu, dan dalam keadaan bagaimana pun juga tak dapat diabaikan. Dengan adanya imamah, semua yang tidak lurus dalam tata-kehidupan keagamaan mahupun keduniaan dapat diluruskan. Dengan Imamah pula keadilan yang dikehendaki Allah dalam kehidupan manusia dapat dilaksanakan.

Sebab pokok yang mendorong perlunya diadakan imamah ialah: Menjamin terlaksananya perintah dan larangan agama, menjaga keselamatan dan kemurnian agama dari anasir-anasir yang hendak mengurangi atau menambah-nambah ketentuan agama, memelihara nilai-nilai sosial dan moral dalam kehidupan masyarakat, melaksanakan ketentuan-ketentuan hukum agama, memberi pengayoman dan menjamin kesentosaan ummat dan Negara Islam, menjamin terlaksananya keadilan bagi semua orang berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w., memimpin ummat dalam perjuangan menegakkan kebenaran Allah dengan jalan meratakan penyebarluasan agama-Nya kepada seluruh ummat manusia di muka bumi, dan lain sebagainya.

Untuk dapat menjadi Imam orang harus memiliki syarat-syarat, antara lain: Ia harus mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, khususnya ilmu-ilmu keagamaan, mempunyai rasa keadilan yang tinggi, berani kerana benar, dan di atas segala-galanya ia harus mempunyai keperibadian yang kuat dan bersih. Dengan keperibadian yang demikian itu orang akan sanggup menjauhkan diri dari perbuatan dosa dan maksiat, baik yang mungkin dilakukan dengan sengaja atau tidak. Dengan keperibadian yang kuat orang akan dapat menjadi benteng dan pengawal agama Islam, dan tidak mudah digoyahkan oleh berbagai macam rongrongan keduniaan. Ringkasnya adalah, bahawa imamah harus berada di tangan orang yang hidup mendambakan keridhoan Allah semata-mata.

Sehubungan dengan persoalan itu Imam ‘Ali r.a. sendiri menegaskan: “Barangsiapa ingin menjadi Imam yang bertugas memimpin masyarakat, ia harus mampu mengajar dirinya sendiri lebih dulu sebelum mengajar orang lain. Ia harus sanggup mendidik dirinya sendiri lebih berhak dihormati daripada orang yang hanya pandai mengajar dan mendidik orang lain”.

Imam ‘Ali r.a. berani berkata setegas itu di depan rakyatnya kerana ia tidak hanya dapat berbicara, tetapi dapat membuktikan semua ucapannya dalam perbuatan nyata.

Memang benar, bahawa di antara empat orang Khalifah Rasyidun hanya Khalifah ‘Ali bin Abi Thalib r.a. sajalah yang menyandang gelar “Imam”. Gelaran itu tidak diberikan oleh ummat Islam kepada Khalifah yang lain. Mengenai soal itu seorang penulis kenamaan berkebangsaan Mesir dan hidup dalam zaman moden, Mahmud ‘Abbas Al-Aqqad mengatakan sebagai berikut:

“Tiga orang Khalifah Rasyidun selain Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a., tidak ada seorang pun dari mereka itu yang membawa bendera imamah menghadapi tentangan kekuasaan duniawi yang muncul di kalangan ummat Islam; tidak ada yang menghadapi adanya dua pasukan bersenjata yang saling berhadap-hadapan di dalan lingkungan ummat Islam sendiri; dan tidak ada yang menjadi lambang imamah menghadapi masalah-masalah rumit dan berbagai masalah yang menimbulkan syak dan keragu-raguan”.

“Jadi, dalam keadaan tidak terdapat persoalan-persoalan seperti itu, tiga orang Khalifah sebelum Imam ‘Ali r.a. dapat juga disebut “Imam”, tetapi berbeza sekali dengan gelaran “Imam” yang ada pada Imam ‘Ali r.a. Ia adalah seorang Imam yang menghadapi berbagai kejadian dan peristiwa yang banyak menimbulkan kebingungan dan keraguan fikiran di kalangan ummat Islam. Kerana itulah ummat Islam secara khusus memberikan gelaran “Imam” kepadanya. Demikian luasnya gelaran itu dikenal orang pada zamannya. Demikian popularnya gelaran “Imam” bagi Khalifah ‘Ali bin Abi Thalib r.a. sehingga anak-anak pun mengenali Imam ‘Ali r.a. melalui sanjungan-sanjungan yang dinyanyikan orang di jalan-jalan. Tanpa disebut nama “Ali bin Abi Thalib”, kata “Imam” itu sendiri sudah bererti “Imam ‘Ali bin Abi Thalib”.

Al-Aqqad masih menambahkan: “Kekhususan imamah yang ada pada Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a. ialah, bahawa ia seorang Imam yang tidak sama dengan Imam-Imam lainnya. Sebab, Imam ‘Ali r.a. mempunyai kaitan langsung dengan mazhab-mazhab yang terdapat di kalangan kaum Muslimin sejak masa pertumbuhan Islam hingga sekarang. Jadi, pada hakikatnya Imam ‘Ali r.a. adalah orang yang mendirikan berbagai mazhab, atau dapat disebut juga sebagai poros di sekitar mana golongan-golongan mazhab itu berputar. Hampir tak ada satu golongan mazhab pun yang tidak berguru kepada Imam ‘Ali r.a., dan hampir tak ada satu golongan mazhab pun yang tidak memandang Imam ‘Ali r.a. sebagai pusat pembahasan ilmu”. Demikianlah antara lain yang dikatakan oleh Mahmud ‘Abbas Al-Aqqad dalam bukunya yang berjudul “Abqariyyatu ‘Ali bin Abi Thalib”.

Sebagai tambahan atas keterangan tentang syarat-syarat yang dimiliki oleh seorang Imam, dapatlah kami katakana bahawa Imam ‘Ali adalah seorang yang benar-benar memiliki semua syarat. Keistimewaannya yang paling menonjol dan tidak dipunyai orang lain ialah kedalaman ilmunya. Ibnu ‘Abbas r.a., seorang ulama puncak yang terkenal luas ilmunya hingga ummat Islam menjulukinya dengan gelaran “Habrul-Ummah” (Orang yang paling alim dan saleh di kalangan ummat) dan “Tarjumanul-Qur’an” (Terjemahan Al-Qur’an), mengatakan dengan jujur: “Dibanding dengan ‘Ali bin Abi Thalib ilmuku hanya ibarat setetes air ditengah samudra”. Itu bukan sekadar basa-basi, melainkan kenyataan sebenarnya, kerana Ibnu ‘Abbas r.a. adalah murid Imam ‘Ali r.a.

Khalifah Umar Ibnul-Khatthab r.a. pernah berkata terus terang kepada Imam ‘Ali r.a.: “Hai Abul-Hasan (nama panggilan Imam ‘Ali r.a.), mudah-mudahan Allah tidak membiarkan aku terus hidup di bumi ini tanpa engkau”! Itu pun bukan sekadar sanjungan, kerana menurut kenyataan, dalam menghadapi berbagai persoalan yang sukar dan rumit, Khalifah Umar selalu minta bantuan fikiran Imam ‘Ali r.a.

Abu ‘Ubaidah bin Al-Jarrah berkata: “Sya’ir yang diucapkan oleh ‘Ali bin Abi Thalib hanya terdiri dari sembilan kalimat, tetapi tidak memberi kemungkinan bagi orang lain untuk menyamai kalimat-kalimatnya. Tiga kalimat mengenai munajat (doa taqarrub kepada Allah s.w.t.), tiga kalimat mengenai ilmu dan tiga kalimat yang lain mengenai adab. Yang mengenai munajat ialah ucapannya yang mengatakan: ‘Aku merasa cukup mulia dengan bertuhan kepada-Mu, ya Allah! Aku merasa bangga menjadi hamba-Mu, ya Allah! Bagiku Engkau adalah sebagaimana kucintai, kerananya limpahkanlah taufiq kepadaku sebagaimana Engkau kehendaki!” Ucapan yang mengenai ilmu adalah: “Nilai seseorang tersembunyi di bawah lidahnya, kerana itu bicaralah! Dengan berbicara engkau akan dikenal orang, dan orang tidak rugi dengan mengenal dirinya sendiri!” Sedang yang mengenai adab ialah ucapannya yang mengatakan: “Tanamlah budi baik kepada siapa saja yang kau sukai, engkau pasti dapat memerintahnya! Jika engkau membutuhkan pertolongan orang lain, engkau akan menjadi sederajat dengan dia! Butuh kepada orang lain bererti engkau menjadi budaknya!”

Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam “Shahih”-nya masing-masing meriwayatkan, bahawa ketika terjadi perang “Khaibar” melawan kaum Yahudi, Rasulullah s.a.w. memberitahu pasukan Muslimin:

Besok pagi panji peperangan pasti akan kuserahkan kepada seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan Allah beserta Rasul-Nya pun mencintainya; kepada Allah akan mengurniakan kemenangan“.

Keesokannya harinya setelah semua pasukan siap ke medan tempur Rasulullah s.a.w. bertanya: Manakah ‘Ali bin Abi Thalib?” Para sahabat menjawap: “Ia mengeluh matanya sakit”. Setelah Imam ‘Ali r.a. datang, Rasulullah s.a.w. mengusap mata Imam ‘Ali dengan ludah beliau sambil didoakan supaya segera sembuh, setelah itu beliau menyerahkan panji peperangan kepadanya. Menanggapi kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. itu Umar Ibnul-Khatthab r.a. berkata: “Aku tidak pernah kepingin menjadi pemimpin kecuali pada hari itu”!

Ketika Rasulullah s.a.w. menugaskan Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. memimpin jama’ah haji ke Makkah, beliau mengutus Imam ‘Ali r.a. menyusul untuk menyampaikan beberapa ayat awal Surah Al-Bara’ah. Kepada para sahabat beliau berkata:

Tidak ada orang yang berangkat untuk menunaikan tugas itu kecuali seorang dari aku dan aku pun dari dia“.

Kemudian kepada beberapa orang putera pamannya, beliau bertanya:

Siapakah di antara kalian yang akan meneruskan kepimpinanku di dunia dan akhirat?”

Semuanya diam kecuali Imam ‘Ali r.a. yang menyahut: “Aku, ya Rasulullah”! Menanggapi jawapan Imam ‘Ali r.a. itu Rasulullah s.a.w. menegaskan:

Dialah penerus kepemimpinanku di dunia dan akhirat“.

‘Imran bin Hashin r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada para sahabatnya:

Apakah yang kalian inginkan dari ‘Ali? Sesungguhnya ‘Ali adalah dari aku dan aku dari ‘Ali. Sepeninggalku ia adalah pemimpin setiap orang mukmin“.

Imam Al-Hafidz bin Hajar di dalam kitab “Al-Ishabah” mengutip sebuah riwayat Hadits dari “Musnad” Ibnu Hanbal yang berasal dari Hadits Imam ‘Ali r.a., bahawa pada suatu hari para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, sepeninggal anda siapakah yang boleh kita angkat sebagai pemimpin?”

Rasulullah s.a.w. menjawap:

Jika kalian mengangkat Abu Bakar sebagai pemimpin kalian, kalian akan menyaksikan bahawa ia adalah seorang yang terpercaya, hidup zuhud di dunia dan mendambakan kehidupan akhirat. Jika kalian mengangkat Umar sebagai pemimpin kalian, kalian akan menyaksikan ia adalah seorang kuat, terpercaya dan dalam membela kebenaran Allah tidak takut dibenci orang lain. Jika kalian mengangkat ‘Ali sebagai pemimpin kalian – aku melihat kalian tidak akan melakukannya – kalian akan menyaksikan ia adalah seorang penuntun yang mendapat hidayat dan akan membimbing kalian ke jalan yang lurus“.

Ibnu ‘Abbas r.a. meriwayatkan, bahawa pada suatu malam Imam ‘Ali r.a. berkata kepadanya: “Hai Ibnu ‘Abbas, bila engkau selesai menunaikan sholat “Isya, datanglah kepadaku di jabbanah (tanah tinggi) itu”. “Selesai sholat aku datang ke sana, ketika itu malam terang bulan”, demikian Ibnu ‘Abbas r.a. meneruskan: “…ia bertanya kepadaku: Apakah tafsir huruf ‘alif’ di dalam kata ‘alhamdu’? Kujawap: “aku tidak tahu”. Satu jam lamanya ‘Ali bin Abi Thalib menerangkan makna huruf ‘alif’ itu. Kemudian ia bertanya lagi: Apakah ertinya huruf ‘lam’ dalam kata ‘Alhamdu’? Kujawap: “Aku tidak tahu”. Satu jam penuh ia menerangkan makna huruf ‘lam’… Demikianlah ia menanyakan kepadaku hingga huruf terakhir kata “alhamdu” yang semuanya kujawap “tidak tahu”. Masing-masing huruf diterangkan olehnya selama satu jam penuh hingga fajar menyinsing. Setelah itu ia berkata: “Hai Ibnu ‘Abbas, ayuh kita pergi ke rumahmu, dan siaplah engkau menunaikan kewajipanmu”.

“Apa yang dikatakan olehnya tidak dapat kulupakan, sehingga aku berfikir: Kalau begitu, ilmuku mengenai Al-Qur’an dibanding dengan ilmunya ‘Ali ibarat setitis air dibanding samudera! Benarlah bahawa ilmu Rasulullah s.a.w. dari ilmu Allah, ilmu ‘Ali dari ilmu Rasulullah, ilmuku dari ilmu ‘Ali. Semua ilmu yang ada padaku dan para sahabat Nabi jika dibanding dengan ilmu yang ada pada ‘Ali adalah ibarat setitis air dibanding dengan tujuh lautan” (Dari kitab ‘Asy-Syaraful-Muabbad li Aal Muhammad’).

Sekembalinya dari Hijjatul-Wada, Rasulullah s.a.w. bersama seluruh rombongan besar yang dipimpinnya berhenti di sebuah tempat bernama Ghadir Khum. Beliau minta supaya semua rombongan mencari tempat berteduh di bawah pepohonan. Kemudian dalam khutbahnya beliau bersabda:

Seakan-akan aku sudah dipanggil dan aku akan memenuhi panggilan itu. Kepada kalian telah kutinggal dua bekal, yang satu lebih besar daripada yang lain: Kitabullah dan keturunanku. Maka perhantikanlah dua hal itu dalam kalian meneruskan kepemimpinanku. Kedua-duanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaku di haudh“.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menegaskan:

Allah ‘Azza wa Jalla adalah Maula-ku (pemimpinku) dan aku adalah maula setiap orang Mu’min“.

Kemudian Rasulullah s.a.w. menarik tangan Imam ‘Ali r.a. seraya berucap:

Barangsiapa yang aku ini menjadi maulanya maka orang ini – yakni ‘Ali r.a. – adalah walinya. Ya Allah pimpinlah orang yang menjadikan dia pemimpinnya dan musuhilah orang memusuhinya“.

Thabraniy dalam kitabnya ‘Al-Kabir’ dan Ar-Rafi’iy dalam ‘Musnad’-nya dengan isnad Ibnu ‘Abbas r.a. mengetengahkan sebuah Hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah menegaskan:

Barangsiapa senang hidup seperti hidupku dan mati seperti matiku, lalu ia ingin menjadi perghuni syurga ‘Adn yang ditanam oleh Tuhanku, hendaknya ia mengangkat ‘Ali sebagai pemimpin sepeninggalku, dan orang itupun hendaknya mengikuti pimpinan orang yang diangkat oleh ‘Ali sebagai pemimpin, dan supaya berteladan kepada ahlulbaitku sepeninggalku. Sebab mereka itu adalah keturunanku dan diciptakan dari darah dagingku serta dikurniai pengertian dan ilmuku. Celakalah orang dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui mereka. Allah tidak akan menurunkan syafaatku kepada orang-orang seperti ini“.

Masih banyak lagi Hadits-Hadits Nabi s.a.w. yang menerangkan keutamaan Imam ‘Ali r.a. sebagai anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w. Salah satu di antaranya yang kami anggap perlu diketahui ialah riwayat Hadits tentang mubahalah (permohonan kepada Allah s.w.t. supaya menurunkan kutukannya kepada pihak yang berdusta), suatu peristiwa yang terjadi beberapa waktu setelah Allah s.w.t. menurunkan firman-Nya yang terkenal dengan ‘ayat mubahalah’, sebagai berikut:

Barangsiapa membantahmu tentang dia (Nabi Isa a.s.) setelah engkau menerima pengetahuan yang meyakinkan, maka katakanlah kepada orang itu: “Marilah kita panggil (Kumpulkan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, lalu marilah kita pohon kepada Allah supaya menjatuhkan kutukan-Nya kepada orang-orang yang berdusta“. (S. Aali-‘Imran: 61).

Ayat mubahalah itu turun pada tahun ke-10 hijrah berkenaan dengan adanya tentangan dan pendustaan dari beberapa orang utusan kaum Nasrani dari daerah Najran yang datang menghadap Rasulullah s.a.w.

Para ahli tafsir dan ahli Hadits mengatakan, bahawa ayat 61 Surah Aali Imran tersebut turun kepada Rasulullah s.a.w. tertuju kepada ahlulbait beliau. Mereka menafsirkan, bahawa yang dimaksudkan dengan “anak-anak kami” ialah Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma: yang dimaksud dengan “wanita-wanita kami” adalah Siti Fatimah r.a.; dan yang dimaksud dengan “diri-diri kami” ialah Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a.

Penulis kitab ‘Majma’ul-Bayan’ dan lain-lain mengatakan, adalah tidak lazim orang memanggil dirinya sendiri. Jadi, kalau kalimat “diri-diri kami” hendak diertikan orang selain Rasulullah s.a.w. maka yang terkena isyarat kalimat tersebut pasti Imam ‘Ali r.a. Sebab, tidak ada orang lain diajak oleh Rasulullah s.a.w. untuk bermubahalah dengan kaum Nasrani Najran kecuali Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a., isterinya (Siti Fatimah r.a.) dan kedua orang puteranya (Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallah ‘anhuma). Yang dimaksud “diri-diri kami” bisa Rasulullah s.a.w. sendiri dan bisa pula beliau bersama Imam ‘Ali r.a. Demikian juga penafsiran yang diketengahkan oleh Al-Waqidiy, Asy-Syi’biy, Jabir dan lain-lain.

Peristiwa mubahalah itu ringkasnya sebagai berikut: Pada suatu hari datanglah beberapa orang Nasrani menghadap Rasulullah s.a.w. untuk mempersoalkan agama Islam, dengan maksud hendak menyanggah kebenaran berita-berita Al-Qur’an mengenai Nabi Isa a.s. Pembicaraan itu tidak menghasilkan persetujuan apa pun juga selain kesepakatan untuk secara bersama-sama mohon kepada pihak yang berdusta. Untuk keperluan itu kedua belah pihak menetapkan tempat dan waktu atas dasar persetujuan bersama. Ketika waktu yang telah ditentukan itu tiba, Rasulullah s.a.w. keluar mengajak orang-orang terdekat yang dipandang paling mulia dan terhormat. Mereka itu terdiri dari Imam ‘Ali r.a., Siti Fatimah r.a. dan kedua orang cucu beliau, yaitu Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallah ‘anhuma. Rasulullah s.a.w. berjalan mengendong Al-Husein r.a. yang ketika itu masih kanak-kanak sambil menggandeng Al-Hasan r.a. yang sudah agak besar. Di belakang beliau berjalan Siti Fatimah r.a. dengan kain kerudung, sedangkan Imam ‘Ali r.a. berjalan di belakangnya.

Dalam waktu yang bersamaan keluar pula dua orang wakil kaum Nasrani Najran mengajak anak-anak mereka yang semuanya berpakaian dan memakai perhiasan serba indah. Mereka diikuti oleh beberapa orang prajurit berkuda dari Bani Al-Harits. Segala sesuatunya telah disiapkan demikian rapih. Sekarang kedua belah pihak telah bertemu di sebuah tempat dengan disaksikan orang ramai yang hatinya berdebar-debar menunggu peristiwa penting apa yang bakal terjadi.

Setelah masing-masing pihak siap, dua orang wakil kaum Nasrani Najran mendekati Rasulullah s.a.w. Dengan air muka kebingungan dan gelisah mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Hai Abul-Qasim, siapakah orang-orang yang anda ajak bermubahalah itu?” Beliau s.a.w. menjawap: “Dalam bermubahalah dengan kalian sekarang ini aku mengajak orang-orang yang terbaik dimuka bumi dan termulia di sisi Allah“! Sambil mengucapkan jawapan itu beliau menunjuk kepada Imam ‘Ali r.a., Siti Fatimah r.a., Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallah ‘anhuma.

Sambil merasa keheran-heranan dua orang wakil kaum Nasrani Najran itu bertanya lagi: “Apa sebab anda tidak mengajak serta orang-orang besar, gagah dan tampan dari kalangan pengikut anda”? Rasulullah s.a.w. menyahut: “Ya, dalam bermubahalah dengan kalian sekarang ini kami telah mengajak mereka, penghuni bumi yang terbaik dan makhluk Allah yang paling utama”!

Orang-orang Nasrani itu terpukau, hati mereka menjadi kecut dan cemas, kemudian mereka pergi menghadap pemimpin mereka, seorang Uskup. Uskup yang bernama Abu Haritsah itu dengan perasaan terpengaruh oleh kewibawaan Rasulullah s.a.w. sekeluarga, menjawap: “Aku telah menyaksikan sendiri wajah mereka (yakni Rasulullah s.a.w. dan keluarganya). Seumpama di antara mereka itu ada yang mohon kepada Allah supaya gunung-gunung itu dipindahkan dari tempatnya, Allah pasti akan memindahkannya…!

Setelah berhenti sejenak Uskup itu melanjutkan perkataannya: “…Tidakkah kalian melihat Muhammad mengangkat tangan ke atas ketika ia menjawap pertanyaan kalian? Benarlah apa yang telah dikatakan oleh Almasih “jika orang itu mengeluarkan perkataan dari mulutnya kita tidak akan dapat kembali lagi bertemu dengan keluarga dan harta benda kita”! Setelah mengucapkan kata-kata itu Abu Haritsah tiba-tiba berkata lagi dengan suara keras: “Hai, apakah kalian tidak melihat matahari itu sudah berubah warna? Bukankah di ufuk sana sudah penuh dengan gumpalan awan tebal? Angin hitam dan merah sudah mulai bertiup kencang, dan gunung-gunung itu telah mengepulkan asap tinggi menjulang langit! Lihatlah burung-burung sudah beterbangan pulang ke sarangnya masing-masing di atas pepohonan! Lihatlah dedaunan gugur berjatuhan dan tanah di bawah telapak kaki kita sudah mulai goncang”!

Maha Besar Allah s.w.t.! Orang-orang Nasrani itu benar-benar tenggelam di bawah pengaruh keagungan wajah-wajah suci, dan akhirnya mereka mempercayai kemuliaan Rasulullah s.a.w. di sisi Tuhannya. Mereka terpesona menundukkan kepala di depan Muhammad Rasulullah s.a.w. Saat itu beliau berkata: “Seksa Allah akan jatuh menimpa orang-orang Nasrani itu. Kalau bukan kerana pengampunan Allah, mereka pasti akan dijelmakan sebagai kera dan babi. Bagi mereka lembah pun akan berubah menjadi api. Allah akan memusnahkan daerah Najran bersama penduduknya, termasuk burung-burung di atas pepohonan dan semua yang ada pada mereka“!

Dalam risalah kami yang berjudul “Asyura” telah kami katakan, bahwa dimilikinya fadha’il (keutamaan, kelebihan dan keistimewaan) oleh para ahlulbait Rasulullah s.a.w. tidak mengurangi keutamaan para sahabat Nabi yang bukan dari kalangan ahlul-bait, terutama mereka yang telah menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah dan Rasul-Nya dan telah mengorbankan jiwa-raga dan harta benda demi kejayaan Islam dan kaum Muslimin.

Sekalipun demikian, terdapat perbezaan pokok antara fadha’il yang dimiliki oleh para ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan fadha’il yang ada pada para sahabat Nabi yang bukan berasal dari ahlulbait. Memang benar, bahawa mereka itu semuanya sama-sama bertakwa, taat dan setia kepada Allah dan Rasul-Nya. Persamaan fadha’il itu disebabkan oleh amal kebajikannya masing-masing. Akan tetapi ada fadha’il yang tidak mungkin dimiliki oleh para sahabat Nabi dari luar kalangan ahlulbait. Sebab para anggota ahlulbait secara kondrati dan menurut fitrahnya telah mempunyai fadha’il kerana hubungan darah dan keturunan dengan manusia pilihan Allah, yaitu junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w. Hubungan biologis itu merupakan kenyataan yang tidak dapat disangkal dan tidak mungkin dapat diimbangi oleh orang lain. Lebih-lebih lagi setelah turunnya firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ahzab ayat 33 dan wasiat Rasulullah s.a.w. yang berupa Hadits Tsaqalain. Kecuali itu beliau s.a.w. sendiri telah menegaskan:

Hai manusia, bahawasanya keutamaan, kemuliaan, kedudukan dan kepemimpinan ada pada Rasulullah dan keturunannya. Janganlah kalian diseret oleh kebatilan” (Ash-Shawa’iqul Muhriqah: 105).

Beliau s.a.w. juga menekankan betapa pentingnya kaum Muslimin mencintai ahlulbait beliau sebagai konsekwensi pengakuan kaum Muslimin atas kemuliaan martabat mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak pada hari kiamat sebelum ia ditanya tentang: Untuk apa umurnya dihabiskan, untuk apa jasadnya dibinasakan, dan untuk apa hartanya dibelanjakan, dari mana diperoleh serta bagaimana kecintaannya kepada ahlulbait“. (Hadits Ibnu ‘Abbas r.a., dikeluarkan oleh Thabraniy, As-Sayuthiy dan An-Nabhaniy dalam kitabnya ‘Arba’unal-Arba’in’.)

Walaupun para ahlulbait Rasulullah s.a.w. menurut dzatnya telah mempunyai fadha’il, namun Rasulullah s.a.w. tetap memberi dorongan kepada mereka supaya memperbesar ketakwaan kepada Allah s.w.t. Jangan sampai mereka mengandalkan begitu saja hubungannya masing-masing dengan beliau. Kerana hubungan suci dan hubungan yang mulia, itu saja, tanpa disertai amal saleh tidak akan membawa mereka kepada martabat yang setinggi-tingginya di sisi Allah, juga tidak akan membuat mereka sebagai orang-orang terkemuka di kalangan ummat yang bertakwa kepada Allah dan Rasul-Nya. Sebab Allah s.w.t. telah berfirman:

Sesungguhnya di antara kalian yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang besar takwanya“. (S. Al-Hujurat: 13).

Kami katakan, dengan fadha’il dzatiyah dan amaliyah para ahlulbait Rasulullah s.a.w. memiliki keutamaan ganda, yaitu keutamaan yang tidak dimiliki orang lain. Keutamaan ganda itulah yang secara tepat dan benar mendudukkan mereka sebagai para pemimpin di tengah-tengah kehidupan kaum Muslimin. Bukan sebagai pemimpin yang mulia saja, melainkan juga pemimpin yang suci, kerana mereka telah disucikan dzatnya oleh Allah s.w.t. sebagaimana termaktub dalam Al-Qur’anul-Karim (S. Al-Ahzab: 33). Fadha’il tinggi dan istimewa yang dilimpahkan Allah kepada mereka itu merupakan penghargaan yang tiada taranya kepada seorang Nabi dan Rasul yang dicintai Allah Azza wa Jalla, yaitu junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w.

Mengenai fadha’il yang ada pada sahabat Nabi, mereka memperolehnya dari amal shaleh, ketakwaan dan kesetiaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Tentang hal itu Allah telah menyatakan pujian-Nya, antara lain:

Sebagai ummat terbaik di kalangan manusia“. (S. Aali Imran: 110).

Sebagai ummat yang adil“. (S. Al-Baqarah:143)

Sebagai orang-orang beriman yang memperoleh pancaran cahaya Ilahi“. (S. At-Tahrim: 8).

Sebagai orang-orang yang telah mengikrarkan janji setia kepada Allah dan Rasul-Nya“. (S. Al-Fath: 18).

Sebagai orang-orang yang terdahulu memeluk Islam dan telah memperoleh keridhoan Allah“. (S. A-Taubah: 100).

Sebagai pembela-pembela Rasulullah s.a.w.” (S. Al-Anfal: 64).

Sebagai orang-orang muhajirin dan anshar yang saling bantu dan setiakawan dalam membela seerta menegakkan kebenaran Allah dan Rasul-Nya“. (S. Al-Hasyr: 8-10).

Sebagai orang-orang yang beriman dan tekun beribadah serta gemar beramal saleh“. (S. Al-Fath: 29)… dan lain-lain.

Kendatipun para ahlulbait Rasulullah s.a.w. itu memiliki fadha’il ganda (dzatiyah dan amaliyah), tidak bererti mereka tidak mempunyai kemungkinan berbuat keliru atau salah, sebab kemungkinan seperti itu adalah termasuk sifat-sifat manusiawi. Mereka bukan manusia-manusia ma’shum seperti para Nabi dan para Rasul yang diutus Allah membawakan syari’at-Nya kepada ummat manusia. Namun demikian, Allah s.w.t. dengan kasih sayang dan kepemurahan-Nya berkenan melimpahkan ampunan atas kekeliruan dan kesalahan mereka serta memelihara mereka dari cacad cela. Jadi kalau terjadi perbuatan keliru atau salah yang dilakukan oleh pada sahabat Nabi terhadap para ahlulbait, atau sebaliknya, hal itu tidak mengherankan kerana mereka itu semuanya adalah manusia-manusia bukan ma’shum, dan sebagai manusia mereka pun tidak terlepas dari sifat-sifat kemanusiawiannya masing-masing.

Kita segenap kaum Muslimin, tidak pandang perbezaan aliran atau mazhabnya masing-masing wajib mencintai mereka sesuai dengan tingkat martabatnya masing-masing. Kita wajib bersikap adil terhadap mereka semuanya, mengingat jasa-jasa mereka terhadap agama, pengorbanan yang telah mereka sumbangkan kepada kaum Muslimin, ketaatan mereka kepada Rabbul alamin dan kesetiaan mereka kepada Sayyidul-Mursalin. Sikap yang kita ambil itu harus bertolak dari niat untuk memperoleh keridhoan Allah semata-mata. Tidak ada alasan sama sekali menuduh orang yang mencintai ahlulbait Rasulullah s.a.w. sebagai “pengikut Syi’ah”, baik yang ekstrim seperti kaum Rawafidh atau lainnya. Dalam hal itu tepat sekali jawapan Imam Syafi’iy r.a. terhadap tuduhan semacam itu. Dalam sebuah bait sya’irnya ia dengan tegas berkata:

Kalau mencintai aal (ahlulbait) Muhammad dituduh sebagai orang Rafidhiy – yakni kaum Syi’ah Rawafidh – maka biarlah manusia dan jin menjadi saksi bahawa saya ini Rafidhiy“.

Imam Syafi’iy r.a. bukan hanya mencintai ahlulbait saja, bahkan ia menekankan keharusan mencintai mereka dan memandangkan sebagai hal yang wajib. Dalam sya’irnya yang lain lagi ia mengatakan:

Wahai keluarga (ahlulbait) Rasulullah, dalam Al-Qur’an Allah menetapkan bahawa kecintaan kami kepada kalian adalah wajib. Cukuplah kemuliaan bagi kalian, hingga gugurlah shalat orang yang tidak mengucap shalawat bagi kalian“.

Dalam sya’irnya yang lain lagi ia mengatakan:

Ahlulbait Rasulullah adalah pengayomanku, merekalah wasilahku kepada Allah. Kuharap kelak dapat keserahkan shahifahku dengan tangan kananku“.

Zamakhsyariy dalam kitab ‘Al-Kasysyaf’ mengetengahkan sebuah Hadits panjang, yang kemudian dikutip oleh Al-Fakhrur-Raziy di dalam ‘Al-Kabir’, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia mati syahid. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia mati dalam keadaan taubatnya diterima Allah. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia mati sebagai mu’min yang sempurna imannya. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia akan diberi khabar gembira masuk syurga oleh malaikat maut kemudia oleh Munkar dan Nakir. Barangsiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia akan diiring ke dalam syurga seperti pengantin wanita diarah ke rumah suaminya. Barangsiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, dalam kuburnya akan dibukakan dua pintu ke syurga. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai aal Muhammad, ia mati di dalam Sunnah Waljama’ah. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan membenci aal Muhammad, pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dalam keadaan antara kedua matanya bertuliskan: “Orang yang putus asa dari rahmat Allah”. Barangsiapa yang meninggal dunia dalam keadaan membenci aal Muhammad, ia mati kafir. Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan membenci aal Muhammad, ia tidak akan mencium bau syurga“. (‘Syaraful-Muabbad li Aal Muhammad: 152).

Zir bin Hubaisy meriwayatkan sebuah riwayat Hadits, bahawa ia mendengar sendiri Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a. berkata:

Demi Allah yang merekahkan biji dan membersihkan manusia dari dosa, bahawa An-Nabiyyul-Ummiyyu – yakni Rasulullah s.a.w. – telah menegaskan kepadaku: Yang mencintai diriku adalah orang beriman dan tidak ada yang membenciku kecuali orang munafik“. (Ibnu Taimiyyah: ‘Fadhlu Ahlil-Bait Wa Huququhum’: 80).

Imam ‘Ali r.a. meriwayatkan sebuah Hadits Rasulullah s.a.w., bahawa beliau s.a.w. pernah menerangkan kepadanya:

Setiap Nabi diberi tujuh orang mulia sebagai teman atau pendamping; kepadaku diberikan empat belas orang… Kami bertanya: siapakah mereka itu? ‘Ali bin Abi Thalib menjawap: Aku, kedua orang anakku, Ja’far, Hamzah, Abu Bakar, Umar, Mash’ab bin Umair, Bilal, Salman, Ammar, Al-Miqdad, Hudzaifah dan Abdullah bin Mas’ud“. (‘Ahlul-Bait Wa Huququhum’: 86).

‘Abdurrahman bin Abu Laila meriwayatkan sebuah Hadits, bahawa ayahnya (Abu Laila) sering bergadang malam bersama Imam ‘Ali r.a. Di musim panas Imam ‘Ali sering memakai baju musim dingin dan di musim dingin ia sering memakai baju panas. Ketika ditanya oleh Abu Laila Imam ‘Ali menjawap:

Ketika terjadi perang Khaibar Rasulullah s.a.w. mengangkat saya sebagai pemegang panji – yakni sebagai panglima. Saat itu saya sedang sakit mata. Saya katakan kepada beliau: Ya Rasulullah, saya sedang sakit mata. Beliau lalu mengusap mataku dengan ludah seraya berdoa: Ya Allah, hindarkanlah dia dari panas dan dingin… Sejak itu saya tidak pernah lagi merasa kepanasan dan kedinginan… Rasulullah s.a.w. ketika itu berkata: ‘Kuangkat seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya“. (‘ahlulbait Wa Huququhum’ : 89).

Habsyiy bin Janadah mengatakan, bahawa ia mendengar sendiri Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

‘Ali dari aku dan aku dari dia, tidak ada orang lain yang menunaikan tugas mewakili aku kecuali ‘Ali” (‘Ahlulbait Wa Huququhum”: 89).

Buraidah Al-Aslami mengatakan: Ketika aku bersama ‘Ali berperang di Yaman, kulihat ia bersikap keras. Sepulangnya dari Yaman aku menghadap Rasulullah s.a.w. memberitahukan soal ‘Ali itu kepada beliau. Kulihat wajah beliau berubah, kemudian berkata:

Hai Buraidah, bukankah bagi kaum Mu’minin aku ini kebih utama daripada diri mereka? Aku (Buraidah) menjawap: Benar, ya Rasulullah. Beliau lalu berkata lagi: Barangsiapa aku menjadi pemimpinnya maka ‘Ali pun menjadi pemimpinnya“.

Sebuah Hadits dari Ibnu ‘Abbas r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. menyerahkan panji perang Badr kepada Imam ‘Ali r.a. yang ketika itu masih seorang pemuda berumur duapuluh tahun.

Imam ‘Ali r.a. dengan tegas dan jujur pernah berkata:

Aku adalah hamba Allah dan saudara Rasul-Nya dan aku pun orang yang paling terpercaya (oleh beliau). Orang selainku yang mengaku seperti itu adalah dusta. Aku telah menunaikan shalat tujuh tahun sebelum orang lain, yaitu sebelum ada seorang pun dari ummat ini yang bersembah sujud kepada Allah“.

Ibnu ‘Abbas r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. diangkat sebagai Nabi pada hari Isnin. Keesokan harinya, hari Selasa, Imam ‘Ali r.a. memeluk Islam.

Sa’ad bin Abi Waqqash berkata kepada seorang yang masih meragukan keutamaan Imam ‘Ali r.a.:

Rasulullah s.a.w. minta kepada pamannya, ‘Abbas, supaya pindah tempat dari lingkungan masjid nabawiy ketika masjid itu dipagar. Kepada Rasulullah s.a.w. ‘Abbas berkata: Anda minta supaya kami pindah tempat padahal kami adalah kerabat anda dan paman anda; sedangkan ‘Ali anda biarkan bertempat tinggal di situ… Rasulullah menjawap: Aku tidak mengeluarkan anda dan menempatkan dia, tetapi Allah yang mengeluarkan anda dan menempatkan dia.”

Abu Abdullah Al-Jadaliy mengatakan, bahawa pada suatu hari ia datang menemui Ummu Salamah r.a. Ummul Mu’minin itu bertanya: Apakah ada orang yang memaki ‘Ali dalam keadaan Rasulullah berada di tengah-tengah kalian? Abu Abdullah menjawap: Na’udzu billah, tidak sepatah kata pun seperti itu yang kami ucapkan. Ummul Mu’minin kemudian berkata:

Aku mendengar sendiri Rasulullah s.a.w. berkata; Barangsiapa yang memaki ‘Ali bererti memaki diriku“.

Abu Dzar Al-Ghifariy r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan:

Barangsiapa yang taat kepadaku ia taat kepada Allah dan siapa yang menentang aku ia menentang Allah, dan siapa yang menentang ‘Ali ia menentang aku“.

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam ‘Ali r.a.:

Sepeninggalku engkaulah yang akan menjelaskan kepada ummatku soal-soal yang mereka perselisihkan“.

Abu Dzar r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Imam ‘Ali r.a.:

Hai ‘Ali, barangsiapa meninggalkan diriku ia telah meninggalkan Allah, dan barangsiapa meninggalkan engkau ia telah meninggalkan diriku“.

Zaid bin Arqam meriwayatkan, bahawa beberapa orang sahabat Nabi pintu rumahnya berhadapan langsung dengan masjid nabawiy. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya semua pintu di tutup kecuali pintu rumah Imam ‘Ali r.a. Ketika Rasulullah s.a.w. mendengar banyak orang memperbincangkan perintah beliau itu, dalam suatu khutbahnya – setelah memanjatkan puji dan syukur ke hadhirat Allah – beliau berkata:

Amma ba’du, aku diperintahkan menutup semua pintu rumah itu kecuali pintu rumah ‘Ali, kemudian ada di antara kalian yang membicarakan soal itu. Demi Allah, aku tidak menutup dan tidak membuka sesuatu melainkan kerana aku diperintah untuk berbuat itu, dan perintah itu, kuikuti (yang dimaksud beliau ialah diperintah oleh Allah s.w.t.)”.

Ibnu ‘Abbas r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah telah menegaskan betapa dalam ilmu yang dimiliki oleh Imam ‘Ali r.a., sehingga beliau s.a.w. berkata:

Aku adalah kota ilmu dan ‘Ali pintu gerbangnya, barangsiapa yang hendak masuk ke dalam kota hendaknya ia melalui pintu gerbangnya“.

Dalam kesempatan yang lain lagi Ibnu ‘Abbas r.a. juga meriwayatkan kesaksiannya sendiri sebagai berikut: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. memandang kepada ‘Ali seraya berkata:

Engkau sayyid (pemimpin) di dunia dan sayyid di akhirat. Orang yang kau cintai menjadi kecintaanku dan orang yang kucintai ia dicintai Allah. Musuhmu adalah musuhku dan musuhku ialah musuh Allah. Celakalah orang yang membencimu sepeninggalmu“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 98).

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa pada suatu hari Siti Fatimah r.a. berkata kepada ayahandanya. “Ya Rasulullah, ayah menikahkan aku dengan ‘Ali bin Abi Thalib, seorang miskin yang tidak mempunyai harta apa pun juga”. Rasulullah s.a.w. menjawap:

Apakah engkau tidak puas, bahawa Allah s.w.t. telah memeriksa seluruh manusia di bumi kemudian memilih dua orang: Yang satu ayahmu sendiri dan yang lain ialah suamimu!” (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 99).

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan pengalaman dan kesaksiannya sendiri, mengatakan sebagai berikut: “Aku dahulu melayani Rasulullah s.a.w. Pada suatu hari ada orang mengirimkan ayam panggang untuk beliau. Menghadapi hidangan ini beliau berdoa:

Ya Allah, datangkanlah kepadaku orang yang paling Engkau cintai agar ia makan ayam panggang ini bersamaku“.

Mendengar doa beliau itu aku sendiri lalu berdoa: Ya Allah, datangkanlah seorang dari kaum Anshar! Akan tetapi yang datang adalah ‘Ali r.a., kerana itu kukatakan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w. sedang ada keperluan. ‘Ali r.a. pergi, tak berapa lama kemudian ia datang lagi. Kepadanya kukatakan seperti semula. Demikianlah sampai ia berulang-alik tiga kali. Kedatangannya yang ketiga kali, Rasulullah s.a.w. memerintahkan aku supaya membukakan pintu. Setelah ‘Ali r.a. masuk, kepadanya Rasulullah s.a.w. bertanya:

Apa yang membuatmu terlambat? ‘Ali menjawap: Ini kedatanganku yang ketiga kalinya. Anas mencegah aku masuk dengan alasan anda sedang ada keperluan… Rasulullah s.a.w. lalu bertanya kepada Anas: Kenapa engkau berbuat seperti itu? Anas menjawap: Ya Rasulullah, tadi aku mendengar doa anda, dan aku ingin supaya yang datang seorang dari kaumku!… Beliau s.a.w. kemudian berkata kepada ‘Ali: Dia (Anas) kadang-kadang mencintai kaumnya sendiri!” (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 100).

Abul-Bakhtariy meriwayatkan, bahawa Imam ‘Ali r.a. pernah menceritakan sebagai berikut:

Rasulullah s.a.w. pernah mengutusku sebagai qadhi (hakim) ke Yaman. Ketika itu aku berkata: Ya Rasulullah, aku masih muda, mungkin akan menghadapi kasus perkara yang aku tidak mengetahui hukumnya… Beliau s.a.w. kemudian meletakkan tangannya pada dadaku seraya berdoa: ‘Ya Allah, mantapkanlah ucapannya dan tuntunlah hatinya’. Sejak itu aku tidak pernah ragu dalam menetapkan keputusan hukum“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 104).

Hayyan Al-Asadiy mengatakan, bahawa ia mendengar sendiri Imam ‘Ali r.a. berkata sebagai berikut:

Rasulullah s.a.w. telah mengatakan kepadaku: Sepeninggalku ummat ini akan memperdayakan engkau, engkau akan hidup mengikuti jejakku dan akan terbunuh kerana membela sunnahku. Barangsiapa mencintaimu bererti ia mencintaiku dan siapa yang membencimu bererti membenciku…dan ini kelak akan berubah warna kerana ini4. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 107).

Demikianlah beberapa Hadits Rasulullah s.a.w. yang kami kutip dari kitab ‘Ahlulbait Wa Huququhum’ (‘Ahlulbait dan Hak-hak mereka’) yang ditulis oleh Syeikhul-Islam Ibnu Taimiyyah, seorang Imamul-Mujtahidin yang amat terkenal di kalangan ummat Islam sedunia. Semuanya menunjukkan betapa tinggi martabat Imam ‘Ali r.a. dalam pandangan Allah dan Rasul-Nya. Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Ummul Mu’minin Siti Aisyah r.a. ketika ditanya oleh seorang wanita tentang Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a.:

Anda bertanya kepadaku tentang seorang yang – demi Allah – aku sendiri belum pernah mengetahui ada orang yang paling dicintai Rasulullah s.a.w. selain ‘Ali, dan di bumi ini tidak ada wanita yang paling dicintai oleh beliau selain perempuannya – yakni Siti Fatimah r.a.” (Dari Hadits Jami’ bin Umar dalam ‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 123).

Hadits-hadits tentang Fadha’il Siti Fatimah Az-Zahra r.a.

Serangkain Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi, sebagaimana yang telah kami kemukakan pada bahagian terdahulu buku ini, banyak sekali di antaranya yang berkenaan dengan fadha’il Siti Fatimah Az-Zahra r.a. Untuk lebih melengkapinya, baiklah kami tambahkan beberapa Hadits lainnya yang penting untuk diketahui.

Al-Musawir bin Makhramah r.a. meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Fatimah bukan lain adalah bahagian dari aku, apa yang menyenangkan dia menyenangkan aku dan apa yang menyedihkan dia menyedihkan aku“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 111).

Hadits semakna diriwayatkan juga oleh Abdullah bin Zubair r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Fatimah bahagian dari aku, apa yang menggangunya mengganguku dan apa yang menyusahkan dia menyusahkan aku“.

Ibnu Asakir meriwayatkan sebuah Hadits yang berasal dari Watsilah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

Orang pertama dari ahlulbaitku yang akan menyusulku (pulang keharibaan Allah) adalah engkau, hai Fatimah! Dan di antara para isteriku yang paling pertama akan menyusulku ialah Zainab; di antara kalian (para isteri Rasulullah s.a.w.) dialah yang paling dermawan“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 132).

Hadits semakna dengan itu diketengahkan juga oleh Thabraniy di dalam kitabnya, ‘Al-Kabir’, yaitu bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada puterinya:

Janganlah engkau menangis kerana engkaulah dari ahlulbaitku yang paling pertama akan menyusulku“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 133).

Hudzaifah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. mengatakan:

Seorang malaikat yang belum pernah turun ke muka bumi telah minta izin kepada Allah s.w.t. untuk menyampaikan salam kepadaku, dan ia menyampaikan khabar gembira bahawa Fatimah adalah wanita terkemuka penghuni syurga“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 110).

Ummul Mu’minin Siti Aisyah r.a. meriwayatkan, bahawa dalam keadaan sakit menjelang wafatnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada Siti Fatimah r.a.:

Hai Fatimah, tidakkah engkau puas menjadi wanita terkemuka di dunia dan wanita terkemuka ummat ini?” (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 111).

Siti Aisyah r.a. juga mengatakan:

Aku tidak pernah melihat orang yang pembicaraannya mirip dengan Rasulullah s.a.w. selain Fatimah. Apabila ia datang kepada ayahnya, beliau berdiri, menciumnya, menyambut gembira dan menggandengnya lalu didudukkan di tempat duduk beliau. Apabila Rasulullah s.a.w. datang kepadanya, ia pun berdiri menyambut ayahandanya dan mencium tangan beliau s.a.w.” (‘Ahlulbait Wa Huququhum”: 111).

Umar Ibnul-Khatthab r.a. mengatakan, bahawa pada suatu hari ia datang kepada Fatimah kemudian berkata:

Hai Fatimah, demi Allah, aku tidak melihat ada orang yang lebih dicintai Rasulullah s.a.w. selain engkau. Demi Allah, sesudah ayahmu, tidak ada orang lain yang lebih kucintai selain engkau“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 123).

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Imam ‘Ali r.a.:

Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulai daripada dia“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 132).

Al-Khathib meriwayatkan sebuah Hadits dari Ibnu ‘Abbas r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

Fatimah adalah manusia bidadari, ia tidak pernah haid. Allah menamainya ‘Fatimah’ kerana Allah menghindarkan dia dan para pencintanya dari neraka“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 132).

Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan:

Fatimah telah menjaga kehormatan dan kesuciannya, kerana itu Allah akan memasukkannya bersama keturunannya ke dalam syurga“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 134).

Thabraniy di dalam kitabnya, ‘Al-Kabir’, meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Fatimah:

Allah s.w.t. tidak akan menyeksa dirimu dan anakmu“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 133).

Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a. meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. menegaskan:

Allah ‘Azza wa Jalla murka jika Fatimah marah dan Allah ridho jika Fatimah puas“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 133).

Tsuban r.a. meriwayatkan, pada suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kediaman Fatimah r.a. Saat itu puteri beliau sedang melepas kalung rantai emas dari lehernya. Kepada ayahanda ia berkata: “Kalung ini dihadiahkan oleh Abul-Hasan (Imam ‘Ali r.a.)”. Rasulullah s.a.w. menjawap:

Senangkah engkau jika orang mengatakan engkau itu puteri Muhammad, tetapi di tanganmu terdapat rantai neraka“?

Setelah berkata demikian, tanpa duduk lebih dulu beliau segera keluar meninggalkan puterinya. Seketika itu juga Siti Fatimah r.a. pergi menjual kalungnya, kemudian wangnya dipergunakan membeli seorang budak lalu dimerdekakan. Ketika mendengar hal itu Rasulullah berucap:

Alhamdulillah yang telah menyelamatkan Fatimah dari neraka“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 110).

Sesungguhnya Allah telah menawarkan emas kepadaku lewat orang-orang terkemuka di Makkah. Akan tetapi aku menjawap: “Ya Allah, jadikanlah aku sehari lapar dan sehari kenyang. Di saat aku lapar aku khusyu berdoa kepada-Mu, dan di saat aku kenyang kuucapkan puji syukur kepada-Mu“. (‘Ahlulbait’: 136-137 – Taufiq Abu Alam).

Sebagai ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang terdekat, Siti Fatimah r.a. juga meriwayatkan Hadits-hadits yang didengarnya sendiri secara langsung dari ayahandanya. Di antara Hadits-hadits yang diriwayatkan itu adalah:

Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Jika Allah mencintai seseorang dari para hamba-Nya, Dia mengujinya. Bila hamba itu sabar ia akan dipilihnya, dan jika hamba itu ridho ia akan disucikan-Nya“.

Kepada dua orang puteranya, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma, Siti Fatimah r.a. mengajarkan, bahawa sabar dan ridho adalah pangkal ketaatan kepada Allah s.w.t. Barangsiapa sabar dan ridho menerima takdir Allah, baik takdir itu menyenangkan atau tidak, Allah akan menetapkan takdir yang baik baginya, lepas apakah ia menginginkannya atau tidak. (‘Ahlulbait’: 137).

Siti Fatimah meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Orang yang dermawan dekat kepada Allah, dekat kepada sesama manusia, dekat kepada syurga dan jauh dari neraka. Allah adalah Maha Pemurah dan mencintai orang yang bermurah hati“.

Beliau s.a.w. juga telah bersabda:

Kecenderungan ibarat sebatang pohon di dalam syurga yang dahan-dahannya bergelantungan ke bumi. Barangsiapa berpegang pada salah satu dahannya, dahan itu akan menuntunnya masuk ke dalam syurga“. (‘Ahlulbait’: 137 – Taufiq Abu Alam).

Dalam kitab ‘Dala’ilul-Imamah’ terdapat sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Al-Husein r.a. berasal dari bundanya, Siti Fatimah r.a., yang mengatakan:

Ayahku berkata: Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi orang kikir. Kikir adalah suatu cacad yang tidak mungkin ada pada orang yang bermurah hati. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi orang kikir, kerana kikir itu ibarat sebatang pohon di dalam neraka yang dahan-dahannya berada di dunia ini. Barangsiapa bergelantung pada salah satu dahannya ia akan terseret masuk ke dalam neraka. Sedangkan kedermawaan ibarat sebatang pohon di dalam syurga yang dahan-dahannya berada di dunia, barangsiapa bergelantung pada salah satu dahannya ia akan dimasukkan ke dalam syurga“.

Mengenai soal kedermawaan itu Siti Fatimah r.a. juga meriwayatkan pesan atau nasihat suaminya, Imam ‘Ali r.a., yang berkata: Barangsiapa mengulurkan tangan memberi pertolongan, jika ia mampu, Allah akan memberi ganti atas apa yang telah di infakkannya selagi ia masih hidup di dunia, dan di akhirat kelak Allah akan memberinya penggantian berlipat ganda.

Pokok fadha’il yang ada pada Siti Fatimah r.a. dapat diringkaskan sebagai berikut:

  1. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa Allah murka jika Siti Fatimah r.a. marah, dan Allah ridho jika ia puas.
  2. Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa Siti Fatimah r.a. adalah bahagian dari beliau.
  3. Siti Fatimah r.a. adalah wanita di dunia yang paling di cintai dan dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.
  4. Siti Fatimah r.a. adalah wanita yang perkataannya paling dapat dipercayai.
  5. Siti Fatimah r.a. wanita suci yang tidak pernah haid.
  6. Siti Fatimah r.a. bersama keturunannya terjamin tidak akan masuk neraka.
  7. Allah s.w.t. menghendakinya menjadi wadah suci yang melahirkan keturunan suci.

Sebagaimana telah kita ketahui bahawa dalam salah satu Hadits yang telah kami kemukakan, Rasulullah s.a.w. menegaskan Siti Fatimah r.a. adalah ‘wanita terkemuka di dunia’, sedangkan ketika beliau s.a.w. ditanya oleh puterinya bagaimana kedudukan Maryam beliau menjawap5:

Ia adalah wanita terkemuka pada zamannya“.

Dari jawapan beliau itu jelas, bahawa Siti Fatimah r.a. lebih afdhal daripada Maryam. Banyak para ulama kenamaan yang mempunyai penilaian seperti itu, antara lain: As-Sabkiy, As-Sayuthiy, Az-Zarkasyiy, Al-Muqriziy dan lain-lain6).

Abu Dawud juga berpendapat, bahawa pernyataan Rasulullah s.a.w. yang menegaskan ‘Fatimah adalah bahagian dari aku’ menunjukkan pengertian bahawa keutamaan Siti Fatimah r.a. tidak dapat disamakan dengan wanita manapun di dunia, kerana ia merupakan bahagian dari manusia hamba Allah yang paling mulia di dunia. Seluruh kaum Muslimin, baik kaum Salaf mahupun kaum Khalaf sependapat, bahawa “bagian dari Rasulullah s.a.w.” tidak dapat dibandingkan keutamaannya dengan siapa pun juga.

Imam Al-Hasan dan Imam Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma:

Sebagaimana telah kami utarakan pada bahagian terdahulu buku ini, kedua orang putera suami-isteri Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a. dan Siti Fatimah Az-Zahra r.a., masing-masing oleh Rasulullah s.a.w. dinasabkan kepada beliau sendiri, yakni dinyatakan sebagai putera-putera beliau sendiri. Hadits-hadits shahih mengenai hal itu pun telah kami kemukakan, antara lain sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Tirmudziy berasal dari Usamah bin Zaid r.a. yang mengatakan sebagai berikut: “Pada suatu hari aku datang menghadap Rasulullah s.a.w. untuk suatu keperluan. Ketika itu beliau s.a.w. bersabda:

Dua orang anak ini adalah putera-puteraku dan putera-putera anak perempuanku. Ya Allah, aku mencintai kedua-duanya, kerana itu cintailah orang yang mencintai kedua-duanya“.

Dalam Hadits shahih yang lain Rasulullah s.a.w. juga menegaskan:

Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan keturunan bagi setiap orang Nabi dari tulang sulbinya masing-masing, tetapi Allah menjadikan keturunanku dari tulang sulbi ‘Ali bin Abi Thalib“. (Kitab ‘Ahlul-Bait’: 273-274).

Bahkan beliau memberitahukan para sahabatnya, bahwa:

Al-Hasan dan Al-Husein adalah dua orang pemuda terkemuka penghuni syurga“. (Hadits Ibnu Sa’ad Al-Khudriy).

Tentang betapa besar kecintaan beliau kepada dua orang puteranya itu tampak jelas dari pernyataan beliau s.a.w.:

Ya Allah, aku mencintai kedua anak itu, maka cintailah mereka itu dan cintailah orang yang mencintai kedua-duanya“. (Hadits diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.).

Demikian pula penegasan beliau s.a.w.:

Barangsiapa mencintai mereka bererti mencintaiku dan siapa yang membenci mereka bererti membenciku“. Hadits Zaid bin Arqam r.a.).

Betapa besar kecintaan Rasulullah s.a.w. kepada Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma itu dapat kita ketahui dengan jelas pula dari doa beliau kepada Allah s.w.t. yang memohonkan perlindungan khusus bagi kedua orang cucu beliau itu. Abu Nu’aim meriwayatkan sebuah Hadits berasal dari Abdullah bin ‘Abbas r.a. yang mengatakan, bahwa pada suatu hari Abdullah bin ‘Abbas sedang berada di kediaman Rasulullah s.a.w. tiba-tiba dua orang anak itu – yakni Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma – lewat di depan beliau. Rasulullah s.a.w. minta supaya kedua anak itu didekatkan kepadanya. Beliau berkata: “Bawalah ke mari dua orang puteraku itu, mereka hendak kumohonkan perlindungan kepada Allah sebagaimana Ibrahim dahulu memohonkan perlindungan bagi dua orang puteranya, Ismail dan Ishaq!” Setelah kedua anak itu berada di dekatnya, beliau lalu berdoa:

Dengan kalimat Allah yang sempurna kalian kuperlindungkan kepada-Nya dari setiap mata yang berniat jahat dan syaitan serta semua merbahaya“.

Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a. sendiri juga menegaskan, bahawa Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma adalah putera-putera yang akan meneruskan kegurunan Rasulullah s.a.w. Dalam perang Shiffin sedang berkobar dengan dasyatnya, Imam ‘Ali r.a. melihat puteranya, Al-Hasan r.a. terjun ke medan tempur. Saat itu Imam ‘Ali r.a. cepat-cepat memerintahkan para sahabatnya: “Singkirkan anak itu dari medan tempur. Lebih baik aku sendiri yang mati daripada putera Rasulullah itu. Dengan selamatnya Al-Hasan dan Al-Husein keturunan Rasulullah s.a.w. tidak akan terputus”. (‘Syarh Nahjul-Balaghah’ XI halaman 25-26).

Mengenai soal keturunan Rasulullah s.a.w. itu, Ibnu Abil Hadid dalam kitabnya ‘Syarh Nahjul-Balaghah’ XI halaman 26 mengatakan senagai berikut:

“Jika ada orang bertanya kepada saya, apakah Al-Hasan dan Al-Husein dapat disebut sebagai putera-putera keturunan Rasulullah s.a.w.? Pertanyaan itu tentu saya jawap: Ya. Sebab Allah s.w.t. sendiri menyebut mereka dengan istilah ‘anak-anaknya’ – yakni putera-putera Muhammad Rasulullah s.a.w. sebagaimana termaktub dalam firman-Nya:

“…maka katakanlah – hai Muhammad: Mari kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kalian…” dan seterusnya. (S. Ali Imran: 61).

Yang dimaksud oleh ayat tersebut ialah Al-Hasan dan Al-Husein. Demikian juga seumpama ada orang mewasiatkan harta kekayaan bagi anak-anak keturunannya, tentu anak-anak dari anak perempuannya termasuk dalam pengertian anak-anak keturunan orang yang memberi wasiat itu. Sebutan seperti itu dipergunakan juga oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang menamakan Isa putera Maryam sebagai anak keturunan Ibrahim a.s. Yaitu sebagaimana termaktub dalam ayat 83-85 S. Al-An’am:

Dan itulah hujjah Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim dalam menghadapi kaumnya. Kami meninggikan darjat siapa saja yang Kami kehendaki, sesungguhnyalah bahwa Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Dan Kami telah menganugerahkan Ishaq dan Ya’qub kepadanya. Kepada kedua-duanya itu telah Kami berikan petunjuk, dan sebelum itu kepada Nuh juga telah Kami berikan petunjuk. Demikian pula kepada sebagian dari keturunannya, yaitu Dawud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik; dan Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas. Semuanya adalah orang-orang saleh“.

Jadi jelaslah, bahawa anak dari anak perempuan termasuk dalam pengertian ‘keturunan’. Para ahli bahasa tidak berbeza pendapat mengenai hal itu. Demikian Ibnu Abil-Hadid.

Muhammad bin Thalhah dalam kitabnya yang berjudul ‘Mathalibus-Sual Fi Manaqibi Aalir-Rasul’ menceritakan suatu peristiwa yang pernah terjadi pada zaman kekuasaan Al-Hajjaj bin Yusuf, seorang Menteri Besar di zaman dinasti Bani Umayyah. Ringkas cerita itu sebagai berikut:

‘Asy-Syi’biy, seorang ulama besar yang amat saleh, amat besar simpatinya kepada keluarga keturunan Rasulullah s.a.w. Tiap menyebut nama Al-Hasan dan Al-Husein – radhiyallahu ‘anhuma – ia selalu mengatakan “putera-putera keturunan Rasulullah s.a.w.” Kata-kata Asy-Syi’biy itu sering didengar oleh Hajjaj bin Yusuf (seorang penguasa Bani Umayyah yang dalam sejarah Islam terkenal kejam dan sangat membenci keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w.). Tiap mendengar kata-kata Asyi’biy itu ia selalu marah. Pada suatu hari ia berniat hendak membantah kebenaran ucapan Asy-Syi’biy itu dan sekaligus hendak mencemarkan keturunan Rasulullah s.a.w. di depan tokoh-tokoh masyarakat. Ia memerintah Asy-Syi’biy supaya menghadap, dan sebelum itu ia telah mengumpulkan beberapa orang terkemuka yang sengaja didatangkan dari Kufah dan Bashrah. Mereka itu terdiri dari alim ulama dan para penghafal Qur’an.

Ketika Asy-Syi’biy datang, Al-Hajjaj menunjukkan muka muram dan tidak menjawap ucapan salamnya. Setelah Asy-Syi’biy duduk, Al-Hajjaj memulai percakapan: “Hai Syi’biy, aku selalu mendengar ucapan-ucapanmu yang menunjukkan kebodohanmu!” Asy-Syi’biy agak terkejut dan tidak mengerti apa yang dimaksud oleh Al-Hajjaj. Kerana itu ia bertanya: “Soal apa… hai Amir?” Al-Hajjaj menyahut: “Apakah engkau tidak mengerti bahwa anak seorang itu pasti bernasab kepada ayahnya sendiri? Semua keturunan harus dinasabkan kepada ayah mereka. Apa sebab engkau selalu mengatakan, bahwa anak-anak ‘Ali bin Abi Thalib itu putera-putera Rasulullah dan keturunan beliau? Apakah mereka itu mempunyai hubungan darah dengan Rasulullah s.a.w. selain melalui ibu mereka, yaitu Fatimah? Keturunan tidak akan mungkin dinasabkan kepada perempuan, tetapi hanya dapat dinasabkan kepada lelaki!”

Asy-Syi’biy diam membiarkan Al-Hajjaj selesai berbicara mengemukakan bantahannya di depan semua orang yang hadir. Setelah itu barulah Asy-Syi’biy menjawap: “Ya Amir, saya sama sekali tidak menduga bahwa anda akan berbicara dengan kami menggunakan kata-kata yang biasa dipergunakan orang-orang bodoh yang tidak memahami Kalamullah dan Sunnah Rasul; atau kata-kata yang biasa digunakan oleh orang-orang yang sengaja mengingkari kebenaran Allah dan Rasul-Nya!”

Al-Hajjaj bertambah marah kemudian berkata lagi: “Celakalah engkau! Apakah kepada orang seperti aku ini engkau berani mengucapkan kata-kata seperti itu?”

Dengan tegas Asy-Syi’biy menjawap: “Ya…mereka yang hadir itu adalah para alim ulama yang sengaja anda datangkan dari Kufah dan Bashrah. Mereka adalah orang-orang yang memikul Kitab Suci di atas pundaknya masing-masing! Bukankah Allah s.w.t. dalam firman-Nya berulang-ulang menggunakan kata-kata “Hai Bani (anak-anak) Adam”… “Hai Bani Israil”? Mengenai Ibrahim a.s. Allah s.w.t. juga berfirman: “…dan salah seorang dari keturunannya ialah Isa”? Apakah Isa a.s. mempunyai hubungan darah dengan tiga nama tersebut selain melalui bondanya, yaitu Maryam? Kerana itu benarlah Hadits yang memberitakan sabda Rasulullah s.a.w. yang menegaskan, bahwa Al-Hasan dan Al-Husein itu kedua-duanya putera beliau dan pemuda terkemuka penghuni syurga!”

Dengan jawap Asy-Syi’biy yang tak mungkin dapat dibantah itu, Al-Hajjaj tampak kemalu-maluan, lebih-lebih lagi kerana para alim ulama yang didatangkan dari Kufah dan Bashrah tidak membantah penjelasan Asy-Syi’biy yang didasarkan pada nash Kitab Suci Al-Qur’anul-Karim.

Banyak sumber riwayat yang mengemukakan, bahwa baik Al-Hasan r.a. maupun Al-Husein r.a., kedua-duanya merasa bangga dipanggil dengan “Ibnul-Mushthafa”, yang bererti “putera Rasulullah”. Masing-masing memanggil beliau s.a.w. dengan “ayahku”. Al-Hasan r.a. memanggil ayahnya sendiri (Imam ‘Ali r.a.) dengan “Abul-Husein”, sedangkan Al-Husein r.a. memanggilnya dengan “Abul-Hasan”. Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, barulah mereka memanggil Imam ‘Ali r.a. dengan ‘ayahku’. Demikianlah yang kita ketahui dari kitab ‘Ahlul-Bait’ halaman 271.

Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. mengenai Al-Hasan dan Al-Husein r.a. yang diriwayatkan oleh para sahabat banyak sekali jumlahnya. Semuanya menunjukkan betapa besar perhatian, kecintaan, kasih sayang dan pesan serta wasiat beliau s.a.w. mengenai dua orang cucunya yang oleh beliau sendiri dinyatakan sebagai dua putera beliau sendiri. Hadits-hadits tersebut bertebaran di dalam berbagai kitab Hadits, kitab Riwayat, Tarikh dan lain sebagainya. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Risalah “Fadhlu Ahlulbait Wa Huququhum” menghimpun Hadits-hadits mengenai Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma lebih dari 50 buah. Di bawah ini kami kutipkan sebahagian dari Hadits-hadits tersebut:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan kesaksiannya sendiri, bahawa pada suatu hari sekembalinya bersama Rasulullah s.a.w. dari tempat perniagaan (pasar) Bani Qainuqa, langsung menuju tempat kediaman Siti Fatimah r.a. Rasulullah s.a.w. bertanya:

Apakah Laka’ ada, apakah Laka’ ada di sini?”

Yang di maksud ‘Laka’ ialah Al-Hasan r.a. Kami berdua mengira Al-Hasan r.a. sedang dimandikan oleh bondanya. Tiba-tiba Al-Hasan datang, kemudian Rasulullah s.a.w. memeluknya seraya berucap:

Ya Allah, aku mencintai dia maka cintailah dia dan cintailah orang yang mencintainya“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 76).

Siti Aisyah r.a. meriwayatkan, bahwa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. keluar membawa pakaian longgar terbuat dari bulu berwarna hitam. Beberapa saat kemudian datanglah berturut-turut Al-Hasan r.a., Al-Husein r.a., Fatimah r.a., dan ‘Ali r.a. Semuanya oleh beliau diminta masuk dalam pakaian yang dibawanya itu, kemudian beliau s.a.w. mengucapkan:

Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran (rijsa) dari kalian, hai Ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 77).

Buraidah r.a. meriwayatkan, di saat Rasulullah s.a.w. sedang berkhutbah datanglah Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma, masing-masing mengenakan pakaian berwarna merah. Dua orang anak yang masih kecil-kecil itu terantuk kakinya hingga jatuh. Melihat itu Rasulullah s.a.w. segera turun dari mimbar untuk mengangkat mereka lalu dipangkunya. Saat itu beliau berkata:

Maha Benar Allah yang telah berfirman, bahwa harta dan anak-anak kalian sesungguhnya adalah fitnah (ujian). Ketika aku melihat dua orang anak kecil ini berjalan dan kakinya terantuk aku tak tega hingga kuputus perkataanku dan dua-duanya kuangkat“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 81).

Ya’la bin Murrah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. menegaskan:

Husein bagian dari aku dan aku bagian dari Husein. Allah mencintai orang yang mencintai Husein. Husein adalah seorang cucu dari beberapa cucu yang lain“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 84).

Ibnu ‘Abbas meriwayatkan, bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berjalan sambil memanggul Al-Hasan r.a. di atas pundaknya. Orang yang melihatnya berkata: Hai anak kecil, alangkah mulianya yang kau naiki itu! Mendengar suara itu Rasulullah menjawap:

Yang naik pun mulia juga“! (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 85).

‘Amr bin Abi Salamah (putera asuh Rasulullah s.a.w.) mengatakan, bahwa ayat “tathhir” (ayat 33 S. Al-Ahzab) turun kepada Rasulullah s.a.w. di saat beliau sedang berada di kediaman Ummu Salamah. Beliau kemudian memanggil Siti Fatimah r.a., Al-Hasan r.a. dan Al-Husein r.a. Mereka bertiga lalu ditutupi dengan kisa (sejenis kain). Imam ‘Ali r.a. berada di belakang beliau s.a.w. dan ditutupi juga dengan kisa. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa:

Ya Allah, mereka itu adalah ahlulbaitku, maka hilangkanlah kotoran – rijsa – dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya“.

Saat itu Ummu Salamah bertanya: “Ya Rasulullah, apakah aku termasuk mereka? Rasulullah s.a.w. menjawap:

Engkau berada di tempatmu dan engkau memperoleh kebajikan“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 86).

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

Al-Hasan dan Al-Husein dua pemuda terkemuka penghuni syurga, dan ayah mereka lebih baik dari kedua-duanya“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 89).

Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. telah menerangkan:

Barangsiapa mencintai Al-Hasan dan Al-Husein bererti ia mencintaiku dan siapa yang membenci mereka berdua bererti membenciku“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 90).

Abu Hurairah mengatakan, bahawa ia melihat sendiri Al-Hasan r.a. masuk ke dalam hijr (kamar) Rasulullah s.a.w. lalu membelai-belai janggut beliau dengan jari-jarinya. Anak itu kemudian dirangkul lalu Rasulullah s.a.w. memasukkan lidahnya ke mulut Al-Hasan seraya berkata:

Ya Allah, aku mencintai dia, maka cintailah ia“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 115).

Imam ‘Ali r.a. meriwayatkan, bahawa (ketika Al-Husein r.a. masih bayi) Rasulullah s.a.w. menyuruh Siti Fatimah r.a. memotong rambut puteranya, Al-Husein r.a. Setelah itu Rasulullah s.a.w. berkata:

Timbanglah rambut Al-Husein dan bersedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya, dan berilah dukun beranak kaki (paha kambing) aqiqah“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 117).

Imam Ahmad bin Hanbal di dalam “Musnad”-nya dan Ibnu Habban di dalam “Shahih”-nya mengetengahkan sebuah Hadits dari Hudzaifah r.a. yang mengatakan, bahwa pada suatu hari di saat sedang berada di kediaman Rasulullah s.a.w., tiba-tiba beliau bersabda:

Tahukah engkau, hai Hudzaifah, siapa yang menghadap kepadaku tadi? Dia seorang malaikat yang baru malam ini ia turun ke bumi, setelah minta izin kepada Allah Azza wa Jalla untuk mengucapkan salam kepadaku, dan memberi khabar gembira bahawa Al-Hasan dan Al-Husein itu kedua-duanya pemuda terkemuka penghuni syurga, dan Fatimah pun wanita terkemuka penghuni syurga“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 134).

Siti Fatimah r.a. meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. berkata:

Hasan mempunyai bentuk seperti bentukku dan mempunyai kemuliaan seperti kemuliaanku; sedang Husein mempunyai keberanian seperti keberanianku dan dermawan seperti dermawanku“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 135).

Al-Baghwiy dan Abdulghaniy di dalam kitab ‘Al-Idhah’ dan Ibnu Asakir mengetengahkan sebuah Hadits berasal dari Salman Al-Farisiy r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. berkata:

Harun a.s. menamakan dua orang puteranya Syibr dan Syubair; aku menamakan dua orang puteraku Al-Hasan dan Al-Husein. Sama dengan nama yang diberikan oleh Harun“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 136).

Ibnu Asakir mengetengahkan sebuah hadits dari Anas bin Malik r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. pernah berkata mengingatkan:

Hendaknya di antara kalian tidak ada seorangpun yang berdiri dari tempat duduknya (untuk menghormati orang lain) kecuali untuk Al-Hasan dan Al-Husein atau keturunan mereka berdua“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 138).

Abu Ishaq mengatakan, bahwa pada suatu hari Imam ‘Ali r.a. sambil memandang wajah puteranya, Al-Hasan r.a., berkata:

Anakku itu adalah sayyid, sebagaimana Rasulullah s.a.w. menamainya. Dari tulang sulbinya akan keluar (melahirkan) orang yang namanya sama dengan nama Nabi kalian! Ia serupa dengan beliau dalam hal akhlaknya dan tidak sama dengan hal bentuk tubuhnya. Ia akan meratakan keadilan di muka bumi“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 145).

Ibnu Asakir mengetengahkan sebuah Hadits dari Abu Ja’far yang mengatakan, bahwa di saat Al-Hasan sedang bersama Nabi s.a.w. ia merasa sangat haus. Beliau s.a.w. minta supaya diambilkan air, tetapi tak ada air. Akhirnya Rasulullah s.a.w. memasukkan lidahnya ke mulut Al-Hasan lalu oleh Al-Hasan lidah beliau di hisap-hisap seperti kurma.

Dari Hadits-hadits tersebut tampak jelas betapa besar perhatian, kecintaan dan kasih sayang Rasulullah s.a.w. kepada dua orang cucunya, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma. Selain itu banyak pula para sahabat beliau s.a.w. yang meriwayatkan Hadits-hadits Nabi tentang kepahlawanan shayid yang dialami oleh Al-Husein r.a. Hadits-hadits mengenai itu antara lain seperti di bawah ini:

Salma mengatakan, bahwa pada satu hari ia melihat Ummu Salamah sedang menangis. Salma bertanya: “Kenapa anda menangis?” Ummu Salamah r.a. menjawap: “Aku mimpi melihat Rasulullah s.a.w. kepala dan janggutnya berlumuran tanah. Aku bertanya: “Ya Rasulullah, anda mengapa?” Beliau menjawap:

Tadi aku melihat Al-Husein mati terbunuh“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 83).

Ibnu Sa’ad dan Thabraniy mengetengahkan sebuah Hadits berasal dari Siti Aisyah r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Jibrail memberitahukan kepadaku, bahawa anakku Al-Husein sepeninggalku akan mati terbunuh di negeri “Thaf”. Jibril membawa tanah ini kepadaku dan memberitahu, di sanalah Al-Husein gugur“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 138).

Ibnu Sa’ad mengetengahkan sebuah Hadits berasal dari Ummu Salamah, bahwa Rasulullah s.a.w. berkata:

Jibril memberitahukan kepadaku, bahawa anakku Al-Husein akan mati terbunuh di negeri Iraq. Kepada Jibril aku berkata: Perlihatkanlah kepadaku segumpal tanah tempat ia terbunuh. Jibril datang…dan inilah tanahnya“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 139).

Al-Baghwiy, Ibnus-Sakn, Al-Barudiy, Ibnu Mandas dan Ibnu Asakir, masing-masing mengetengahkan Hadits Anas bin Harits r.a. yang meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:

(Anakku ini – yakni Al-Husein r.a. – kelak akan mati terbunuh di salah satu daerah Iraq yang disebut dengan nama Karbala. Kerana itu barangsiapa di antara mereka (kaum Muslimin) yang menyaksikan (kejadian itu) hendaknya menolongnya). (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 139)

Hadits Ummu Salamah yang diketengahkan oleh Thabraniy menerangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:

Jibril bersama kami di dalam rumah. Ia bertanya: Hai Muhammad, apakah engkau mencintai Al-Husein? Aku menjawap: Di dunia aku sungguh-sungguh mencintainya. Jibril kemudian berkata: Ummatmu kelak akan membunuh dia di suatu daerah bernama Karbala!… Jibril kemudian mengambil segumpal tanah dari tempat itu dan diperlihatkan kepada kami“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum”: 140).

Hadits Ummu Salamah yang diketengahkan oleh Ibnu Asakir meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:

Jibril memberitahukan kepadaku bahwa anakku ini (Al-Husein r.a.) akan mati terbunuh, dan Allah sangat murka terhadap orang yang membunuhnya“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 140).

Siti Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepadanya:

Jibril memperlihatkan kepadaku segumpal tanah dari tempat Al-Husein terbunuh, dan Allah sangat murka terhadap orang yang menumpahkan darahnya. Hai Aisyah, demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, aku sungguh sedih, siapakah sebenarnya orang dari ummatku yang akan membunuh Husein sepeninggalku!” (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 140).

Thabraniy mengetengahkan sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin, Siti Zainab binti Jahsy, bahwasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

Jibril datang kepadaku memberitahu bahwa anakku ini – yakni Al-Husein r.a. – kelak akan dibunuh oleh ummatku. Aku bertanya kepadanya: Dapatkah anda memperlihatkan kepadaku gumpalan tanah dari tempat ia akan terbunuh? Jibril kemudian memberikan kepadaku segumpal tanah berwarna merah“. (‘Ahlulbait Wa Huququhum’: 140).

Dari semua Hadits Rasulullah s.a.w. yang berkenaan dengan para ahlulbait, baik Imam ‘Ali r.a., Siti Fatimah r.a., Al-Hasan r.a. mahupun Al-Husein r.a., kita dapat mengetahui betapa satunya fikiran dan perasaan beliau s.a.w. dengan mereka. Benarlah jika beliau menegaskan bahwa mereka itu bagian dari beliau dan beliau pun bagian dari mereka, siapa yang mencintai mereka bererti mencintai beliau dan siapa yang membenci mereka bererti membenci beliau s.a.w. Satunya beliau s.a.w. dengan ahlulbaitnya tercermin dengan jelas sekali dalam firman Allah s.w.t. S. Asyura: 23, yaitu:

Katakanlah – hai Muhammad – Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian selain cintakasih dalam kekeluargaan“.

Mengenai soal itu akan kami bicarakan tersendiri.


3) Raihanah = Jenis tetumbuhan yang berbau harum.
4) Kalimat terakhir itu diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. sambil menunjuk kepada janggut dan kepala Imam Ali r.a. Beliau memberi isyarat bahawa janggut Imam Ali r.a. kelak akan berlumuran darah yang mengalir dari kepalanya akibat pembunuhan gelap yang dilakukan oleh Aburrahman bin Muljam, pengikut kaum Khawarij.
5) “Asy-Syaraful-Muabbad Li Aaali Muhammad”: 108.
6) Ibid.

PEMBAHASAN TENTANG AYAT “MAWADDAH”

Yang kami maksud dengan ‘ayat Mawaddah’ ialah firman Allah s.w.t. dalam S. Ay-Syura: 23, yaitu yang berbunyi sebagai berikut:

“Katakanlah – hai Muhammad: ‘Aku tidak minta upah apa pun atas hal itu’ – yakni da’wah Risalah – kecuali supaya kalian bercintakasih dalam kekeluargaan”.

Ayat suci tersebut dengan tegas memberi pengertian kepada kita kaum Muslimin, bahwa cintakasih kepada para anggota keluarga, atau kerabat, atau ahlulbait Rasulullah s.a.w. merupakan suatu soal yang diminta oleh junjungan kita Nabi Besar Muhammad s.a.w. Sesuatu yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. hukumnya adalah wajib, kerana yang diminta oleh beliau bererti diminta oleh Allah s.w.t. Kewajipan itu menjadi lebih kuat lagi kedudukan hukumnya kerana telah menjadi ketetapan firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur’an.

Para Imam ahli tafsir banyak yang membicarakan ayat tersebut, terutama mengenai pengertian tentang kata ‘keluarga’ yang dalam nash aslinya (Al-Qur’an) digunakan kata ‘al-qurba’ yang dapat pula diertikan ‘kerabat’.

Imam As-Sayuthiy di dalam kitabnya, ‘Ad-Durr Al-Mantsur’, dan para Imam ahli tafsir lainnya banyak yang dalam menafsirkan kata ‘al-Qurba’ itu menggunakan Hadits Ibnu ‘Abbas r.a. sebagai dasar. Ibnu ‘Abbas r.a. meriwayatkan, ada beberapa orang sahabat Nabi bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, siapa-siapakah kerabat anda yang wajib kami bercintakasih?” Beliau menjawap: “‘Ali, Fatimah dan kedua orang puteranya”.

Sehubungan dengan itu Ibnu ‘Abbas mengatakan, bahwa beberapa orang dari kaum Anshar mengeluarkan ucapan-ucapan tertentu yang menyatakan kebanggaan atas jasa-jasa yang telah mereka sumbangkan dalam perjuangan membela Rasulullah s.a.w. Sebagai reaksi terhadap pernyataan mereka itu ‘Abbas bin Abdul Mutthalib menjawap: “Kami lebih afdhal daripada kalian”. Peristiwa itu didengar oleh Rasulullah s.a.w., kemudian pada suatu hari beliau dalam pertemuan dengan kaum Anshar berkata:

“Hai kaum Anshar, bukankah kalian pada mulanya hina-dina kemudian dengan aku Allah memuliakan kalian?… Mereka menyahut: Benar, ya Rasulullah!… Beliau berkata lagi: Mengapa kalian tidak menjawapku? Mereka bertanya: Apakah yang hendak kami katakan, ya Rasulullah? Beliau s.a.w. kemudian berkata: Bukankah kalian mengatakan – kepadaku – “Bukankah anda dikeluarkan oleh kaum anda – dari Makkah – kemudian anda kami lindungi? Bukankah mereka mendustakan anda kemudian membenarkan anda dan mempercayai anda? Bukankah mereka tidak mau menolong anda kemudian anda kami bela?”…

Di saat Rasulullah s.a.w. masih berbicara ada di antara kaum Anshar yang menukas: “Harta kekayaan kami dan semua yang ada pada kami sekuruhnya kami serahkan kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sebagai jawapan atas pertanyaan mereka itulah turun ayat “al-mawaddah”. Demikianlah Ibnu ‘Abbas r.a.

Thawus mengatakan, ketika Ibnu ‘Abbas r.a. ditanya mengenai soal itu ia menjawap: “Yang dimaksud ‘al-qurba’ (kerabat) dalam ayat tersebut ialah ‘aal’ (keluarga, ahlulbait) Muhammad s.a.w.

Al-Muqriziy menafsirkan ayat ‘al-Mawaddah’ itu sebagai berikut: “Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian atas agama yang kubawakan kepada kalian itu selain agar kalian berkasih-sayang terhadap kerabatku”.

Abul-Aliyah mengatakan, bahwa Sa’id bin Jubair menafsirkan kata ‘qurba’ dalam ayat tersebut dengan ‘kerabat Rasulullah s.a.w.’

Abu Ishaq mengatakan, ketika ia menanyakan makna ‘al-qurba’ dalam ayat itu kepada Amr bin Syu’aib ia (Amr) menjawap, bahwa yang dimaksud adalah ‘kerabat Rasulullah s.a.w.’

Suatu hal yang penting kita ketahui ialah bahwa minta upah atau imbalan atas wahyu yang diterima dari Allah s.w.t. sama sekali tidak pada tempatnya, sebab menurut kisah para Nabi di dalam Al-Qur’an, tak ada seorang Nabi pun yang minta upah atau imbalan. Apalagi Nabi kita Muhammad s.a.w. sebagai sayyidul-Anbiya wal-Mursalin, lebih tidak layak kalau dikatakan bahwa beliau itu minta upah atau imbalan atas Risalah yang disampaikan kepada ummatnya. Untuk mencegah kemungkinan adanya pengertian yang tidak benar itu Allah s.w.t. telah berfirman kepada Rasul-Nya dalam S. Shaad: 86 sebagai berikut:

“Katakanlah – hai Muhammad: Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian atas hal itu – yakni da’wah Risalah – dan aku bukanlah termasuk orang yang mengada-ada”.

Sebagaimana telah kita ketahui bahwa tabligh, atau menyampaikan Risalah adalah wajib, kerana hal itu diperintahkan Allah s.w.t. dalam firman-Nya, S. Al-Ma’idah: 67:

“…sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu oleh Tuhanmu”…

Kerana itu jelas sekali bahwa ayat ‘al-Mawaddah’ tidak dapat ditafsirkan seolah-oleh Rasulullah s.a.w. minta upah atau imbalan atas da’wah Risalahnya. Yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. ialah supaya ummatnya melaksanakan prinsip mawaddah (cintakasih) yang telah menjadi kewajipan agamanya. Banyak ayat-ayat Al-Qur’anul-Karim yang mewajibkan kaum Muslimin supaya bercintakasih dan berkasihsayang di antara sesama mereka. Tidak sedikit pula Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang menekankan soal cintakasih dan setiakawan di antara sesama kaum Muslimin. Jadi, kalau di antara sesama kaum Muslimin saja Allah dan Rasul-Nya mewajibkan keharusan saling berkasihsayang dan bercintakasih, apalagi di antara kaum Muslimin awam dan kaum Muslimin yang berasal dari ahlulbait atau keluarga Rasulullah s.a.w. Demikian itulah pendapat Al-Khathib dan Al-Khazin.

As-Sadiy mengetengahkan riwayat berasal dari Abu Dailam yang mengatakan, ketika ‘Ali Zainal Abidin r.a. (ketika itu masih remaja) di bawa ke Damaskus sebagai tawanan dari Karbala, ada seorang yang melihatnya berkata: Alhamdulillah yang telah membunuh kalian (yakni: keluarga kalian, yaitu Imam Al-Husein r.a. dan kaum kerabatnya), dengan demikian akan berakhirlah abad fitnah”. ‘Ali Zainal Abidin r.a. menjawap dengan pertanyaan: “Apakah engkau sudah membaca Al-Qur’an?” Orang yang jahil itu menjawap: “Ya, tentu!” ‘Ali Zainal Abidin bertanya lagi: “Apakah engkau sudah membaca Aal Haa Miim”? Orang itu menjawap: “Aku membaca Al-Qur’an, tetapi tidak pernah membaca Aal Haa Miim”. ‘Ali Zainal Abidin r.a. berkata: “Kalau begitu engkau tidak pernah membaca ayat yang berbunyi: “Katakanlah – hai Muhammad: ‘Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian atas hal itu (yakni da’wah Risalah) kecuali supaya kalian bercintakasih dalam kekeluargaan!” Orang jahil itu bertanya: “Apakah kalian termasuk mereka (keluarga Rasulullah)?” ‘Ali Zainal Abidin menjawap: “Ya!”

Kami kira orang jahil yang gembira atas terbunuhnya Al-Husein r.a. beserta kaum kerabatnya di Karbala itu bukan orang beriman. Seumpama ia orang beriman, ia adalah orang yang telah dikuasai oleh kekuasaan syaitan. Sebab, tidak mungkin dari mulut seorang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya akan keluar ucapan yang tidak pantas itu. Bagaimana bisa jadi, kalau dalam hati seseorang terdapat iman yang lurus ia akan bersyukur atas terbunuhnya keluarga Rasulullah s.a.w.? Bahkan ia merasa senang mendengar berita tentang percincangan terhadap Al-Husein r.a.! Barangkali permusuhan yang dahulu dilancarkan oleh Abu Jahl terhadap Allah dan Rasul-Nya belum sehebat permusuhan orang yang jahil itu. Kami yakin, bahwa dalam zaman kita dewasa ini tidak ada orang yang demikian sesat seperti si Jahil itu dalam melampiaskan kebenciannya terhadap keluarga Rasulullah s.a.w. Andaikata ada orang seperti itu, ia tentu akan berubah perangainya bila mendengar Hadits-hadits shahih mengenai fadha’il dan keutamaan para ahlulbait Rasulullah s.a.w., yang diriwayatkan oleh kaum Salaf yang saleh dan para ulama Islam dari zaman ke zaman. Bahkan lebih cepat lagi perangainya akan berubah bila ia mengerti bahwa fadha’il ahlulbait Rasulullah s.a.w. justru termaktub dalam firman Allah s.w.t. dan dinyatakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. Hanya orang-orang yang berniat hendak memadamkan sinar Islam sajalah yang dengan berbagai cara membuat berita-berita dan riwayat-riwayat bohong untuk menjatuhkan nama baik ahlulbait Rasulullah s.a.w. Mereka itu termasuk orang-orang yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dalam firmannya:

“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, namun Allah tidak menghendaki lain kecuali menyempurnakan cahaya (agama)-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai”. (S. At-Taubah: 32).

Sehubungan dengan tafsir ayat ‘al-Mawaddah’ itu Zamakhsyariy di dalam kitabnya, ‘Al-Kasysyaf’ mengetengahkan sebuah Hadits panjang yang kemudian dikutip oleh Fakhrur-Razy di dalam ‘Al-Kabir’. Hadits tersebut ialah bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Rasulullah s.a.w. ia mati syahid. Sungguhlah bahwa orang yang meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad ia memperolah ampunan atas dosa-dosanya. Sungguhlah bahwa siapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad ia mati dalam keadaan telah diterima taubatnya. Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad ia mati sebagai orang beriman yang sempurna imannya. Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad ia diberi khabar gembira oleh malaikat maut akan masuk syurga, kemudian diberitahu pula oleh dua malaikat, Munkar dan Nakir. Sungguhlah barangsiapa meninggal dunia dalam mencintai keluarga Muhammad ia akan diarak masuk syurga seperti pengantin perempuan di arak menuju rumah suaminya. Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad, di dalam kuburnya ia akan dibukakan dua pintu menuju syurga. Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan mencintai keluarga Muhammad ia mati dalam lingkungan sunnah awal jama’ah. Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan membenci keluarga Muhammad, pada hari kiamat kelak ia akan dibangkitkan dalam keadaan tertulis pada keningnya ‘Orang yang putus asa mengharapkan rahmat Allah’. Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan membenci keluarga Muhammad ia mati kafir. Sungguhlah bahwa barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan membenci keluarga Muhammad ia tidak akan mencium bau syurga”.

Fakhru-Raziy mengatakan, keluarga (aal) Muhammad s.a.w. ialah mereka yang urusannya tergantung kepada beliau, dan setiap orang yang urusannya bergantung kepada beliau adalah orang yang paling sempurna. Mereka itu aal (keluarga) Muhammad s.a.w. Sudah pasti, bahawa Fatimah, ‘Ali, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhum mereka itu merupakan orang-orang yang paling bergantung kepada Rasulullah s.a.w. Itulah yang kita ketahui dari Hadits-hadits mutawatir, kerananya mereka itulah yang disebut aal Muhammad s.a.w.

Lebih jauh Fakhrur-Raziy mengatakan, orang berbeza pendapat mengenai pengertian atau makna kata ‘aal’. Ada yang berkata, bahwa yang dimaksud ‘aal’ adalah kaum kerabat. Ada pula yang mengatakan, bahwa yang dimaksud ‘aal’ adalah ummat Muhammad s.a.w. Kalau kata ‘aal’ hendak diertikan ‘kerabat’ maka empat orang tersebut di atas adalah kerabat yang paling dekat, yaitu keluarga. Kalau kata ‘aal’ hendak diertikan ‘ummat yang menerima da’wah beliau s.a.w.’ maka empat orang itu pun jelas termasuk orang-orang yang menerima da’wah beliau s.a.w. Jadi, dengan apa saja kata ‘aal’ itu hendak diertikan, empat orang itu (yakni Fatimah, ‘Ali, Al-Hasan dan Al-Husein radhitallahu ‘anhum) adalah ‘aal’ atau ‘keluarga’ Rasulullah s.a.w. Tidak ada perselisihan pendapat mengenai kedudukan mereka itu sebagai ‘aal’ Muhammad s.a.w. Yang menjadi titik perselisihan pendapat ialah, apakah orang lain (selain empat orang itu) termasuk dalam pengertian ‘aal’ ataukah tidak.

Mengenai soal itu – demikian Fakhrur_Raziy mengatakan – Zamakhsyariy dalam kitabnya, Al-Kasysyaf telah meriwayatkan, bahwa ketika ayat ‘Al-Mawaddah’ itu turun Rasulullah s.a.w. ditanya: “Ya Rasulullah, siapa-siapakah kerabat anda yang wajib kami cintakasihi?” Beliau menjawap: “‘Ali, Fatimah dan dua orang puteranya”. Dengan demikian teranglah, bahwa empat orang itu adalah kerabat dan keluarga Rasulullah s.a.w. Mereka itulah yang berhak memperoleh kemuliaan khusus lebih besar. Mengenai itu dapat dikemukakan tiga buah dalil sebagai berikut:

1. Firman Allah s.w.t. dalam S. Asy-Syura: 23 (ayat ‘Al-Mawaddah).

2. Tidak dapat disangkal lagi bahwa Rasulullah s.a.w. sangat mencintai Fatimah r.a., dan beliau telah menegaskan; “Fatimah adalah bagian dari aku, apa yang menggangunya mengganguku”. Demikian pula mengenai Imam ‘Ali, Al-Husein radhiyallahu ‘anhum. Rasulullah s.a.w. pun sangat mencintai mereka. Banyak sekali Hadits-hadits mutawatir yang memberitakan hal itu. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap ahlulbaitnya wajib diikuti oleh segenap kaum Muslimin, kerana Allah s.w.t. telah berfirman:

“…Dan ikutilah dia (Rasul) agar kalian mendapat hidayat”. (A’raf: 158).

“…Maka hati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya…” (S. An-Nur: 63).

“Katakanlah hai Muhammad: Jika kalian benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, Allah pasti mencintai kalian”. (S. Ali-Imran: 31).

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah terdapat suritauladan yang baik bagi kalian”. (S. Al-Ahzab: 21).

3. Mendoakan ‘aal’ Muhammad s.a.w. mempunyai nilai yang besar, kerana itu doa shalawat ditetapkan sebagai penutup doa tasyahhud di dalam shalat; yaitu ucapan: Allahumma shali ‘alla Muhammad wa ‘aala aal Muhammad. Selain keluarga Rasulullah s.a.w. tidak ada yang memperoleh penghormatan dan kemuliaan setinggi itu, dan kenyataan tersebut merupakan dalil bahwa mencintai aal Muhammad s.a.w. adalah wajib.

Demikianlah keterangan yang diberikan oleh Fakhrur-Raziy mengenai makna kata ‘al-Qurba’ di dalam ayat ‘Al-Muwaddah’.

Ada sementara pendapat yang mengatakan, bahwa yang di maksud dengan ‘al-qurba’ dalam ayat ‘Al-Muwaddah’… ialah anak-anak Abdul Mutthalib. Orang yang berpendapat seperti itu antara lain Al-Qasthalaniy, yang mengatakan bahwa yang dimaksud ‘Al-qurba’ atau kerabat ialah keturunan Abdul Mutthalib.

Ibnu Hajar di dalam ‘As-Shawa’iqul-Muhriqah’ mengatakan, bahwa yang dimaksud dengan ‘al-qurba’ ialah orang-orang beriman dari keturunan Hasyim (Bani Hasyim) dan Bani Abdul Mutthalib. Pendapat itu dibenarkan oleh As-Shiban di dalam ‘Is’afur-Raghibin’ dan menambahnya dengan ‘al-‘itrah’ (keturunan Rasulullah s.a.w.). Ia mengatakan, bahwa empat peristilahan tersebut (yakni: ‘aal’, ‘ahlulbait’, ‘dzawil-qurba’ dan ‘itrah’) mempunyai satu makna. Hal itu ditegaskan oleh As-Shiban di dalam kitab ‘Al-Mawahib’.

Imam Al-Muqriziy berpendapat, bahwa ayat ‘Al-Mawaddah’ mempunyai sifat umum berlaku bagi semua orang beriman. Ia mengatakan, bahwa semua orang Arab adalah kaumnya Rasulullah s.a.w. dan beliau sendiri adalah dari mereka. Kerana itu orang lain yang bukan Arab diminta supaya bersikap baik dan menyukai orang Arab. Banyak Hadits yang mengisyaratkan hal itu. Al-Muqiriziy lebih jauh mengatakan di antara semua orang Arab, yang paling dekat hubungan kekerabatannya dengan Rasulullah s.a.w. adalah orang-orang Qureisy, kerana itu setiap orang Arab harus menghormati dan mencintai orang Qureisy. Tentang keafdhalan orang Qureisy dibanding dengan orang-orang lainnya, banyak diketengahkan dalam Hadits-hadits Nabi s.a.w. Bani Hasyim adalah kabilah (rahth) Rasulullah s.a.w. dan keluarganya, kerana itu setiap orang Qureisy harus menghormati dan mencintai orang Bani Hasyim. ‘Ali bin Abi Thalib, Fatimah, Al-Hasan, Al-Husein radhiyallahu ‘anhum dan anak cucu keturunan mereka adalah orang-orang yang paling dekat hubungan kekeluargaannya dengan Rasulullah s.a.w., kerana itu setiap orang Bani Hasyim harus menghormati dan mencintai mereka. Demikian kata Al-Muqriziy.

Mengenai Hadits-hadits yang berkenaan dengan fadha’il (keutamaan) Qureisy, antara lain seperti di bawah ini:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Semua orang mengikuti Qureisy dalam kebajikan maupun dalam keburukan”. (‘Asy-Syaraful-Muabbad Li Aal Muhammad’: 162).

“Barangsiapa hendak meremehkan Qureisy ia akan di remehkan (dihina) Allah”. (‘Asy-Syaraful-Muabbad Li Aali Muhammad’: 162).

“Allah memberikan kelebihan kepada Qureisy dengan tujuh perkara yang tidak pernah diberikan kepada siapa pun sebelum dan sesudah mereka: (1) Allah memberi kelebihan kepada Qureisy dengan (melahirkan aku) dari mereka. (2) Kenabian ada di tengah mereka. (3) Hijabah (kewajipan mengurus Ka’bah) ada pada mereka. (4) Siqayah (kewajipan menjamin air minum bagi semua jama’ah haji) juga pada mereka. (5) Allah menyelamatkan mereka dari serbuan ‘pasukan gajah’ (bala tentera Abrahah dari Yaman). (6) Mereka menyembah Allah 10 tahun lebih dari sebelum orang lain. (7) Tidak ada orang atau kabilah mana pun selain mereka yang disebut dalam satu surah dalam Al-Qur’an (Li iilaafi Qureisyin).” (‘Asy-syaraful Muabbad’: 162-163).

“Semua orang mengikuti Qureisy. Yang Muslim mengikuti Muslim-nya Qureisy dan yang kafir mengikuti kafir-nya Qureisy. Sesungguhnya semua orang menurut asal fitrahnya; orang-orang yang baik di masa jahiliyah dapat menjadi orang-orang yang baik di dalam Islam jika mereka telah sedar”. (‘Asy-Sayaraful Muhabbad’: 163).

“Hai manusia, janganlah kalian mencerca Qureisy agar kalian tidak binasa. Janganlah kalian meninggalkan Qureisy agar kalian tidak sesat. Janganlah kalian mengajar mereka, tetapi belajarlah dari mereka kerana mereka itu lebih mengerti daripada kalian. Seumpama mereka (dahulu) tidak sombong, tentu kedudukan mereka dalam pandangan Allah sudah ku umumkan”. (‘Asy-syaraful’: 163).

“Cintailah orang Qureisy, kerana siapa yang mencintai mereka ia akan dicintai Allah”.(‘Asy-syaraful Muabbad’: 164).

“Cinta kepada orang Qureisy adalah iman dan benci kepada mereka adalah kufur”. (‘Asy-syaraful Muabbad’: 164).

“Dahulukan orang Qureisy dan janganlah kalian mendahului mereka. Seumpama (dahulu) orang Qureisy tidak sombong tentu kedudukan mereka dalam pandangan Allah sudah kuberitahukan”. (‘Asy-syaraful Muabbad’: 164).

Qureisy adalah kebaikan bagi semua orang, orang tidak akan baik kecuali dengan mereka, ibarat makanan yang tidak akan baik kecuali dengan garam. Qureisy adalah khalis-hatullah (manusia bersih yang diciptakan Allah). Barangsiapa yang melancarkan perang terhadap mereka ia akan dicabut nikmatnya, dan barangsiapa yang hendak berbuat jahat terhadap mereka ia akan dihinakan Allah di dunia dan diakhirat“. (‘Asy-syaraful Muabbad’: 164-165).

“Janganlah kalian memaki Qureisy, kerana orang alim (yang akan muncul) dari Qureisy kelak akan memenuhi semua penjuru bumi dengan ilmu”. (‘Asy-syaraful Muabbad’: 165).

Mengenai Hadits yang terakhir itu Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain mengatakan, bahwa orang alim yang dari Qureisy itu ialah Imam Syafi’iy r.a. sebab tidak ada seorang alim yang ilmunya terpelihara di semua pelosok dunia selain Imam Syafi’iy.

Putera Imam Ahmad bin Hanbal yang bernama Shalih menceritakan sikap yang diperlihatkan ayahnya kepada Imam Syafi’iy, sebagai berikut: Pada suatu hari Imam Syafi’iy datang menjenguk ayahku (yakni Imam Ahmad). Ayahku berdiri menyambut kedatangannya, merangkul dan mencium keningnya. Imam Syafi’iy dipersilakan duduk oleh ayahku di tempat duduknya, kemudian mereka bercakap-cakap. Ketika Imam Syafi’iy hendak pulang dan sudah naik ke atas kenderaannya (keldai, kuda atau unta) ayahku mengantarkannya dengan berjalan kaki di sampingnya. Ketika Yahya bin Mu’in mendengar berita tentang kejadian itu, ia bertanya kepada ayahku: “Subhanallah, kenapa anda berbuat seperti itu”? Ayahku menjawap: “Seumpama ketika itu aku berjalan di sampingnya dan anda juga turut berjalan di samping yang lain, tentu anda akan memperoleh manfaat. Barangsiapa yang ingin memperoleh ilmu Fiqh sebanyak-banyaknya hendaknya ia mencium ekor kuda yang ditunggangi Imam Syafi’iy r.a.”!

At-Thabariy dalam tafsirnya mengenai ayat ‘Al-Mawaddah’ mengatakan, bahwa ayat tersebut bermakna: “Hai orang Qureisy, aku tidak minta upah apa pun kepada kalian. Yang kuminta hanyalah supaya kalian berkasih sayang dengan kerabatku dan memelihara silaturrahimi yang ada antara aku dan kalian”.

Ibnu ‘Abbas r.a., Ibnu Ishaq dan Qatadah, ketiga-tiganya mengatakan: Rasulullah s.a.w. mempunyai hubungan kekerabatan dan keturunan dengan setiap anak suku kabilah Qureisy. Ayat tersebut mengandungi erti permintaan agar orang-orang Qureisy jangan mengganggu beliau s.a.w.

Berdasarkan Hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas r.a., Ibnu Hatim dalam menafsirkan kalimat “…dan barangsiapa berbuat kebaikan…” (lanjutan ayat Al-Mawaddah) mengatakan bahwa yang dimaksud dengan ‘kebaikan’ (hasanah) ialah ‘cintakasih kepada aal Muhammad s.a.w.’

Sebagaimana diketahui, Ibnu ‘Abbas r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkata:

“Cintalah Allah atas nikmat yang dilimpahkan-Nya kepada kalian, cintailah aku berdasarkan kecintaan kepada Allah, dan cintailah ahlulbait berdasarkan kecintaan kepadaku”.

Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkata:

“Mencintai ahlulbait Muhammad satu hari lebih baik dari ibadah satu tahun”.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. telah menegaskan:

“Yang terbaik di antara kalian ialah orang yang terbaik sikapnya terhadap ahlulbait sepeninggalku”.

Thabraniy dan lain-lain mengetengahkan beberapa Hadits Nabi s.a.w. tentang kecintaan kepada ahlulbaitnya, antara lain:

“Seorang hamba Allah tidak akan sempurna imannya sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaanya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keluargaku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri; dan sebelum kecintaannya kepadaku dzatku melebihi kecintaannya kepada dzatnya sendiri”.

“ahlulbait dan para pencintanya di kalangan ummatku akan bersama-sama masuk syurga seperti dua jari telunjuk ini”.

“Hendaklah kalian tetap memelihara kasihsayang dengan kami, ahlulbait, kerana orang yang bertemu dengan Allah (pada hari kiamat kelak) dalam keadaan mencintai kami ia akan masuk syurga dengan syafaat kami. Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, amal seorang hamba Allah tidak akan bermanfaat baginya kecuali dengan mengenal hak-hak kami”.

Ad-Dailamiy mengetengahkan sebuah riwayat Hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Barangsiapa yang hendak bertawassul (berwasilah) dan ingin memperoleh syafaat dariku pada hari kiamat kelak, hendaknya ia menjaga hubungan silaturrahimi dengan ahlulbait dan berbuat yang menggembirakan mereka”.

Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah s.a.w. memberitahukan kepadaku:

“Bahwa orang-orang yang pertama akan masuk syurga ialah aku, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein. Aku bertanya: Bagaimanakah para pencinta kami, ya Rasulullah? Beliau menjawap: Di belakang kalian”.

Imam Ahmad bin Hanbal r.a. mengetengahkan sebuah Hadits, bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. memegang tangan Al-Hasan dan Al-Husein seraya berkata:

“Barangsiapa yang mencintaiku dan mencintai kedua anak ini dan ayahbunda mereka, ia akan berada di dalam derajatku pada hari kiamat”.

Yang dimaksud ‘di dalam derajatku’, bukan bererti sederajat dengan beliau s.a.w., melainkan bersama-sama beliau dalam musyahadah (menyaksikan Dzat Ilahi).

“Barangsiapa berbuat baik kepada salah seorang dari keturunan Abdul Mutthalib dan ia belum memperoleh imbalannya di dunia, maka imbalannya menjadi tanggunganku pada hari kiamat kelak, bila ia bertemu denganku”. (Hadits marfu diketengahkan oleh Thabrani).

“Empat golongan yang akan memperoleh syafaat dariku pada hari kiamat. Mereka itu adalah:

  1. Orang yang menghormati keturunanku.
  2. Orang yang memenuhi kebutuhan mereka.
  3. Orang yang berusaha membantu urusan mereka pada saat mereka memerlukannya.
  4. Orang yang mencintai mereka dengan hati dan lidahnya”.

Ibnun-Najjar di dalam kitab ‘Tarikh’-nya tentang Al-Hasan bin ‘Ali r.a. mengetengahkan sebuah Hadits, bahwasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

(Segala sesuatu mempunyai asas. Asas Islam ialah kecintaan kepada para sahabat Rasulullah dan kecintaan kepada ahlulbaitnya).

Thabraniy mengetengahkan sebuah Hadits berasal dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang mengatakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah berkata:

“Dua kaki seorang hamba Allah tidak akan dapat bergerak pada hari kiamat sebelum ia ditanya tentang empat perkara: Untuk apa umurnya dihabiskan; untuk apa tubuhnya (jasadnya) dirusakkan (yakni: dipergunakan hingga mati); untuk apa hartanya diinfakkan dan dari mana diperoleh; dan ditanya tentang kecintaannya kepada ahlulbait”.

Ad-Dailamiy mengetengahkan Hadits berasal dari Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

“Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas shirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlulbaitku dan para sahabatku”.

Dalam Shahih Bukhariy dan Muslim terdapat sebuah riwayat Hadits sebagai berikut:

Al-‘Abbas, paman Nabi, mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang adanya kelompok orang Qureisy yang sedang bercakap-cakap, tetapi setelah mereka melihat Al-‘Abbas datang, mereka memperlihatkan muka kecut dan menghentikan percakapannya. Mendengar pengaduan itu Rasulullah s.a.w. tampak gusar, wajahnya merah padam dan keningnya berkeringat. Beliau kemudian berkata:

“Kenapa sampai ada orang-orang yang sedang bercakap-cakap, tetapi bila mereka melihat seorang dari ahlulbaitku datang lalu menghentikan percakapannya. Demi Allah, iman belum masuk ke dalam hati seseorang sebelum ia mencintai mereka (para ahlulbaitku) kerana mereka itu adalah kerabatku”.

Menurut riwayat lain, ketika itu Rasulullah s.a.w. berkata:

“Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya, iman belum masuk ke dalam hati seseorang sebelum ia mencintai kalian (ahlulbait) demi kerana Allah dan Rasul-Nya”.

Thabraniy di dalam kitab ‘Al-Ausath’ mengetengahkan Hadits, bahwa Abdullah bin Umar Ibnul-Khatthab r.a. mengatakan:

“Kalimat terakhir yang diucapkan Rasulullah s.a.w. ialah: Gantikanlah aku (teruskanlah kepemimpinanku) di kalangan ahlulbaitku”.

Imam ‘Ali r.a. meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. telah berkata:

“Didiklah anak-anak kalian mengenai tiga perkara: Mencintai Nabi kalian, mencintai ahlulbaitnya dan membaca Al-Qur’an”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Allah mempunyai tiga hurumat (hal-hal yang wajib dihormati dan tidak boleh dilanggar). Barangsiapa yang menjaga baik-baik tiga hurumat itu Allah akan menjaga urusan agamanya dan keduniaannya; dan barangsiapa yang tidak mengindahkannya, Allah tidak akan mengindahkan sesuatu baginya. Para sahabat bertanya: Apakah tiga hurumat itu, ya Rasulullah? Beliau menjawap: Hurumatul-Islam, hurumatku dan hurumat kerabatku”.

Semua pemimpin dan para ulama kaum Salaf dan Khalaf (generasi sezaman dengan Rasulullah s.a.w. dan generasi-generasi berikutnya) memupuk kecintaannya masing-masing kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w., terutama Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. yang pernah berkata:

“Kerabat Rasulullah s.a.w. lebih kucintai daripada kerabatku sendiri”.

Al-Bukhariy mengetengahkan ucapan Abu Bakar r.a. di dalam ‘Shahih’-nya:

“Jagalah – wasiyat – Muhammad mengenai ahlulbaitnya”.

Ibnu Allan mengatakan, bahwa Imam Nawawiy – Penulis kitab ‘Riyadhus-Shalihin’ – mengertikan kata ‘jagalah’ tersebut di atas dengan: ‘peliharalah, hormatilah dan muliakanlah’.

Al-Mala dalam kitab ‘Sirah’-nya mengetengahkan sebuah Hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berpesan:

“Wasiatkanlah kebajikan bagi Ahlulbaitku. Pada hari kiamat kelak aku akan menggugat kalian mengenai ahlulbaitku. Barangsiapa yang menghadapi gugutanku, ia akan digugat oleh Allah, dan barangsiapa yang digugat oleh Allah ia akan dimasukkan ke dalam neraka”.

Sebuah Hadits shahih yang diketengahkan oleh banyak Ahlul-Sunnah (para ulama Hadits) memberitakan kejadian sebagai berikut: Ketika anak perempuan Abu Lahab meninggalkan orang tuanya dan hijrah ke Madinah, ada beberapa orang dari kaum Muslimin yang berkata kepadanya: Hijrahmu ke Madinah tidak ada gunanya samasekali, kerana orang tuamu adalah umpan neraka! Ketika anak perempuan Abu Lahab melaporkan kejadian itu kepada Rasulullah s.a.w., beliau amat gusar, kemudian berkata:

“Kenapa sampai ada orang-orang yang menggangguku melalui nasab dan kaum kerabatku?! Sungguhlah, barangsiapa yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia menggangguku, dan barangsiapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah”.

Thabraniy dan Al-Hakim mengetengahkan Hadits berasal dari Ibnu ‘Abbas r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata:

“Hai Bani Abdul Mutthalib, kalian kudoakan kepada Allah mengenai tiga hal: Semoga Allah memantapkan kedudukan kalian; semoga Allah melimpahkan ilmu kepada orang yang sesat di antara kalian. Seumpama ada orang yang naik turun antara Rukn dan Maqam (dua buah tempat sekitar Ka’bah) kemudian ia shalat dan puasa, tetapi jika ia meninggal dunia dalam keadaan membenci ahlulbait Muhammad, ia masuk neraka”.

Dalam kitab ‘Al-Ausath’ Thabraniy mengetengahkan Hadits berasal dari Jabir bin Abdullah, yang mengatakan bahwa ia mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah, antara lain beliau berkata:

(Hai manusia, barangsiapa menbenci kami, Ahlulbait, pada hari kiamat ia akan digiring sebagai orang Yahudi).

Abu Sa’id Al-Khudriy meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata:

(Orang yang membenci kami, ahlulbait, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka).

Thabrani meriwayatkan sebuah Hadits berasal dari Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a. berkata kepada Mu’awiyah bin Abi Sufyan:

“Hati-hatilah jika engkau membenci kami, kerana Rasulullah s.a.w. telah berkata: Orang yang membenci kami dan dengki terhadap kami pada hari kiamat akan dihalau dari syurga dengan cambuk dari neraka”.

Imam Ahmad bin Hanbal r.a. mengetengahkan sebuah Hadits marfu, bahwa Rasulullah s.a.w. berkata:

“Barangsiapa membenci ahlulbait dia adalah munafik”

Rasulullah s.a.w. juga telah berkata:

“Syurga diharamkan bagi orang yang berlaku dzalim terhadap ahlulbaitku dan menggangguku lewat keturunanku”.

Demikian banyaknya Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh para sahabatnya, yang kesemuanya memberi pengertian kepada kaum Muslimin, bahwa mencintai beliau s.a.w. dan ahlulbaitnya merupakan bagian dari agama Islam, yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang mendambakan keridhoan Allah s.w.t., kerana keridhoan Allah dan keridhoan Allah dan keridhoan Rasul-Nya merupakan kesatuan yang tak terpisahkan.

Mereka itulah ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang wajib kita kenal dan kita akui keutamaan martabat serta kelebihan-kelebihan yang telah dilimpahkan Allah sebagai anugerah istimewa kerana hubungan kekeluargaan mereka dengan Rasulullah s.a.w.

Mereka keluarga suci dan mulia
Barangsiapa dengan ikhlas mencintainya
Ia memperoleh pegangan yang sentosa
Untuk bekal kehidupan di akhiratnya
Yang keluhuran perilakunya terkenal di dunia
Kebajikannya menjadi buah bibir dan cerita
Dan keagungannya diingat orang sepanjang masa
Hormat kepada mereka adalah kewajipan agama
Kecintaan kepada mereka wujud hidayat yang nyata
Mentaati mereka adalah curahan cinta
Dan kecintaan kepada mereka adalah takwa

Setelah dibai’at sebagai penerus kekhalifahan ayahandanya, Imam Al-Hasan r.a. dalam khutbahnya antara lain menegaskan kedudukan ahlulbait Rasulullah s.a.w., sebagai berikut:

“Kami adalah keluarga terdekat Rasulullah s.a.w., kami ahlulbait beliau yang baik, kami adalah salah satu dari dua tsaqal (tsaqalain) yang diwasiatkan datuk kami s.a.w. kepada ummatnya, kami tsaqal kedua setelah Kitabullah yang di dalamnya terdapat penjelasan terperinci mengenai segala sesuatu dan yang tidak mengandung kebatilan samasekali, baik secara samar-samar atau pun secara terang, suatu Kitab suci yang diturunkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji, Kitab Suci yang tafsir dan ta’wilnya ada pada kami. Kerana itu hendaknya kalian taat kepada kami, kerana ketaatan kalian kepada kami telah diwajibkan selama kami tetap taat kepada Allah Azza wa Jalla dan kepada Rasul-Nya. Allah s.w.t. telah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan ulil-amri dari kalian”. (S. An-Nisa’: 59).

Selanjutnya Imam Al-Hasan r.a. berkata: “Kami adalah pimpinan kaum Muslimin dan hujah Ilahi di alam semesta. Kami adalah maula kaum Muslimin dan kami jaminan keamanan bagi penghuni bumi sebagaimana bintang-bintang menjadi jaminan keamanan bagi penghuni langit…”

“Hai ummat manusia, barangsiapa telah mengenalku, tentu ia telah benar-benar mengenalku, dan barangsiapa yang belum mengenalku maka kenalilah bahwa aku adalah Al-Hasan bin ‘Ali, aku putera Nabi, putera manusia yang diutus Allah sebagai pembawa berita gembira dan peringatan, putera seorang Nabi dan Rasul yang mengajak ummat manusia bersembahsujud kepada Allah. Aku adalah putera pelita yang memancarkan cahaya terang-benderang, aku seorang dari ahlulbaitnya yang oleh Allah s.w.t. telah dibersihkan dari segala noda dan kotoran serta telah disucikan sesuci-sucinya. Aku seorang dari ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang Allah mewajibkan setiap Muslim supaya berkasihsayang kepadanya. Allah Tabaraka Wa Ta’ala telah berfirman kepada Rasul-Nya s.a.w.:

“Katakanlah: Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian atas da’wah Risalah selain supaya kalian berkasihsayang dalam kekeluargaan, dan barangsiapa berbuat kebaikan kepadanya akan Kami tambahkan kebaikan”. (S. Asy-Syura: 23).

Kerana itu hendaklah kalian berbuat baik dengan berkasih sayang kepada kami, ahlulbait Rasulullah s.a.w. Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a. dalam penjelasannya mengenai ciri-ciri khusus para pengikut dan pencinta ahlulbait Rasulullah s.a.w. mengatakan sebagai berikut:

“Para pengikut dan pencinta kami, ahlulbait Rasulullah s.a.w., adalah orang-orang yang mengenal Allah dan melaksanakan perintah-perintah-Nya. Mereka itu orang-orang yang memiliki keutamaan dan selalu berbicara benar, makanan dan pakaian mereka sederhana, berjalan dengan tawadhu (rendah hati) mencari keridhoan Allah dengan taat kepada-Nya dan tunduk kepada-Nya dengan khusyu beribadah. Mereka memejamkan mata dari semua yang diharamkan Allah dan gemar mendengarkan serta menuntut ilmu untuk mengenal Tuhannya. Dalam menghadapi cubaan dan kesenangan, jiwa mereka menunduk dan ridho menerima takdir Ilahi. Kalau bukan kerana umur yang telah disuratkan Allah s.w.t. bagi mereka, sekejap mata pun roh mereka tidak akan tetap di dalam jasad mereka, kerana mereka itu sangat merindukan pertemuan dengan Allah, amat mendambakan limpahan pahala-Nya dan selalu takut akan hukuman-Nya yang amat pedih. Dalam jiwa mereka hanya Al-Khaliq sajalah Yang Maha Besar, selain itu adalah serba kecil dalam pandangan mereka. Mereka membayangkan syurga seperti orang yang pernah menyaksikannya sambil duduk bersandar di pelaminan. Gambaran mereka mengenai neraka seperti orang yang pernah menyaksikan sambil merasakan adzabnya dengan sabar beberapa hari lamanya kemudian akan tiba saatnya bagi mereka untuk menikmati kebahagiaan yang lama. Mereka dirayu keduniaan, tetapi mereka tidak menginginya. Keduniaan mengejar-ngejar mereka, tetapi mereka sanggup membuat keduniaan tidak berdaya menguasai mereka. Di malam hari kaki mereka tegak berdiri (shalat), membaca bagian-bagian dari Al-Qur’an, mendidik diri mereka sendiri dengan contoh-contoh dan teladan yang terdapat di dalamnya, dan dengan Al-Qur’an yang dibacanya itu mereka mengubati penyakit yang ada di dalam jiwa mereka. Ada kalanya juga mereka duduk bersimpuh, menekuk lutut dan ujung jari-jari kaki bersembah sujud kepada Allah. Dengan air mata bercucuran pada kedua pipinya mereka mengagungkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, mohon kepada-Nya supaya dilepaskan dari keduniaan yang membelenggu mereka. Itulah yang mereka lakukan di malam hari.

“Di siang hari mereka adalah para ahli hikmah yang patuh kepada Allah, para ulama yang takwa dan takut kepada Tuhannya. Mereka tampak seperti anak panah yang belum disepuh (lemah lunglai) sehingga engkau menduga mereka itu orang-orang sakit atau orang-orang yang kebingungan, padahal mereka tidak demikian. Mereka itu tercekam jiwanya merasakan kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya; hati mereka tidak pernah terlepas dari Tuhannya dan fikiran mereka pun tak pernah lengah. Apabila mereka telah terlepas dari cekaman batinnya, mereka segera mengabdikan diri kepada Allah dengan berbuat kebajikan sebanyak-banyaknya. Mereka tidak puas dengan sedikit berbakti kepada Allah dan tidak meminta balasan sebanyak-banyaknya. Mereka adalah orang-orang yang selalu menyedari kekurangan pada dirinya dan senantiasa ingin berbuat kebajikan sebanyak-banyaknya. Engkau dapat menyaksikan pada diri mereka masing-masing terdapat kesedaran beragama yang kuat, terdapat kemantapan tekad dalam sikapnya yang lembut, memiliki iman dan keyakinan yang mantap, selalu haus ingin menambah ilmu, memahami fiqh sedalam-dalamnya, menuntut ilmu dengan tabah dan sabar, luwes dalam usaha mencapai tujuan. Mereka tidak membutuhkan sesuatu, tetapi hidup mempunyai tujuan. Mereka memperindah diri dengan hidup kekurangan, dan berkasihsayang dengan hati yang sabar. Mereka khusyu dalam beribadah, bermurah hati kepada orang yang kesusahan, memenuhi hak orang lain, tidak serakah dalam mencari penghidupan, menghendaki yang serba halal, giat memberikan petunjuk dan nasihat, ketat menjaga tuntutan selera, tidak tergiur oleh sesuatu yang tidak diketahuinya, selalu memperhitungkan apa yang hendak diperbuatnya, tidak tergesa-gesa melakukan sesuatu, dan sekalipun ia berbuat baik namun tetap merasa takut. Di pagi hari mereka sibuk berdzikir dan di petang hari mereka terus menerus bersyukur. Di malam hari mereka berhati-hati agar tidak lupa beribadah, dan di pagi hari riang gembira atas rahmat Allah yang diperolehnya. Mereka selalu menginginkan sesuatu yang kekal (kehidupan akhirat) dan hidup zuhud meninggalkan hal-hal yang tidak berguna. Mereka menerapkan ilmunya dalam amal perbuatan dan menyatukannya dengan kesabaran. Mereka rajin dan giat serta tak kenal malas, tidak bercita-cita muluk dan dari Allah mereka mengharap kebajikan. Mereka asyik menanti ajal dengan hati senantiasa bersyukur kepada Tuhan, rela dengan apa yang ada pada dirinya, sanggup menahan amarah, pantang mengganggu tetangga, mudah urusannya, menonjol kesabarannya dan banyak dzikirnya. Mereka tidak berbuat kebaikan kerana riya (untuk mendapat pujian orang) dan tidak meninggalkan kebajikan kerana malu. Mereka itulah para pengikut dan pencinta kami, ahlulbait Rasulullah s.a.w.” (Mahmud Syarqawiy: ‘As-Sayyidatu Zainab’: 36).

Itulah sifat-sifat mulia, luhur dan sempurna yang semestinya menghiasi diri setiap Muslim agar dapat menjadi pencinta sejati ahlulbait Rasulullah s.a.w. Sebab, jika orang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w. dan ahlulbaitnya maka tidak bisa lain ia tentu mengikuti jejak mereka dan bersuriteladan pada keluhuran akhlak dan perangai mereka. Itulah hikmah yang terkandung di dalam perintah Allah dan Rasul-Nya supaya setiap Muslim senantiasa mengucapkan shalawat dan salam bagi Rasulullah s.a.w. beserta ahlulbaitnya. Mengucapkan shalawat adalah mudah, tetapi mewujudkan ucapan shalawat dalam kehidupan nyata memang menuntut kesedaran iman yang setinggi-tingginya.

NASH-NASH HADITS “AL-KISA”

Sebagaimana telah kita ketahui dari uraian pada bahagian permulaan buku ini, Hadits ‘Al-Kisa’ mengandung dua pengertian pokok yang amat besar dan penting. Yaitu: (1) Pembuktian atau dalil tentang kesucian ahlulbait Rasulullah s.a.w.; dan (2) bahwa yang dimaksud ‘ahlulbait’ ialah Imam ‘Ali r.a., Siti Fatimah r.a. dan kedua orang puteranya, Al-Hasan dan Al-Husein radhiyallahu ‘anhuma.

Nash-nash Hadits tersebut diriwayatkan oleh berbagai sumber dan oleh banyak rawi (orang yang menyampaikan riwayat) dengan teks yang agak berlain-lainan, tetapi mempunyai makna yang sama. Di bawah ini kami kutipkan beberapa nash dari Hadits ‘Al-Kisa’:

Aisyah r.a. berkata: Pada suatu pagi Rasulullah s.a.w. dengan mengenakan jubah terbuat dari bulu berwarna hitam keluar (dari hijr), kemudian datanglah Al-Hasan, lalu ia dimasukkan ke dalam jubah seraya berucap: “Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran (rijsa) dari kalian, ahlulbait dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya“.

(Dari Hadits Zakariya, dari Mush’ab bin Syaibah dan dari Shafiyyah binti Syaibah. Lihat Tafsir At-Thabariy 22/5).

Ummu Salamah r.a. berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berada di tempat kediamanku bersama ‘Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein. Untuk mereka kubuatkan khazirah (makanan terbuat dari tepung dan daging). Setelah makan mereka tidur, kemudian oleh Rasulullah s.a.w. mereka diselimuti dengan kisa, atau kain sutera, seraya berucap: ‘Ya Allah, mereka ahlulbaitku, hilangkanlah kotoran dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya“. (Dari Hadits Zaid, dari Syahr bin Hausyab. Lihat Tafsir At-Thabariy: 22/6).

Abu Ammar berkata: Aku duduk di rumah Watsilah bin Al-Asqa bersama beberapa orang lain yang sedang membicarakan soal ‘Ali r.a. dan mengecamnya. Ketika mereka berdiri (hendak meninggalkan tempat) Watsilah berkata: Duduklah, kalian hendak kuberitahu tentang orang yang kalian kecam itu. Di saat aku sedang berada di kediaman Rasulullah s.a.w. datanglah ‘Ali, Fatimah, Hasan dan Husein. Beliau kemudian melemparkan kisanya kepada mereka seraya berucap: Ya Allah, mereka ahlulbait. Ya Allah, hilangkanlah kotoran dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya. Aku bertanya: ‘Ya Rasulullah, bagaimanakah diriku? Beliau menjawap: Dan engkau…! Watsilah selanjutnya berkata: Demi Allah, bagiku peristiwa itu merupakan kejadian yang sangat meyakinkan“. (Dari Hadits Abu Nu’aim Al-Fadhl bin Dakkain yang mengatakan menerima Hadits itu dari Abdus-Salam bin Harb, dari Kaltsum Al-Muharibiy, berasal dari Abu Ammar. Lihat Tafsir At-Thabariy: 22/6).

Ummu Salamah r.a. berkata: Ketika turun ayat ‘Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya’. Rasulullah s.a.w. memanggil ‘Ali, Fatimah, Hasan dan Husein, kemudian beliau menyelimuti mereka dengan kisa buatan Khaibar seraya berucap: ‘Ya Allah, mereka ahlulbaitku. Ya Allah, hilangkan kotoran dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya. Ummu Salamah bertanya: ‘Tidakkah aku termasuk mereka’? Rasulullah s.a.w. menjawap: ‘Engkau berada di dalam kebajikan“?

(Dari Hadits Waki’, dari Abdulhamid bin Bahram, dari Syahr bin Hausyab, dari Fudhail bin Marzuq, dari Athiyyah, dari Abu Sa’id Al-Khudriy, berasal dari Ummu Salamah r.a. Lihat tafsir At-Thabariy: 22/7).

Ummu Salamah r.a. berkata; Fatimah datang kepada Rasulullah s.a.w. membawa sebuah kuali tembikar berisi ashidah (sejenis makanan terbuat dari tepung) yang baru dimasaknya. Kuali yang dialasi dengan baki itu kemudian diletakkan di hadapan beliau s.a.w. Beliau bertanya: ‘Manakah kedua anakmu?’ Fatimah menjawap: ‘Di rumah’. Beliau berkata lagi: ‘Panggilah mereka’. Fatimah lalu menemui ‘Ali dan berkata: ‘Datanglah menghadap Nabi s.a.w. bersama dua putera anda’. Ummu Salamah berkata lebih lanjut: ‘Ketika Rasulullah s.a.w. melihat mereka datang, beliau mengambil kisa dari tempat tidur, kemudian dibentang, dan mereka diminta duduk di atasnya. Beliau lalu mengambil empat ujung kain kisa digabung menjadi satu dengan tangan kiri beliau di atas kepala mereka. Kemudian beliau mengangkat tangan kanannya sambil berdoa: ‘Ya Allah, mereka adalah ahlulbait, hilangkanlah kotoran dari mereka dan sucikan mereka sesuci-sucinya“.

(Hadits dari Zarbayi, dari Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah r.a. dan berasal dari Ummu Salamah r.a. Lihat tafsir At-Thabariy: 22/7).

Ummu Salamah r.a. mengatakan, bahwa ayat ‘Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya’ turun ketika Rasulullah s.a.w. sedang berada di rumahnya. Ummu Salamah r.a. berkata: ‘Ketika itu aku duduk di dekat pintu rumah. Kepada Rasulullah s.a.w. aku bertanya: ‘Ya Rasulullah, apakah diriku termasuk ahlulbait’? Beliau menjawap: ‘Engkau memperoleh kebajikan, engkau termasuk para isteri Nabi’. Ketika itu Rasulullah s.a.w., ‘Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein berada di rumahku“.

(Dari Hadits Ibnu Marzuq, dari Athiyyah, dari Abu Sa’id berasal dari isteri Nabi, Ummu Salamah r.a. Lihat tafsir At-Thabariy: 22/7).

Abdullah bin Wahab bin Zam’ah mengatakan: Ummu Salamah r.a. memberitahu kepadaku, bahwa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. mengumpulkan Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein r.a., kemudian ketiga-tiganya dimasukkan ke dalam jubahnya, lalu beliau berdoa mohon kepada Allah s.w.t.: ‘Merekalah ahlulbaitku…’ Ummu Salamah berkata: ‘Ya Rasulullah, masukkanlah aku bersama mereka’, Rasulullah s.a.w. menjawap: ‘Engkau termasuk keluargaku“. (Dari Hadits Hasyim bin Utbah bin Abi Waqqash, berasal dari Abullah bin Wahab bin Zam’ah Lihat tafsir At-Thabraniy: 22/7 dan Tuhfatul-Ahwadziy: 9/66).

Umar bin Abi Salamah – anak tiri Rasulullah s.a.w. – mengatakan, bahwa ayat ‘Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya turun kepada Rasulullah s.a.w. di rumah Ummu Salamah. Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Hasan, Husein dan Fatimah, lalu ketiga-tiganya diminta duduk di depan beliau. Beliau memanggil ‘Ali lalu diminta duduk di belakang beliau. Kemudian beliau bersama mereka menyelimuti diri dengan kisa seraya berucap: ‘Ya Allah, mereka ahlulbaitku, maka hilangkanlah kotoran dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya’. Ummu Salamah berkata: ‘Apakah aku bersama mereka’? Rasulullah s.a.w. menjawap: ‘Engkau berada di tempatmu dan engkau memperoleh kebajikan‘. (Dari Hadits Muhammad bin Sulaiman Al-Ashbahaniy, dari Yahya bin Ubaid Al-Makky, dari Atha bin Abi Rabbah, berasal dari Umar bin Abi Salamah. Lihat Tafsir At-Thabariy: 22/7 dan Tuhfatul-Ahwadziy: 9/66).

Sa’ad mengatakan: Ketika wahyu tersebut turun (yakni S. Al-Ahzab: 33) Rasulullah s.a.w. memanggil ‘Ali, dua orang puteranya dan Fatimah. Mereka lalu dimasukkan ke dalam jubah beliau s.a.w. seraya berucap: ‘Ya Allah, Rabbi, mereka adalah keluargaku, ahlulbaitku“. (Dari Hadits Bukair bin Asma, dari Amir bin Sa’ad, berasal dari Sa’ad. Lihat Tafsir At-Thabariy: 22/8).

Hakim bin Sa’ad berkata: ‘Ali bin Abi Thalib r.a. memberitahu Ummu suatu peristiwa yang terjadi ketika ia berada di rumah Ummu Salamah r.a. Ummu Salamah r.a. mengatakan: ‘Di rumahku turun ayat ‘Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya’. Ummu Salamah r.a. menceritakan: ‘Ketika itu Rasulullah s.a.w. datang ke rumahku, kemudian beliau berkata: ‘Jangan memberi izin masuk kepada siapa pun’! beberapa saat kemudian datanglah Fatimah r.a. Aku tak dapat mencegahnya bertemu dengan ayahandanya. Kemudian datang Al-Hasan, aku pun tak dapat menghalanginya bertemu dengan bundanya dan datuknya. Lalu datang lagi Al-Husein r.a., aku tak dapat menghalanginya juga. Mereka semuanya termasuk ‘Ali bin Abi Thalib r.a. berkumpul di sekitar Rasulullah s.a.w. duduk di atas permaidani. Rasulullah s.a.w. lalu menyelimuti mereka dengan kain kisa seraya berucap: ‘Ya Allah, mereka ahlulbaitku, hilangkanlah kotoran dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya’. Pada saat itulah turun ayat tersebut di atas. Aku bertanya: ‘Ya Rasulullah, dan aku…? Demi Allah, beliau tidak menjawap: ‘Ya’. Engkau memperoleh kebajikan“. (Dari Hadits Abdullah bin Abdulquddus, dari Al-A’masy, dari Hakim bin Sa’ad, berasal dari ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Lihat Tafsir At-Thabariy: 22/8).

KISAH TENTANG TAFSIR AYAT 32 S. FATHIR

Dalam kitab ‘Uyunul-Akhbar’ terdapat sebuah kisah tentang tafsir ayat 32 S. Fathir yang berbunyi sebagai berikut:

Kemudian Kitab itu ‘Al-Qur’an’ Kami wariskan kepada orang-orang dari hamba Kami yang telah Kami pilih“.

Pada suatu hari Imam ‘Ali Ar-Ridha r.a. (seorang pemimpin terkemuka keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w.) menghadiri pertemuan yang diselenggarakan oleh Khalifah Al-Ma’mun di Marwa. Dalam pertemuan tersebut hadir pula sejumlah ulama dari Iraq dan Khurasan. Mereka diminta oleh Khalifah Al-Ma’mun supaya menafsirkan ayat 32 S. Fathir tersebut di atas. Atas permintaan Khalifah Al-Ma’mun para ulama dari kedua daerah itu menerangkan, bahwa yang dimaksud kalimat ‘orang-orang dari hamba Kami yang telah Kami sucikan’ ialah ummat Islam seluruhnya. Imam Ar-Ridha tidak sependapat dengan para ulama yang hadir, kemudian menguraikan tafsir ayat suci tersebut seperti di bawah ini:

“Yang dimaksud dengan kalimat tersebut…”, demikian kata Imam Ar-Ridha, ‘…ialah ‘Al-Itrah At-Thahirah’ (‘Keturunan suci Rasulullah s.a.w.’). Sebab, kalau yang dimaksud kalimat tersebut ‘seluruh ummat Islam’ tentu semuanya akan menjadi penghuni syurga, padahal Allah telah berfirman lebih lanjut dalam ayat tersebut:

Di antara mereka itu ada yang berlaku dzalim terhadap dirinya sendiri, ada yang sedang-sedang saja (muqtashid) dan ada pula yang lebih mendahului berbuat kebajikan seizin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar“.

Dalam ayat berikutnya Allah berfirman:

Bagi mereka disediakan ‘syurga Adn’, mereka akan memasukinya dan di dalamnya mereka akan dihiasi dengan gelang-gelang emas…

Jadi, yang mewarisi Kitab suci ialah Al-‘Itrah At-Thahirah ‘keluarga suci keturunan Rasulullah s.a.w.’, bukan orang-orang selain mereka. Merekalah yang dimaksud oleh ayat:

Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya“, dan mereka itu jugalah yang dimaksud oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya:

Kutinggalkan kepada kalian dua bekal: Kitabullah dan itrahku, ahlulbaitku. Kedua-duanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaku di haudh (syurga). Maka perhatikanlah bagaimana kalian akan meneruskan kepemimpinanku mengenai dua hal itu“.

Lebih jauh Imam Ar-Ridha menjelaskan:

“Mereka diharamkan menerima shadaqah (atau zakat), padahal orang-orang selain mereka tidak diharamkan. Kalian tentu telah mengetahui bahwa baik hak waris maupun kesucian berada di tangan orang-orang pilihan yang hidup di atas hidayat Ilahi, bukan di tangan orang-orang lainnya. Allah s.w.t. juga telah berfirman:

“…Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh dan Ibrahim, kemudian kepada keturunan dua orang Nabi itu kami berikan kenabian dan Kitab suci. Namun di antara mereka itu ada yang mengikuti hidayat dan banyak pula yang fasik“. – S. Al-Hadid: 26.

Jadi jelaslah, bahawa warisan atas kenabian dan Kitab suci, diberikan Allah kepada orang-orang yang memperoleh hidayat, bukan kepada orang-orang fasik. Selain itu Allah juga telah menganugerahkan kelebihan dan keutamaan kepada keluarga suci jauh lebih banyak daripada yang dianugerahkan kepada orang lain. Allah berfirman:

“…Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi semua ummat dalam zamannya masing-masing, yaitu suatu keturunan yang sebagiannya berasal dari sebagian yang lain. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” – S. Aali Imran: 34.

Apakah mereka itu dengki kepada orang-orang itu kerana kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya? Sungguhlah bahwa Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim dan kepadanya telah Kami berikan kerajaan yang besar” (yakni kenabian turun temurun). (S. An-Nisa: 54)

Kemudian kepada seluruh kaum beriman Allah s.w.t. berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan Ulil Amri dari kalian“. – S. An-Nisa: 59.

Yakni orang-orang yang hidup dikurniai hikmah kenabian dan Kitab suci, yaitu orang-orang yang menjadi sasaran kedengkian dan irihati mereka yang tidak beriman.

Mengenai keturunan suci mereka (Al-Itrah At-Thahirah), Allah s.w.t. telah menjelaskan pengertiannya melalui firman-Nya:

Dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu (hai Muhammad) yang terdekat“. – S. Asy-Syu’ara: 214.

Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dari kalian, ahlulbait, dan hendak mensucikan kalian sesuci-sucinya“. – S. Al-Ahzab: 33.

Barangsiapa yang membantahmu ‘hai Muhammad’ tentang kisah Isa setelah datang pengetahuan ‘yang meyakinkan kepadmu’, maka katakanlah kepada mereka: ‘Marilah kita panggil (kumpulkan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah mohon supaya menimpakan laknat-Nya kepada orang-orang yang berdusta“. (S. Aali Imran: 61).

Kemudian Rasulullah s.a.w. menampilkan ‘Ali, Fatimah, Al-Hasan dam Al-Husein radhiyallahu ‘anhum. Dengan demikian Rasulullah s.a.w. mengertikan kalimat ‘diri-diri kami’ dengan ‘Ali r.a. Hal itu dipertegas lagi oleh sabda beliau ketika itu:

Hendaknya Bani Wali’ah kaum Nasrani dan Najran mahu berhenti; jika tidak, maka akan kuutus kepada mereka seorang yang seperti diriku“.

Yang dimaksud dengan ‘seorang seperti diriku’ ialah ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Itulah keistimewaan khusus yang tidak ada pada orang lain mana pun juga.

1. Perintah Rasulullah s.a.w. kepada para penghuni rumah dalam lingkungan masjid nabawiy supaya berpindah tempat tinggal, kecuali keluarga suci (Imam ‘Ali r.a. dan keluarganya), sehingga banyak orang bertanya, termasuk ‘Abbas paman Nabi: ‘Ya Rasulullah, kenapa anda membiarkan ‘Ali tinggal di tempat itu, sedangkan kami anda keluarkan’? Beliau menjawap: ‘Aku tidak membiarkan dia dan mengeluarkan kalian, tetapi Allah-lah yang membiarkan dia dan mengeluarkan kalian’

Mengenai hal itu terdapat keterangan yang jelas, yaitu pertanyaan Rasulullah s.a.w. kepada ‘Ali bin Abi Thalib r.a.:

Kedudukanmu di sisiku sama dengan kedudukan Harun di sisi Musa, tetapi tidak ada Nabi lagi sesudahku‘.

Firman Allah s.w.t. kepada Musa a.s. sejalan dengan pertanyaan Rasulullah s.a.w. kepada ‘Ali r.a., yaitu firman-Nya:

Dan telah Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya: ‘Hendaklah kalian berdua mengambil beberapa rumah di Mesir untuk tempat tinggal kaummu, dan jadikanlah rumah-rumah kalian itu tempat beribadah“. (S. Yunus: 87).

Dalam ayat-ayat tersebut di atas tampak jelas kedudukan Harun di sisi Musa dan kedudukan ‘Ali bin Abi Thalib r.a. di sisi Muhammad Rasulullah s.a.w. Bersamaan dengan itu beliau s.a.w. sendiri telah menegaskan:

Masjid ini – yakni yang boleh bertempat tinggal di lingkungan masjid nabawiy – tidak halal kecuali bagi Muhammad dan ahlulbaitnya“.

2. Allah telah berfirman:

Dan berikanlah kepada kaum kerabat hak mereka“. (S. Al-Isra: 26).

Ayat tersebut merupakan kekhususan bagi ahlulbait Rasulullah s.a.w. Ketika ayat tersebut turun, Rasulullah s.a.w. berkata kepada puterinya, Fatimah r.a.:

Itulah sebidang tanah di Fadak, yang tidak tergarap baik dengan menggunakan tenaga unta ataupun kuda. Tanah itu khusus bagiku, bukan untuk kaum Muslimin. Atas perintah Allah tahah itu kuberikan kepadamu, maka ambillah untukmu dan anak-anakmu“.

Allah telah berfirman:

Katakanlah (hai Muhammad); ‘Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian atas (da’wah Risalah) itu selain agar kalian berkasihsayang dalam kekeluargaan“. (S. Asy-Syura: 23).

Ayat tersebut juga khusus bagi ahlulbait Rasulullah s.a.w., bukan bagi orang lain. Berkasihsayang dengan ahlulbait beliau s.a.w. adalah kewajipan yang ditetapkan Allah s.w.t. bagi segenap kaum Mu’minin. Setiap orang beriman yang berkasihsayang dengan ahlulbait Rasulullah s.a.w. dengan setulus hati ia akan dimasukkan ke dalam syurga. Mengenai itu Allah telah berfirman:

Dan mereka yang beriman serta berbuat kebajikan akan berada di dalam taman-taman syurga. Di sisi Tuhan mereka akan memperoleh apa yang mereka ingini. Yang demikian itu adalah kurnia amat besar. Dengan kurnia itulah Allah menggembirakan para hamba-Nya yang beriman dan berbuat kebajikan. Katakanlah (hai Muhammad) ‘Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian atas (da’wah Risalah yang kusampaikan) itu selain agar kalian berkasihsayang di dalam kekeluargaan“. (S. Asy-Syura: 22-23).

Ayat tersebut memberi penafsiran yang jelas, akan tetapi banyak orang yang tidak memenuhi permintaan beliau itu.

Abulhasan meriwayatkan sebuah Hadits yang didengar dari para orangtuanya dan berasal dari Amirul Mu’minin Imam ‘Ali bin Abi Thalib r.a.; bahwasanya pada suatu hari sejumlah Muhajirin dan kaum Anshar bersepakat datang menghadap Rasulullah s.a.w. Dalam pertemuan dengan beliau itu mereka berkata: ‘Ya Rasulullah, anda tentu memerlukan harta dan barang-barang untuk nafkah penghidupan anda sendiri dan untuk menjamu para utusan dari berbagai daerah yang datang menghadap anda. Ambillah harta dan kekayaan kami dan pergunakanlah menurut kamahuan anda atau simpanlah jika anda hendak menyimpannya’. Pada saat itu turunlah malaikat Jibril, lalu berkata kepada Rasulullah s.a.w.: ‘Hai Muhammad, katakanlah: Aku tidak minta upah apa pun kepada kalian atas (da’wah Risalah yang kusampaikan) itu selain agar kalian berkasihsayang dalam kekeluargaan’. Beberapa orang munafik yang ada di dalam rombongan mereka itu berkata di antara mereka sendiri: ‘Yang membuat Rasulullah tidak mahu menerima tawaran kami itu ialah kerana ia hendak mendesak kami supaya mencintai kaum kerabatnya setelah ia wafat. Itu adalah kebohongan yang sengaja dibuat-buat dalam pertemuan. Itu suatu kedustaan yang besar sekali’! Atas celotehan kaum munafik itu turunlah wahyu Ilahi:

Bahkan mereka mengatakan: ‘Dia (Muhammad) telah mengada-adakan kedustaan terhadap Allah!’ Jika Allah menghendaki nescaya Dia mengunci-mati hatimu. Allah (berkuasa) menghapuskan yang batil dan membenarkan yang haq dengan kalimat-kalimat-Nya (Al-Qur’an). Sungguhlah, bahawa Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di dalam dada (hati)“. (S. Asy-Syura: 24).

Setelah menerima wahyu tersebut Rasulullah s.a.w. mengutus seorang sahabat untuk menanyakan: Apakah benar ada orang yang berkata seperti itu?

Di antara rombongan yang pernah datang menghadap Rasulullah s.a.w. itu menjawap: Ada beberapa orang di antara kami yang berkata sekasar itu, dan kami sendiri sangat tidak menyukainya.

Utusan Rasulullah s.a.w. itu kemudian membacakan ayat tersebut di atas kepada mereka. Mereka menangis, kemudian turunlah firman Allah kepada Rasul-Nya:

…Dialah Allah yang berkenan menerima taubat dari hamba-hamba-Nya, memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kalian perbuat“. (S. Asy-Syura: 25).

Demikian pula mengenai ketaatan, Allah telah berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan ulil-amri dari kalian“. (S. An-Nisa: 58).

Sesungguhnya penolong kalian hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat seraya tunduk kepada Allah“. (S. Al-Ma’idah: 55).

Jelaslah, bahwa ketaatan kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. sekaitan dengan ketaatan kepada beliau s.a.w. dan kepada Allah; dan kepemimpinan mereka pun sekaitan dengan kepemimpinan beliau s.a.w. dan dengan kepemimpinan Allah s.w.t. Demikian pula hak mereka untuk menerima bagian (4% = Khumusul-khumus) dari ghanimah dan jarahan perang sekaitan dengan hak beliau s.a.w. untuk menerima bagian itu. Di luar itu Allah s.w.t. mengharamkan Rasulullah dan para ahlulbaitnya menerima shadaqah atau zakat. Mengenai hal itu Allah telah berfirman:

Sesungguhnyalah, bahwa shadaqah (atau zakat) hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, orang-orang yang bekerja mengurus shadaqah (zakat), kaum muallaf (yang masih perlu dimantapkan (hatinya), untuk (memerdekakan) budak, untuk menolong orang-orang yang kehabisan bekal dalam perjalanan jauh. (Semuanya itu) merupakan ketetapan yang diwajibkan Allah“. (S. At-Taubah: 60).

3. Sebagaimana telah kita ketahui, bahwa dalam Al-Qur’anul-Karim Allah s.w.t. telah berfirman:

Dan perintahkanlah keluargamu supaya menegakkan shalat dan hendaknya engkau bersabar dalam mengerjakannya“. (S. Tha Haa: 132).

Sebagai pelaksanaan perintah Allah itu Rasulullah s.a.w. sejak turunnya ayat tersebut, tiap hari selama sembilan bulan selalu singgah ke pintu rumah ‘Ali dan Fatimah radhiyallahu ‘anhuma pada saat-saat beliau hendak menunaikan shalat fardhu di masjid beliau lima kali sehari. Dari pintu rumah puterinya itu beliau selalu mengingatkan: ‘As-Shalatu, yarhamukumullah!’ (‘Shalat …semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian’). Bila mendengar itu Abul-Hasan (Imam ‘Ali r.a.) selalu berucap: ‘Al-hamdu lillah yang mengkhususkan kemuliaan besar kepada kami”!

Demikianlah uraian Imam Ar-Ridha r.a. dalam menjelaskan dalil-dalil dan hujjah-hujjah mengenai makna ayat 32 S. Fathir, yang berbunyi:

Kemudian Kitab itu (Al-Qur’an) Kami wariskan kepada orang-orang dari hamba Kami yang telah kami pilih“.

Dalam mengakhiri pertemuannya dengan para ulama itu Khalifah Al-Ma’mun berkata kepada Imam ‘Ali Ar-Ridha r.a.: ‘Semoga Allah membalas kalian, ahlulbait, dengan kebajikan sebesar-besarnya dari ummat ini!’

PENUTUP

Dari ayat-ayat suci Al-Qur’anul-Karim, dari Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh para sahabat beliau, dan dari pendapat para Imamul-Mujtahidin serta para ulama; yang telah kami paparkan dalam buku ini, semuanya merupakan dalil-dalil syar’iy yang mendasar dan kuat tentang kewajipan setiap orang beriman mencintai dan menghormati ahlulbait Rasulullah s.a.w. beserta semua keturunan mereka, semata-mata demi kerana Allah dan Rasul-Nya.

Dari semua uraian yang terdapat di dalam buku ini pembaca dapat memperoleh pokok-pokok pengertian yang melandasi kewajipan mencintai dan menghormati ahlulbait Rasulullah s.a.w. dan keturunannya. Pokok-pokok pengertian itu ringkasnya sebagai berikut:

  1. Rasulullah s.a.w. dan ahlulbaitnya berhak memperoleh ketaatan dan penghormatan dari ummatnya.
  2. Rasulullah s.a.w. adalah pangkal kemuliaan dan kesucian ahlulbaitnya.
  3. Beliau adalah wali bagi semua ahlulbait dan keturunannya.
  4. Beliau s.a.w. adalah ayah (sesepuh) mereka.
  5. Ummat Islam wajib mendahulukan mereka.
  6. Ummat Islam harus mahu menimba ilmu dari mereka.
  7. Apa yang membuat mereka tidak senang, membuat Rasulullah tidak senang.
  8. Apa yang melegakan mereka melegakan Rasulullah s.a.w.
  9. Hubungan nasab mereka dengan beliau s.a.w. tidak terputus pada hari kiamat.
  10. Hubungan mereka dengan Rasulullah s.a.w. sebagai wasilah tidak terputus pada hari kiamat.
  11. Hubungan kekerabatan dan kefamilian (mushaharah) antara mereka dengan Rasulullah s.a.w. tidak terputus pada hari kiamat.
  12. Iman belum benar-benar masuk ke dalam hati seseorang hamba Allah sebelum ia mencintai ahlulbait demi kerana Allah dan kerana kekerabatan mereka dengan Rasulullah s.a.w.
  13. Barangsiapa yang menghormati dan berbuat baik terhadap mereka, pada hari kiamat kelak ia akan memperoleh balasan baik dari Rasulullah s.a.w.
  14. Setiap orang beriman wajib mencintai mereka atas dasar kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w.
  15. Orang terbaik di kalangan ummat Islam ialah yang paling besar kecintaan dan penghormatannya kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w.
  16. Seseorang di kalangan ummat Islam tidak akan memperoleh kebajikan di dunia dan di akhirat, kecuali jika ia mencintai mereka demi kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya.
  17. Seyogyanya orang lebih menyukai hubungan persaudaraan dengan mereka daripada hubungan persaudaraannya dengan kaum kerabatnya sendiri.
  18. Setiap Muslim wajib menyedari bahwa ahlulbait Rasulullah s.a.w. mempunyai hak yang amat besar atas dirinya.
  19. Setiap Muslim wajib menghormati dan menjaga keselamatan mereka.
  20. Barangsiapa mengganggu mereka bererti mengganggu Rasulullah s.a.w., dan orang yang mengganggu beliau s.a.w. bererti mengganggu Allah s.w.t.
  21. Seorang Mu’min belum benar-benar beriman selagi ia belum mencintai Rasulullah s.a.w., dan ia belum mencintai Rasulullah s.a.w. selama belum mencintai ahlulbait beliau.
  22. Mereka senantiasa bersama-sama dengan Al-Qur’an hingga saat mereka masuk syurga.
  23. Orang yang memperoleh hidayat Ilahi ialah yang berpegang teguh pada Al-Qur’an dan ahlulbait Rasulullah s.a.w.
  24. Orang yang tidak berpegang pada Al-Qur’an dan ahlulbait Rasulullah s.a.w. adalah sesat.
  25. Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita akan kewajipan kita terhadap Allah s.w.t. mengenai keharusan kita mencintai ahlulbait beliau s.a.w. dan mengenai keharusan kita menghormati mereka. Rasulullah s.a.w. mengaitkan kehormatan mereka dengan kehormatan beliau sendiri dan kehormatan agama Islam.
  26. Barangsiapa mengindahkan kehormatan Rasulullah s.a.w. dan ahlulbaitnya, Allah s.w.t. akan memelihara keselamatan agama dan keduniaannya.
  27. Barangsiapa yang tidak mengindahkan kehormatan Rasulullah s.a.w. dan kehormatan ahlulbait beliau, Allah s.w.t. tidak akan memelihara keselamatan agama dan keduniaannya.
  28. Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada kita supaya kita menyampaikan segala hal yang baik kepada ahlulbait beliau.
  29. Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat akan menggugat setiap orang yang mengurangi hak ahlulbait beliau, dan barangsiapa yang pada hari kiamat akan digugat oleh beliau s.a.w. ia akan masuk neraka.
  30. Ahlulbait Rasulullah s.a.w. adalah hablullah (tali Allah) yang kita diperintah supaya teguh berpegang padanya, sebagaimana firman Allah: “Hendaklah kalian semuanya berpegang teguh pada tali Allah”. (S. Aali Imran: 103).
  31. Kita harus mengerti, bahwa ahlulbait Rasulullah s.a.w. adalah orang-orang yang menjadi sasaran irihati kerana mereka memperoleh limpahan kurnia Allah s.w.t.
  32. Seorang hamba Allah belum benar-benar beriman selagi kecintaannya kepada ahlulbait Rasulullah s.a.w. belum melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri dan keluarganya.
  33. Persahabatan setia dengan ahlulbait adalah hidayat yang dinyatakan Allah dalam firman-Nya: “Aku adalah Maha Pengampun bagi siapa yang bertaubat, beriman dan berbuat kebajikan”. (S. Thaa Haa: 82).
  34. Allah s.w.t. sangat murka terhadap orang yang mengganggu ahlulbait Rasulullah s.a.w.
  35. Barangsiapa mencintai dan menghormati mereka, Allah akan memanjangkan usianya dan melestarikan kurnia nikmat yang dilimpahkan kepadanya.
  36. Barangsiapa yang membenci dan menghina mereka, Allah akan memendekkan usianya dan akan mencabut nikmat yang diberikan kepadanya, dan pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dalam keadaan bermuka hitam.
  37. Manusia akan selalu mengikuti mereka dalam kebajikan mahupun dalam keburukan. Dengan kebaikan mereka manusia akan menjadi baik dan dengan kerosakan mereka manusia akan menjadi rosak.

Mengingat kesemuanya itu, sebagai penutup tulisan kami dalam buku ini, kami berseru agar kaum Muslimin tidak enggan membantu kesukaran para keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w., mahu belajar kepada mereka yang berilmu dan mengajar mereka yang kurang mendalam ilmunya. Kebaikan dan kesentosaan kaum Muslimin banyak kaitannya dengan kebaikan dan kesentosaan mereka. Mereka adalah bahtera keselamatan bagi kaum Muslimin, tak ubahnya dengan bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk jalan dalam perjalanan gelap di tengah samudera.

Beruntunglah orang-orang yang memelihara hubungan baik dengan ahlulbait, kaum kerabat Rasulullah s.a.w. dan keturunan mereka. Bahagialah orang-orang yang dengan syafaat Rasulullah s.a.w. akan memperoleh kebahagiaan hidup kekal di akhirat. Alangkah nikmatnya orang-orang yang dengan keridhoan Allah dan Rasul-Nya memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Allaahumma shalli ‘alaa sayyidinaa Muhammad wa ‘alaa aali sayyidina Muhammad, wa sallim wardha ‘an shahabat Rasullillahi ajma’in.

Amiin.

16 Rajab 1406
27 Maret 1986

dikutip dari:

http://rianborland.multiply.com/journal/item/13/Keutamaan_Keluarga_Rasulullah_-_KH._Abdullah_Bin_Nuh

Tinggalkan komentar

Atlantis in the Java Sea

A scientific effort to match Plato’s narrative location for Atlantis

Sembrani

Membahas ISU-ISU Penting bagi Anak Bangsa, Berbagi Ide, dan Saling Cinta

Wirdahanum

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

aawanto

The greatest WordPress.com site in all the land!

Covert Geopolitics

Beyond the Smoke & Mirrors

Catatan Harta Amanah Soekarno

as good as possible for as many as possible

Modesty - Women Terrace

My Mind in Words and Pictures

Kanzunqalam's Blog

AKAL tanpa WAHYU, akan berbuah, IMAN tanpa ILMU

Cahayapelangi

Cakrawala, menapaki kehidupan nusantara & dunia

religiku

hacking the religion

SANGKAN PARANING DUMADI

Just another WordPress.com site

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.